Sunday, May 17, 2009

HRSC: 3 tuntutan utama untuk menangani masalah pembangunan industri petrokimia Tanjung Bin, Pontian




SUARAM cawangan JB menyeru pihak berkuasa memberi perhatian kepada tiga tuntutan utama untuk menangani masalah pembangunan industri petrolkimia di Daerah-Aliran Sungai Pulai, Johor.
[kenyataan akhbar SUARAM caw. JB pada 17hb Mei 2009]


Menteri Besar Negeri Johor Datuk Abdul Ghani telah melancarkan penanaman anak pokok balau di Penjana kuasa Tanjung Bin pada 17 Mei 2009 jam lebih kurang 11pagi. Pelancaran ini kononnya supaya memberi satu messege dan pandangan bahawa kerajaan negeri Johor mencintai dan memelihara alam sekitar. Mengikut buku edaran Malakoff, rancangan menanam 9300 pohon pokok anak bakau yang meliputi seluas 4 hektar di kawasan berhampiran dengan Penjana kuasa Tanjung Bin pada masa akan datang.

Namun, setahu kami, akibat pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Penjana kuasa 2,100 MV berasaskan arang di Tanjung Bin, penebangan 913 hektar hutan paya bakau untuk pembinaan suatu Pusat Petrokimia akan dijalankan pada tahun ini. Yang lebih teruk ialah penetapan pembangunan itu adalah berhampiran dengan kampung-kampung nelayan di sekitar mukim serkat daerah pontian iaitu hanya dalam lingungan 3 KM sahaja.

Kajian dari tahun 1971 hingga 1990 di Taiwan mengesahkan bahawa remaja-remaja berumur di antara 10 hingga 19 tahun mengalami jangkitan penyakit kanser otak dan pundi kencing disebabkan pendedahan terhadap bahan kimia petrokimia. Risiko-risiko kesihatan bakal ditimpa oleh penduduk yang berhampiran adalah sangat tinggi. Antaranya termasuk pelbagai jenis kanser, penyakit tulang, kerosakan system saraf, kerosakan ginjal, pertumbuhan terencat dan sebagainya.





Dengan itu, sekumpulan nelayan-nelayan sekitar mukim serkat, NGO-NGO dan parti politik melebihi 15 orang telah mengadakan satu sidang akhbar pada pukul 1pm pada hari yang sama. Wakil-wakil yang hadir termasuk Sdr. Jamal Jamaludin selaku pengerusi antarabangsa Jawatankuasa bertindak nelayan-nelayan pantai (JARING), nelayan-nelayan sekitar mukim serkat, Sdr. Nyam Kee Han dan Yong Siew Lee dari SUARAM cawangan JB, Sdr. Zaaba selaku AJK Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Johor, wakil PAS cawangan serkat Sdr Abdul Kadir turut hadir memberi sokongan kepada nelayan-nelayan.

SUARAM caw. JB sokong sepenuhnya dengan banner berslogan “Kami Sokong Tanam Bakau; Kami BANTAH tebang Bakau” yang disediakan oleh nelayan-nelayan. Ia telah memberi messege yang jelas kepada pihak kerajaan negeri Johor, Pejabat Alam Sekitar dan korporat-korporat bahawa mereka menolak segala tindakan yang bersifat kontroversi.

SUARAM caw. JB berpendapat bahawa segala pembangunan perlulah diutamakan kepada kepentigan rakyat atau nelayan-nelayan sekitar mukim serkat dan bukan hanya untuk kepentingan korporat semata-matanya serta tidak pedulikan kesihatan-kesihatan yang bakal timbul akibat aktiviti-aktiviti pembangunan wilayah pembangunan Iskandar yang dikibar-kibarkan.

Dengan itu, SUARAM cawangan JB menyeru pihak berkuasa memberi perhatian kepada tiga tuntutan utama untuk menangani masalah pembangunan industri petrolkimia di Daerah-Aliran Sungai Pulai, Johor. Iaitu;-

I. Bantah tebang hutan bakau, pelihara alam Tanjung Bin.
II. Kerajaan Persekutuan (kementerian alam sekitar) mesti umumkan laporan EIA tentang pelan petrolkimia Tanjung Bin; Kerajaan negeri (Menteri Besar) mesti umumkan hasil kajian kesan pelan industri petrolkimia terhadap alam sekitar dan kesihatan pekerja dan orang umum.

III. Libatkan nelayan dalam segala proses perancangan pembangunan perairan Tanjung Bin supaya kepentingan atau hak nelayan dipertahankan.

Akhirnya kami menyeru semua lapisan masyarakat, badan-badan NGO, parti-parti terus memberi penumpuan keatas masalah-masalah akibat pembangunan Industri Petrokimia keatas nelayan-nelayan sekitar mukim serkat.


*Kenyataan disertakan dengan gambar-gambar.
Dari kiri: Sdr. Abdul Kadir, Sdr. Zaaba, Sdr. Jamal Jamaluddin dan Sdr. Nyam Kee Han



SUARAM cawangan Johor bahru
Jawatankuasa Sahabat SUARAM negeri Johor
17 Mei 2009

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)