Monday, July 5, 2010

Petisyen 26 Parti Politik Dan Pertubuhan Masyarakat Negeri Johor Kepada Perdana Menteri

Petisyen 26 Parti Politik Dan Pertubuhan Masyarakat Negeri Johor
Kepada Perdana Menteri


Memandangkan perasaan terkejut dan depress rakyat pelbagai kaum terhadap dua kes tembak mati yang berlaku di Negeri Johor dan banyak lagi kes-kes seumpama ini seluruh negara tidak diberi perhatian dan respon yang sewajarnya oleh pihak bertanggungjawab, 26 buah parti politik dan pertubuhan masyarakat di Negeri Johor, mewakili rakyat pelbagai kaum di Negeri Johor, memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Perdana Menteri dan Kerajaan BN. Kami amat berharap parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, pertubuhan-pertubuhan pendidikan, pertubuhan-pertubuhan ugama dan NGO-NGO lain di Negeri Johor akan turut endos petisyen ini.

Tindakan penghantaran petisyen akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 8hb Julai 2010 (Khamis)
Masa : Pukul 11 pagi
Tempat : Parlimen Malaysia

Penghantaran petisyen akan diketuai oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur YB Lim Kit Siang. Ahli keluarga mangsa kes mati ditembak polis di Johor turut akan bersama.

Sekian terima kasih.




Petisyen 26 Parti Politik Dan Pertubuhan Masyarakat Negeri Johor
Kepada Perdana Menteri

Kerajaan Wajib Bertanggungjawab Keatas
Tindakan Pihak Polis Sering Melepaskan Tembakan Sesuka Hati
Dan Sikap Polis Tidak Mengendahkan Nyawa Rakyat
Kami, 26 parti politik dan pertubuhan masyarakat Negeri Johor berasa terkejut dan cukup benci terhadap kes kematian suspek disebabkan oleh tembakan polis yang sering berlaku kebelakangan ini. Kami juga berasa terkejut dan cukup benci terhadap cara pihak berkenaan menangani kes-kes sebegini. Tanpa saluran lain, pihak kami terpaksa menghantar petisyen kepada Perdana Menteri.

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Johor Bahru telah menerima dua aduan tentang pembunuhan rakyat jelata oleh tembakan polis. Berikut merupakan keterangan peristiwa berkaitan 2 kes tersebut:-

1. Pada 20hb Oktober 2008, lebih kurang pukul 3 pagi, tiga pemuda berketurunan India yang berumur lebih kurang 30 tahun, Agustin A/L Mahamenathan, M. Jagathesan dan Siva telah diserang oleh polis dengan tembakan di Taman Johor. Agustin dan Jagathesan terbunuh di tempat kejadian manakala Siva berjaya melarikan diri. Mengikut sijil kematian[1] yang ditunjukkan oleh keluarga Agustin, dia mati kerana kecederaan sebab tembakan di dada dan abdomen. Pihak polis mendakwa pihaknya melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri kerana mangsa cuba menetak anggota polis dengan pisau pemotong daging dan parang semasa ditahan oleh polis kerana disyaki terbabit dalam kes samun.[2]

Menurut Justin A/L Mahamenathan (abang kepada mendiang Agustin) dan Siva yang berjaya melarikan diri, ketiga-tiga mangsa berteman ke sebuah kedai perjudian haram yang terletak di Taman Johor. Lebih kurang jam 1 pagi, empat orang anggota polis yang berpakaian biasa telah masuk ke kedai tersebut dan menggari ketiga-tiga mangsa selepas tunjukkan kad kuasa polis. Agustin diheret keluar oleh polis, manakala Siva dan Jaganathan masih berada dalam kedai. Kedengaran beberapa das tembakan dari luar kedai sejurus selepas itu. Siva dan Jaganathan turut diheret keluar dari kedai selepas itu. Gari mereka kemudiannya dibuka dan mereka diarahkan melarikan diri manakala empat anggota polis yang terbabit pula melepaskan tembakan dari belakang. Jagathesan terkena tembakan dan jatuh ke atas lantai manakala Siva berjaya melarikan diri. Menurut Siva, anggota polis terus melepaskan tembakan kearah Jagathesan yang telah jatuh.

2. Pada 20hb Oktober 2009, seorang remaja Melayu, Mohd Afham Bin Arin, 18 tahun, menunggang motosikal bersama Mohd Firdaus Bin Marsawai yang juga berumur 18 tahun telah dikejar dan ditembak mati oleh 3 orang polis yang berpakaian biasa semasa dalam perjalanan dari Taman Johor Jaya ke Pasir Gudang. Mohd Afham mati kerana kecederaan yang berpunca daripada tembakan pistol di arteri jantung[3]. Pihak polis mendakwa, dalam sidang akbar keesokan harinya, bahawa 3 polis peronda bermotosikal cuba menahan motosikal yang dinaiki oleh Mohd Afham dan Mohd Firdaus kerana mereka disyaki terlibat dalam kes ragut yang berlaku di Taman Johor Jaya. Pihak polis melepaskan tembakan atas alasan mempertahankan diri kerana pembonceng motosikal iaitu Mohd Fridaus melibas pedang terhadap anggota polis. Insiden berakhir dengan Mohd Afham terbunuh manakala Mohd Firdaus berjaya melarikan diri[4].

Mohd Fridaus telah membuat satu akuan sumpah pada 7hb Januari 2010, yang menyatakan mangsa dan dia tidak pernah menyerang polis dengan pedang, dan mereka juga bukan “peragut” yang disifatkan oleh pihak polis. Pada 19hb Oktober 2009, selepas makan malam di Taman Scientex dengan kawan, Mohd Afham dan Mohd Firdaus telah menunggang sebuah motosikal menuju ke rumah kakak Mohd Afham di Taman Daya.

Semasa tiba di lampu isyarat depan Taman Johor Jaya, mereka didatangi tiga buah motosikal yang ditunggang oleh tiga lelaki yang tidak dikenali. Tiga lelaki tersebut cuba memperhentikan motosikal mereka. Mereka tidak berhenti kerana beranggapan tiga lelaki itu adalah perompak. Salah seorang dari tiga lelaki tersebut telah meneriak ”Polis!Polis!Polis” terhadap mereka. Oleh kerena tiga lelaki itu tidak beruniform dan tidak tunjukan kad kuasa polis, maka mereka tidak berani hentikan motosikal.

Mereka terus memecut ke arah Pasir Gudang. Selepas lebih kurang setengah jam kejar-mengejar, Mohd Firdaus kedengaran satu das tembakan dari belakang dan dia terus mengangkat tangan sebagai tanda serah diri. Dia kedengaran das tembakan kedua, mangsa dan dia terus jatuh dari motosikal ke arah yang berbeza. Sekali lagi tembakan kedengaran. Sepucuk pistol diacukan kearah Mohd Firdaus. Mohd Firdaus sekali lagi mengangkat tangan sebagai tanda serah diri.

Dalam keadaan bingung dan takut, dia telah berundur dan jatuh ke cerun semak di belakangnya. Mohd Firdaus telah mengambil kesempatan ini untuk melarikan diri. Dia kemudiannya membuat panggilan di sebuah pondok telefon dan meminta kawannya datang untuk menjemputnya. Selepas itu, Mohd Firdaus tidak mendapat sebarang berita dari Mohd Afham. Mohd Firdaus pergi kerja seperti biasa pada keesokan hari. Dia hanya diberitahu oleh ahli keluarga Mohd Afham bahawa Afham telah ditembak mati oleh polis pada 12 tengahari.[5]

Kedua-dua kes tersebut diatas yang berlaku di Johor dan Kes Aminulrasyid yang berlaku di Shah Alam, Selangor [6]
telah menunjukkan bahawa:

Pertama, mangsa-mangsa ini semuanya “disyaki” oleh polis sebagai “perompak”. Pihak polis turut mendakwa mangsa ditembak mati kerana cuba menyerang anggota polis dengan pisau dan pedang.

Kedua, tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis adalah bertujuan membawa maut kerana tembakan semuanya disasarkan ke dada, abdomen dan jantung.

Ketiga, alasan bahawa pihak polis melepaskan tembakan demi mempertahankan diri sukar dipercayai oleh orang ramai.

Tindakan pihak polis melepaskan tembakan sewenang-wenang atas nama “mempertahankan diri” dan sikap yang tidak mengendahkan nyawa rakyat telah membawa kesan negative yang serius. Rakyat pelbagai kaum kini hidup dalam ketakutan kerana risau akan jadi magsa seterusnya. Mengikut tinjauan soal selidik bebas yang dibuat oleh Merdeka Centre, seramai 58% rakyat tidak puas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam mengendalikan kes Aminulrasyid dan antaranya seramai 70% kaum Cina tidak puas hati dengan tindakan polis manakala untuk kaum Melayu seramai 50% tidak puas hati dan 32% puas hati, dan untuk kaum India, 64% tidak puas hati dan 18% puas hati dangan tindakan polis. Seramai 91% rakyat seluruh Malaysia pernah dengar tentang kes Aminulrasyid[7]. Perangkaan soal selidik ini secara kasar telah mencerminkan kecenderungan dan pendapat rakyat jikapun tidak seratus peratus tepat.

Rakyat pelbagai kaum menaruh harapan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan untuk mengambil tindakan menghentikan perbuatan kejam polis yang tidak mengendahkan nyawa, KPN bukan sahaja tidak meminta maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat jelata di atas tidakan pihak polis tidak melindungi nyawa dan harta rakyat dengan baik malah mengeluarkan kenyataan sombong dan angkuh bahawa “beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat”[8]. Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pula tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara yang angguh dan sombong itu.

Jika keadaan tidak mengendahkan nyawa rakyat oleh pihak polis, sikap keangkuhan ketua Polis Negara dan perangai membutakan mata Menteri Dalam Negeri terus berlaku tanpa berhenti, rakyat pasti akan berpendapat bahawa dakwaan kerajaan BN bahawa “tugas polis adalah melindungi nyawa dan harta rakyat” hanya merupakan satu penipuan. Kalau situasi ini bertambah teruk, apa yang akan terjadi kepada usaha Tuan Perdana Menteri untuk membentuk “Satu Malaysia” adalah amat ngeri direnungi.

Justeru itu, Kami menyeru Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional harus bertanggungjawab atas tindakan pihak polis yang tidak mengendahkan nyawa rakyat:--

1. Mengarah Ketua Polis Negara meletak jawatan dan mengambil tindakan undang- undang keatas anggota polis yang terbabit.

Sebagai pegawai tertinggi dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia, Ketua Polis Negara dengan hanya menyebelahi hujah anak buahnya, bukan sahaja menolak tuntutan munasabah pihak keluarga mangsa dan masyarakat, malah mengeluarkan kenyataan yang angkuh dan sombong. Ini telah menjatuhkan maruah rakyat pelbagai bangsa negara kita. Beliau harus meletak jawatan dengan segera. Anggota polis yang terbabit harus dibicara dan menerima hukuman dengan adil. Pihak kerajaan pula harus menegakkan keadilan dengan membersihkan nama baik mangsa dan memberi ganti rugi kepada ahli keluarga mangsa.

2. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat segala kes tembak mati oleh Polis.

Pada pendapat kami, hanya Suruhanjaya Diraja yang bebas dan berkuasa dapat mencungkil rasiah sebenar kematian mangsa-mangsa kes tembak mati polis. Lain dengan mahkamah koronel, Suruhanjaya Diraja mempunyai kuasa untuk memanggil saksi dalam proses penyiasatan. Mahkamah koronel pula hanya bergantung kepada bukti yang dikemukakan oleh pihak Polis untuk menentukan punca kematian. Fungsi sebenar mahkamah koronel hanya untuk endos, dari segi undang-undang, apa-apa sebab kematian yang dikemukakan oleh pihak polis.
Suruhanjaya Diraja dibentuk daripada pakar undang-undang dan perubatan. Keputusan Suruhanjaya Diraja yang berdasarkan siasatan bebas dari pelbagai aspek dipercayai lebih adil. Suruhanjaya Diraja juga kelihatan lebih neutral dan berkecuali.
3. Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk memantau Salahguna Kuasa Polis.

Pada tahun 2005, Suruhanjaya Diraja yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin telah mengemukakan sebanyak 125 cadangan untuk menambahbaikkan institusi Polis DiRaja Malaysia (PDRM), antaranya termasuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Namun, cadangan tersebut tidak diambil serius oleh Kerajaan. Sebaliknya kerajaan melalui Menteri Jabatan Perdana Menteri, YB Mohamed Nazri, dalam jawapan bertulis kepada YB Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Parlimen pada 14hb Jun ini, mengumumkan kerajaan telah mewartakan penubuhan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dibawah naungan Jabatan Perdana Menteri pada 3hb September tahun lepas[9]. SIAP akan menguruskan aduan terhadap 21 agensi kerajaan termasuk PDRM. Sifat keadilan, kebebasan dan keberkesanan SIAP amat diragui kerana ditempatkan di bawah naungan Kementerian Perdana Menteri. Kami berpendapat bahawa, penubuhan IPCMC adalah satu-satunya cara untuk menghentikan salahguna kuasa dan tembak mati rakyat oleh polis.


[1] Lampiran 1: Sijil Kematian Augustine A/L Mahamenathan, Numbor Daftar: D 342815
[2] Lampiran 2: Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 22hb Oktober 2008
[3] Lampiran 3: Sijil Kematian Mohd Afham Bin Arin, Numbor daftar: D 602564
[4] Lampiran 4: Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 22hb Oktober 2009
[5] Lampiran 5: Surat Akuan Sumpah Mohd Firdaus Bin Marsawi
[6] http://www.malaysiakini.com/news/130328
[7] http://www.merdeka.org/pages/02_research.html, “Malaysian voters have mixed views on government KPIs – survey”
[8] http://www.malaysiakini.com/news/130559
[9] http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/6/14/mstar_berita/20100614191050




Lampiran 1: Sijil Kematian Augustine A/L Mahamenathan, Numbor Daftar: D 342815



Lampiran 2: Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 22hb Oktober 2008


Lampiran 3: Sijil Kematian Mohd Afham Bin Arin, Numbor daftar: D 602564


Lampiran 4: Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 22hb Oktober 2009


Lampiran 5: Surat Akuan Sumpah Mohd Firdaus Bin Marsawi







1. Friends of Suaram Johor Bahru
2. Suara Rakyat Malaysia
3. Democratic Action Party ( Cawangan Taman Ungku Tun Aminah)
4. Parti Keadilan Rakyat ( Cawangan Kluang)
5. Democratic Action Party ( Cawangan Bakili)
6. Democratic Action Party ( cawangan Muar)
7. Jawatankuasa Mempertahankan SJK(c) Damansara Asal, Kluang
8. Parti Keadilan Rakyat ( Cawangan Johor Bahru)
9. Persekutaun Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Cina Johor
10. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
11. Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia (IKATANPADU)
12. Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia (IKATANPADU) Cawangan Johor
13. DEMA
14. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
15. Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (Kaw.Tebrau)
16. Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (Johore)
17. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) negeri Johor
18. DAP negeri Johor
19. PRO-TEM Parti Keadilan Rakyat cabagan Tanjung Piai
20. Persahabatan Semparuthi
21. Hindraf Human Right Party
22. Persatuan Dravidar Malaysia
23. Persatuan Neri Malaysia
24. Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Taman Bukit Indah
25. Parti Sosialis Malaysia ( Cawangan Nusajaya)
26. Malaysian Indian Business Association
27. Parti Keadilan Rakyat Cabang Pulai
28. Malaysian Catholic Students' Council (MCSC)
29. Akar Bangsa Malaysia (AKRAB)

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)