Pengadu:
1. En Tan See Hor (KWSP Akaun No.: 16162282)
2. En Lim Yi Wei (KWSP Akaun No.: 17809324)
3. En Yong Tien Sun (KWSP Akaun No.:17809320)
Tuan,
Janjian Dari Percetakan Aziz Sdn. Bhd. Mengenai Caruman KWSP
Seperti perkara yang tersebut di atas, Suaram JB ingin memaklumkan anda mengenai perkembangan masalah penipuan caruman KWSP dari bekas majikan anda iaitu Percetakan Aziz Sdn. Bhd. / Malaysia Press Sdn. Bhd.
Untuk pengetahuan anda, pada 17 December 2007 jam lebih kurang 11.30am, seorang yang bernama Liza (no. telefon 019-7211313) memberitahu kami bahawa dia adalah kerani dari Percetakan Aziz. Liza dalam talian telefon berjanji akan mencarum KWSP kepada anda selewat-lewatnya pada 15 Januari 2008.
Suaram JB mengambil serius tentang kes-kes penipuan pencaruman KWSP dari pihak majikan. Kami sentiasa bersedia menyampaikan perkembangan yang terkini kepada anda. Kami juga berharap anda akan bersama kita bersedia untuk memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja supaya tidak ditindas oleh majikan.
Sekian Terima kasih
Bekerja untuk Hak Asasi Manusia
Yang benar,
_______________
NYAM KEE HAN
Penyelaras
s.k.: Pejabat KWSP Johor Bahru
Ibu pejabat KWSP
Kementerian Sumber Manusia
Malaysian Trade Union Congress (MTUC)
Pejabat Menteri Besar Kerajan Johor
Percetakan Aziz Sdn. Bhd. /
0 comments:
Post a Comment