Saturday, September 18, 2010

Forum dan Jamuan pada 17hb Oktober Sempena Sambutan Ulangtahun Ke-9 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM

Forum dan Jamuan pada 17hb Oktober Sempena
Sambutan
Ulangtahun Ke-9
Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM



Jawatankusa Kerja Sahabat Suaram (Friends of Suaram) Negeri Johor akan menganjurkan forum “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” serta jamuan ulangtahun ke-9 pada 17hb Oktober 2010, jam 2pm hingga 6.30pm, bertempat di Sport Club Taman Universiti, Skudai. Forum akan mula tepat jam 2pm hingga 5pm, manakala jamuan akan bermula pada 5pm dan tamat pada 6.30pm. (Terkini!)

Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram telah menjemput 3 tokoh politik negara untuk menjadi panel dalam forum ini. Antara yang dijemput adalah Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S.Arutchelvan dan Ketua Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik Democratic Action Party (DAP) Lim Kit Siang.

Setiausaha Agung PSM, S.Arutchelvan telah memutuskan untuk menerima jemputan tersebut untuk menjadi panel dan akan membekalkan kertas pembentangan.

Mursyidul Am PAS Nik Aziz telah bertemu dengan 4 wakil penganjur pada 8hb September 2010 di pejabat Menteri Besar Negeri Kelantan. Antara wakil adalah Nyam Kee Han, Choo Shinn Chei, Fang Pei Fen dan Cheng Lee Whee. Beliau bersetuju untuk menjadi salah seorang panel dan membekalkan kertas pembentangan selepas pertemuan tersebut. Malah beliau telah menyatakan bahawa: “Sayalah orang pertama yang nak kuburkan UMNO”.

Demi kesesuaian masa semua panel dan untuk mengelakkan bertembungan tarikh dengan Sidang Dewan Rakyat dan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, penganjur telah memutuskan Forum akan diadakan pada 17hb Oktober (Ahad), jam 10 pagi hingga 2.30 petang. Manakala samada Ketua Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik DAP Lim Kit Siang akan hadir bersama atau akan menghantar wakil akan diketahui minggu depan kerana Lim Kit Siang tengah mempertimbangkan jemputan pihak penganjur.

Jawatankuasa kerja Sahabat Suaram Negeri Johor telah menyediakan 500 tiket untuk semua yang berminat untuk menyertai program ini. Harga satu tiket adalah RM35. Sesiapan yang berminat untuk membeli tiket jamuan, sila hubungi Cik Fang Pei Fen (016-7782707) atau menghadiri pejabat Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (8A, Jalan Ronggeng 11, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai).

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)