Sunday, April 5, 2009

Kerajaan secara Senyap-senyap Merealisasikan Konspirasi Penginggerisan Subjek Sains dan Matematik

Kerajaan secara Senyap-senyap Merealisasikan Konspirasi Penginggerisan Subjek Sains dan Matematik


Tiga Seruan Kami

Fakta-fakta yang dinyatakan di atas cukup untuk membuktikan bahawa walaupun Kerajaan BN cuba berpura-pura menonjol keterbukaan mereka (seperti mengadakan sidang meja bulat untuk mengumpul pendapat dari pelbagai pertubuhan masyarakat), mereka sebenarnya tengah melaksanakan dasar penginggerisan Sains dan Matematik dalam bentuk yang lain tanpa diketahui ramai. Adalah terlambat jika menunggu sehingga kerajaan menginggeriskan Sains dan Matematik secara menyeluruh menjadi satu kenyataan untuk menyuarakan bantahan atau bertindak membantah nanti. Oleh demikian, Suaram JB menyeru supaya:

1. Setiap golongan masyarakat perlu meningkatkan kesedaran, membantah tegas dasar PPSMI, menuntut supaya mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ibunda masing-masing mengikut aliran sekolah.

2. Menyokong perjuangan Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), menyatupadukan kuasa rakyat pelbagai kaum yang membantah PPSMI untuk membantah pelaksanaan dasar se-budaya oleh hegemoni UMNO, serta untuk memperjuangkan hak asasi pelbagai bangsa untuk mendapat pendidikan dalam bahasa Ibunda masing-masing.

3. Pengundi DUN Bt Selambau Kedah, Parlimen Bt Gantang Perak dan DUN Batang Ai Sarawak menyuarakan tuntutan kepada calon kawasan mereka, menuntut supaya calon-calon itu bersetuju dengan pemansuhan dasar PPSMI serta kembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ibunda masing-masing mengikut aliran sekolah.


full statement as below:


Kerajaan secara Senyap-senyap Merealisasikan Konspirasi Penginggerisan Subjek Sains dan Matematik

[Kenyataan Akhbar SUARAM JB bertarikh 5hb April 2009]

Dalam Dewan Negara pada 30hb Mac yang lepas, Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Hussein ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Dato’ Firdaus telah berkata, tidak kira apa keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan terhadap Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), keputusan hanya akan dilaksanakan bermula dari tahun depan. Beliau turut berkata, walaupun pihak berlainan asyik mempropagandakan isu ini secara emosi, kerajaan pun tidak akan membuat satu keputusan muktamad dalam masa terdekat ini.


Penggunaan Bahasa dalam Ujian Penilaian 2009 belum Ditetapkan

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelajaran seperti di atas akan memberi tanggapan salah kepada orang ramai bahawa Ujian Penilaian Sekolah Rendah Tahun Enam (UPSR) akan dinilai dalam dwi-bahasa, iaitu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda. Berdasarkan pelan asal Kementerian Pendidikan, subjek Sains dan Matematik UPSR 2008 sepatutnya diuji dan dijawab dalam Bahasa Inggeris sahaja. Namun di bawah pembantahan kuat pelbagai golongan masyarakat, Kementerian Pendidikan terpaksa membuat sedikit pengunduran, dengan mengeluarkan pekeliling, membenarkan subjek Sains dan Matematik UPSR 2008 diuji dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda. Akan tetapi, pekeliling tersebut hanya berkenaan dengan UPSR 2008 sahaja dan bukan UPSR 2009. Setakat ini Kementerian Pendidikan masih belum mengeluarkan pekeliling, belum memberi arahan samada subjek Sains dan Matematik UPSR 2009 masih akan dinilai dalam dwibahasa atau dalam Bahasa Inggeris sahaja.


Penilaian Kerja Amali-UPSR PEKA Seluruh Diinggeriskan

Sebenarnya penginggerisan subjek Sains dan Matematik telah dilaksanakan secara senyap-senyap. Terdapat satu Penilaian Kerja Amali (UPSR PEKA) yang jarang diketahui ramai telah diinggeriskan secara keseluruhan sejak tahun lepas. Sejak tahun 2008, murid-murid dari tahun tiga hingga tahun enam pelbagai aliran sekolah rendah mesti mengambil satu penilaian Amali Sains, di mana keputusan penilaian ini akan dicatatkan dalam Sijil Tamat Sekolah Rendah. Kertas penilaian yang mengandungi jumlah 34 ujikaji yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008 kepada sekolah rendah setiap aliran semua disoal dalam Bahasa Inggeris sahaja. Semua murid, tanpa mengira dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil diwajibkan menjawab 34 soalan penilaian tersebut dalam Bahasa Inggeris sahaja.


Tiga Seruan Kami

Fakta-fakta yang dinyatakan di atas cukup untuk membuktikan bahawa walaupun Kerajaan BN cuba berpura-pura menonjol keterbukaan mereka (seperti mengadakan sidang meja bulat untuk mengumpul pendapat dari pelbagai pertubuhan masyarakat), mereka sebenarnya tengah melaksanakan dasar penginggerisan Sains dan Matematik dalam bentuk yang lain tanpa diketahui ramai. Adalah terlambat jika menunggu sehingga kerajaan menginggeriskan Sains dan Matematik secara menyeluruh menjadi satu kenyataan untuk menyuarakan bantahan atau bertindak membantah nanti. Oleh demikian, Suaram JB menyeru supaya:

1. Setiap golongan masyarakat perlu meningkatkan kesedaran, membantah tegas dasar PPSMI, menuntut supaya mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ibunda masing-masing mengikut aliran sekolah.

2. Menyokong perjuangan Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), menyatupadukan kuasa rakyat pelbagai kaum yang membantah PPSMI untuk membantah pelaksanaan dasar se-budaya oleh hegemoni UMNO, serta untuk memperjuangkan hak asasi pelbagai bangsa untuk mendapat pendidikan dalam bahasa Ibunda masing-masing.

3. Pengundi DUN Bt Selambau Kedah, Parlimen Bt Gantang Perak dan DUN Batang Ai Sarawak menyuarakan tuntutan kepada calon kawasan mereka, menuntut supaya calon-calon itu bersetuju dengan pemansuhan dasar PPSMI serta kembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Ibunda masing-masing mengikut aliran sekolah.



Suaram Cawangan Johor Bahru

Jawatankuasa Sahabat Suaram Johor

5hb April 2009

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)