Friday, December 2, 2011

Pelancaran Kempen Terbaru BERSIH Johor Berlangsung pada Sabtu ini di Hotel 11@Century

Pelancaran Kempen Terbaru BERSIH 2.0 Johor
Berlangsung pada Sabtu ini di Hotel 11@Century

2 Disember 2011
Kenyataan Akhbar Kedua


Majlis pelancaran “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13” anjuran Jawatankuasa Perhubungan BERSIH 2.0 Negeri Johor (Johor Bersih 2.0) ditetapkan pada 3/12/2011 (Sabtu). jam 8 malam sehingga 11malam. Majlis ini akan dijalankan di Ruby Hall, Hotel 11@Century (Alamat: 94, Jalan Pelanduk, off Jalan Harimau,Taman Century), Johor Bahru. Majlis mengalu-alukan kehadirian rakyat semua kaum yang prihatin. Masuk percuma.

Johor Bersih 2.0 terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum di negeri Johor yang menyahut seruan Jawatankuasa Pepandu BERSIh 2.0. Badan yang terlibat sehingga sekarang termasuk wakil NGO yang terdiri daripada kaum Melayu dan Muslim-Persatuan IKRAM Malaysia (Bahagian Johor),Dr. Ali B. Abd Rahman dan wakil Persatuan Ulama Malaysia (Bahagian Johor), Mohd Nasir bin Prayitno, wakil NGO kebudayaan dan pendidikan yang terdiri daripada kaum Cina-Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (JK Perhubungan Johor Bahru),Yen Boon Chen, wakil NGO yang memperjuangkan hak pendidikan Bahasa Tamil-Persahabatan Semparuthi Negeri Johor,V.P.Mohan, wakil Pertubuhan hak asasi manusia JK Sahabat SUARAM Negeri Johor (FOS committee), Nyam Kee Han dan wakil dan koordiantor BERSIH 2.0 di Johor Cik Fang Pei Fen.

Penceramah dari kaum Melayu, Cina dan India
Berucap dengan Bahasa Bangsa Masing-masing

Dua Penceramah asal S.Ambiga dan Hishamuddin Rais tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri mesyuarat penting masing-masing di luar dan dalam negara. Walau bagaimanapun, pengerusi BERSIH 2.0 S. Ambiga telah merakamkan ucapan selamat untuk tayangan majlis ini.

Penceramah pada majlis perlancaran tersebut adalah ahli akedemik politik,Dr. Wong Chin Huat , Yang Dipertua Ikram Kluang,Tuan Haji Sarif Mohyin dan koordinator Persahabatan Semparuthi Negeri Johor, Santa A/P Perumal.

Dr. Wong Cihin Huat adalah ahli Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0. Beliau akan menerangkan secara mendalam kempen propaganda terkini BERSIH 2.0 “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”, dan mejelaskan segala keraguan hadirin terhadap kempen ini. Beliau akan berucap dalam bahasa Mandarin, dan memberi ringkasan isi penting dalam Bahasa Melayu.


Tuan Haji Sarif Mohyin adalah pengerusi IKRAM Daerah Kluang. Beliau telah berkerja kuat dalam memperkembangan ajaran Islam dan kerja-kerja kebajikan di kawasan Kluang. Beliau akan berucap dalam bahasa Melayu. Ringkasan dalam  bahasa Mandarin  dan Tamil disediakan.


Santa A/P Perumal adalah koordinator Persahabatan Semparuthi Negeri Johor. Beliau melibatkan diri dalam kerja-kerja mempertahankan hak pendidikan bahasa ibunda, terutamanya hak pendidikan bahasa Tamil. Kebelakangan ini, beliau juga prihatin dengan dilema dan masa depan kaum India, dan memberi ringkasan isi penting dalam Bahasa Melayu.

Hotel 11@Century telah menyediakan tempat pakir kereta yang mencukupi dengan bayaran RM2 sekali masuk kepada hadirin majlis ini (bayaran biasa RM5 sekali masuk). Sila hubungi Cik Fang Pei Fen (016-7782707) untuk maklumat lanjutan.


0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)