Friday, May 23, 2008

Perkembangan Kes Kematian dalam Lokap Segamat - Goh Yan Peaw 昔加末警局扣留所死亡案件 – 吴炎标

Siasatan Terbuka akan dijalankan di Mahkamah Majistret Segamat

pada 10 June 2008

(kenyataan akhbar Suaram Johor pada 23hb May 2008)

Suaram Caw. Johor telah menghantar satu memorandum kepada SUHAKAM pada 22/5/08 jam pukul 2 petang. Antara yang hadir termasuk keluarga si-mati, Ketua Pemuda PAS Johor Saudara Khairul Faizi, Saudari Nalini dari Suaram HQ dan lain-lain lagi. Dua wakil SUHAKAM yang hadir menerima memorandum termasuk Dato Siva Subramaniam dan Nurul Hasanah.

Goh Yan Peaw telah diberkas pada 9/1/08 dan ditahan di Lokap Balai Polis Segamat atas Akta kecemasan ordinan iaitu kesalahan mempunyai mercun, dadah, VCD lucah dan pistol. Pihak polis telah reman OKT sehingga 22/1/08. Semasa dalam tahanan, Goh Yan Peaw didapati meninggal dunia pada 20/1/08. OCPD Abdul Majid dalam media menyatakan bahawa si-mati mati selepas terjatuh semasa menggunakan tandas.

Suaram Johor mewakili keluarga si-mati membaca isi kandungan dalam Memorundum yang mengandungi 4 muka surat. Dalam memorandum itu jelas mencatat latar belakang kes kematian si-mati; tindakan dari keluarga si-mati, Suaram, dan balasan melalui surat dari pihak SUHAKAM, Jabatan Peguam Negara dan sebagainya; dan 6 perkara yang dibangkitkan oleh keluarga si-mati.

Antara perkara yang telah dibangkit kepada pihak SUHAKAM iaitu:-

1) Si-mati telah membuat satu laporan kesihatan di Wellness Laboratories Centre Sdn. Bhd pada December 2007 iaitu sebelum si-mati ditangkap oleh pihak polis. Laporan itu boleh dirujuk di no. report MBT10543 yang mengadungi 6 muka surat. Secara keseluruhan, si-mati sebelum ini adalah sihat tanpa apa-apa penyakit.

2) Kesalahan pihak polis iaitu tidak memberitahu kematian keatas si-mati dengan segera. Keluarga si-mati hanya menerima panggilan dari pihak polis pada jam 10:30am. Iaitu lebih kurang 6 jam selepas kematian si-mati.

3) Gambar yang ditangkap oleh Doktor bedah siasat menunjukkan luka parah di bahagian muka, tangan, dan lebah diseluruh badan si-mati. Apakah penjelasan dan penyiasatan berkaitan dengan perkara itu?

4) Si-mati kelihatan pucat, bibir hitam, sakit perut dan tiada selera makan seperti mana yang dilihat oleh Ng Su Sin pada 16/1/2008 semasa di Mahkamah Segamat, adakah apa-apa tindakan telah dilakukan oleh pihak polis keatas perkara itu? Ini kerana OKT berhak untuk mendapatkan hak perubatan dan hak untuk berjumpa dengan Doktor semasa dalam tahanan jika OKT didapati tidak sihat.

5) Alasan yang diberi oleh Ketua Polis Segamat OCPD Abdul Majid iaitu si-mati adalah disebabkan “terjatuh semasa menggunakan tandas”, alasan seperti ini tidak dapat diterima oleh sesiapa pun.

6) Si-mati telah mati lebih kurang 4 bulan,adakah sebarang penyiasatan sebelum ini telah dijalankan? Adakah penyiasatan itu telah memberitahu keluarga si-mati? Mengikut kepada Kanun Prosedur Jenayah (CPC) seksyen 107 A (1), sesiapa yang telah membuat laporan polis boleh memperolehi laporan siasatan awal mengenai kes yang dilaporkan itu.

Dato Siva setuju dua perkara yang dibangkitkan oleh keluarga si-mati iaitu perkara kedua dan perkara keenam. Beliau terut memberitahu bahawa pihak SUHAKAM telah menerima surat dari Jabatan Peguam Negara pada 7/5/08 yang menyatakan bahawa kes ini telah didaftarkan di Mahkamah Majistret Segamat dan siasatan kematian akan diadakan pada 10 Jun 2008.

Dengan itu, beliau menyatakan bahawa pihak SUHAKAM tidak mempunyai hak untuk campur tangan keatas segala siasatan di Mahkamah. Walaubagaimanapun, beliau berjanji akan terus mengikut perkembangan kes ini. Oleh sebab penyiasatan di mahkamah adalah sangat teknikal, beliau menasihat keluarga si-mati mendapatkan bantuan dari peguam sebagai wakil untuk mendengar siasatan kematian berikut.

Pada 19/3/08, Suaram Johor menerima balasan dari Jabatan Peguam Negara, bahagian Pendakwaan menyatakan bahawa mereka tidak dapat memberikan maklumat-maklumat seperti laporan bedah siasat si-mati, asal-usul kematian si-mati, laporan kesihatan sebelum dan selepas dihantar ke hospital dan segala penyiasatan yang dijalankan yang diminta oleh kami dan menafikan kami keatas kepentingan atau kaitan dengan si-mati. Dengan itu, Kami mempersoalkan pihak SUHAKAM mengapakan keluarga si-mati turut tidak mendapat apa-apa penjelasan berkaitan dengan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak tertentu? Ini adalah perkara yang tidak munasabah dan tiada ketelusan langsung.

Kami memandang kes kematian dalam tahanan pihak berkuasa adalah sangat serios. Hak untuk hidup adalah hak yang terjamin di bawah Perkara 5 – Perlembagaan Negara.

****************************************************************************

昔加末推事庭于610日设公开验尸庭

【大马人民之声(新山支会)2008523文告】

大马人民之声(新山支会)于昨日(522日)下午2时呈交了一份长达4页的备忘录给国家人权委员会(SUHAKAM)。其中出席的包括死者家属吴炎原、回教党青年团团长凯鲁法兹、人民之声总部协调员娜莉妮等。当天共有两位代表接收备忘录。他们是拿督西华马廉和奴鲁哈沙娜。

吴炎标于今年19日涉嫌拥有土制炸弹、烟火、五仔迷幻药、色情光碟等而遭警方逮捕。他被警方延长扣留至122日以协助调查。最终,他却在警方扣留期间离奇去死,死亡时间是120日凌晨356分。昔加末警区主任阿都马吉向媒体宣布死者是因为在扣留所“上厕所跌倒而死亡”。

我们代表死者家属宣读备忘录。备忘录里清楚记录案件的来龙去脉、投诉过的部门和6个死者家属提出的疑点。

以下是几项向国家人权委员会提出的疑点:

1) 死者于200712月在一间私立医院( Wellness Laboratories Centre Sdn. Bhd)做了一份详细的身体检查。检查报告能参阅MBT10543,一共长达6页。大致上显示死者生前非常健康。

2) 警方是在死者死亡后的6个小时才通知死者家属。警方的做法违反应有的程序,那就是必须立刻通知死者家属。

3) 通过法医拍下的照片,明显死者身上有多处伤痕和瘀肿,尤其是头部和手部部位。针对这点,有何解释?

4) 死者的妻子 116日在昔加末地方法庭见到吴炎标消瘦许多、面色苍白、嘴巴呈现紫色、眼睛有点肿大。针对这点,警方是否有采取任何行动?这是因为嫌疑犯若发现身体不适,警方必须立刻采取行动,给予他们检查和良好的医疗。这是嫌疑犯的基本权利。

5) 昔加末警区主任阿都马吉说死者是因为 “上厕所后跌倒而死”。相信没有任何人能接受如此荒唐和草率的理由。

6) 至今已经四个月了,有关当局是否有采取任何行动?调查的进展是否有向死者家属汇报?依据警方程序刑事法典第107A1)条文下:“所有向警方报案的人,可以针对案件获得警方的初步调查报告。”

拿督西华基本上赞同其中两项疑点,那就是第二项和第六项。他接着说:“国家人权委员会于57日接收到警察总署的回函。该案件将定于610日在昔加末推事庭设公开验尸庭。”

他还说:“一旦公开调查开始后,人权委员会无权干预法庭审理案,一切将交由法庭判决。无论如何,这并不表示人权委员会会就此罢休,反而会继续跟进此事。”由于法庭的审理程序非常技术性,因此他建议死者家属委任一名代表律师旁听,并向法庭提出家属对死者死因的疑问及不满。

新山人民之声于319日获得警察总署的回函。在函件里,我们被质问由于我们和死者家属没有直接的关系,因此没有权利获得死者的解析报告、死者死因、死者前后的身体检查和一切调查的进展。这对重点,我们便质问人权委员会为何就连扣捕者的家属也无法第一时间获得案件进展的通知?这明显的是一项非常不合理和不透明的做法。

我们视所有在警方逮捕期间去死的嫌犯是一项非常严重的事。它违反了我国宪法第5条:“人人有生存的权利。”


相关新闻:
星洲日报:
扣留犯警局逝世案‧吳炎標舉殯‧家屬:不信跌死
中国报:社會探射燈 奇情新聞追追追家前搜獲違禁品壯漢永沒踏出扣留所

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)