Wednesday, December 16, 2009



Penundaan Kes Cheng Lee Whee Merupakan Kemenangan Kecil Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee

【Kenyataan Akhbar Bertarikh 16hb Disember 2009】

Kira-kira 40 orang wakil dari 35 badan bukan kerajaan dan parti politik telah mengadakan satu sidang akhbar pada pukul 9:30 pagi di Depan Jotic untuk memberi sokongan kepada saudari Cheng Lee Whee yang menghadapi perbicaraan di mahkamah majistret hari ini. Mereka menuntut bahawa dakwaan terhadap saudari Cheng digugurkan.

Antara kumpulan yang menghantar wakil yang hadir pada hari ini ialah

1. DAP cawangan Taman Ungku Tun Aminah,
2. DAPSY Bahagian Johor,
3. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor,
4. Friend of Suaram Johor,
5. Kelab Penyokong PAS Johor,
6. Parti Rakyat Malaysia Johor,
7. PAS Kawasan Tebrau,
8. Persatuan Dravidar Malaysia (Johor),
9. Persatuan Semparuthi JB,
10. Persatuan Tamil Neri Malaysia,
11. Persatuan Tamilar Negeri Johor,
12. PKR Johor,
13. PKR Kawasan Kulai,
14. PKR Kawasan Pulai,
15. PSM Cawangan Nusa Jaya,
16. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),
17. Yayasan Pelajaran, Kebajikan & Penyelidikan Malaysia (EWRF),
18. PAS Kawasan Pasir Gudang,
19. Pertubuhan Kebajikan Kampung Baru Plentong Tengah,
20. Pasukan Keadilan Johor

Selain daripada peguam bela Cheng Lee Whee, En. Hassan Karim, pembicaraan ini turut disertai oleh En. Yeo Yang Poh yang dihantar oleh Bar Council sebagai Watching Brief dan Cik Navamani peguam dari Johor Bar Committee sebagai peguam bantuan dalam kes Cheng Lee Whee.

Kes ini telah ditangguhkan ke 25hb Januari 2010. Menurut peguam bela kes ini, En. Hassan Karim, kes ini ditangguhkan kerana Pendakwa Raya sedang mengkaji petisyen yang dihantar oleh Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee kepada Peguam Negara pada 24hb November 2009. Maka dengan itu, kedua-dua pihak iaitu Timbalan Pendakwa Raya Encik Umar Shariffudin Bin Jaafar dan Encik Hassan Karim bersetuju untuk menundakan kes ini sementara menunggu keputusan daripda Pendakwa Raya dan disahkan oleh Majistret Encik Mohamad Fuad Bin Abdul Ghani.

Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee menganggapkan bahawa penangguhan kes ini merupakan kemenangan yang kecil di mana kami berjaya memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam kes ini. Walau bagaimanapun, kami tetap akan teruskan perjuangan kami iaitu gugurkan dakwaan terhadap Cheng Lee Whee.


Yang Bertugas,



Fang Pei Fen

Tel / Fax: +607-5581098
HP: 016-7782707

Penyelaras Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)