Monday, July 21, 2008

JKBI Akan Menghantar Memorandum pada 4hb Ogos 2008

[Kenyataan Akhbar Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik (JKBI), Tarikh: 21 Julai 2008]

JKBI sebagai gagasan yang dianggotai oleh 10 badan bukan kerajaan (NGOs) dan parti politik yang aktif di negeri Johor akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai isu “Mengembalikan Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik di Peringkat Sekolah Rendah” pada 4hb Ogos 2008 ini. Kami mengharapkan lebih ramai NGOs dan parti politik untuk menyokong dan menandatangani memorandum ini.

Kami berpendirian tegas bahawa pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah mesti dikembalikan penggunaan bahasa ibundanya sebagai bahasa pengantar. JKBI telah berjaya melaksanakan kajian soal selidik terhadap para pelajar dan juga guru dari sekolah rendah berlainan aliran di sekitar negeri Johor berkenaan keberkesanan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan Bahasa Inggeris (PPSMI). Kami juga akan menyertakan laporan kajian bersama-sama dengan memorandum ini kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tarikh yang telah disebutkan.

JKBI setakat ini telah berjaya memperolehi sokongan daripada hampir 30 pertubuhan badan bukan kerajaan, persatuan agama, persatuan murid, parti politik dan sebagainya dan sokongan ini telah diterjemahkan oleh mereka dengan menandatangani memorandum yang kami sediakan. Kami berharap untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada mana-mana individu ataupun organisasi yang sama-sama berkongsi aspirasi dengan perjuangan rakyat ini.

Menurut laporan Bernama pada 16hb Jun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Timbalan Menteri-nya menyebut bahawa mereka belum lagi membuat keputusan sama ada ingin meneruskan ataupun tidak penggunaan Bahasa Inggeris bagi pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di sekolah rendah. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini (2008) akan dijadikan penanda aras bagi KPM untuk menentukan masa depan bagi dasar ini.

Akan tetapi, satu kenyataan media yang kontradiksi dengan yang sebelumnya telah dikeluarkan oleh Menteri yang berwajib pada 15hb Julai 2008. Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyebut bahawa keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 bukan penentu kepada PPSMI, sebaliknya hanya tempoh yang ditetapkan oleh kementerian, untuk memutuskan sama ada meneruskan atau membatalkan program itu. Beliau turut berkata, Kementerian Pelajaran masih perlu menjalankan pelbagai kajian dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan kerana ia membabitkan pelaksanaan dasar kementerian.

JKBI berpendapat bahawa KPM sengaja melengah-lengahkan masa dan bersikap acuh tidak acuh dalam menjaga kepentingan dan survival pendidikan rakyat negara sendiri. KPM kelihatan seperti langsung tiada apa-apa jalan penyelesaian yang kukuh terhadap perlaksanaan dasar ini. Namun, ianya tidaklah terlalu janggal buat kita kerana umum mengetahui bahawa dasar PPSMI merupakan satu keputusan yang dilakukan secara tergesa-gesa, bersifat politik dan tiada perancangan yang sistematik. Justeru, lahirlah keadaan yang kontradiksi sepanjang tempoh perlaksanaanya.

Kami berpendapat bahawa KPM seharusnya membuat keputusan dengan serta merta iaitu dengan membatalkan dasar PPSMI di peringkat sekolah rendah, dan membuat perjanjian bahawa pengajaran serta pembelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah mesti dikembalikan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya.

Ringkasnya, ingin kami tegaskan sekali lagi di sini bahawa tuntutan kami adalah:
I. Menghentikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan serta-merta;
II. Mengembalikan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik;
III. Menghormati hak asasi rakyat untuk mendapat pendidikan di dalam Bahasa Ibunda masing-masing.

JKBI seterusnya menyeru agar mana-mana pertubuhan, NGO ataupun parti politik yang berkongsi rasa dan bersetuju dengan pandangan kami, untuk menyertai gagasan ini dan memberikan sokongan anda kepada tindakan susulan kami.

JKBI juga dengan sukacitanya menjemput mana-mana individu ataupun pertubuhan yang berpendirian sama dengan kami untuk menandatangani memorandum dan menyertai program penyerahannya pada tarikh yang telah disebutkan sebelum ini.. Kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan sokongan, sila hubungi Setiausaha Kerja JKBI seperti berikut: Sdr. Norman (013-7674339) dan Sdr. Nyam Kee Han (016-7782707)

PERSATUAN, ORGANISASI, NGO DAN PARTI POLITIK YANG MENYOKONG SERTA MENANDATANGANI MEMORANDUM INI:

1) Suara Rakyat Malaysia (Cawangan Johor Bahru)
2) Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
3) Persahabatan Semparuthi (Johor)
4) Yayasan Amal Malaysia (Johor)
5) Teras Pengupayaan Melayu Johor (TERAS)
6) Persatuan Ulama Malaysia (Johor)
7) Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Zon Selatan
8) Friends of SUARAM (Johor)
9) Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas
10) Jabatan Amal Negeri Johor
11) Kelab Usahawan Muslim Johor
12) Gabungan Profesional Anak Johor
13) Ikatan Mahasiswa Islam Johor
14) Universiti Teknologi Malaysia Chinese Student Council (UTM-CSC)
15) Kelab Penyokong PAS Johor (India)
16) Angkatan Muda Keadilan (Johor)
17) Parti Keadilan Rakyat Johor
18) Jawatankuasa Perhubungan Parlimen Gelang Patah DAP
18) Jawatankuasa DAP Negeri Johor
20) Parti Rakyat Malaysia
21) Parti Sosialis Malaysia
22) Malaysian Tamil Education Research & Development Foundation
23) Persatuan Tamil Neri Malaysia
24) Education Welfare Research Foundation
25) Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa India Johor
26) Persatuan Artis Tamil Malaysia Negeri JOHOR
27) Persatuan Penduduk Tamil Taman Bukit Indah



0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)