Friday, April 16, 2010

“Forum “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”

Forum “Kes MB Berkembar Perak:
Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”

[Mukadimah]


Selepas badai menuntut perubahan yang dibawa oleh rakyat pada 8 Mac 2008, Pakatan Rakyat berjaya menawan kuasa pemerintahan di 5 negeri. Di negeri Perak, Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri dengan majoriti tipis 3 kerusi. Datuk Seri Mohammad Nizar dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Perak.

Selepas berkuasa selama 11 bulan, 3 ADUN Pakatan Rakyat di Perak iaitu Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu dan Hee Yit Foong berpaling tadah menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional. MB Perak Datuk Seri Nizar telah menghadap baginda Sultan negeri Perak Sultan Azlan Shan memohon baginda memperkenan keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri mengejut. Namun begitu, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan menitahkan Mohammad Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong. Baginda juga mengesahkan BN telah memperoleh majoriti kerusi DUN Perak.

Pengumuman ini dianggap kontroversi kerana di negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan seperti Malaysia, Menteri Besar dilucutkan jawatan atas titah sultan tetapi bukan melalui proses pengundian tidak percaya dalam DUN.

Selepas proses undang-undang yang berlarutan, Mahkamah Persekutuan akhirnya mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Menteri Besar Perak yang sah. Ia diputuskan sebulat suara oleh penal lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sherif. Mahkamah Persekutuan berpendapat:

1. Persoalan sokongan majoriti kepada Menteri Besar boleh ditetapkan melalui kaedah diluar Dewan selain menjalankan proses pengudian tidakpercaya dalam DUN.

2. Sultan mempunyai hak untuk melucutkan jawatan Menteri Besar jika Menteri Besar enggan meletak jawatan.

Sebagai negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan, Yang Di-Pertuan Agong dan Sultan sepatutnya merupakan simbolik perpaduan negara dan bangsa manakala kuasa pentadbiran sebenar ada pada kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata melalui proses demokrasi. Adakah campur tangan Sultan Perak dalam urusan penukaran Menteri besar dan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya dan keputusan mahkamah persekutuan menghalalkan keputusan yang diambil oleh Sultan membayangkan keadaan demokrasi negara kita sedang berundur? Adakah kekuatiran pakar sosiologi, peguam dan pakar undang-undang bahawa negara kita tengah mengalami krisis perlembagaan kerana keputusan Mahkamah Persekutuan telah menyebabkan sistem negara kita telah menuju kepada sistem mornaki mutlak daripada sistem raja berpelembagaan yang diamal sekarang sedang menjadi kenyataan?

Friends of Suaram Johor Bahru memutuskan untuk mangadakan satu forum yang bertajuk “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”. Kami akan megundang 3 Pakar Perundangan dan sosial aktivis untuk memberi pandangan mereka dari sudut perundangan, perlembagaan, politik dan demokrasi.

Berikut merupakan butir-butir tentang forum tersebut:

Tarikh: 15 Mei 2010(Sabtu)
Masa: 8.30pm-11.30pm
Tempat: Tropical Inn hotel

Forum ini terbuka kepada semua rakyat yang ambil berat tentang keadaan politik Negara kita. Tiada sebarang bayaran dikenakan.




FOS (Friends of SUARAM), Johor

16hb April 2010

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)