Saturday, February 16, 2008

Undilah Parti Pembangkang Untuk Reformasi Negara

Jawatankuasa Sahabat Suaram Negeri Johor Malaysia

Seruan Kepada Semua Pengundi (17hb February 2008)

Kami dari Jawatankuasa Sahabat Suaram (FOS) Negeri Johor Malaysia, yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memperjuangkan hak asasi manusia di negeri Johor. Menjelang Pilihanraya Umum ke-12, kami menyeru kepada semua pengundi di seluruh negara supaya:

1. Undilah parti pembangkang, untuk reformasi negara

Sokonglah calon daripada DAP, PAS, PKR, PSM dan PRM dalam pilihanraya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Ini adalah untuk menyuarakan kepada BN yang autokratik itu bahawa rakyat ingin mereformasikan masyarakat kita.

2. Tunjukkan rasa benci terhadap parti berkuasa dengan undi rosak

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan parti pembangkang, tetapi memang tidak puas hati terhadap keadaan politik, ekonomi, budaya, dan sosial pada masa kini, maka anda diminta tunjukkan rasa benci terhadap pemerintahan BN dengan undi rosak.

Negara kita telah merdeka selama 50 tahun, Akan tetapi amalan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita makin hari makin terhakis seperti berikut:

  • Sistem parlimen yang tidak demokratik dan menonjolkan sifat palsu dan menipu.
  • Pemerintahan BN sentiasa menyalahgunakan jentera negara dan menggunakan undang-undang zalim untuk menindas rakyat.
  • Media massa dikawal ketat oleh pemerintah.
  • Pegawai-pegawai kerajaan yang makin corrupt dan salah guna kuasa, serta main “politik wang” dan amalan rasuah makin berleluasa.
  • Keadilan kehakiman tidak wujud.

Yang paling serius adalah segala bidang politik, ekonomi, budaya, pendidikan dan sosial telah dilanda fahaman dan amalan perkauman. Kenaikan harga petrol yang mendadak membawa kepada kadar inflasi tinggi semakin membebankan rakyat biasa. Rasa tidak puas hati di kalangan buruh, petani, nelayan, penjaja, peniaga mahupun cendekiawan terhadap keadaan semasa semakin meningkat.

Golongan pemerintah yang diterajui oleh UMNO menggunakan pemikiran agama yang sempit untuk memerintah rakyat, dan menafikan hak kebebasan agama pelbagai kaum. Tindakan mereka yang menghalang pembangunan dan merobohkan tempat sembayang di kalangan rakyat pelbagai bangsa telah membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan kaum Cina, India dan lain-lain kaum minoriti.

Kebangkitan HINDRAF merupakan hasil daripada konflik masyarakat yang makin mendalam. Dasar perkauman dan kesusahan kehidupan memaksa kaum India bangkit dan menentang, sehingga peniaga dan golongan profesional kaum itu menampil ke hadapan untuk memimpin satu perhimpunan raksasa secara aman pada 25hb November 2007.

Mereka meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap dasar-dasar tidak adil yang telah dilaksanakan sejak kemerdekaan. Namun demikian, pemerintahan BN menunjukkan sikap keangguhan dengan menggunakan ISA untuk menangkap pemimpin-pemimpin mereka, serta menggunakan kekerasan untuk menghalang perhimpunan secara aman itu.

Perbuatan itu telah menunjukkan BN berniat untuk terus melaksanakan dasar-dasar menindas dan memerah rakyat jelata pelbagai kaum.

BN meneruskan dasar perkauman

semata-mata untuk mengekalkan pemerintahan

Rakyat kita menyedari bahawa “dasar memisah-misahkan pelbagai kaum” tidak merupakan suatu gejala “semula jadi”. Sebaliknya, syak wasangka antara satu kaum sama lain, perpisahan dan konflik diakibatkan oleh golongan pemerintahan dengan menggunakan berbagai-bagai sumber masyarakat yang dikuasainya.

“Dasar memisah-misahkan pelbagai kaum” berasal dari dasar “pecah dan perintah” penjajah British. Mereka mengekalkan pemerintahan penjajahannya melalui perpisahan dan konflik kaum.

Selepas kemerdekaan, kerajaan Perikatan dan kemudiannya kerajaan BN mengekalkan dan menginstitusikan dasar “pecah dan perintah” itu sehingga hari ini. Golongan pemerintahan terus mempermainkan isu perkauman melalui media massa demi kepentingan politik mereka. Penghunusan keris oleh Ketua Pemuda UMNO Hishamuddin Hussien Onn dalam mesyuarat agung UMNO 3 tahun berturut-turut (2005, 2006 dan 2007) merupakan suatu contoh yang ketara.

UMNO, MCA dan MIC yang masing-masing menonjolkan imej “pembela Melayu”, “pembela Cina” dan “pembela India”. Ini merupakan suatu penipuan. Sebenarnya, mereka merupakan penindas rakyat pelbagai bangsa untuk memisahkan rakyat demi mengekalkan pemerintahan dan kepentingan sendiri.

Rakyat mesti jelas bahawa kerajaan BN yang diterajui UMNO adalah bersifat autokratik, korupt dan mengabaikan kepentingan rakyat. Komponen BN yang lain (terutamanya MCA dan MIC) merupakan konco-konco UMNO dalam menindas rakyat pelbagai kaum.

Tibalah masanya untuk rakyat

“bersatu memberi tamparan hebat kepada BN”

Diskriminasi kaum telah lama menerajui masyarakat kita. Dasar “Ketuanan Melayu” yang berbau perkauman itu telah lama dominasi politik, ekonomi, budaya dan pendidikan. Tibalah masanya untuk kita mencapai suatu persetujuan baru, dimana semua rakyat pelbagai kaum yang menghargai hak asasi dan demokrasi mengambil tindakan “undilah parti pembangkang, untuk reformasi negara”.

Jika anda tidak setuju dengan parti pembangkang, “tunjukkan rasa benci dengan undi rosak terhadap parti pemerintah”.Menghantar lebih ramai wakil parti pembangkang ke Parlimen dan dewan undangan negeri untuk meluahkan hasrat rakyat yang menuntut perubahan negara, mencapai perpaduan kaum tulen, menghapuskan semua diskriminasi perkauman BN, memperjuangkan hak kesamarataan semua kaum.

Sahabat SUARAM Negeri Johor dengan ini menyeru, Rakyat pelbagai kaum bersatu padu menentang perkauman! Menentang berpecahan kaum! Memberi tamparan hebat kepada BN! Membantah pemerintahan BN! Ini adalah penyelesaian terbaik bagi segala kesusahan dan masalah yang Rakyat hadapi masi kini.

Menyeru kepada para pengundi Negeri Johor bersatu,

untuk menamatkan monopoli BN di DUN dan Parlimen

Kami, Sahabat SUARAM Negeri Johor, sebuah organisasi yang berkerja untuk menegakkan hak asasi manusia di Negeri Johor, dengan ini, menyeru para pengundi seluruh Negeri Johor, bersatu memberi sokongan kuat kepada calon-calon parti-parti pembangkang, untuk mengatasi monopoli BN keatas Dun dan Parlimen Johor.

Kami menyeru kepada pengundi menghantar seberapa ramai yang boleh wakil parti pembangkang ke dalam Parlimen dan DUN supaya memberi satu tamparan yang hebat kepada BN (terutamanya UMNO). Johor merupakan tapak pengasas UMNO dan kubu kuat BN. BN menang dalam kesemua kerusi Parlimen di Johor dalam Pilihanraya tahun 1999; BN kehilangan 1 kerusi DUN dalam pilihanraya tahun 2004 kerana kesilapan teknikal, namun masih memonopoli 99% kerusi-kerusi DUN dan Parlimen.

Polisi perkauman dan diskriminasi kaum yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional, mengalami bantahan dan tentangan yang semakin kuat dan meluas, kerana ia bertentangan dengan kepentingan kebanyakan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Polisi ini pasti akan ditewaskan jika Rakyat pelbagai kaum mengenali selok-belok dan muka sebenar pemerintahan BN, tidak lagi percaya kepada tipu-helah dan tawaran ‘sagu hati pilihan raya’ BN, memberi sokongan padu dan undi kepada parti pembangkang, atau membuang undi rosak dalam pilihanraya kali ini.



0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)