photo 3ec5abe8-497d-41af-a7dd-29050aea8f7e.jpg

“民间组织・议会斗争・民主人权”论坛 ——人民之友工委会12周年纪念

Sunday, August 22, 2010

Mengejar Keadilan

Mengejar Keadilan

Zaid Ibrahim


[Artikel ini merupakan kandungan utama ucapan Dato Zaid Ibrahim dalam forum “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia" anjuran bersama Friends of Suaram (FOS) Johor dan Persahabatan Semparuthi (sebuah pertubuhan bukan kerajaan berbangsa India) pada 15hb Mei 2010 di Tropical Inn, JB. Artikel ini diedit and diterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu oleh pihak penganjur. Sila klik untuk artikel asal bertajuk “Quest for Justice” oleh Dato Zaid Ibrahim. ]

1. Semangat Perlembagaan
2. Negara Fasis yang baru membangun
3. Negara bangsa yang kian malap
4. Kebebasan dan keadilan untuk kestabilan ekonomi
5. Bangunlah melawan

1. Semangat Perlembagaan

Negara kita adalah sebuah Negara demokratik yang berteraskan kebebasan dan keadilan. Selama ini, Perlembagaan Persekutuan kita telah banyak menyumbang dengan menjamin kebebasan dan kesamarataan rakyat negara kita. Melalui perlembagaan, kita berharap dapat membina hubungan yang erat antara rakyat pelbagai kaum, serta menyeimbangkan kepentingan antara golongan-golongan yang berlainan, dan kepentingan antara individu dan masyarakat.

Malangnya, demokrasi and kedaulatan undang-undang (rule of law) tidak lagi wujud di negara ini, semangat Perlembagaan Persekutuan 1957 turut hilang begitu sahaja. Hari ini, kerajaan kita merupakan sebuah kerajaan yang dikuasai oleh oligarki. Mereka menggunakan keganasan untuk mengekalkan pemerintahan negara ini. Mereka sanggup membuat apa saja demi melindungi kepentingan mereka sendiri. Oleh demikian, negara kita telah mengalami kemudaratan yang paling serius dalam sejarah negara kita. Semangat perlembagaan sudah digugat.


Apakah Semangat Perlembagaan?

Lord Denning, hakim terkenal di UK, telah menyatakan dalam buku terkenal beliau “Cerita Keluarga” bahawa, elemen pertama dalam semangat perlembagaan ialah naluri mengejar keadilan. Hak (dan bukan kuasa) barulah merupakan asas benar sesebuah masyarakat. Elemen kedua ialah naluri memperjuangkan kebebasan. Kehendak bebas, bukan pemaksaan barulah merupakan asas pemerintahan sesebuah negara. Elemen-elemen ini walaupun merupakan konsep yang abstrak, tetapi rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat yang mengutamakan keadilan mesti dapat merasai kewujudannya. Elemen ketiga ialah keseimbangan antara hak dengan kewajipan, dan kuasa dengan perlindungan. Keadaan keseimbangan ini memastikan hak dan kuasa tidak disalahgunakan atau dilampaui.

Keadilan dan kebebasan telah membawa kepada kestabilan situasi, yang bebas daripada gangguan politik dan ambisi. Kuasa, kekerasan dan ketidakadilan akan memusnahkan sesebuah rejim yang dibina. Sekiranya sesebuah negara mengamalkan nilai seperti kekerasan dan ketidakadilan, negara ini pasti akan hancur suatu hari nanti.

Saya berasa sedih kerana semangat perlembagaan hanya dapat dibaca dalam buku undang-undang dan tidak dapat dirasai dalam kehidupan harian. Negara kita akan mula menuju ke arah kehancuran diri sekiranya Hakim Negara kita, dirampas peranan mereka sebagai wali perlembagaan. Peristiwa melucutkan “kuasa kehakiman” (judicial power) yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988 telah memalukan hakim terhormat. Harapan rakyat kita terhadap kebebasan dan keadilan turut dihancurkan.

Semenjak itu, institusi kehakiman terus mengecewakan kita apabila isu seperti ini asyik berulang. Contohnya: terdapat hakim dalam Makamah Persekutuan yang tanpa malunya menyatakan bahawa konsep “pemisahan kuasa” (separation of powers) bukan ciri perlembagaan negara kita, Speaker Perundangan Negeri tidak berkuasa untuk menentukan kekosongan sesebuah kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) walaupun fungsi itu jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri. Dan hari ini, ada pula hakim yang memutuskan bahawa raja berperlembagaan boleh memecat Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat. Sebenarnya, perlembagaan kita jelas menyatakan bahawa raja berperlembagaan kita tidak berkuasa untuk memutuskan perlantikan atau pemecatan Menteri Besar.

Mengapakah negara kita kehilangan arah? Ini adalah akibat daripada hakisan terhadap perlembagaan negara kita yang membawa bencana kepada kita. Negara kita kini sedang dijangkiti pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan intensif. Kita kehilangan arah kerana negara kita sakit. Pada mulanya sakit dari segi semangat, dan diikuti dengan fizikal.


2. Negara fasis yang baru membangun

Inilah apa yang berlaku akibat daripada pemerintahan Mahathir selama 23 tahun, diikuti dengan pemerintahan anak didik kesayangannya Najib Razak. Kita kehilangan demokrasi. Akibatnya, kita turut kehilangan keupayaan untuk membezakan yang betul dengan yang salah. Kita membunuh pemuda berumur 14 tahun dengan senjata api; kita mempunyai beratus-ratus orang yang mati dalam tahanan polis; kita mempunyai pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil; kita mempunyai suratkhabar yang diberi lesen semata-mata untuk memburuk-burukkan nama lawan politik; kita mempunyai sebuah parlimen yang berbangga sebagai penyekat terhadap kebebasan bercakap dan bukan sebagai pembela hak istimewa ahli parlimen untuk bercakap tanpa ketakutan.

Hari ini, negara yang sakit ini telah dijangkiti sejenis penyakit politik yang merbahaya, iaitu, fasisme.


Fasisme

Apakah yang saya maksudkan sebagai “Fasisme”? Saya akan terangkan dan anda boleh menilai samada ini adalah benar atau tidak.

Negara fasis mahu rakyatnya taat kepada negara, tetapi ia merampas hak kebebasan rakyat. Ia memaksa rakyat menerima sejenis prinsip politik istimewa yang mengenakan pelbagai sekatan atas rakyat. Kumpulan yang lebih superior berhak untuk menggunakan kuasa mereka ke atas kumpulan yang lebih inferior. Maknanya konsep kesamarataan sesama manusia tidak diterima.

Anasir-anasir Fasis dari rupa luarnya nampak seperti pembaharuan dan pemulihan, tetapi hakikatnya, ia merupakan sesuatu yang paling reaksionar serta akan menjadikan rakyat terlalu bergantung kepadanya. Anasir-anasir Fasis akan menggunakan kuasa negara untuk merampas hak rakyat demi mencapai maklamat mereka. Mereka mempergunakan undang-undang dan mekanisme lain yang tidak munasabah, dan juga keganasan untuk menjana persasaan takut di kalangan rakyat. Dalam negara fasis, kepentingan semua pihak tidak akan dijaga dengan sama rata, hanya kepentingan segelintir elit pemerintah megara akan menikimati perlindungan.

Negara fasis sangat berminat untuk menyalahgunakan agama ataupun perkauman. Mereka mencipta ideologi dan budaya supremasisme perkauman dengan mendistorsi dan menghina nilai asas suci kepercayaan dan budaya tradisi kita, dan menjadikannya sebagai ubat ajaib politik. Mereka mempergunakan perasaan takut dan gelisah rakyat, memperalatkan perkauman dan agama sebagai modal untuk merampas kuasa pemerintahan.

Untuk mencapai tujuan ini, fasis akan menggunakan dasar pecah dan perintah di kalangan rakyat, di mana persamaan dan keadilan bukan untuk semua, dan hak istimewa hanya diberi kepada sogologan kecil yang digemarinya. Mereka melihat golongan istimewa ini lebih cemerlang daripada golongan yang lain, dan diberi lebih hak daripada yang lain.

Sebenarnya fasisme merupakan suatu sistem diktator yang mengagung-agungkan diri sendiri, pemimpin dan isteri pemimpin, dan menyebarkan dasar reaksionar yang chauvinistic melalui penggunaan kekerasan dan rasa ketakutan. Sesiapa yang patuh akan dihargai, manakala yang berani melawan akan berhadapan dengan baton polis, cannon air, atau dibuang negeri, ditahan tanpa batas waktu.

Jalur kehidupan fasisme adalah teori supremasisme ras. Anasir-anasir fasis takut diancam oleh musuh yang bertaraf lebih rendah. Sini boleh kita lihat kontradiksi utama fasis: Sekiranya musuh bertaraf rendah, bagaimanakah ia boleh menjadi ancaman kepada kita? Kita cuba fikir: Jika tiada musuh, apa yang supremist akan buat? Apa yang fasis boleh buat? Perilaku mereka yang tidak munasabah, dari penahanan menggunakan ISA, ke “kes melempar kepala lembu”, merupakan sebahagian daripada tindakan mereka untuk mencipta musuh khayalan. Teopri supremasisme ras bukan tentang dasar afirmatif atau diskriminasi positif, tetapi demi mendapatkan kuasa mutlak. Supremasisme ras selalunya kawan terbaik kepada fasis. Dalam pandangan saya, ini adalah realiti kepimpinan politik negara kita hari ini.

Malaysia hari ini memang merupakan sebuah negara fasis yang baru membangun. Slogan ‘Satu Malaysia’ adalah satu penipuan, perlu dilawan dan dihancurkan.

Jika rakyat kita menuntut perubahan, seluruh rakyat perlulah bangun bersatu melawan fasisme. Dalam perjuangan ini, kita tidak boleh bergantung kepada golongan yang kaya-raya dan berkuasa. Walaupun masih terdapat sebahagian kecil rakyat masih menempel pada rejim lama, tidak dapat mengenali kenyataan, kita perlu menghulurkan tangan untuk menyatupadukan mereka supaya terus melawan beratus jutaan “industri” yang melibatkan rent seeking dan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pencabulan hak asasi, perampasan tanah dan perumahan, peminggiran sesebuah sector/kumpulan masyarakat, tata pemerintahan yang buruk, kesombongan pemimpin dan keluarganya.

Keteguhan kita mengejar keadilan, pada akhirnya, mesti akan menyampaikan satu mesej yang jelas bahawa sekiranya sesebuah negara tidak diuruskan/diperintah dengan betul, negara tersebut akan berakhir sebagai sebuah negara gagal. Sesebuah negara yang merosakkan semangat perlembagaan akan menuju kemunduran. Negara fasis mesti gagal kerana tiada ubat yang dapat menyembuhkan anasir-anasir fasis.


3. Negara Bangsa yang Kian Malap


Filipina merupakan salah satu contoh di mana negara kita tengah mengikut langkahnya ke arah kemerosotan. Sebelum kemerdekaan, Filipina mempunyai sistem kehakiman dan perundangan, kemudahan kesihatan dan sistem pendidikan yang baik, dan sumber tenaga manusianya jauh lebih banyak dan kuat daripada negara lain dalam rantau ini. Semasa merdeka, Filipina mempunyai system politik yang demokrasi, system kehakiman yang sihat membangun, kebebasan media, pembangunan pesat pertanian dan pendapatan per capita (GDP) yang lebih tinggi daripada negara lain (selain daripada Malaysia dan tiga lagi negara yang lain).

Namun demikian, ia kian malap sejak tahun 60-an. Kewangannya mengalami deficit, inflasi tinggi, tidak dapat menarik pelaburan luar dan ekonomi kian merosot. Krisis ekonomi Asia 1997 menerukkan lagi ekonomi Filipina. Pendapatan per capita rakyat menurun secara mendadak, keselamatan negara tidak terkawal, birokrasi cepat mengembang (bloated bureaucracies), pembalakan besar-besaran, ramai orang professional seperti doktor, jurutera, jururawat dan lain-lain berhijrah ke negara luar. 11% rakyat terpaksa mencari rezeki di negara luar dan mengirimkan wang balik ke tanahair untuk keluarga mereka. Kini, negara ini kena bergantung kepada USD$1,600 juta wang asing untuk hidup. Mahkamah mereka lemah dan korup, semangat “rule of law” langsung tidak wujud lagi. Mereka mengambil tindakan terhadap pemimpin-peminpin parti pembangkang dan aktivis, dan juga journalis dan agamawan (clergy).

Pada tahun 1986, Presiden Marcos yang telah memerintah Negara Pilipina selama 26 tahun, melarikan diri dengan isteri dan anaknya, dan membawa bersamanya 300 peti harta berharga yang mengandungi wang tunai, perhiasan, karya seni, dokumen dan barang-barang lain. Walaupun Marcos sudah meninggal dunia, tetapi ekonomi Negara Filipina masih belum sembuh sehingga kini.


4. Kestabilan ekonomi bergantung kepada Kebebasan dan keadilan


Adalah senang saja untuk sesebuah negara yang maju untuk menuju ke arah kemerosotan seperti mana yang telah berlaku di banyak negara lain, bukan sahaja Negara Filipina. Hari ini, Malaysia turut merupakan sebuah negara yang kian malap. Adakala pemimpin negara kita akan berkata, kalau negara kita terlalu demokrasi, terbuka dan bebas, ia mungkin membawa keburukan kepada negara. Nampaknya mereka berpandangan bahawa pemerentahan diktator, oligarki dan penindasan akan membawa kebaikan kepada negara kita.

Mereka cuba menunjukkan secara tidak langsung bahawa terlalu banyak kebebasan akan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi. Tetapi mereka tidak pernah memberitahu kita bahawa bagaimana demokrasi telah memulihkan ekonomi di Korea Selatan. Gerakan reformasi Korea Selatan meletus di Gwangju pada 18 May 1980, dan akhirnya berjaya menjatuhkan pemerintahan diktator ketenteraan di Seoul selepas perjuangan selama 7 tahun. Hari ini, ekonomi Korea Selatan menduduki tempat kedua di Asia, hanya berada di belakang Jepun sahaja, dan perhimpunan aman dan protes terbuka di jalan raya biasa dijumpai di Seoul.


Indeks Persepsi Korupsi Malaysia Merosot

Pemimpin negara kita juga tidak mahu rakyat kita tahu bahawa mahupun di Indonesia, selepas gerakan reformasi yang berlangsung selama 10 tahun, ekonomi mereka kini mula lihat tanda pemulihan. Berdasarkan indeks Persepsi Korupsi tahunan Ketelusan Antarabangsa (Transparency International), indeks Indonesia telah meningkat dari 2.3 dalam tahun 2007 ke 2.6 dalam tahun 2008 dan 2.8 dalam tahun 2009 [iaitu 2.3 – 2.6 – 2.8], manakala indeks Malaysia telah turun dari 5.1 dalam tahun 2007 ke 4.5 dalam tahun 2009 [iaitu 5.1 – 4.5].

Dalam kedudukan antarabangsa, Indonesia turut mencapai peningkatan yang paling ketara antara semua Negara ASEAN. Ia telah meningkat dari tempat ke-145 dalam 2007 ke tempat ke-126 dalam 2008 dan ke-111 dalam 2009 [iaitu 145 – 126 – 111]
iaitu. Tetapi Malaysia jatuh dari tempat ke-43 dalam 2007 ke tempat ke-47 dalam 2008 dan ke-56 dalam 2009 [iaitu 43 – 47 – 56]. Penurunan sebanyak 9 tempat menjadikan kita negara yang paling banyak merosot dari segi Persepsi Korupsi di rantau ASEAN ini antara tahun 2008 dan 2009.

Kemerosotan sesebuah negara selalu bermula dari langkah pertama yang sama, iaitu campur tangan pemerintah dalam perundangan dan kehakiman yang menghalang penyampaian keadilan dan kebebasan, yang seterusnya bertunduk kepada kerajaan.

Mereka (institusi perundangan dan kehakiman) apabila bertunduk kepada kuasa, mereka sanggup menggadai apa-apa sahaja termasuk wang anda, tanah anda, dan lebih teruk lagi, nyawa anda. Diktator adalah sangat jelas bahawa mereka mesti memusnahkan semangat perlembagaan, barulah dapat mencapai tujuan mereka. Apabila M-Marcos yang terkenal dengan nama buruknya mendapati bahawa Perlembagaan 1935 akan menghalangnya untuk terus menjadi Presiden pada kali ketiga, dia telah mengumumkan pemerintahan tentera (martial law) pada 1972, mengabaikan Perlembagaan Negara dan terus pakai perlembagaan baru. Di bawah perlembagaan baru ini, tempoh memegang jawatan Presiden ialah 6 tahun setiap penggal, dan jumlah penggal untuk memegang jawatan ini tidak dihadkan.


5. Bangunlah Melawan


Kita haruslah bangun dan melawan elit dan oligarki yang menipu sendiri dan orang lain, mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan bangsa, negara dan agama mereka. Pada hakikatnya, mereka berbuat demikian semata-mata untuk menjamin kedudukan dan kekayaan mereka. Mereka membela kelemahan, ketamakan dan sikap gila kuasa mereka.Mereka kata mereka tahu apa yang rakyat mahu, tetapi sebenarnya mereka langsung tidak tahu. Rakyat Malaysia akan memutuskan apa yang baik untuk mereka.

Setiap lapisan masyarakat harus menyertai perjuangan mengejar keadilan. Ahli parlimen parti pembangkang sedang menghadapi kesulitan. Mereka yang bersemangat lemah mungkin akan melompat untuk menyokong atau menyertai BN. Ahli Parlimen lain yang memegang kuat kepada pendirian mereka dibuli oleh majority. Mereka tidak dapat berbahas secara serius tentang polisi dan undang-undang negara.

Peraturan Tetap Parlimen selalu digunakan untuk mencabuli hak bercakap Ahli Parlimen, menghalang mereka daripada membentangkan isu yang rakyat ingin tahu. Pihak polis tidak pernah berhenti mengganggu parti pembangkang, Sehingga kini, sudah ada 15 orang pemimpin parti pembangkang ditahan dan disiasat oleh polis di bawah Akta Hasutan. Tetapi, polis langsung tidak mengambil tindakan terhadap ketua UMNO yang saban hari mengemukakan pandangan perkauman. Ceramah parti pembangkang selalu tidak dibenarkan. Walaupun mereka mungkin mendapat permit, tetapi adakala mereka juga akan dihentikan bila program tengah dijalankan, terutuamanya bergantung kepada isu yang speaker ucapkan.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh BN tidak pernah diganggu. Pihak berkuasa tidak pernah sekalipun menghalang pemimpin UMNO. Surat khabar dan TV mereka berdusta dan menjalankan serangan peribadi terhadap saya secara terbuka. Sedangkan kami hendak berbincang tentang polisi dan tata pemerintahan, mereka pula menghasilkan foto yang palsu untuk menyerang anda. Bayangkan betapa rendahnya taraf pilihanraya di negara ini. Rakyat Malaysia haruslah berani untuk menolak kerajaan zalim ini. Politik kotor yang bermula dari zaman Mahathir mesti diakhiri.

Pakatan Rakyat tidak akan membuat janji-janji yang ia tidak dapat ditunaikan sekiranya ia berkuasa. Kami akan menghormati hak asasi dan maruah rakyat, menjaga masyarakat yang dipinggirkan atau yang miskin. Kami akan menggalakkan media yang bebas dan akan mengembalikan demokrasi. Yang sama penting sekali, anda semua harus memantau kami.

Jadi untuk mereka yang atas pagar: keadilan mesti diamalkan dalam negara ini, dan dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat. Kalau tidak, semangat akan meninggalkan tubuh negara ini, dan tubuh negara ini akan reput. Keadaan seperti ini merupakan tindakan bunuh diri . Satu-satunya jalan yang kita boleh ambil ialah, terus mengubati dan memulihkan semangat Perlembagaan yang telah sakit.

Friday, July 30, 2010

IPCMC, POLIS DAN BN

IPCMC, POLIS DAN BN

S.ARUTCHELVAN

(Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) telah mengadakan forum " Antara Penyalahgunaan Kuasa Polis dan Kerajaan Barisan Nasional pada 24hb Julai 2010 bertempat di Persatuan Bekas Penuntut Taiwan JB. Berikut merupakan teks ucapan En. Arutchelvan yang merupakan Pengarah SUARAM dan Setiausaha Agong Parti Sosialis Malaysia)

1. Polis memainkan peranan khas dalam politik Malaysia

2. Dari segi sejarah, polis memang telah menjadi faktor yang telah menyelamatkan pemerintahan BN.

3. Polis sentiasa dan terlalu defensif apabila dipersoalakan tentang kelemahan mereka.

4. Mengapa IPCMC Itu Penting.

5. Tetapi apakah IPCMC dan apakah yang disajikan oleh kerajaan sekarang.

6. Hanya kuasa rakyat boleh merefomasi polis.

7. Kesimpulan.



1. Polis Memainkan Peranan Khas Dalam Politik Malaysia

  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memainkan peranan yang berbeza dan jauh lebih penting berbanding dengan Negara-negara lain di Asia Tenggara.

  • Di negara-negara lain di Asia Tengara, pihak tenteralah memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik parti pemerintah di Negara tersebut.

  • Kestabilan politik dan keselamatan Negara sebenarnya tidak ada kaitan dengan faktor luar seperti ancaman tentera dari Negara lain, tetapi ia lebih menumpu kepada kestablilan, keselamatan dan ketenteraman parti pemerintah di Negara-negara tersebut.

  • Pembelian alatan tentera dan sebagainya lebih merupakan satu projek untuk mendapatkan komisyen dimana ia dapat disembunyikan dibelakang akta rahsia dan soal keselamatan Negara.

  • Di banding dengan Negara lain, tentera memainkan peranan penting, kita dapat lihat bagaimana di Negara Burma (Myanmar) demokrasi terkubur kerana pemerintahan tentera, Di Thailand, mana-mana kerajaan hanya boleh memerintah jika ada sokongan tentera. Begitu juga di Phippines dan Indonesia.

  • Di negara-negara ini, pemimpin terpaksa mempunyai hubungan dengan pihak tentera kerana sokongan tentera boleh menentukan berjayanya atau kecundang sebuah pemerintahan.

  • Di Malaysia, agak berbeza dimana peranan yang biasanya dimainkan oleh tentera ini dimainkan oleh polis.

  • Polis menjadi rakan yang paling penting dan berpengaruh untuk memastikan kerajaan BN terus memerintah.

  • Justeru itu adalah penting untuk pemerintah memastikan polis sentiasa memberikan kerjasama kepada mereka dan akur dengan arahan mereka.

2. Dari Segi Sejarah, Polis Memang Telah Menjadi Faktor Yang Telah Menyelamatkan Pemerintahan BN.

  • Peranan yang dimainkan oleh Jabatan Cawangan Khas begitu penting. Cawangan Khas terlibat langsung dalam menghancurkan pelbagai gerakan pekerja dan kiri dari dalam. Mereka diberi penghargaan atas peranan mereka memerangi Komunis pada satu masa dulu.

  • Pernah seorang tahanan ISA diberitahu oleh SB semasa interrogation ISA. Kami polis boleh menentukan seiapakah Perdana Menteri Negara ini. Tiba-tiba kemalangan boleh berlaku dan sebagainya.

  • Namun satu perkara yang nyata adalah Jabatan SB memang merupakan satu Jabatan yang berpengaruh, bijak dan kurang rasuah. Kebanyakan Ketua Polis Negara datang dari Jabatan ini – Haniff Omar, Norian Mai dan Rahim Noor sebagai contoh. Jabatan ini memang amat penting dari aspek politik berbanding dengan Jabatan lain. (Namun Musa Hassan adalah satu pengecualian.Beliau datang dari Jabatan Jenayah. Mungkin beliau diberi jawatan tertinggi polis sebagai satu penghargaan kerana peranan beliau dalam kes liwat Anwar pertama.

  • Senjata paling berbeza Pemerintah pula adalah ISA dan untuk menggunkan senjata ini, peranan polis amat penting. Oleh yang demikian tanpa kerjasama polis, ISA tidak boleh dilaksanakan. Seperti yang kita tahu, ISA digunakan untuk menumpaskan gerakan pelajar pada tahun 1974, Operasi lalang pada tahun 1987, digunakan terhadap Reformasi pada tahun 1998 dan baru-baru ini digunakan untuk menentang Hindraf pada tahun 2007.

  • Selain itu, itu menghancurkan politik Anwar, polis digunakan dengan berleluasa dari aspek memanupulasi bukti, mendera saksi dan sebagainya. Kes liwat terhadap Anwar adalah satu sirkus dikendalikan dalam mahkamah kijang. Semasa kes Anwar liwat pertama, Musa Hassan sebagai saksi polis telah berkata beliau sedia menipu jika ia diperlukan. Kini dalam kes liwat Anwar ke 2, polis terus terlibat.

  • Dalam isu Altantuya pula, dua orang Pengawai Polis dari UTK terlibat langsung dalam pembunuhan Altantuya. Apakah motif mereka dan siapakah dibelakang mereka? Mengapa tidak ada rekod di imigeresan bahawa Altantuya ada memasuki Negara. Sekali lagi polis memainkan peranan. Bagaimana dua tertuduh sehingga hari ini, ramai yang tidak tahu apakah rupa mereka.

  • Selepas sahaja Tsunami pilihanraya 2008, dan semasa Anwar bercakap tentang hendak mengambilalih Parlimen. Pada ketika itu, tiba-tiba polis dan tentera memulakan latihan bersama dan ini juga dikendalikan dan ketuai oleh Polis. Justeru itu, peranan polis begitu penting berbanding dengan tentera.

  • Untuk sekian lama, Perdana Menteri akan memegang jawatan Menteri dalan Negara kerana menerusinya boleh mengawal polis dan boleh menggunakan ISA untuk menangkap musuh politik dan membenteras gerakan rakyat.Tren ini hanya berubah semasa penggal akhir Dr. Mahathir dimana beliau telah menjadi Menteri Kewangan apabila melihat bahawa mengawal sumber kewangan adalah lebih penting pada zaman moden ini.

  • Begitulah reputasi polis sehingga Malaysia sering dikatakan Negara Polis. Police State. Pada Oktober 2006, Mahathir berkata Badawi telah menjadikan Malaysia sebuah Negara Polis.

  • Oleh yang demikian, Polis adalah satu institusi yang amat kuat dan berpengaruh. Gerakan demokrasi dan hak asasi sering meminta polis untuk akur kepada rakyat dan bersikap profesyenal. Bagi Polis, kesetiaan mereka adalah kepada kepimpinan tertinggi polis dan kepimpinan tertinggi ini adalah budibicara parti pemerintah.

  • Oleh yang demikian, secara jujur adalah amat sukar untuk menuntut polis bersikap neutral. Polis adalah sebahagian daripada sistem dan idelogi parti pemerintah.

  • Namun kempen selama ini adalah untuk menuntut polis bersikap adil, jujur , profesyenal dan mematuhi undang-undang.

3. Polis Sentiasa Dan Terlalu Defensive Apabila Dipersoalakan Tentang Kelemahan Mereka

  • Bolehkah Polis membuat reformasi dalaman. Saya berpendapat ia adalah mustahil selagi polis terikat dengan keputusan politik dari parti pemerintah daripada boleh mengambil keputusan secara bebas dan profesional.

  • Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829.

  • Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Menurut beliau tujuan cogankata ini adalah menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati. Maka reputasi polis memang mempunyai masalah sejak sebelum merdeka lagi.

  • Pada tahun 1996, suaram bersama beberapa organisai lain bercadang mengadakan satu tribunal rakyat untuk membolehkan orang ramai dan juga pengadu untuk mengutarakan beberapa masalah mengenai salahguna kuasa polis dan isu yang melibatkan hak asasi orang dicabul oleh polis. Seramai 10 orang pengadu dari pelbagai sektor termasuk aktivis politik, peneroka Bandar, pekerja migrant, pekerja ladang telah dijemput untuk memberikan keterangan mereka dihadapan satu panel yang terdiri dari orang kenamaan seperti bekas hakim dan aktivis hak asasi manusia. Pihak polis juga dijemput untuk diberikan peluang untuk memberi pandangan merekla. Namun pihak polis telah bertindak dan menuduh para penganjur forum ini berbau komunis kerana mereka menggunakan perkataan rakyat. Ketua Polis negara ketika itu Rahim Noor juga telah berkata bahawa jika penganjur teruskan program ini, maka mereka boleh ditangkap dibawah ISA. Polis dan KDN terus mengugut sehingga program tersebut dibatalkan dan terdapat juga Persataun yang tarik diri dari menjadi penganjur bersama dan sebagainya.

  • Namun 2 tahun selepas insiden ini pada tahun 1998, majoriti rakyat Malaysia terutamanya komuniti Melayu bangkit menentang polis ekoran isu mata hitam DS Anwar Ibrahim. Ini mungkin kali pertama ribuan rakyat turun protes di jalanraya menuntut Ketua Polis negara pada masa itu Tan Sri Rahim Noor dipecat.

  • Insiden tersebut telah membongkarkan banyak perkara. Pertama Datuk Sri Anwar Ibrahim telah ditahan dalam satu operasi oleh UTK ala Ninja pada 20 September 1998. Beliau telah dibawa ke Bukit Aman dan dimasukkan dalam lock-up. Mata beliau ditutup dengan kain dan tanganya diikat, Beliau kemudian dibelasah oleh orang yang pada masa itu beliau tidak ketahui tetapi mensyaki Ketua Polis Negara sendiri menerusi suara.

  • Anwar kemudian ditahan dibawah ISA. Beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan sesiapa termasuk peguam. Namun Ketua polis Negara dan PM mengatakan Aawar selamat tetapi hanya kemudian baru diketahui bahawa penahanan isa adalah untuk membolehkan mata hitamnya pulih.

  • Polis menyiasat aduan mata hitam Anwar ini yang menjadi isu hangat di dalam dan di peringkat Anrtarabangsa. Seorang Bekas Timbalan Perdana Menteri tiba-tiba dibelasah dalam lock-up. Jika ini boleh berlaku kepada bekas Timbalan PM bagaimana pula dengan rakyat biasa. Rakyat tidak dapat menerima lojik ini dan cukup marah.

  • Insiden ini berlaku dalam lock-up, Anwar diikat dan dibelasah. Masa insiden berlaku adalah sebelah malam. Mengikut prosedur lock-up, selepas 6 petang, seorang tidak boleh lagi disoal siasat.

  • Polis mengambil berbulan-bulan untuk menyiasat kes ini dan akhirnya pihak Pendakwaraya Peguam negara mengatakan bahawa tidak ada bukti cukup untuk menuduh mana-mana pihak. Perdana Menteri pada masa itu Dr. Mahathir pula berkata Anwar mungkin pukul diri dia sendiri.

  • Seluruh masyarakat civil dan anatarabangsa tidak dapat percaya bahawa polis masih tidak dapat menyelesaikan satu masalah yang berlaku dalam ibupejabat mereka. Akhirnya atas desakan dan protes orang ramai, Perdana Menteri terpaksa memanggil untuk satu Suruhanjaya diraja menyiasat inisden ini dan dalam inquiry tersebut, akhirnya Rahim Nor mengaku beliaulah orang yang belasah Anwar Ibrahim.

  • Beberapa persoalan timbul disini
  1. Dapatkan polis menyiasat diri sendiri ? Setelah berbulan-bulan polis siasat, mereka masih tidak dapat mencari siapakah penjenayah yang pukul Anwar.
  2. Jika satu salahguna kuasa dilakukan oleh pegawai bawahan, kita boleh berkata tindakan itu adalah isolated tetapi dalam insiden ini, Ketua Polis Negara sendiri terlibat. Beliau memecahkan hampir semua undang-undang yang ada, mencabul hak orang tahanan, mendera dan mencederakan mangsa dalam tahanan. Jika seorang IGP boleh berlakuan begini, apakah ini menunjukkan mengenai polis itu sendiri secara keseluruhan.

  • Tetapi respon polis adalah mereka telah menukar kepada moto baru MESRA, CEPAT DAN BETUL sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-192 pada 25 Mac 1999.

  • Setelah 192 tahun instusi polis moden diperkenalkan, barulah polis telah berhujah mengenai KHIDMAT MESRA (Friendly Policing).

  • Selaras dengan itu semua pegawai dan anggota polis kena memakai lencana baru MESRA untuk menunjukkan komitmen mereka. Poster dan pelekat and car sticker juga dibuat untuk memperingatkan polis mengenai tugasan mereka.

  • Di antara ciri-ciri "Khidmat Mesra" ialah kesediaan untuk bermesra, peramah dan berbudi bahasa, tingkahlaku dan pertuturan yang sopan, sentiasa bersedia untuk menolong, nada suara yang tidak dipengaruhi emosi, tidak emosional dan tenggelam punca, air muka yang manis, menghindari perang mulut, tenang dan mengawal keadaan, bersabar dan tidak menyeleweng, pendengar yang baik, mengutamakan maklumat daripada sentimen, memberi penjelasan bukan leteran, cekal hati dan tegas.

  • Pada sekitar tahun 2002, insiden kematian dalam tahanan polis dan tembak mati yang dilakukan oleh polis semakin mendapat liputan. Police watch mendakwa satu kematian setiap dua minggu dalam lock-up polis. Pada tahun 2003 sahaja, 23 mati dalam tahanan polis. Ini adalah satu rekod pada masa itu.

  • SUHAKAM sendiri sejak penubuhan pada tahun 2000, telah menjalankan 5 inquiry awam mengenai salahguna kuasa polis dan banyak daripada hasil siasatan mendapati polis bersalah.

  • Kempen dari orang ramai, protes dan lain-lain. Liputan media yang meluas telah menyebabkan, Perdana Menteri pada masa itu Datuk Seri Abdullah Badawi membentuk suruhanjaya Diraja untuk menambahbaik pasukan polis.

  • Suruhanjaya ini dibuat untuk memodenkan pasukan polis, menambahbaik perkhidmatan polis dan keberkesananya, membasmi rasuah dan salahguna kuasa polis dan mengembalikan keyakinan keyakinan orang ramai terhadap polis.

  • Suruhanjaya ini akhirnya telah memberikan 125 cadangan termasuk satu cadangan untuk pembentukan satu Suruhanjaya bebas menyiasat salahlaku polis – IPCMC.

  • Laporan ini juga cukup comprehensive dan memberikan banyak cadangan yang jika diimplementasi sudah pasti akan mereformasi Institusi polis. Laporan ini juga berkata bahawa Rasuah mesti ditangani dan rasuah berlaku disemua peringkat polis dan amat memudaratkan dan serius.

  • Pool yang dibuat oleh media tempatan terus menyokong pandangan ini dan meminta IPCMC ditubuhkan.

  • Respon Polis adalah cukup standard. Mereka telah membuat satu soalselidik dibalai dan kemudian mengumumkan lebih 90% rakyat Malaysia amat puashati denagan khidmat polis.

  • Mereka kemudian telah memperkenalkan satu lencara yang tertulis Saya anti rasuah. Polis diberi peluang samada mereka mahu pakai atau tidak. Hampir semua memakainya.

  • Maka kita boleh melihat sebahagian besar daripada reformasi yang cuba dibawa oleh polis adalah berbentuk kosmetik sahaja seperti lencana mesra dan lencana anti rasuah.

  • Kini slogan baru polis adalah Tegas, Adil dan Berhemah menggantikan Mesra, Cepat dan Betul sementara cogan kata Integriti Amalan Kita menggantikan Saya Anti Rasuah.

  • Menurut Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara, seperti yang dilaporkan oleh akhbar bertarikh 26hb Mac 2008 , " perubahan itu bertujuan antara lain untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anggota serta pegawainya agar lebih sensitif terhadap hak rakyat dan pada masa yang sama berlaku adil kepada semua pihak. Slogan ini amat penting untuk mengingatkan anggota agar menjalankan tugas dengan tegas tetapi tanpa menggunakan kekerasan sebaliknya komited dalam menguatkuasakan undang-undang."

  • Tan Sri juga berkata "persepsi masyarakat juga diharap akan berubah menjadi positif apabila setiap tindakan dan keputusan dapat diperakui dengan menjadikan slogan baru sebagai kayu pengukur tahap berhemah pasukan Polis."

  • Baru - baru ini, survey The Merdeka Center dikalangan 1,028 mengundi di Semenanjng Malaysia antara Mei 6 sehingga 16.mengenai isu Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis mendapati 58% tidak puas hati dengan polis, 25 puas hati manakala lain tidak memberi reaksi.

  • Reaksi polis adalah mengugut dan akan suruh polis untuk tidak bertugas jika rakyat tidak puas hati.

  • Di Johor sendiri kita telah melihat kes Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan di Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28, ISA kerana beliau telah membuat aduan berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru.

  • Maka inilah Polis. Mereka tidak suka dikritik. Setiap kali ada tentangan terhadap mereka, merka akan membuat beberapa perubahan kosmetik tetapi dari segi isi sebenarnya tidak ada banyak yang berubah.

4. Mengapa IPCMC Itu Penting

  • Oleh yang demikian, terbukti kita memerlukan satu badan bebas sepeti IPCMC untuk menyiasat salahlaku kuasa polis . Polis tidak boleh menyiasat diri sendiri seperti kini tuduhan terhadap Kugan dan banyak lagi kes lain yang melibatkan polis.

  • Buat masa ini, jika ada sebarang aduan mengenai polis, cara adalah melalui satu daripada tindakan dibawah

i) Aduan kepada Jawatankuasa Tatatertib – isu disiplin

ii) SUHAKAM – tetapi polis tidak mahu beri kerjasama dan inquiry dan akhirnya SUHAKAM terpaksa mendapat kebenaran atau lampu hijau dari Ketua Setiausaha Negara

iii) Meja hak asasi ?

iv) IGP siasat secara peribadi ?

v) Biro Pengaduan awam

vi) Kes Sivil Mahkamah

  • Suruhanjaya Diraja untuk menambah baik Pasukan Polis memberi 125 cadangan dan antara cadangan yang paling maju adalah memberikan kerajaan setahun untuk mengimplemtasi IPCMC pada tahun May 2006, setahun selepas dicadangkan tetapi sehingga kini, setelah 5 tahun ia masih belum dilaksanakan.

  • Tetapi apabila IPCMC pertama kali diungkitkan, maka polis mengamuk. Mereka tidak setuju dan mereja juga telah mengugut kerajaan untuk tidak impelemtasi. Walaupun antara Pesuruhjaya ini adalah bekas Ketua Polis Negara – Tun Haniff Omor. Namun cadangan IPCMC ini mendapat bantahan keras dari anggota polis.

  • Bila undang-undang seperti IPCMC ingin ditubuhkan di Hong Kong , memang reaksi yang sama telah diberikan oleh polis termasuk mogok tetapi di Hong Kong kerajaan disana ada kewibawaan politik dan oleh yang demikian meeka Berjaya membina Insitusi bebas dan antara yang paling disegani diperingkat dunia. Apabila ditanya- mereka berkata kejayaan mereka adalah disebabkan Kerajaan disana mempunyai kewibawaan politik untuk membentuk badan seperti IPCMC.

  • Pada June 2009, menjawab satu soalan dari Pesuruhjaya hak asasi manusia bangsa-bangsa bersatu, kerjaaan Malaysia berkata bahawa kerajaan dalam proses membentuk satu badan bebas dan berkecuali tetapi bukan IPCMC.

  • Badan baru ini dikatakan ada skop yang lebih besar dari IPCMC dan akan meliputi agensi kerajaan lain dan dalam proses perbincangan di Parlimen.

5. Tetapi Apakah IPCMC Dan Apakah Yang Disajikan Oleh Kerajaan Sekarang

  • The Independent Police Complaints Misconduct Commission (IPCMC) telah mengeluarkan cadangan mereka pada tahun 2005 dan telah deraf satu bill yang mempunyai 104-klausa dan memberikan dateline untuk mei 2006 diimplementasi.

  • Kemudian dikatakan pihak Peguam Negara sedang mendapat maklumbals dari pelbagai agensi kerajan dan badan-badan lain pada November 2007. Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz pula mengatakan bill akan dibentang dalam sidang Parlimen seterusnya.

  • Tetapi pada Disember 2007, kerajaan telah cadangkan satu bil lain untuk mengantikan IPCMC iaitu Special Complaints Commission (SCC) Bill. SCC begitu teruk dimana Ketua polis negara dan MACC duduk dalam suruhanjaya baru ini. Apakah ia ini adalah bebas dan berkecuali?

  • Kemudian SCC tidak dibentang dan kemudian pada tahun 2009, the Enforcement Agencies Integrity Commission Bill digubal dan diluluskan dalam dua Dewan pada 30 Jun 2009 and 9 July 2009. Bill ini elah digazet pada 3 September 2009.

  • Undang-undang baru ini sekali lagi tidak mempynai kuasa seperti IPCMC. EAIC tidak mempunyai kuasa mendakwa , akan folus 21 agensi dan bukan polis sahaja.

  • Matlamat asal IPCMC kini telah dicairkan.Tetapi sehingga kinie EAIC masih belum dilaksanakandan akan diletakaan dibawah Jabatan Perdana Menteri.

  • IPCMC memang indepemndet, dan ada kuasa mendakwa yang badan-badan seperti suhakan tidak ada. Maka mungkin itu sebabnya ia tidak dilaksanakan.

6. Hanya Kuasa Rakyat Boleh Merefomasi Polis

  • Inilah scenario yang ada. Namun demikian jika dibanding, banyak kemenangan yang diperolehi kebelakangan ini kesemua ini adalah disebabkan desakan, kempen dan protes rakya yang berterusan.

  • Antara kemenangan adalah

i) Tempoh Reman dari 14 hari sudah jadi 7 hari untuk kesalahan kecil

ii) 113 telah dimansuhkan

iii) Panggilan telefon untuk peguam dan ahli keluarga

iv) ISA dikatakan akan digubal

Kesimpulan

Polis adalah satu institusi yang menjadi factor mengapa BN dapat berkuasa sekian lama. Namun demikian, dalam zaman multimedia yang cukup canggih ini, adalah amat sukar untuk melakukan penyelewengan dan menyembunyikannya. Dalam suasana ini, memang masa peluang untuk rakyat mereformasi polis namun ia bukan semudah itu.


Namun adalah amat perlu untuk polis didesak mengikut etika kepolisan dan profesyenal menjalankan tugas. Dan perlu ada instutusi untuk mengawal polis dan gerakan rakyat mesti berterusan untuk memastikan polis itu akur kepada kehendak rakyat.

集会自由、 <警察法令>、<宪法>

集会自由、 <警察法令>、<宪法>

阿兹米. 夏隆(Azmi Sharom)

(编者按: 大马人民之声于2010年7月24日,晚上8时,于新山留台同学会举办“警察滥权 与 国阵政府”论坛。这篇中文稿是马大法律系教授阿兹米夏隆在论坛上讲话的主要內容。)


<联邦宪法> 第10条阐明, 人民有不持有武噐的和平集会自由。这项自由权利是有限的. 宪法也规定, 为了联邦的安全和公共秩序, 国会可以通过立法来限制集会自由。

由于国会具有这样的权力,所以在<1967年警察法令>下, 警察有权限制集会自由。根据这项法令,举行集会者必须取得警方的准证。

根据<警察法令>,任何三人的集会, 就是公共集会, 因此必须申请准证 [第27(5)条]。没有注册的社团, 不得申请准证 [第27(2D)条]。

由此可见,我国法律具有很大的约束力。只要有3人集合在一起, 就可构成 “集会”. 所以, 警察滥用权力, 是司空见惯的现象. 即使是一小撮人的集会,警察也可以宣布为非法集会。


法律不应规定, 谁才能申请准证, 因为集会自由是每个人都享有的权利。因此申请集会准证的权利, 不应该只属于“注册团体”。

不过, 我要指出的一点是, <警察法令> 第27(2)条说明:

“…如果警官认为, 某一项集会、会议、或游行并不会危害马来西亚(或马來西亚某一部分的)安全, 也不会破坏社会安宁,他就应发出准证, 准证將写明准证持有人姓名,并规定集会、会议、或游行的条件….”


有鉴于见, 警方有权拒绝发出准证的唯一理由是: 集会將“危害马来西亚或马来西亚某一部分的安全或破坏社会安宁”。换句话说,如果集会是和平的, 对国家也不会构成威胁,警方就必须发出准证。这似乎才符合宪法。

可是, 如果我们看看所有无法获得警方准证的例子, 以及因为没有准证而被警方干扰的那些和平集会,我们会怀疑, 警方是否在认真对实施那项法令。举例说,为什么一场反对 <内安法令> 的和平集会, 能对国家安全以及公共秩序构成威胁呢?

还有,准证对集会所施加的任何条件, 必须符合宪法所保障的言论自由权利。警方不应限制在集会中所发表的言论. 不过, 所发表的言论, 其内容应当符合国家法律(例如, 言论不应具有煽动性)。即使言论具有“煽动性”之嫌,也应该由法庭來決定那言论是否真正具有煽动性。警方没有权力, 基于他们自以为言论是煽动性的, 就隨意擅自決定阻止一场集会。

我认为, <警察法令> 赋予警方太大的权力。但更重要的是, 警方并没有基于宪法的精神来执行这项法令. 基本上, 宪法所呈现的理想是: 我们有集会自由, 我们有表达思想的自由. 只有当我们对国家安全和公共秩序构成威胁时,我们才可以遭到限制。如果我们没有那些不法行为,我们完全有举行集会自由的权利。

The Right to Assemble, the Police Act and the Constitution

The Right to Assemble, the Police Act and the Constitution

(Azmi Sharom)

(This article is prepared for and presented at the forum " Police Power Abuse and Barisan Nasional Government" which organized by Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) held on 27th July 2010 at Persatuan Bekas Penuntut Taiwan.)

The Federal Constitution says in Article 10 that people have the right to assemble peacefully and without arms. This right is however limited as parliament can make laws that control the right to assemble if it is in the interest of the security of the federation and public order.

Because Parliament has this power, the Police Act 1967 gives the police the authority to control assemblies. According to the Act, in order to organise a gathering, a person needs to obtain a license from the police.

According to the Police Act any gathering of three people is a public assembly and requires a license [section 27(5)].

Also according to the Act, a group which is not a registered society cannot apply for a licence [section 27(2D)].

Here we can see that the law is very restrictive. The small number (3) of people that will constitute an ‘assembly” is open to all sorts of abuse as the police can declare even a small group as an illegal assembly.

Furthermore, there should be no restrictions on who can apply for a license. The right to assemble is open to everyone. It should not be limited to “registered organisation”

However, one point that I would like to stress here is that is section 27(2) it says:

“....if such police officer is satisfied that the assembly, meeting or procession is not likely to be prejudicial to the interest of the security of Malaysia or any part thereof or to excite a disturbance of the peace, he shall issue a licence in such form as may be prescribed specifying the name of the licensee and defining the conditions upon which such assembly, meeting or procession is permitted...”

From here we can see that the ONLY reason that the police can deny a license is if it is “prejudicial to the interest of the security of Malaysia or any part thereof or to excite a disturbance of the peace”. In other words, if an assembly is peaceful and not a threat to the country, the police HAS to give a license. This appears to be in line with the Constitution.

However if we look at all the examples of peaceful assemblies which did not get a license and which have been broken up by the police due to a lack of license, it is doubtful that the police truly take the Act seriously. For example, how can a peaceful gathering opposing the ISA be a threat to national security or public order?

Furthermore, any conditions placed in a license for a gathering must be in line with the Constitutional right of free speech. The police should not be putting restrictions on what can be said in a gathering except perhaps to say that the laws of the country has to be obeyed in the content of the speech (for example seditious statements should not be made). And even if “seditious” statements are made, then it should be up to the court to decide whether the statements were indeed seditious. The police should not have such wide discretionary powers to stop an assembly based on what they THINK is sedition.

I submit that the Police Act gives far too much power to the Police. But perhaps more importantly is that the Act is not being enforced in the spirit of the Constitution which basically is the ideal that we have a RIGHT to assemble, we have a RIGHT to express ourselves and only if we are a threat to national security and public order can any restrictions be placed on us. If we are not doing those things, we should be completely free to assemble.

Thursday, July 29, 2010

华教/人权工作者 陈成兴 出版

《论述马来西亚华教运动与杰出领袖》

全书彩色图文印刷 内容充实排版新颖




上图为陈成兴编著的《论述马来西亚华教运动与杰出领袖》一书的封面(右)与封底()设计。内容除正文与附录多篇相关的重要文章之外,另外许多有关时代、事件和人物背景的图片或文字说明。全书彩色图文印刷,内容充实生动,排版新颖美观.




请点击下列链接以了解更多关于书本的有关讯息、全书目录、序言与后记
——

Tuesday, July 20, 2010

继续号召柔佛州各党团联署 《 警察动辄开枪射杀、草菅人命,政府必须负起不可推卸的责任》请愿书

致:各大团体

继续号召柔佛州各党团联署

警察动辄开枪射杀、草菅人命,政府必须负起不可推卸的责任》请愿书


我们,柔佛州人民之友工委会,针对对警察动辄开枪造成受害人死亡事件的屡屡发生,联合了其他柔佛州25党团向首相请愿。请愿书已在201078日(星期四),上午11时,在林吉祥国会议员的带领下在国会走廊召开新闻发布会。并在当天的中午12时半成功在国会咖啡座,由首相署部长纳兹里代收。后者答应会在79日的内阁会议提呈给首相。


为了结合柔佛州内拥有共同立场及此次的请愿活动,我们决定继续号召政党社团、会馆、校友会、宗教组织及非政府组织参与联署。我们将会在 2010724日,总合所有联署的组织,发表我们的立场。


若愿意签署此声明,请在2010723日中午12时之前,联络本会执行秘书方佩芬小姐(电话:016-7782707,电邮:suaramjb1@gmail.com, 传真:07-5581098)。传真或电邮上请注明党团全称或个人姓名。谢谢。


Friday, July 16, 2010

警察滥权与国阵政府讲座会

“警察滥权与国阵政府”讲座会

缘起

我国独立53年来,警察贪赃枉法、镇压人民、甚至随意开枪、杀害百姓等各种警察滥权事件层出不穷,已严重侵害了我国各族人民的生命财产权利。各族人民天天提心吊胆的生活,担心成为警察滥权事件的受害者。


1997年东南亚金融风暴导致巫统内部矛盾激化,最终演变成当时的巫统署理主席兼副首相安华面对种种惨无人道迫害,被逼离开巫统成阶下囚。这使巫统的力量被大大削弱。在这时期,警察部队被利用来维护统治集团地位的行径赤裸裸的表现出来。


2000年,前总警长拉欣诺(Rahim Noor)涉及于1998920日殴打被扣留的前副首相安华,引发了受到国内外民众广泛关注的“黑眼圈事件”,被宣判坐牢两个月。1998 9 月,阿都马烈胡先,一位亲反对党的社会活跃分子,因涉及 “烈火莫熄”运动,连同另外16 人在《内安法令》下被无审讯扣留。在被盘问期间,他被迫赤身裸体、反手上手铐及被蒙上双眼,并被殴打直至失去知觉。同时,他也指出自己被强行张开嘴巴灌尿、生殖器官被硬物殴打,甚至被迫在冷气房中赤身裸体时遭泼冷水。2007 10 18 日,吉隆坡高等法院宣判他胜诉,法官希山慕丁尤努斯裁定,政府和警方对马烈胡先的扣留、殴打、虐待,都是违法的。


当铁腕领袖马哈迪于2003年辞职,换上较为温和的阿都拉当我国首相后,民众普遍认为警察嚣张霸道的情况将会好转。事实证明,这只是民众一厢情愿的想法。国阵政府所宣称的“警察是保护人民的生命和财产”,仍然不过是一套骗人的谎言。


2005 年,震惊国内外的马来女郎裸蹲事件曝光。2006 5 月,警方使用警棍、盾和水炮车,暴力的驱散参与在国油双峰塔进行的反对燃油涨价的和平示威。此事被民间称为“血腥星期日”。20085月警方任由手无寸铁的皇冠城居民被暴徒袭击至头破血流,却不闻不问、隔岸观火,最后还出动水泡车驱赶因不满而集聚的民众。


最近,警方借口“为了自卫”而任意开枪、草菅人命的案件屡屡发生,其中较为突出有雪州14岁少年阿密努拉希与柔州19岁青少年莫哈默阿汉和印裔青年阿古斯丁遭警察枪杀案件。面对家属以和社会人士的责难及合理诉求,警察总长慕沙哈山(Musa Hassan)不但没有对警察没有做好保护人民的生命和财产而发生不幸事件,向受害者家属及各族人民表示歉意,反而嚣张霸道地发表“若不要警察执法就说吧,我可以撤回上街巡逻的警员”的言论。内政部长希山慕丁对警察总长发表的令各族人民愤懑的狂妄言论竟然装聋作哑,没有任何反应。


纵观上述种种警方的暴行,我国各族人民迫切要求首相以及国阵政府对警方贪赃枉法、草菅人命的行为负起不容推卸的责任,并解开我们心头的疑问:“警察贪赃枉法、草菅人命,国阵政府是无能为力,还是始作俑者?”


我们,大马人民之声,决定在新山举办一个“警察滥权与国阵政府”讲座会,邀请学者、人权律师及社会活跃人士就讲座会主题,各抒己见。 此讲座会定于今年724日 (星期六),于新山统一大酒店四楼会议厅举行,晚上830分准时开始。公开邀请所有关心民瘼、热心国事的公众人士热烈出席。入场免费。


人民之声吉隆坡总会

(联系人:叶兴隆 手机:016-4114147 电邮:lucasheng19@gmail.com

人民之声新山分会

(联系人:方佩芬 手机:016-7782707 电邮:suaramjb1@gmail.com

Friday, July 9, 2010

柔佛州26党团给首相请愿书,成功在2010年7月8日,早上11时,在林吉祥国会议员的带领下在国会走廊举办新闻发布会,并于当天中午12时半在国会咖啡厅,由首相署部长纳兹里代收柔佛州26党团请愿书。后者答应将于7月9日内阁会议中转交给首相。在此附上一些媒体报道及照片。



左起(坐):怡保东区国会议员林吉祥,Mohd Afham 母亲
左起(站):Mohd Afham 家属(左一至左三),大马人民之声协调员叶兴隆及社会主义党总秘书Arutclevan


在巴生国会议员Charles Sentiago 的带领及社会主义党总秘书Arutclevan 的见证下,首相署部长纳兹里在国会咖啡厅代收请愿书,并答应将在2010年7月9日的内阁会议里呈交给首相纳吉。

左二起:社会主义党总秘书Arutclevan ,巴生国会议员Charles Sentiago,首相署部长纳兹里及26党团代表,大马人民之声新山支部协调员方佩芬




东方日报 A14 2010年7月9日



星洲日报 国内10 2010年7月9日



上图:南洋商报 A3 2010年7月9日;下图:中国报 A15 2010年月9日

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)