photo 3ec5abe8-497d-41af-a7dd-29050aea8f7e.jpg

“民间组织・议会斗争・民主人权”论坛 ——人民之友工委会12周年纪念

Sunday, October 17, 2010

Bina Kuasa Rakyat, Kuburkan Hegemoni UMNO

Bina Kuasa Rakyat
Kuburkan Hegemoni UMNO


S. Arutchelvan, Parti Sosialis Malaysia

(Nota: Artikel ini dibentang dalam Forum “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” anjuran Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor pada 17 Oktober 2010.)


Pendahuhuan

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) negeri Johor, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) atas jemputan dan memberi peluang kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) membincangkan dan membicarakan isu yang cukup menarik dan panas ini.

Topik “MENENTANG PEMERINTAHAN FASIS (KUKU BESI) , KUBURKAN REJIM UMNO” adalah satu topik yang sungguh straight forward dan penganjur mengariskan persoalan yang cukup tajam dan tidak berbelit belit. Persoalan di hadapan kita adalah persoalan yang nyata dan factual.

Kita hari ini berdepan dengan satu zaman yang penuh menarik. Politik Malaysia yang untuk beberapa dekad ini yang lesu dan tenang, tiba-tiba bergelora dan dinamik. Tsunami 2008 membawa bersama perubahan tetapi masih tidak berjaya menumpaskan rejim pemerintah yang memerintah sejak kemerdekaan. Ini adalah zaman transisi iaitu zaman perantaraan antara dua rejim? Persoalan adalah: Adakah rejim lama UMNO-BN akan terkubur atau sebaliknya? Adakah ia dapat memperkukuhkan diri dan kembali memerintah dengan mandat baru?

Dan saya juga harus memberi tahniah kepada penganjur kerana berani mengadakan satu forum untuk membincangkan penguburan UMNO dan program ini pula diadakan di kubu UMNO yang paling kuat, iaitu di Johor, tempat lahirnya Onn Jaafar – pengasas UMNO.

Kalau kita berani berucap mengenai penguburan UMNO di Negeri Johor, maka boleh dikatakan harapan menguburkan UMNO memang cerah sekali. Ada pandangan bahawa Johor akan merupakan negeri yang paling akhir sekali yang akan tumbang. Semasa penaklukan Inggeris ke atas Tanah Melayu, Johor menjadi negeri terakhir untuk akur kepada kehendak British, semasa penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Johor sekali lagi menjadi negeri terakhir ditakluki memandangkan Jepun masuk dari Utara. Dan hari ini, tidaklah mustahil untuk meramal Johor mungkin menjadi negeri terakhir untuk UMNO pula tumbang. Justeru itu, forum ini diadakan di Johor ini sungguh signifikan dan mempunyai ada kepentingan politiknya.

Persoalan Di Hadapan Kita?

Penganjur telah bertanyakan tiga soalan yang cukup relevan, iaitu –

1) Adakah kerajaan BN yang diterajui oleh Najib adalah sebuah regim fasis atau menuju ke arah fasis?

2) Apakah pula pendirian yang harus rakyat pelbagai kaum pegang terhadap regim tersebut?

3) “Dimanakah jalan keluar Rakyat jelata dibawah pemerintahan regim fasis?”

Persoalan ini cukup tajam dan jitu. Namun saya hendak menambah dua lagi soalan yang ada kaitan dengan tiga soalan diatas, dan dua soalan ini adalah persoalan yang paling pokok untuk zaman transisi ini:

1) Adakah rejim UMNO-BN akan tumpas?

2) Adakah mereka akan hilang kuasa secara aman dan senyap atau mereka akan lawan sehingga akhir?

UMNO Akan Tumbang !

Ya, untuk soalan pertama, saya sesungguhnya percaya bahawa rejim UMNO-BN akan tumpas dan hilang kuasa. Hujah ini berlandaskan kepada realiti hukum alam dan saintifik. Mana-mana satu pemerintahan dan sistem tidak boleh memerintah sehingga akhir atau secara kekal. Perubahan pasti berlaku dari dalam (pereputan struktur dalaman) dan ditambah dengan tuntutan perubahan dari luar, pastinya UMNO tidak dapat bertahan lama.

Ahli Falsafah Hegel akan mengariskan ini sebagai hukum dialetiks iaitu pertembungan antara Tesis dan Anti-thesis. Hari ini kita dapat melihat bahawa UMNO-Barisan Nasional semakin lemah dan semakin hari menghitung hari penguburannya. UMNO-BN sudah hilang momentum politik, dimana pada satu masa kedudukan mereka seperti tidak boleh digoyang langsung, tetapi kini keadaan mereka semakin goyang.

Pada tahun 1969, Parti Perikatan menghadapi nasib yang sama, tetapi mereka berjaya hidup semula dengan ‘repackaging’ baru dengan nama Barisan Nasional. BN wujud setelah peristiwa berdarah 13 Mei, darurat dan penahanan beramai-ramai dibawah ISA. BN hidup semula dengan bergabung dengan parti pembangkang pada masa itu, termasuk Parti GERAKAN, PAS dan PPP, dan ini telah memberikannya nafas baru kepada hegemoni UMNO untuk terus kekal dan memerintah selepas itu.

Kini BN menghadapi zaman kehancurannya sekali lagi. Adakah UMNO BN akan cuba ‘repackaging’ balik, dan siapakah yang akan tampil ke depan untuk menyelamatkan mereka? Dua cadangan ‘repackaging’ telah dikemukakan, iaitu: satu, menjadikan BN satu parti pelbagai kaum (multiracial) diusulkan oleh PPP selepas Tsunami 2008 dan mendapat sokongan beberapa parti komponen BN termasuk Parti Gerakan, tetapi tidak direstui oleh UMNO. Najib mahukan 1Malaysia tetapi tidak mahu 1Parti pelbagai kaum.

Kemudian adalah cubaan ‘repackaging’ atas nama perpaduan Melayu dan Islam dengan kerjasama dengan PAS. Disini kita dapat lihat bagaimana media arus perdana diguna habis-habisan untuk membuat khawin paksa antara UMNO-PAS dan ini memang telah mengugat foundation (asas)Pakatan rakyat (PR). Kalau bukan pendirian tegas diambil oleh beberapa pemimpim termasuk Tok Guru, kemungkinan UMNO dan BN akan dapat nafas baru. Tetapi cubaan itu gagal. Dan cubaan pengabungan UMNO-PAS, bukan sahaja ditentang oleh DAP dan PKR, tetapi ia turut ditentang oleh komponen parti BN yang lain seperti MCA, Geakan, MIC dan sebagainya. PAS pula telah membuat perhimpunan Parti tergempar untuk memberikan komitmen ia masih bersama PR.

Oleh yang demikian, UMNO kini dalam dilemma yang paling serius dalam riwayat hidupnya. Nak berkawan dengan PERKASA , komponen BN marah. Nak menentang PERKASA, Mahathir dan penyokong UMNO yang ultra Melayu pula marah. Oleh yang demikian, selagi UMNO gagal untuk ‘repackaging’ baru, maka saya tidak dapat lihat bagaimana UMNO-BN akan pulih, dan saya meramalkan UMNO-BN akan hancur. Saya juga tidak menolak kemungkinan parti komponen BN atau sebahagaian daripada parti komponen BN bertukar khemah dan menjadi ahli PR.

Dalam suasana kita menanti penguburan UMNO, kita jangan lupa bahawa MCA sudah mengatasi krisis kepimpinan, dan Samy Vellu akan bersara dari MIC. Adakah reformasi dalam MIC dan MCA dapat menyelamatkan BN dan UMNO sendiri? Saya kurang yakin memandangkan rakyat Malaysia semakin muak dengan politik lama MCA dan MIC.

Namun adalah baik kita tidak meremehkan usaha yang dibuat oleh BN untuk kembali mendapat keyakinan rakyat. Namun demikian, jika PR gagal ke Putrajaya, saya merasakan pihak yang harus disalahkan adalah PR sendiri yang gagal mengambil kesempatan yang ada. Saya melihat musuh paling besar dalam PR kearah menuju Putrajaya bukanlah sekadar UMNO-BN, tetapi ia juga adalah bagaimana PR mengurus diri mereka sendiri?

Adakah UMNO akan lawan untuk kekalkan kuasa atau menyerahkan kuasa dengan aman ?

Soalan yang kedua adalah: Adakah UMNO akan hilang kuasa secara aman dan senyap, atau mereka akan lawan sehingga akhir untuk terus berkuasa? Ini merupakan soalan yang jauh lebih susah untuk dijawab.

Jawapan untuk soalan ini bukan sahaja bergantung kerpada kelemahana BN tetapi juga bergantung kepada kekuatan PR. Ajaran daripada semua revolusi dunia yang berjaya dari revolusi agung kaum pekerja di Russia, kepada revolusi Cina, revolusi Cuba, Revolusi Iran termasuk juga Peoples Power (EDSA) di Filipina dan Gerakan reformasi di Indonesia menunjukkan bahawa apabila kuasa rakyat atau kuasa revolusi cukup kuat dan menyeluruh, maka tentangan yang paling minima dan pertumpuhan darah yang paling minima akan berlaku. Ini adalah keadaan dimana arus perubahan yang melanda terlalu besar dan momentum yang cukup gergasi sehingga mereka yang hendak menentang akan akur sahaja dan undur tanpa tentangan (walkover).

Untuk suasana sebegitu, PR mesti menjadi gerakan yang dapat lebihkurang 65 -70% sokongan rakyat. Suasana ini belum wujud dan jauh daripada wujud buat masa kini. Keputusan pilihanraya beberapa pilihanraya lalu terkini menunjukkan bahawa UMNO masih mendapat sokongan orang Melayu, manakala sokongan orang India sedikit sudah kembali ke pangkuan BN, dan nampaknya hanya Kaum Cina yang cukup bersedia untuk menguburkan rejim lama.

Faktor kedua yang kita harus ambil tahu adalah faktor samada UMNO itu berwajah facisme atau menuju fasisme. Fasisme merupakan ideologi politik yang mempunyai beberapa ciri, antaranya ialah ia mempromosi satu bentuk nasionalisme yang ultra - yang meletakkan kepentingan negara lebih penting daripada kepentingan individu atau masyarakat. Fasisme mementingkan perpaduan antara masyarakat bangsa yang sama. Dalam situasi ini adalah perpaduan Melayu dan ideologi ini juga meliputi unsur-unsur nasionalisme, ketenteraan, korporatisme, totalitarianisme, antikomunisme dan antiliberalisme. Pengasah ideologi fasisme biasa dikaitkan dengan bekas pemimpin Itali, Benito Mussolini.


Sejarah UMNO

Untuk mengetahui samada UMNO akan bersikap fasis, kita perlu melihat sejarah UMNO itu sendiri. Kita harus melakukan bedah-siasat untuk melihat wajah UMNO sebenarnya, dan ini sedikit sebanyak akan memberi gambaran - dimanakan UMNO hendak membawa kita dan sejauh manakah cabaran menguburkan UMNO.



UMNO Dan Kemerdekaan Tiada Kaitan

UMNO adalah sebuah parti Melayu. Tetapi anihnya ia mempunyai nama Inggeris – United Malay National Organisation (UMNO). Tidakkah pelik bahawa parti yang memperjuangkan martabat Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu tidak mempunyai nama Melayu, tetapi mempunyai nama Inggeris iaitu UMNO. Ini adalah gambaran terbaik untuk kita sedar bahawa UMNO merupakan sebuah parti dan gerakan yang wujud dalam suasana tipu muslihat dan penuh kepura-puraan.

UMNO ditubuhkan bukan untuk berjuang untuk kemerdekaan, tetapi untuk menjaga kepentingan golongan Raja dan elit bangsawan pada masa itu. UMNO hanya muncul apabila kuasa Raja dan mereka yang dekat dengan kuasa raja - golongan bangsawan dan tuan tanah feudal terancam apabila British mahu menubuhkan Malayan Union.

Ini jauh berbeza dari parti–parti lain seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada tahun 1938, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM – 1945), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Hisbul Muslimin . Malah kesemua parti ini memperjuangkan kemerdekaan jauh lebih awal daripada UMNO. Slogan API pula adalah merdeka dengan darah. Malah Hizbul Muslimin dan Parti Komunis Malaya (PKM) mempunyai agenda menghalau British dan penjajah jauh lebih berprinsip daripada parti UMNO.

UMNO hanya wujud apabila kuasa raja terancam, dan selepas itu UMNO telah berkompromi dengan British dalam banyak hal sehingga kemerdekaan diberikan “atas dulang perak” kepada UMNO, manakala yang di berikan kepada pejuang-pejuang sejati tanah air adalah gari besi dan dawai-dawai dibelakang tahanan.

Darurat 1948 adalah satu titik tolak utama pendirian British yang mengambarkan penjajah British membuat keputusan untuk menghancurkan gerakan kemerdekaan sejati yang dipelopori oleh PUTERA-AMCJA, PKM dan lain-lain yang menuntut kemerdekaan dari penjajah, manakala mempromosi parti politik yang dapat menjaga kepentingan mereka iaitu Parti Perikatan yang diketuai oleh UMNO dan MCA.

Hartal 1947 dan Perlembagaan Rakyat

Pada tahun 1947, satu gerakan yang paling besar dalam sejarah Malaya telah berlaku. Aksi massa yang paling Berjaya dan paling menyeluruh dalam sejarah moden Malaya adalah hartal 1947. Hartal tersebut adalah suara rakyat menuntut satu dokumen penting yang dipanggil Perlembagaan Rakyat dijadikan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Rakyat adalah hasil dan inspirasi masyarakat biasa - kaum tani dan pekerja di Malaya, ia adalah suara kepada masyarakat marhain di negara kita. Ia adalah dokumen yang datang dari akarumbi. Ia adalah dokumen penyatuan majority rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama. Perlembagaan rakyat andaikata telah dilaksanakan pada masa itu, Malaya akan bebas dari isu agama dan perkauman.

Dan untuk menunjukkan sokongan rakyat, satu hartal (Mogok Umum) telah dipanggil pada October 20, 1947. Aksi ini dan mogok umum ini boleh mendapat anugerah Guiness Book of Record Malaysia kerana merupakan mogok yang paling besar, menyeluruh dan berkesan. Pada hari tersebut, satu Malaya mogok. Kedai-kedai tertutup, pengangkutan awam terhenti, rakyat tidak keluar dan semua operasi berhenti. Ia bukan sahaja berlaku di ibukota seperti perhimpunan BERSIH dan ISA, tetapi ia berlaku diseluruh negara.



PUTERA-AMCJA

Pihak British cukup tergugat dengan gerakan ini. Mereka juga cukup tergugat dengan Barisan PUTERA-AMCJA. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad dan terdiri dari API, AWAS, Hisbul muslimin, Batas (Barisan Tani), PKMM dan GERAM (Gerakan Angkatan Muda) dan AMCJA – All Malayan Council of Joint Action yang diketuai oleh Tan Cheng Lock dan John Eber. Ia turut menyatukan MDU, Kesatuan Kekeranian, Persatuan Selat, Bekas MPAJA dan PMFTU (Pan Malayan Federation of Trade Union). PMFTU pada masa itu mempunyai 67% rakyat pekerja dalam kesatuan sekerja, iaitu angka yang cukup besar berbanding dengan 7% pada hari ini.

British melumpuhkan gerakan ini dan menguburkan inisiatif Perlembagaan Rakyat dengan Darurat 1948. Semua parti politik kiri diharamkan dan 98% kesatuan sekerja diharamkan. Ribuan rakyat ditahan dibawan undang-undang darurat, ribuan dibuang negara, semua pemimpin kanan ditahan tanpa bicara. British menjalankan semua ini untuk memastikan parti pilihannya UMNO dapat memerintah tanpa halangan. Dengan bersekongkol dengan UMNO, British mengistiharkan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU pada 1-2-1948.

Malaya mendapat merdeka pada tahun 1957. Pada masa itu, negara masih dibawah darurat kerana darurat hanya ditarik balik pada tahun 1960. Oleh yang demikian, mungkin Malaya antara beberapa negara yang janggal didunia dimana kemedekaan diistiharkan pada masa negara masih dalam perintah darurat. Merdeka dalam darurat.

Merdeka diberikan kepada UMNO kerana UMNO sedia berkompromi dengan Penjajah British. Hari ini kita menentang Amerika Syarikat kerana menjajah Iraq dan Afganistan. Apakah bezanya dari menentang British yang menjajah Malaya? Tetapi UMNO berkompromi dengan British.

Walaupun UMNO mendabik dada bahawa mereka dapat memperolehi kemerdekaan Malaya tanpa tumpahan darah tetapi ini adalah palsu sepenuhnya. Ribuan rakyat Malaya terkorbon dalam perang menuntut kemerdekaan. Perangkaan mengatakan 11,035 terkorbon semasa darurat 1948-1960, 6,113 cedera, 807 hilang, 34,000 dipenjara tanpa bicara dan 26,000 dibuang negara.

Kemerdekaan yang diwarisi UMNO pada tahun 31 ogos 1957 adalah negara masih dalam darurat. Ekonomi dikonkong sepenuhnya oleh British dan tentera asing masih di Tanah Melayu dan ketua polis negara masih orang Inggeris.


Penubuhan Malaysia

Selepas kemerdekaan diberikan kepada UMNO, UMNO terus memperkukuhkan kedudukannya. Jika kemerdekaan Malaya dicapai pada zaman darurat , bagi penubuhan Malaysia pula, darurat diistiharkan untuk memastikan program Malaysia tercapai.
Pada tahun 1963, kefasisan UMNO terus terserlah apabila ia bersekongkol dengan British untuk menjayakan program Malaysia. Penubuhan Malaysia adalah kerana British yang takut bahawa Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei akan jatuh menjadi negara komunis. Untuk menubuhkan Malaysia, perisytiharan darurat kedua telah dibuat oleh YDP Agong pada 3 September 1963 iaitu lebih kurang dua minggu sebelum penubuhan Malaysia.

Alasan darurat adalah untuk menangani Konfrontasi Indonesia dari tahun 1962 hingga 1966. Sekali lagi pemimpin-pemimpin pembangkang dan kiri ditahan atas nama konfrontasi dan pilihanraya kerajaan tempatan yang ramai dimenangi oleh Socialist Front (SF) ditangguhkan. Sehingga hari ini, pilihanraya kerajaan tempatan masih ditangguh. Pada Mac 1965, semasa Tunku Abdul Rahman membatalkan pilihanraya kerajaan tempatan, beliau berkata ia akan dipulihkan selepas Konfrantasi dengan Indonesia tamat tetapi sehingga kini, beliau dan semua pemimpin selepas beliau masih belum memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan.


Represasi UMNO Bermaharajalela

Pilihanraya 1969 memperlihatkan 5 negeri jatuh kepada pembangkang. Parti perikatan hilang 2/3 majoriti di Parlimen termasuk Kuala Lumpur yang menjadi ibunegeri Malaysia pada masa itu. UMNO tidak dapat menerima kekalahan ini dan maka itu tercetuslah Mei 13.

Buku Dr. Kua Kia Soong mengenai Mei 13 yang tidak dipetikaikan oleh Kerajaan mendedahkan peranan yang dimainkan oleh pemuda UMNO dibawah arahan Harun untuk memulakan rusuhan kaum. Mei 13 turut memaparkan peranan yang dimainkan Tun Razak – bapa Najib untuk merampas kuasa dari Tengku Abdul Rahman.

Darurat 1969 memastikan UMNO dapat diselamatkan atas nama baru iaitu BN. Selepas 1969, UMNO pula memulakan politik perkauman pada tahap yang baru dengan adanya Dasar Ekonomi Baru. Dengan tercetusnya Darurat 1969, semua kemenangan parti pembangkang di 5 negeri terbatal sehinggalah BN muncul dengan pakej baru. Hanya DAP dan Parti Rakyat yang tidak menyertai BN.

Sejak itu, pelbagai kebangkitan rakyat dan gerakan massa dilumpuhkan oleh UMNO dengan menggunakan kuasa pemerintah. Polis, kehakiman, media dan lain-lain dikonkong untuk memastikan UMNO terus berkuasa.

Pada tahun 1974, semasa ekonomi Malaysia menghadapi krisis yang serius dengan Inflasi melambung tinggi - gula naik dari 30 sen ke 60 sen, tepung dari 20 sen ke 50 sen, Harga getah jatuh ke paras paling rendah, pengangguran meningkat dan tiada perumahan untuk rakyat miskin dan sebagainya. Dalam suasana ini, gerakan mahasiswa turun membela kaum marhain. Insiden Baling (19-11-1974) dimana 1,000 petani tunjuk perasaan. Tunjuk perasaan berterusan pada 20 & 21 November. Pada 21 November 1974, – 13,000 berarak ke Bandar Baling.

Reaskis fasis UMNO dan BN adalah melumpuhkan gerakan mahasiswa. 1128 pelajar ditahan termasuk Syed Husin Ali dan Anwar Ibrahim . Kemudian Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 dibuat dan semua pertubuhan Universiti dibubarkan.


Darurat di Kelantan

Dua tahun selepas itu, darurat digunakan oleh UMNO untuk merampas Kelantan dari PAS. Pada awalnya UMNO membuat persefahaman dengan PAS (masa itu komponen BN) bahawa mereka akan membenarkan PAS memerintah Kelantan dan tidak akan campurtangan dalam urusan Negeri. Tetapi hakikatnya berbeza dimana apabila PAS cuba menggantikan Menteri Besar mereka Encik Nazie yang tidak mahu akur kepada parti. Maka satu undi tidak percaya dibuat di sidang DUN Kelantan, dimana 20 ADUN PAS menyokong usul tidak percaya terhadap MB, manakala 13 ahli UMNO dan seorang ahli MCA meninggalkan Dewan kerana membantah. Akhirnya untuk mengekalkan kuasa UMNO di Kelantan, Tun Hussain Onn telah mengistiharkan darurat di Kelantan, dan Kelantan kemudianya diperintah terus dari KL.

Setiap kali ada kebangkitan rakyat maka UMNO akan menggunkan kuasa polis dan ISA untuk menhancurkannya. Pada tahun 1978 ekoran mogok pekerja MAS, kerajaan telah menahan beberapa pekerja MAS dibawah ISA.


Operasi Lalang 1987

Pada tahun 1987, semasa krisis ekonomi dunia dan dimana UMNO berada dalam satu lagi situasi kemarahan rakyat. UMNO-BN dibawah Mahathir mencetuskan isu perkauman disekitar isu bahasa dan hak pendidikan. Isu kaum sentiasa digunakan untuk memantapkan perpaduan dalaman UMNO dan sekali gus memberikan tiket untuk menggunakan ISA terhadap pembangkang.

Najib pernah berkata akan membasahi keris dengan darah orang cina. Tetapi beliau tidak ditahan ISA. Yang ditahan adalah lebih seratus aktivis termasuk ketua pembangkang Lim Kit Siang yang ditahan dibawah ISA. Atas nama kestabilan negara dan keharmonian kaum, UMNO BN menghancurkan sesiapa sahaja yang cuba menggugat hegemoni mereka. Isu sebenarnya adalah Mahathir bergelut dengan Tengku Razaleigh – perebutan kuasa antara Team A dan B. UMNO dibubarkan dan seterusnya sistem kehakiman diperkosa. Namun ISA menyelamatkan UMNO sekali lagi.


Peritiwi Kerajaan Sabah 1994

Pada tahun 1994, Anwar yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri menggunakan pelbagai taktik untuk mengulingkan Pairin Kitingan - Kerajaan pilihan rakyat dan digantikan dengan Tun Sakaran Dandai dari UMNO. Dia menjadi Ketua Menteri kelapan Sabah.UMNO terus menunjukkan dominasinya dalam politik di Sabah dan semakin cuba mendapat tapak di Sarawak.


DPM Disingkirkan – 1998

Empat tahun selepas itu, Anwar sendiri mengalami padah dan ditahan dibawah ISA. Pada tahun 1998, Anwar Ibrahim melancarkan gerakan reformasi setelah disingkirkan oleh UMNO. Ribuan rakyat turun ke jalanraya menuntut Dr. Mahathir meletak jawatam. Dalam suasana dimana pembangkang semakin kuat, maka UMNO sekali lagi menggunakan ISA untuk menghancurkan gerakan reformasi. Akujanji diistiharkan di kampus dan undang-ndag untuk kakitangan kerajaan diketatkan.


Hindraf dan ISA 2007

Pada tahun 2007. ISA pula digunakan terhadap pemimpin Hindraf yang dapat menyatukan masyarakat India menentang pemerintahan UMNO.

Setiap kali UMNO berasa ia akan hilang kuasa, maka ia akan menggunakan kekerasan untuk kekal berkuasa. Alasan yang biasa digunakan adalah atas nama kestabilan negara dan keharmonian kaum.

Sejak pembentukan Persekutauan Tanam Melayu, UMNO berjaya mengekalkan kuasa dengan memanipulasi dan berkompromi dengan pelbagai pihak untuk terus berkuasa. Segala tentangan yang wujud dari tentangan mahasiswa, pekerja, tentangan politik pembangkang dapat dihancurkan dengan menggunkan kuasa polis, Akta Keselamatan dalam Negeri – ISA, undang-undang , kawalan media dan sebagainya.

Inilah sebahagian dari sejarah UMNO. Adakah UMNO akan serah kuasa dengan mudah?


Tsunami 2008

Namun demikian pada tahun 2008, UMNO-BN berdepan dengan satu situasi mirip 1969. UMNO hilang 2/3 majoriti dalam Parlimen. 5 negeri jatuh kepada pembangkang. Namun UMNO gagal pada masa itu untuk berpegang kepada kuasa. Ini adalah disebebakan oleh beberapa faktor: -

1) Abdullah Ahmad Badawi – Beliau adalah seorang pemimpin yang “lemah” dimana beliau tidak mempunyai sokongan padu dalam UMNO, dan beliau disabotaj dari bawah oleh gandingan Mahathir-Najib. Pada zaman beliaulah, PSM mendapat pendaftaran dan Anwar Ibrahim dibebaskan. Zaman Abdullah Badawi memberi sedikit ruang untuk pembangkang bergerak. Selepas kegagalan Pilihanraya 2008, Badawi cuba membuat beberapa pembaharuan dan reformasi seperti yang pernah dibuat Habibi selepas kejatuhan Suharto untuk mendapat keyakinan semula rakyat. Tetapi cubaan beliau digagalkan apabila UMNO dibawah Najib dengan Mahathir di belakang menghabiskan kariar politik Badawi.

2) Faktor kedua Tsunami 2008 - Rakyat cukup matang dan cukup bencikan UMNO dan BN kerana korupsi, nepotisma dan lain-lain salahguna kuasa. Kemarahan rakyat melintasi garis kepartian dan perkauman apabila orang Cina memegang bendera PAS dan orang Melayu melambaikan bendera DAP. Di Perak, rakyat pergi ke pejabat kerajaan negeri untuk mempertahankan Bangunan Kerajaan negeri sejurus selepas Pembangkang menang tipis. Mood dan momentum menyebabkan BN tidak dapat larikan harta kerajaan yang kini milik PR. Dalam suasana kesedaran rakyat yang tingi dan dalam suasana kesemua kumpulan BN kecewa, maka mereka tidak tahu nak buat. Scenario yang mungkin berbeza berlaku andaikata Mahathir atau Najib memerintah pada masa itu.

3) Kebangkitan pelbagai gerakan rakyat yang bersatu bersama seperti satu jackpot. Gerakan Peguam, BERSIH , Hindraf . Ini mewujudkan satu suasana yang agak berbeza kerana di Malaysia kesedaran muncul pada zaman berbeza, dan justeru itu UMNO – BN boleh sentiasa berkuasa berdasarkan pecahan ini .

Contohnya pada tahun 1995, Mahathir menang kerana sokongan orang Melayu, manakala orang bukan Melayu tidak menyokong beliau. Pada tahun 1999 – Mahathir pula menang kerana undi orang bukan Melayu ekoran mereka takut dengan peristiwa September 11, dan tidak banyak terpengaruh dengan isu Anwar sepertimana orang Melayu.

Dalam dua scenario ini, Mahathir dan UMNO masih berkuasa. Namun suasana 2008 berbeza sekali . Pada tahun 2008, kebangkitan semua kaum dan juga golonan orang muda seperti selari. semuanya meletup sekali dan perubahan berlaku tetapi ia masih belum cukup untuk memangani Putrajaya.


Rejim Najib

Kini Najib menjadi PM setelah rampasan kuasa dari Abdullah Badawi. Apakah strategi Najib ? Kalau kita melihat strategi Najib, kita dapat membaca ke mana arah tujunya.

1. Najib mengambil pendirian berjinak dengan Amerika Syarikat. Ini adalah untuk mengurangkan pengaruh Anwar dengan kuasa dunia tersebut. Malaysia sanggup membuat sekatan gas untuk ke Iran setelah diarahkan oleh Amerika Syarikat. Najib sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk meraba bahu dengan Barack Obama.

2. Mengawal media perdana dan media alternatif. Pelbagai pemberita progresif telah ditukar, kartun Zunar menjadi ancaman kepada negara, CD anak muda Namewee menjadi isu pendebatan sehingga di peringkat cabinet, manakala Utusan Melayu dibenarkan untuk terus mencetuskan suasana ketegangan tanpa had. Media dibawah Najib terus dikongkong.

3. Najib tidak malu merampas kuasa secara tidak sah seperti di Perak dan beliau juga tidak segan dan terus berusaha untuk merampas kuasa di Pulau Pinang dan Selangor. Wang dan ugutan diguna untuk membeli wakil rakyat. Najib langsung tidak menghormati kemahuan rakyat dan hak demokrasi.

4. Mempermainkan perkauman bukan secara langsung . Walaupun BN mengambil keputusan menjauhkan diri dari PERKASA, tetapi Najib setelah teguran Dr. Mahathir mengambil kesimpulan tidak menentang Perkasa. Nampaknya PERKASA terus mendapat liputan luas dalam media kawalan UMNO. Dr. Mahathir menjadi penasihat PERKASA dan terus menggunakan gerakan ini untuk mencetuskan huru-hara. Mahathir tidak mahu PR dan Anwar memerintah dan begitu juga Najib. Jika ini berlaku, mereka takut mereka akan dipenjarakan, seperti yang pernah berlaku kepada pemimpin kukubesi yang hilang kuasa seperti Pinochet dan Fujimori.

5. Sistem kehakiman dan institusi lain terus dimanupulasi dan ini boleh dilihat dalam kes kedua liwat Anwar dan perbicaraan kes Teoh Beng Hock dan isu DUN Negeri Perak.

6. Najib terus mahu mendapat sokongan kaum kapitalis dunia dengan melaksanakan polisi-polisi neoliberal seperti GST, pindaan Akta Pekerjaan dan pengurangan subsidi secara agresif dan rakus.

Dengan cara ini, Najib berpendapat beliau dapat memecahbelahkan perkauman, mendapat sokonan peniaga tempatan dan Imperialis antarabangsa dan kawasan ketat beliau keatas media, polis dan kehakiman akan memastikan dia terus memerintah secara sah atau tidak sah.


Adakah Najib Menuju Pemerintahan Fasis?

Justeru itu, kalau kita petik 7 ciri fasis yang disimpulkan oleh ahli akedemik politik Laurence W Britt, dan kesimpulan Dzulkarnain yang terdapat dalam kertas yang disediakan oleh penganjur, maka tidak sah lagi ciri-ciri seperti - mempromosikan semangat kebangsaan atau patriotisme yang menjurus kepada perkauman; sokong pertubuhan perkauman seperti PERKASA; kebencian terhadap nilai dan hak asasi manusia; pencabulan hak asasi manusia; pengawalan ketat media massa; penyalahgunaan institusi keselamatan Negara; dan pelaksana undang-undang iaitu agensi penguatkuasa dan kehakiman disalahgunakan; kepentingan kroni dan koporat dilindungi secara rapi; dan subsidi diteruskan kepada syarikat kroni; gejala kronisme dan rasuah berleluasa; pemberian kontrak dibuat tanpa ketelusan; dan akhirnya penipuan terancang dalam sistem pilihan raya. Jika ini bermakna menuju fasisme maka tiada soalan lagi kecuali menyimpulkan bahawa Najib menuju kepada fasisme. Kerana semua ciri-ciri ini dilaksanakan pasa masa ini.

Namun demikian, suasana zaman Benito Mussolini jauh berbeza berbanding dengan zaman Najib Razak. Najib berada dalam zaman ekonomi global kapitalisma dimana syarikat-syarikat MNC lebih kuat dari negara-negara berdaulat. Oleh yang demikian – fasisme akan membawa kepada keadaan iklim perniagaan yang tidak selesa. Ini akan ditentang oleh puak peniaga kecuali jika Najib dan UMNO dapat mengimbangi suasana kukubesi dengan syurga pernigaan kepada kaum kapitalis. Mungkin Najib boleh belajar dari Singapoura beberapa tips. Oleh yang demikian adalah satu halangan untuk Najib. Sejauhmanakah sistem kapitalis itu sendiri mahu menyokong Najib, atau mereka mahu mencari pengganti dalam bentuk PR? Inilah berlaku di Indonesia apabila kaum peniaga merasakan peniagaan lebih baik dibawah pembangkang daripada dibawah Suharto.

Isu kedua: Sistem maklumat merupakan senjata yang paling berkesan hari ini. Marx pernah berkata bahawa teknologi yang dibawa oleh kaum borjuis boleh digunakan balik terhadap golonga mereka sendiri. Dalam suasana berbincangan kita hari ini, informasi maklumat tidak lagi menjadi monopoli BN dan parti pemerintah. Oleh yang demikian, keadaan maklumat yang penting dapat disalurkan. Keadaan berbeza pada zaman dahulu dimana informasi dan maklumat menjadi monopoli satu golongan sahaja.

Faktor ketiga yang saya rasa cukup penting adalah sejauh mana PAS akan termakan umpan UMNO. Hari ini saya ingin mengangkat topi nak tabik kepada PAS kerana sejak kebelakangan ini, PAS telah berkelakuan dengan penuh tanggungjawab dan penuh matang. Dulu semasa saya baca Harakah Bahasa Melayu dan kertas Harakah bahasa Inggeris yang ada didalamnya, saya dapati Harakah Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mempunyai bau politik yang berbeza. Satu untuk tarik orang Islam Melayu dan satu lagi untuk tarik orang bukan Melayu. Namun demikian, kebelakangan ini saya melihat bahawa kenyataan-kenyataan pemimpin PAS dan juga tulisan-tulisan pemimpin PAS cukup konsisten sekali, baik dalam Harakah bahasa Melayu mahupun Harakah bahasa Inggeris.

UMNO telah mencuba banyak isu – isu perpaduan Melayu, isu Ahli Parlimen Serdang yang masuk surau bagi bantuan, isu Kalimah Allah, isu penukaran agama dan isu pembakaran gereja. Dalam semua ujian ini, PAS telah meperlihatkan satu imej yang cukup baik dan matang. PAS tidak menari dengan nada dan muzik UMNO lagi. Pendirian PAS semakin konsisten dan semakin dapat diterima oleh majority rakyat yang berbilang kaum.

Dulu setiap kali, isu Melayu dan Islam dipermainkan oleh UMNO, PAS terus mengambil satu posisi bersama UMNO dan ini dengan senangnya memecahkan perpaduan dikalangan pembangkang terutamanya dengan DAP. Tapi PAS hari ini berbeza dan mungkin dengan slogan PAS UNTUK SEMUA dan membolehkan orang bukan Islam menjadi ahli bersekutu PAS, maka PAS hari ini tidak lagi dapat memainkan peranannya sebagai kumpulan radikal atau fundamentalism Islam. PAS harus tegas dan berani memperjuangkan konsep ini demi perpaduan pembangkang dan PR.

Selagi PAS dilandasan yang tidak terjerat dengan umpan UMNO, selagi itu UMNO susah untuk memecahbelahkan perjuangan rakyat. Saya juga ingin menegaskan perpaduan kaum dapat kita kekalkan hari ini, sebahagian besar adalah berpunca daripada sifat dan sikap PAS yang tidak memainkan sentiment kaum dan agama untuk sekadar popular sahaja.


Apakah Harus Dibuat ?

Untuk menguburkan hegemoni UMNO-BN dalam politik Malaysia, maka saya menyarankan empat pendekatan, iaitu peta jalan ke Putrajaya –

1. Memperkasakan rakyat dan bukan membohsiakan rakyat

Apabila Markos cuba mengekalkan kuasa di Filipina setelah menang pilihanraya secara tipu muslihat tetapi rakyat Filipina tidak dapat menerima keputusan pilihanraya, Marcos digulingkan oleh gerakan rakyat. Di Venezuela, pada tahun 2002, apabila tentera dengan sokongan peniaga dan CIA membuat rampasan kuasa terhadap Chavez, lapan juta rakyat Venezuela turun mempertahanakan Chavez, dan Chavez dapat kembali bertakhta. Di Perak, apabila Najib melancarkan rampasan kuasa, kuasa rakyat yang kita lihat adalah sementera, tidak menyeluruh dan tidak ramai. Seandainya Kerajaan PR Perak membuat program yang begitu popular, mengapa rakyat Perak tidak turun untuk mempertahanakan kerajaan PR Perak disana. Malah kerjaaan PR jatuh kerana ahli PR yang lompat parti.

Oleh yang demaikian, apabila mengambil kuasa, membuat sekadar program kebajikan sahaja tidak memadai. Rakyat mesti sentiasa menjadi sedar dan terlibat secara langsung dalam politik, dan rakyat mesti sentiasa turun untuk mempertahankan kerajaan rakyat.

PR, saya lihat, kurang melakukan kerja-kerja memperkasakan rakyat. Di Selangor umpamanya, kerajaan Negeri memperkasakan ekonomi begitu baik dan program kebajikan jauh lebih baik daripada zaman BN, tetapi apabila wujud persoalan seperti isu air syabas yang cuba disabotaj oleh BN, keajaan PR tidak berani membuat satu referendum. Jika PR membuat satu referendum bertanya samada rakyat Selangor mahu Kerajaan Negeri atau Syabas uruskan air Negeri Selangor, rakyat boleh mengundi di pejabat Majlis daerah, pejabat tanah dan JKK, sudah tentu ia akan mempolitikkan rakyat. Satu referendum akan membawa bersama penglibatan rakyat dalam menentukan aliran politik negeri. Yang sekali gus memberikan rakyat sentiasa peka kepada suasana politik. Di negara Venezuela dan Cuba, referendum sentiasa diadakan untuk mendapat endorsement rakyat, dan sekali gus rakyat di negara itu sentiasa peka untuk mempertahanakan kerajaan mereka.

Di negeri-negeri PR, PR cuba membuat banyak program untuk menyaingi BN dari segi memberi beras, beg sekolah , hamper dan sebagainya. Rakyat mesti disajikan dengan idelogi dan prinsip perjuangan, bukan disajikan dengan wang dan makanan percuma.

Jika Najib menuju fasisma, hanya gerakan rakyat dapat menyelamatkan keadaan. Untuk sebab itu, kita memerlukan rakyat yang sedar dan berani mempertahankan kerajaan rakyat.

2. Program yang Jelas dan meyakinkan

PR harus mempunyai satu program politik minimum yang cukup jelas antara semua parti dan program PR ini harus diumumkan kepada rakyat. Setakat ini walaupun ada unsur membawa agenda PR dan logo besama tetapi rakyat luar lebih banyak melihat persaingan dikalangan anggota PR daripada presamaannya. Parti-parti PR juga lebih banyak cuba menonjol perbezaan daripada persamaan. Baru-baru ini Lim Guan Eng memperkenalkan satu dokumen jika PR memerintah, tetapi ia tidak dibuat bersama dengan parti komponen lain, dan ini menimbulkan prasangka.

PR juga telah membuat “shadow cabinet”, tetapi cabinet bayangan PR ini mempunyai tiga orang untuk satu jawatan dan mereka langsung tidak aktif dan ramai yang tidak kenali mereka dan mereka jarang membuat kenyataan. Bagaimana rakyat hendak yakin dengan kerajaan yang menunggu untuk memerintah jika mereka langsung tidak menonjol.

Hanya dengan satu program politik yang jelas dan alternative, dan satu dokumen yang cukup jelas, baru ia memberi rakyat peluang melihat apakah alternative. Kita tidak perlu tunggu sehingga pilihanraya, untuk kita mengutarakan program politik ini.

3. Membentuk satu Gabungan yang lebih besar merangkumi pertubuhan sivil, kumpulan masyarakat, NGO dan parti politik lain

Tidaklah salah saya mengatakan, PR dibentuk bukan secara terancang dan sedar, tetapi secara tidak sengaja seperti satu kemalangan. Sejurus selepas keputusan pilihanraya 2008, rakyat meluahkan sentimen yang cukup jelas bahawa mereka mahukan pembangkang bersatu. Walaupun pada masa itu, ada sedikit perebutan kuasa antara parti pembangkang tetapi desakan rakyat yang cukup kuat menyebabkan tiga parti pembangkang utama akur dan menubuhkan PR. Kini PR harus membincangkan politik masadepan dan menjemput kumpulan-kumpulan sivil, pertubuhan hak asasi, NGO, Kesatuan sekerja dan lain-lain parti menyertai satu gabungan yang lebih besar untuk menguburkan UMNO-BN. PR nampaknya terlalu menfokus kepada pilihanraya, dan ini sering mencetuskan persoalan kerusi . PR harus menjurus kepada membentuk gerakan akternatif kuasa kedua untuk mencabar kuasa BN sekarang.

Konsep ini seperti yang dibuat oleh PUTERA-AMCJA atau Gagasan Demokrasi. Dengan adanya satu gabungan yang lebih besar, maka keyakinan untuk berlawan dengan UMNO dan jentera BN akan menjadi lebih kuat. Andaikata jika perlu memberikan sedikit kerusi kepada kepimpinan masyarakat sivil, maka ia harus diberikan. Kerusi tidak seharusnya menjadi monopoli 3 parti ini. Contohnya jika masyarakat Orang Asli hendak meletakkan calon di satu tempat, lebih baik kita membernarkan mereka dan mendapat sokongan mereka daripada mengasingkan diri.

PR harus mempunyai satu program jelas dan menjemput semua parti lain dan organisasi lain untuk sama-sama membentuk satu gerakan menentang BN yang cukup besar. Ia harus dianggotai bukan sahaja oleh parti politik tetapi juga oleh kumpulan-kumpulan masyarakat dan NGO-NGO.

Disini ada baiknya kita merenung, pandangan Presiden PAS yang cukup progresif iaitu Prof Dr. Burhanuddin Helmy. Burhanuddin Helmy mempunyai asal usulnya dari Nasionali kiri dan terlibat dalam KMM(1939), KRIS(1945), PKMM(1945) dan PUTERA(1947).


Ucapan Burhanuddin dalam Persidangan Agung PAS di Kelab Sultan Sulaiman, KL Disember 1956 mengariskan –

“….Kerana itu penjajahan tidak boleh ditentang hanya dengan tenaga satu golongan saja, satu parti sahaja tetapi sebaliknya hanya dengan tenaga-tenaga anti imperialis seluruh dunia, tenaga-tenaga anti- imperialis seluruh masyarakat.

Kerana itulah PAS sanggup bekerjasama denagan apa saja golongan, apa saja parti, apa saja aliran dalam masyarakat atas dasar kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Tenaga-tenaga nasionalizem, keugamaan dan sosialisme yang sihat dalam masyarakat harus kita gembeleng, kita padukan mulai sekarang untuk merupakan satu tenaga besar demi tugas perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan tanah air kita.


Dasar-dasar persamaan antara ketiga-tiga tenaga ini harus kita tegakkan dari sekarang, kita pupuk dan kita perkukuh dari sekarang. Dan satu dasar persamaan, satu titik pertemuan yang kukuh yang boleh kita tegakkan untuk mempertalikan ketiga-tiga tenaga ini. Untuk memadukan ketiga-tiga tenaga itu ialah dasar kita bersama menentang penjajahan, cita-cita kita bersama mengingini satu Negara kebangsaan yang demokratis dan berdaulat.”

Saya mengingatkan kembali kata-kata Presiden PAS ini, kerana untuk menguburkan rejim fasis UMNO hari ini memerlukan kerjasama pelbagai parti dari pelbagai aliran. Selagi parti-parti dalam PR berpendirian dibawah satu program yang jelas, maka aspirasi menguburkan BN cukup baik. Hari ini, PR masih gagal membentuk satu fahaman program perpaduan politik yang jelas. Rakyat memerlukan satu program politik yang jelas untuk membawa perjuangan maju ke hadapan. Dan program ini mesti popular dan membawa masuk lebih kumpulan dan golongan.

4. Berani membuat reformasi dalam Kerajaaan Negeri

Kerajaan negeri PR mesti berani membuat perubahan. saya cukup menghormati MB sah Negeri Perak Datuk Nizar kerana beliau berani melakukan pilihan raya peringkat kampong dan keputusanya lebih 80% mnyokong calon PR daripada BN. Dalam suasana ini, pilihanraya kerajaan tempatan, pada pandangan saya, akan membawa lebih manfaat kepada pembangkang. Dan jika BN menghalangnya, maka kita dengan jelas boleh menunjukkan BN anti demokrasi. Tetapi nampaknya tiada keberanian politik untuk melaksanakannya dikalangan PR.

Dulu Kelantan memberi kerja 5 hari, dan selepas itu Kerajaan Persekutuan yang mulanya kutuk program ini akhirnya setuju, dan terpaksa ikut Kelantan dan memberi kerja lebih 5 hari. PR juga harus juga melaksanakan sistem gaji minima di peringkat kerajaan negeri dan membuat program-program yang berani supaya rakyat dapat lihat perbezaan antara kerajaan BN dan PR. Kerajan Pulau Pinang harus dipuji kerana berani membuat perubahan. Begitu juga Selangor, dimana FOI bill diluluskan. Tetapi ia harus diikuti oleh negeri–negeri lain. Resolusi ISA pula hanya dibentang di DUN Perak dan Selangor, bagimana dengan DUN-DUN lain. Mengapa tiada keseragaman. Mengapa sistem tender yang diguna di Pulau Pinang tidak diguna di negeri lain PR atau FOI di Selangor tidak diikuti oleh negeri lain?

Jika Kerajaan Negeri membuat undang-undang baru yang membela golongan rakyat biasa dan membuka ruang demokrasi yang lebih luas, BN tercabar untuk ikut. Jika mereka tidak ikut, ia memberi peluang kepada rakyat menilai. Antara perkara lain yang boleh dibuat ialah dari segi program perumahan selesa, mengistiharkan harta penjawat utama dan sebagainya


Komitmen PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti serius berlandaskan aspirasi rakyat dan bekerja di peringkat akarumbi. PSM adalah parti pertama dimana ADUN. MP dan Ahli majlis mengistiharkan harta dan mengeluarkan laporan tahunan kerja yang dibuat setiap tahun. Ia telah mengambil pemerintah 11 tahun untuk mendaftarkan PSM. Kalau ditinjau kerja-kerja PSM untuk setahun yang lalu, PSM telah mengadakan aksi massa meminta PERKESO memberi lebih perlindungan kepada pekerja, meminta bank negara campurtangan dalam isu hutang dan isu along, membantah pengswastaan hospital awam dan membantah GST dan pindaan akta pekerja. Komitmen dan kerja PSM berjuang bersama masyarakat akarumbi menuntut perubahan adalah sesuatu yang konsisten dan biasanya tiada banyak dipersoalkan.

Dari segi PR. PSM mengambil keputusan yang diumumkan dalam Forum Sosialisma 2009 bahawa PSM tiada niat untuk membina kuasa ketiga pada ketika ini dan dengan tegas mengatakan PSM akan berkerjasama dengan PR untuk menguburkan BN. Dalam Kongres Parti pada tahun ini, sekali lagi Ahli parti mengambil keputusan bahawa PSM akan bekerjasama dengan PR dan akan membuat kerjasama pilihanraya seperti tahun-tahun lalu dengan parti pembangkang lain untuk menentang Barisan Nasional yang dilihat sebagai musuh utama.

Dalam konteks ini, PSM berpendapat hubungan antara parti pembangkang harus berdasarkan satu program politik dan mesti ada disiplin untuk mengikuti program minima ini dan mesti ada proses saling hormat menghormati. Selagi program politik itu tidak bertentangan dengan prinsip dan aspirasi rakyat, PSM akan sentiasa bersama.


Kesimpulan

Iklim perubahan terbuka luas. Bau kebebasan semakin terasa. Kemenangan pembangkang ke Putrajaya nampaknya pasti. Tetapi PR sendiri yang dapat mengagalkan dirinya sendiri jika tidak berhati-hati.

Calon yang tidak berprinsip dan tidak bertanggungjawab harus diganti. Program parti harus jelas. Gerakan menentang UMNO-BN harus dibesarkan dan kerajaan Negeri harus berani mendukung perubahan ini secara selari dan konsisten.



KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT !

Hidup rakyat !

Saturday, October 16, 2010

Wakil SUARAM Melaporkan Perkembangan Aduan Mahkamah Mengenai Skandal Pembelian Submarine Dalam "Forum" dan "Jamuan" FOS Johor

Kenyataan akhbar ke-4
15hb Oktober 2010

Wakil SUARAM Melaporkan Perkembangan

Aduan Mahkamah Mengenai Skandal Pembelian Submarine

Dalam "Forum" dan "Jamuan" FOS Johor

Untuk meraikan ulangtahun ke-9 dan membincangkan tugas terkini gerakan demokrasi dan hak asasi negara kita, Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM negeri Johor akan menganjurkan aktiviti pada 17hb Oktober 2010 (Ahad), jam 2pm hingga 6.30pm, bertempat di Sports Club, Taman Universiti Skudai. Forum bertajuk “ Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” akan mula tepat jam 2 petang hingga 5 petang (air minuman dibekalkan); diikuti dengan jamuan pada jam 5 petang hingga 6.30 petang.

Tiga pemimpin politik yang mempunyai perwakilan tertentu dijemput untuk membentangkan kertas perbincangan. Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Encik S.Arutchelvan telah mengesahkan kehadiran masing-masing dan membekalkan kertas pembentangan. Panelis akan berucap dalam Bahasa Melayu manakala penterjemahan isi penting ke Bahasa Mandarin akan disediakan semasa forum. Sesi soal jawab antara panalis dan hadirat disediakan selepas pembentangan kertas.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz akan membentangkan kertas bertajuk “ Kuburkan FASIS Tegakkan KEADILAN Untuk Semua”, manakala Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan akan membentangkan kertas bertajuk “UMNO Rejim Menuju Fasisme”. Pihak penganjur akan mengedarkan booklet yang mengandungi kesemua kertas pembentangan sebagai bahan rujukan kajian dan perbincangan terhadap isu ini.

Wakil SUARAM Akan Melaporkan Skandal Pembelian Kapal Selam Oleh Kerajaan Malaysia.


Selain itu, wakil Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Cynthia Gabriel akan melaporkan perkembangan terkini tentang penghantaran aduan ke makamah Perancis tentang pembelian kapal selam antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan syarikat menjual senjata Perancis yang bernama Armaris Ini adalah kali pertama SUARAM melaporkan perkembangan kes mahkamah tentang skandal ini kepada masyarakat umum secara rasmi. Ia pasti dapat menarik perhatian orang awam yang prihatin kepada demokrasi dan hak asasi manusia.

Sesiapa yang berminat menghadiri forum dan majlis makan sempena ulang tahun ke-9 Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor ini, sila hubungi Cik Fang Pei Fen (016-7782707) atau datang ke pejabat untuk membeli kupon terlebih dahulu. Pejabat Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor beralamat di 8A, Jalan Ronggeng11, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor.

Sekian terima kasih.



Fang Pei Fen
Setiausahan bertindak

Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor

柔州人民之友本周日举办论坛与餐会 总部代表汇报报我国购买潜水艇弊案

柔州人民之友本周日举办论坛与餐会

总部代表汇报报我国购买潜水艇弊案

柔佛州人民之友工委会纪念成立9周年及探讨我国民主人权运动的当前任务,已决定在20101017日(星期日),下午2时至下午6时半假新山士古来大学城美都迎宾楼举行一项活动。活动将会分成两个部分进行,即下午2时至下午5时为“反抗法西斯统治,埋葬巫统政权“论坛时间(提供茶水);下午5时至630分为餐会时间。

工委会邀请3名具有特定代表性的政治领袖担任此次论坛主讲人。回教党精神领袖聂阿兹及社会主义党秘书长阿鲁哲文,已经提供他们各自的论文,并表示必将亲自莅临主讲。他们将以马来语演讲,会上将有华语的扼要译述配合。他们将在演讲之后回答出席者针对论坛议题的有关提问。

回教党精神领袖聂阿兹的论文题目是《为全民维护公正、埋葬法西斯》(Kuburkan FASIS Tegakkan KEADILAN Untuk Semua)。社会主义党秘书长阿鲁哲文的论文题目是《巫统政权走向法西斯主义》(UMNO Rejim Menuju Fasisme)。工委会将把论坛主讲人提供的论文,合在一起,编印成册,现场分发,作为有心人士研究和讨论有关议题的参考材料。


大马人民之声代表现场汇报我国购买潜水艇弊案


此外,大马人民之声总部代表仙蒂娅(Cynthia Gabriel)将在上述论坛结束以后的餐会时间内,汇报大马人民之声入禀法国法庭,追查法国Armaris 公司与大马国防部的47亿令吉潜水艇交易是否出现舞弊案的进展这是有关案件入禀法国法庭以来,在国内首次公开汇报的活动,必将受到关心民主人权运动人士的关注。

柔佛州人民之友工委会9周年纪念的论坛与宴会是以购卷入场方式进行。每张入场卷为马币35零吉。有意参与者可联络方佩芬(016-7782707)或亲临柔佛之友工委会会所(8A, Jalan Ronggeng 11, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor.)报名并预先领取入场卷。

Wednesday, October 6, 2010

柔州人民之友9周年纪念举办论坛 聂阿兹、阿鲁哲文、刘镇东主讲

柔州人民之友9周年纪念举办论坛
聂阿兹、阿鲁哲文、刘镇东主讲





“反抗法西斯统治,埋葬巫统政权”论坛及柔佛州人民之友工委会9周年纪念餐会铁定于2010年10月17日(星期日)假柔佛士古来大学城美都迎宾楼举行。社会主义党秘书长阿鲁哲文、回教党精神领袖聂阿兹,已分别于2010年9月2日与8日,接受了我们的邀请,答应亲临主讲并提供论文。而另外一名受邀的民主行动党中央策略及研究局主席林吉祥因为准备国会财政预算辩论,未能抽身莅临主讲。行动党决定委派国际与非政府事务秘书(中央执行委员)刘镇东代表行动党发言。刘镇东本人也在2010年10月4日正式通过电邮表示,他将莅临主讲并提供论文。

柔佛州人民之友工委会上述活动,原订在当日上午开始,工委会正式决定把当天活动时间,改为下午2时至6时半,分成两个部分进行,即下午2时至下午5时为论坛时间(提供茶水);下午5时至6时30分为餐会时间。


论坛以华、巫语进行


论坛3名主讲人将以华语或马来语发表演讲。因出席者将是不同的语言族群,为使出席者更好地了解各主讲人的演讲内容,若主讲人以马来语演讲,将有华语的扼要译述配合,若主讲人以华语发言,将有马来语的扼要译述配合。

通过这次活动,工委会希望能够取得柔佛州内为各民族、各阶层人民利益而斗争的政党、社团和民主人士的大力支持,从而帮助和配合所有非政府组织(包括各民族、各阶层、各行业、各宗教的民间团体)所展开的在政治、经济、文化、教育、宗教信仰等领域为争取非种族主义的解决方案的斗争,为
反抗法西斯统治、埋葬巫统霸权,团结一致共同对敌,在柔佛州打出一个又一个的漂亮胜战。


徐顺全博士受邀出席


工委会特别邀请人民之友法律顾问哈山卡林、士古来州议员巫程豪医生、峇吉里国会议员余德华、回教党柔州主席玛弗兹博士、柔佛州回青团团长凯鲁法西、马来西亚凤凰友好联谊以及柔州老友联谊会派出代表出席“论坛”及“餐会”。此外,勇于抗争而闻名遐迩的新加坡政治领袖、民主党秘书长徐顺全博士也受邀出席上述活动。


柔佛州人民之友工委会9周年纪念的论坛与宴会是以购卷入场方式进行。每张入场卷为马币35零吉。预定50桌(500席位)。有意参与者可联络方佩芬(016-7782707)或亲临柔佛之友工委会会所(8A,Jalan Ronggeng11, Taman Skudai Baru, 81300 Skuda, Johor.)报名并预先领取入场卷。

Nik Abdul Aziz,Arutchelvan Dan Liew Chin Tong Panelis Untuk Forum

Nik Abdul Aziz,Arutchelvan Dan Liew Chin Tong Berceramah Dalam Forum Sambutan Ulang Tahun Ke-9 JK Kerja FOS Johor




Forum bertajuk “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” dan Majlis makan sempena sambutan ulang tahun ke-9 Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor sudah pasti akan berlangsung pada 17 hb Oktober (Ahad) di Taman Universiti Sport Club, Skudai di Johor. Pada 2 hb dan 8 hb September, Encik Arutchelvan selaku Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia dan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Mat selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia telahpun menerima jemputan untuk menghadirkan diri sebagai ahli panel forum tersebut masing-masing. Pada masa yang sama, mereka turut bersetuju untuk membentangkan kertas perbincangan mereka.

Di samping itu, lagi seorang ahli panel jemputan iaitu YB Lim Kit Siang, selaku Ketua Central Policy and Strategic Planning Commission DAP tidak dapat hadir kerana perlu membuat persiapan debat bajet di parlimen. Ekoran itu, DAP telah melantik YB Liew Chin Tong, Setiausaha Biro Antarabangsa dan juga Ahli Jawatankuasa Pusat untuk menjadi ahli panel dalam forum ini. Pada 4 hb Oktober, YB Liew telah membalas melalui emel bahawa beliau akan menghadirkan diri sebagai ahli panel forum dan membentangkan kertas perbincangan untuk forum tersebut.

Pada asalnya, forum tersebut akan bermula pada waktu pagi. Jawatankuasa program ulang tahun ke-9 ingin mengumumkan perubahan waktu program di mana forum akan berlangsung pada 2 pm – 5 pm dan diikuti dengan jamuan makan yang dijangka berakhir pada 630 pm. Minuman air akan dibekalkan pada sesi forum.


Forum dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu


Ahli panel forum akan memberi ceramah dalam sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Mandarin. Para hadirin dijangka akan terdiri dari masyarakat yang fasih dalam bahasa yang berbeza. Demi membantu para hadirin memahami isi ceramah, penganjur akan membuat penterjemahan isi utama dalam Bahasa Mandarin untuk ceramah yang disampaikan dalam Bahasa Melayu. Untuk ceramah yang disampaikan dalam Bahasa Mandarin, isi utamanya akan diterjemah dalam Bahasa Melayu.


Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor berharap, dengan menganjurkan aktiviti ulang tahun yang menggabungkan forum dan majlis makan akan mendapat sokongan daripada parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu prihatin di negeri Johor yang giat memperjuangkan kepentingan rakyat pelbagai kaum dan lapisan masyarakat, bagi membantu dan menyokong perjuangan kesemua pertubuhan social dan NGO dalam bidang politik, ekonomi, budaya, pendidikan, ugama dan lain-lain bidang ke arah penyelesaian tidak berasaskan perkauman. Usaha ini menghala ke penyatuan dan arah mengemblengkan semua kuasa bagi menentang pemerintahan kuku besi, kuburkan hegemoni UMNO dan mencapai kemenangan demi kemenangan di negeri Johor.

Dr. Chee Soon Juan turut dijemput


Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor turut menjemput secara khas beberap
a tokoh politik dan aktivis untuk hadir bersama dalam program ulang tahun ini. Mereka adalah Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor - En. Hassan Karim, ADUN Skudai Johor - Dr. Boo Cheng Hao, Ahli Parlimen Bakri Johor - YB. Er Teck Hua, Pengerusi PAS Negeri Johor - Professor Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamad, Pengerusi Dewan Pemuda PAS Negeri Johor - Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil, Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia dan Persatuan Kawan Karib Johor. Selain itu, penganjur juga menjemput pemimpin politik terkemuka yang berani berjuang di Singapura, Dr. Chee Soon Juan selaku Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura,untuk hadir bersama dalam forum dan jamuan makan tersebut.

Sesiapa yang berminat menghadiri forum dan majlis makan sempena ulang tahun ke-9 Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor ini, sila hubungi Cik Fang Pei Fen (016-7782707) atau datang ke pejabat untuk membeli kupon terlebih dahulu. Harga kupon ditetapkan pada RM 35.00 sahaja. Setakat ini, sebanyak 50 buah meja atau 500 kerusi telah ditempah. Pejabat Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Johor beralamat di 8A, Jalan Ronggeng11, Taman Skudai Baru, 81300 Skudai, Johor.

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)