Tuesday, December 11, 2007

HRSC Kg Semangat (tampoi)

10 December 2007

SUARAM JB NEWS REPORT

Suaram Cawangan JB telah menerima aduan daripada penduduk Kampung Semangat Kempas Lama tentang pencemaran dari tapak pembuangan sampah di sekitar kawasan itu. Pembuangan sampah di tapak itu dipercayai dikendalikan oleh Syarikat Lima Jaya di atas alamat No. 20A, Jalan Bunga Mawar, Kempas Baru, 81300.

Tapak Pembuangan Syarikat Lima Jaya

Sampah yang mengalir ke sungai

Menurut pengaduan orang-orang kediaman disana, tapak pembuangan sampah itu mengeluarkan bau yang sangat busuk. Pencemaran ini telah menjejaskan kehidupan penduduk sekitar. Selain itu, pembuangan sebuk-sebuk kopi berserta dengan barangan domestik di tapak pembuangan sampah itu telah menyebabkan banjir selepas hujan. Ini keran sampah-sampah berikut telah mengalir ke dalam longkang dan menyebabkan longkang tersumbat.

Penduduk-penduduk di situ pernah membuat aduan melalui media dan telefon dengan diri sendiri. Namun, janji pihak yang berkaitan hanya janji kosong sahaja. Masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar masih belum diselesaikan sehingga sekarang.

En Secsol Pencemaran air akibat pembuangan sampah

Menurut seorang peduduk Kg. Semangat yang bernama Encik Secsol menyatakan bahawa “Saya sudah mula duduk dalam Kg Semangat pada Ogos 2005. Syarikat Lima Jaya mula buang sampah dalam Kg. Semangat pada awal 2006. Selepas itu, udara Kg Semangat mula dicemar. Saya selalu hidu bau busuk yang datang daripada tempat buang sampah Syarikat Lima Jaya.”

Menurut Secsol, banjir sering berlaku sekiranya hujan turun. Ini kerana air sungai sudah disumbat oleh sampah sarap. Sampah sarap ini adalah datang daripada tempat buang sampah Syarikat Lima Jaya.

“Banjir ini membawa banyak air sungai dan sampah ke dalam kawasan rumah saya. Jalan raya depan rumah saya juga dibanjiri.” Kata Secsol.

Banjir dalam rumah Encik Secsol

Longkang disebelah rumah Secsol

Secsol memberitahu Suaram bahawa beliau telah memberitahu kepada seorang reporter Metro Harian. Isu ini telah dipapar dalam Metro Harian. Lepas itu, aktiviti buang sampah Syarikat Lima Jaya pernah berhenti lebih kurang dua bulan. Lepas itu, aktiviti buang sampah Syarikat Lima Jaya di Kg Semangat kembali sehingga sekarang.

“Saya juga memberitahu seorang pegawai MBJB bernama Ahmad tentang masalah ini. Dia kata dia akan bincang dengan Jabatan Alam Sekitar. Tapi sampai sekarang, masalah ini belum selesai.” Kata Secsol lagi.

“Saya sangat tak puas hati atas aktiviti buang sampah Syarikat Lima Jaya di Kg Semangat. Kehidupan saya terganggu setiap kali berlaku banjir. Saya bimbang kesihatan keluarga saya terancam oleh pencemaran. Saya minta pihak polis siasat aktiviti Syarikat Lima Jaya. Maka, saya sangat risau kesihatan ahli keluarga saya terjejas kerana pencemaran udara ini.” Kata Secsol kepada Suaram JB.

Dengan itu, pihak Suaram Caw. JB telah membuat surat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Syarikat Lima Jaya pada 2hb November 2007 dengan file nombor SJB/HRSC/CSP07/01. Jabatan Alam Sekitar telah membalas surat kepada pihak kami pada 12hb November 2007 dengan numbor rujukan (B)91/110/602/008JI30(51) yang ditangani oleh pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, iaitu Encik Mohd Rashdan Bin Topa.

Dalam surat rasmi Jabatan Alam Sekitar menyatakan bahawa aduan yang dikemukakan oleh pihak kami (Suaram Caw. JB ) adalah di luarbidangkuasa Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Alam Sekitar memberitahu pihak kami supaya terus kepada pihak berkuasa iaitu MBJB.

Dengan itu, kami menyeru supaya MBJB akan memberi penjelasan dengan secepat mungkin.

Kami berasa rakyat mempunyai hak untuk menduduk di dalam satu kawasan yang bersuasana bersih dan berudara nyaman. Kerajaan tempatan sepatutnya menjaga kebajikan dan memulihara alam sekitar untuk kebaikan penduduk tempatan.

Kami dari Suaram mengambil berat tentang masalah pencemaran alam sekitar ini dan kami berharap pihak berkaitan terutamanya MBJB dapat mengambil tindakan dengan segera untuk mengelakkan pencemaran ini dari berterusan.

Bekerja Untuk Pembangunan Hak Asasi


0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)