Friday, August 29, 2008

Bantahan ke atas Kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap Persidangan Meja Bulat PPSMI yang Tidak Benar

[Kenyataan Akhbar Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (JKBI), Tarikh: 3 September 2008]

Sejumlah 100 orang peserta yang mewakili NGO, ahli akademik, profesor IPT, sektor swasta dan persatuan PIBG dari seluruh negara termasuk kami JKBI, telah menyertai Persidangan Meja Bulat PPPSMI 2/2008 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 27 Ogos 2008.

Berdasarkan pemantauan kami, walaupun semua tidak menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa yang global, kebanyakan peserta membantah dasar PPSMI kecuali segelintir wakil sektor swasta. Mereka turut berpendirian bahawa tujuan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik adalah berlainan daripada mata pelajaran bahasa Inggeris. Oleh itu, dasar PPSMI sama ada demi peningkatan tahap mata pelajaran sains dan matematik ataupun mata pelajaran bahasa Inggeris merupakan praktis yang tidak wajar dan tidak logik.

Menurut laporan akhbar pada 28 Ogos 2008, pengarah KPM, Encik Arimudin sebagai pengerusi persidangan tersebut telah mengumumkan bahawa separuh daripada semua peserta menyokong dasar PPSMI di mana separuh yang lain tidak. Beliau juga memberi kenyataan bahawa pihak ibu bapa pelajar menyokong manakala pihak ahli akademik membantah dasar tersebut.

Sebenarnya, hanya terdapat seorang peserta wanita yang mengatakan beliau mewakili golongan ibu bapa menyampaikan pendirian yang menyokong dasar PPSMI. Beliau berpendapat bahawa dasar tersebut membantu meningkatkan tahap bahasa Inggeris pelajar. Beliau turut menerangkan bahawa punca kegagalan guru dan pelajar menjayakan dasar ini adalah kekerapan pengubahan dasar pendidikan negara kita.

Maka, kami berpendapat bahawa kenyataan pengarah KPM adalah tidak benar kerana gagal memberi gambaran yang benar dan lebih menyeluruh. Beliau sepatutnya memberi rumusan perbincangan dalam persidangan meja bulat yang lebih menyeluruh dengan pendekatan yang professional dan neutral.

Kami ingin menegaskan bahawa negara kita merupakan negara majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum. Kami menghormati kedudukan bahasa rasmi kita, iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sepertimana termaktub dalam Artikel 152, Perlembagaan Persekutuan. Namun, ini tidak bermaksud hak dan kepentingan mengguna bahasa Ibunda bangsa yang lain diabaikan. Kaum-kaum lain perlu mempunyai hak yang sama rata untuk mendapatkan pembelajaran dan pelajaran dalam mengguna bahasa ibunda kerana itu merupakan hak asasi semua.

Kami berpendirian tegas bahawa prinsip pengajaran yang betul ialah mengembalikan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di semua jenis aliran sekolah rendah. Kita perlu melindungi supaya semua bahasa ibunda bangsa dapat dipertingkat dan seterusnya akan memberi kebaikan kepada pembangunan Negara.

Kami sekali lagi menyeru semua rakyat, persatuan dan MP-MP pada Persidangan Meja Bulat yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti supaya berani menyuarakan suara rakyat yang kian lama telah membantah PPSMI dan harapan supaya kembalikan Bahasa Ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di semua jenis aliran sekolah rendah.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)