Tuesday, July 8, 2008

Siasatan Terbuka keatas kematian dalam lokap Goh Yam Peaw telah ditunda oleh Majistret Segamat kepada 28 October 2008

[kenyatan akhbar SUARAM JB pada 8 Julai 08]

Suaram JB amat berdukacita bahawa siasatan terbuka keatas kes kematian dalam lokap Goh Yam Peaw yang dijadualkan pada 9 pagi pada hari ini (8th July 2008) telah ditunda oleh Majistret Segamat. Ini disebabkan penolong pendakwa raya (DPP- Deputy Public Prosecutor) telah ditukar kepada En Asyraf. Alasan penundaan yang diberikan oleh En Asyraf ialah dia perlu mengumpul maklumat-maklumat dari DPP Nor Adurawati Binti Moktar (DPP sebelum ini) dahulu supaya dia dapat mengkaji dan membaca kes itu.

Menurut laporan Hak Asasi manusia SUARAM tahun 2007, pada tahun 2005, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melapor bahawa terdapat sebanyat 80 kes kematian dalam lokap diantara tahun 2000 hingga tahun 2004. Namun hanya 6 kes sahaja menjalankan sisatan terbuka. Satu contoh penundaan keatas kes kematian dalam lokap yang sangat serious iaitu kes kematian dalam lokap yang berlaku pada tahun 2003 di Balai Polis Kajang iaitu Ulaganathan Muniandy (19 year old).

Majistret Kajang memanggil Siasatan keatas kematian Ulaganathan Muniandy pada October 2006 selepas 4 tahun terlambat. Sejak tahun 2006, siasatan keatas kes itu telah ditunda sebanyak 8 kali atas pelbagai alasan. Contohnya DPP tidak turun ke majistret ataupun DPP meminta supaya kes ini ditundakan tanpa pengetahuan keluarga si-mati mahupun peguam.

Suaram JB harap bahawa perkara ini tidak diulang dalam kes kematian Goh Yan Peaw. Kami membantah keatas segala penundaan siasatan terbuka keatas segala kes kematian dalam lokap. Ini kerana itu merupakan perkara yang sangat serious dan sepatutnya perlu disiasat dengan segera. Kami berpendapat bahawa alasan yang diberi oleh DPP En Asyraf adalah tidak professional dan tidak munasabah langsung.

Majistret Segamat telah menundakan siasatan terbuka keatas kes kematian dalam lokap Goh Yam Peaw kepada 28 Oktober 2008.

PERHATIAN: Suaram JB telah membuka pusat perkhidmatan hak asasi manusia pada bulan Ogos 2007. Pusat Perkhidmatan kami akan dibuka setiap minggu khamis jam pukul 2 petang hingga 6 petang. Kami menyeru semua orang yang dicaburi hak-hak asasinya seperti dipukul oleh Polis semasa dalam tahanan, didesak atau diseksa oleh Majikan, isu-isu tanah dan lain-lain lagi boleh menghubungi kami di talian 016-7782707 atau 07-5581098.

Latar belakang kes

Goh Yam Peaw telah diberkas pada 9/1/08 dan ditahan di Lokap Balai Polis Segamat atas Akta Kecemasan ordinan iaitu kesalahan mempunyai mercun, pil, VCD lucah dan pistol. Pihak Polis telah reman OKT sehingga 22/1/08. Semasa dalam tahanan, Goh Yam Peaw didapati meninggal dunia pada 20/1/08. OCPD Abdul Majid dalam media menyatakan bahawa si-mati mati selepas terjatuh menggunakan tandas.

Suaram JB telah menghantar surat bantahan kepada SUHAKAM, Ketua Polis Johor, IPD Segamat, Peguam-peguam Negara dan pelbagai badan NGO. Suaram JB juga telah menemani keluarga si-mati untuk menghantar Memorandum kepada SUHAKAM pada 22 May 2008 supaya siasatan terbuka dijalankan secepat mugkin.

Selepas itu, siasatan terbuka pertama telah diadakan pada 10 Jun 2008 jam pukul 9 pagi dimana 5 orang saksi dari pihak pegawai polis segamat hadir pada hari itu. Penyiasatan pada hari itu adalah berkenaan kematian si-mati. Antaranya termasuk kejatuhan simati semasa dalam lokap dan perjalannan simati semasa dibawa keluar dari Lokap Segamat ke Hospital Segamat.

Siasatan terbuka kedua sepatutnya dijalankan pada hari ini (8 July 2008) jam 9 pagi. Antara saksi yang akan hadir ialah Doktor yang menjalankan postmoderm.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Nyam Kee Han di talian 016-7782707 atau 07-5581098.


0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)