SUARAM menyeru Akta ISA harus dimansuhkan serta-merta
Menekan Kabinet baru bertimbang tegas keatas
hak asasi manusia
[kenyataan akhbar SUARAM caw. JB pada 10 April 2009]
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20298&Itemid=1
SUARAM cawangan Johor Bahru berpendapat bahawa kerajaan harus membebaskan kesemua tahanan ISA supaya mereka dapat dituduh dan dibicara di mahkamah. Kami mengutuk segala cara yang memperalatkan tahanan sebagai aset politik atau mendapat faedah politik daripadanya. Kami berasa sangat dukacita bahawa Perdana Menteri baru Najib hanya mengumum akan melepaskan 13 tahanan ISA, tetapi bukannya semua tahanan ISA semasa upacara perlantikan sebagai perdana menteri.
Selain itu, kami berasa dukacita ke atas pengendalian Perdana Menteri Najib yang hanya berniat untuk mengaji balik akta ISA. Sejak pilihanraya lepas pada 8 march, keinginan perubahan di kalangan rakyat begitu kuat dan merak, mansuhkan ISA merupakan salah satu kehendak rakyat. Selain mengundi melalui pilihanraya atau pilihanraya kecil, rakyat jelata juga meluahkan perasaan dan keinginan untuk mansuhkan ISA dengan menyertai aktiviti-aktiviti kalangan NGO, contohnya himpunan bergabung, serahan memorandum, post card, menghadiri majlis rumah terbuka hari raya haji Perdana Menteri, demontrasi jalan raya dan lain-lain lagi. Akan tetapi, PM Najib hanya membuat pengumuman bahawa kerajaan akan membuat kajian semula ke atas ISA, dan bukannya terus menghapuskan akta kejam ini. Ianya adalah contraversi dengan keinginan rakyat.
Kami berpendapat, tahanan tanpa bicara adalah mencaburi hak kebebasan tahanan. Ianya merupakan satu penafian pelindungan individu disisi undang-undang, mencaburi hak asasi manusia dan tidak berkemanusian keatas seseorang tahanan ISA. Sehingga 10 Dicember 2008, masih terdapat 46 orang yang ditahan di bawah ISA, mereka termasuklah 16 orang dari Jemaah Islamiyah, 13 orang ahli Darul Islam, 10 orang yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan dokumen, 5 pimpinan HINDRAF, dan 2 orang lagi merupakan perisik dari luar Negara.
ISA membenarkan sesebuah Negara menahan seseorang tanpa bicara dengan alasan untuk melindungi keamanan negara. Semenjak pemerintahan British, sayap kiri,pemimpin UNION,pemimpin parti pembangkang, activis-activis, pemimpin agama dan sebagainya yang berjuang untuk kesamarataan, kebebasan, hak asasi manusia dan demokrasi telah dilabel sebagai golongan yang merbahayakan keamanan Negara, dan dinafikan hak kebebasan individu mereka dan hak bersama dengan keluarga selepas ditahan dibawah ISA. Walaupun ia menggunakan alasan untuk keamanan Negara, namun semua orang faham bahawa tindakan menggunakan ISA untuk menahan kesemua tahanan ini adalah tindakan kerajaan BN yang berniat jahat untuk menindas dan mensabotaj keinginan dan aktiviti rakyat yang nerhasrat untuk memperjuangkan hak-hak mereka, supaya kepentingan kroni-kroni BN dapat dikekal dan diperkukuhkan.
Kami berpendapat bahawa, PM Najib hanya mengumum untuk membuat kajian semula terhadap akta ISA bukannya memansuhkan ISA, menunjukkan kerajaan BN masih berniat untuk terus menggunakan akta ini sebagai alat untuk menindas kalangan rakyat. Semasa dalam ucapan perlantikan sebagai PM, Najib cuma berucap bahawa akan meninjau balik Akta ISA ini, tetapi tidak memberitahu secara teliti tentang pelan yang lebih teliti dan objektif tinjauan tersebut. Ini menunjukan niat kerajaan BN hanyalah mermotif politik untuk memujuk rakyat, bukannya betul-betul berhasrat untuk berubah. Mengikut rekod BN yang selalu memberikan janjian-janjian kosong, kita yakin bahawa BN tidak akan membuat sebarang tindakan untuk memansuhkan akta ISA.
Maka, kami menyeru bahawa rakyat haruslah terus menyokong tuntuatan GMI untuk memansuhkan akta ISA yang zalim dan menyertai sebarang aktiviti-aktiviti GMI yang bertujuan untuk memberi tekanan terhadap kerajan untuk memansuhkan ISA sehinggalah akta zalim ini betul-betul dimansuhkan!
SUARAM cawangan Johor Bahru
Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor
0 comments:
Post a Comment