Saturday, September 10, 2011

Mesej Daripada Presidium Sempena Ulang Tahun Ke-10 FOS Johor

Mesej Daripada Presidium
[Sempena Ulang Tahun Ke-10 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor]

Presidium: Yang Pei Keng, Chan Jock Lan, Wong Kwai Man

Penubuhan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor pada 9hb Sep 2001

Sejak penubuhannya pada 9hb September 2001, kini telah masuk tahun ke-10 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (selepas ini disebut sebagai FOS yang bermaksud Friends of SUARAM) Johor beroperasi. 10 tahun merupakan masa yang amat singkat bagi sebuah pertubuhan. Tetapi, dalam masa 10 tahun ini, banyak perubahan yang kami alami. Ada kelebihan, ada juga kekurangan.

FOS Johor merupakan satu pasukan sukarelawan yang ditubuhkan untuk membantu SUARAM (cawangan Johor Bahru) dalam menerajui kerja demokrasi dan hak asasi manusia. Pada tahun 1999, bila SUARAM JB mula-mula ditubuhkan, bilangan peserta aktif agak kurang, dan kebanyakan mereka merupakan pelajar muda berumur 20-an daripada UTM, Skudai. Anak-anak muda ini antaranya adalah, graduan  univerisiti, ada yang bakal menamatkan pengajian, ada juga yang masih dalam pengajian universiti. Meskipun antara mereka ada yang memperoleh sedikit pengalaman sosial melalui kerja-kerja sosial yang dilakukan, tapi aktiviti-aktiviti demokratik dan hak asasi pada masa itu adalah terbatas.

Proses Penubuhan

Demi mengembangkan kerja-kerja demokrasi dan hak asasi manusia, satu pasukan sukarelawan telah ditubuhkan. Pada 9hb September 2001, dengan adanya kerjasama semua pihak, Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor telah ditubuhkan secara rasmi. Dalam sekelip mata, sudah genap 10 tahun JK ini beroperasi.

Dalam usaha untuk mengukuhkan pasukan kami, sebahagian daripada peserta aktif kami, bergesa ke sana-sini, cuba untuk menjemput dan meyakinkan mereka yang pernah menyertai gerakan haluan kiri pada tahun 1950-60an untuk menyertai FOS Johor dan mengambil bahagian dalam kerja-kerja mengembangkan dan memajukan demokrasi dan hak asasi manusia di Negeri Johor. Masa itu, sebahagian besar daripada mereka ini telah jarang melibatkan diri dalam aktiviti politik arus perdana. Namun di antara mereka masih terdapat aktiviti sosial, ada juga yang sibuk mencari nafkah dan terlibat dalam perniagaan.

Selepas sekian lama melobi, akhirnya sebahagian daripada mereka bersetuju untuk menyertai aktiviti hak asasi manusia kami. Malah, dalam majlis perasmian penubuhan FOS Johor di Menara Landmark, JB, majoriti ahli jawatankuasa merupakan bekas aktivis gerakan kiri, pelajar muda hanya sebahagian kecil. Ada pula diantara mereka yang secara sukarela memberi sokongan kewangan kepada FOS Johor. Namum, amat dikesali, setelah sekian tempoh kita bersama, seorang demi seorang dari mereka menarik diri kerana sebab-sebab tertentu. Jika dilihat sekarang, sudah tidak terjumpa seorang pun daripada mereka dalam pasukan kami.

Keadaan Terkini

Ahli jawatankuasa FOS Johor kini telah kembali seperti dahulu, kebanyakannya merupakan graduan dari UTM. Mereka sekarang masing-masing mempunyai kerja dan posisi sendiri dalam masyarakat. Melalui amalan, pengalaman dan latiahn selama ini, mereka telah menguasai cara yang lebih baik dalam menjalankan kerja hak asasi manusia. Mereka semakin bertambah maju. Mereka semakin mahir dalam mengendalikan kerja-kerja sosial, malah ada yang sudah mampu memikul dan menyempurnakan tanggungjawab tanpa sebarang bimbingan. Ini adalah keadaan yang amat menggalakkan.

Jika diimbas kembali, kita mendapati bahawa graduan dari UTM yang telah menyertai FOS Johor sebagai AJK 10 tahun dahulu, yang kini masih lagi menjadi AJK kami hanya tinggal Yeo Tung Siong, Ngo Jian Yee dan Choo Shinn Chei sahaja. Pelajar-pelajar muda lain telah meninggalkan kami kerana pelbagai sebab temasuk berpindah ke tempat lain; terlibat dalam politik; tidak tahan dengan azab kehidupan dan lain-lain.

Mujur, penggantinya tetap ada. Telah muncul ramai pelajar muda yang mempunyai semangat berkobar-kobar dan aktif berkerja telah menyertai kami dalam masa 10 tahun ini. Kami percaya mereka ini akan dapat mengendalikan kerja-kerja demakrasi & hak asasi manusia dengan lebih baik di masa-masa akan datang.

FOS Johor amat berharap anak-anak muda ini akan bertambah maju dan berusaha meyakinkan lebih ramai pemuda-pemudi berkualiti tinggi yang sehaluan untuk menjadi sukarelawan JK kami, bersama-sama berusaha dan berjuang demi demokrasi, hak asasi manusia dan masa depan tanah air kita.

Tujuan menganjurkan Forum

Izinkan saya menyentuh mengenai tujuan menganjurkan forum ini. Malah, tema forum "NGO Sentiasa Bersama Dengan Rakyat Jelata" telah penerangan segalanya. Sebagai sebuah NGO, bertentangan dengan kuasa pemerintah, kita sentiasa bersama dengan rakyat. Kuasa pemerintah mungkin berubah; Sebuah parti pemerintah boleh bertukar menjadi parti pembangkang dalam sekelip mata, sebaliknya, parti pembangkang juga boleh berubah menjadi parti pemerintah. Mana-mana parti politik berpeluang menjadi parti pemerintah, yang mempunyai kuasa memerintah di negara ini, apabila tiba masa yang sesuai. Tetapi NGO adalah berbeza. Apabila kepentingan rakyat terhakis, NGO akan sentiasa bersama dengan rakyat, untuk melindungi kepentingan umum rakyat jelata.

Pendirian bebas dan berautonomi NGO

Kontradiktif dngan parti politik (sama ada parti pemerintah atau parti pembangkang), NGO atau masyarakat madani, sebagai pelindung kepentingan rakyat, sudah tentu akan mengambil posisi bebas dan berautonomi. Kami akan menyokong mana-mana pihak yang benar-benar menghargai dan melindungi hak asasi manusia, tetapi kami dengan sekeras-kerasnya akan mengutuk dan menentang mana-mana pihak yang melanggar atau menghakis hak asasi manusia. Kami tidak akan dinaung dan dikawal oleh mana-mana parti politik, kami juga tidak menerima arahan daripada mana-mana parti politik. Kami menganggap sebagai tanggungjawab kami untuk memantau kuasa pemerintah, dan memainkan peranan sebagai sebuah kekuatan sosial yang mengerunkan dan disegani untuk menghalang penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

Hari ini, di Malaysia, masyarakat madani sudah semakin matang, terutamanya selepas pengalaman himpunan besar-besaran  709 yang diterajui oleh Bersih 2.0. Majoriti rakyat kini penuh yakin dan percaya bahawa masyarakat madani merupakan satu  kekuatan sosial yang amat kuat. Mari kita gemblengkan tenaga untuk meningkatkan lagi perkembangan hak asasi manusia dan demokrasi di negara kita.


11hb September 2011

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)