Negeri Johor yang “Pilu Berkeseorangan”?
Penterjemahan Artikel Tulisan Pemberita Sin Chew Jit Poh di Pontian,
Wong Kian Yong pada 28 November 2013
Penterjemah: Goh Chee Hong, Liang Peck Kuan
Wong Kian Yong pada 28 November 2013
Penterjemah: Goh Chee Hong, Liang Peck Kuan
Cadangan Ayub Rahmat ini telah mendapat bantahan kuat
serta-merta di kalangan ADUN-ADUN parti MCA dan DAP. Reaksi orang ramai dalam
dunia cyber pula kebanyakannya terkejut dan membantah cadangan tersebut, malah
ada juga pengguna internet (netizen) yang berasa khuatir tindakan ini merupakan
gejala awal pelaksanaan undang-undang Islam di negeri Johor. Tidak dapat
dinafikan bahawa, perubahan tersebut telah mencetuskan banyak imaginasi dan
dugaan orang ramai, lebih-lebih lagi ianya berlaku selepas PRU ke-13 di negeri
Johor, di mana negeri Johor merupakan tempat asal UMNO.
Pengasas dan Perdana Menteri Pertama Singapura, Lee Kuan
Yew, pernah menyuarakan pendapat negatif terhadap pelaksanaan projek Wilayah
Pembangunan Kota Iskandar dalam buku barunya yang berjudul “One Man’s View of
the World”. Dia berasa bimbang dengan kesungguhan kerajaan Malaysia dalam
melaksanakan projek Zon Ekonomi, dan mungkin pelaburan tersebut akan
diperhentikan begitu sahaja jikalau projek tersebut tidak begitu lancar. Kini,
pandangan Lee Kuan Yew nampaknya telah separuh benar, iaitu pelaksanaan dasar
negara kita yang kekurangan kesinambungan dan telah membawa imej negatif, iaitu
dasar negara kita sering bertukar-tukar. Disebabkan pertukaran cuti mingguan
melibatkan kuasa istimewa Sultan dan agak rumit, maka Perdana Menteri Najib
menghormati keputusan pertukaran cuti mingguan Johor. Menurut Najib, kerajaan
persekutuan akan menyelidik kesan pertukaran cuti mingguan tersebut terhadap
sektor swasta.
Pada awal bulan Februari 2013, Kerajaan persekutuan
bersama-sama kerajaan Singapura telah mengumumkan satu pelan cadangan projek
kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur.
Projek ini, jikalau siap dibina, akan memendekkan tempoh perjalanan dari 5 - 6
jam pada asalnya kepada 90 minit, dan akan membawa perubahan yang mendadak
kepada kehidupan di kedua-dua metropolis tersebut, disertai dengan peluang
perniagaan yang luas terbuka. PM Najib pernah berkata bahawa projek ini
merupakan “huge game changer”, dan akan mengubah cara berniaga kedua-dua negara
yang terlibat.
Mengikut perkembangan begini, Kuala Lumpur dan Singapura
pasti akan berinteraksi dengan lebih erat selepas 7 atau 8 tahun, dan merupakan
satu keadaan kondusif untuk membina “Greater Kuala Lumpur”. Manakala, Bandaraya
Johor Bahru yang digelar sebagai ‘Gerbang Selatan' Malaysia, telah beraksi
untuk menukar cuti mingguan kepada hari Jumaat dan Sabtu pada saat ini.
Kesannya, hanya empat hari kerja Johor Bahru bertindih dengan hari kerja
Singapura. Tindakan begini juga boleh dianggap sebagai “Game Changer” yang
telah memutar-belitkan segala peraturan pasaran. Ini telah menimbulkan
kebimbangan di kalangan sektor industri dan perniagaan bahawa keupayaan negeri
Johor untuk menarik minat pelaburan asing akan merosot, tergelincir dari dunia
global, dan kemudiannya kian lama kian berpisah dari dunia perniagaan global.
Tambahan pula, pengumuman langkah-langkah mengawal harga rumah dalam Bajet
Negara 2014 dan dasar kerajaan yang semakin menerapkan dan berteraskan kepada
ajaran Islam, telah mengaburkan lagi masa depan projek Wilayah Pembangunan Kota
Iskandar.
Pertukaran cuti mingguan mengubah peraturan umum pasaran
perniagaan, membawa kesan kepada operasi kerajaan dan bidang perniagaan, dan
juga corak pasaran konsumer; manakala, pelan dan projek besar bertempoh panjang
pasti tidak dapat dicapai disebabkan ketidaksinambungan dasar kerajaan .
Tidak dapat dinafikan bahawa, kehidupan masyarakat Singapura
dan Johor Bahru yang bagaikan aur dengan tebing sebelum ini pasti akan berubah,
susulan daripada pertukaran cuti mingguan Johor. Pertukaran cuti mingguan Johor
juga menunjukkan jurang perbezaan fikiran dan budaya kerja di antara dua tempat
tersebut, dan nampaknya jauh lagi diibarat sebagai corak Hong Kong dengan
Shenzhen. Jikalau kerajaan negeri Johor masih meneruskan dasar yang konservatif
lagi berdekat dengan ajaran Islam, pelabur asing dan pengilang pasti akan terus
melabur di “Greater Kuala Lumpur”, Melaka ataupun negeri yang lain-lain, sebaik
sahaja projek kereta api berkelajuan tinggi siap dibina beberapa tahun lagi.
Pada masa itu, Johor terpaksalah mengalami “kepiluan berkeseorangan”.
0 comments:
Post a Comment