Kempen Terbaru BERSIH 2.0
Digerakkan di Segenap Pelusuk Negeri Johor
17 November 2011
Kenyataan Akhbar Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor
Setelah melancarkan kempen terbaru “Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13”, Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 berharap NGO-NGO di setiap negeri mengambil inisiatif untuk berhubung dan berkerjasama secara sukarela supaya satu jawatankuasa perhubungan tidak berpartisan (Non-Partisan) peringkat negeri yang mewakili BERSIH dapat dibentuk dengan segera. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan “8 tuntutan semasa reformasi sistem pilihanraya” di bandar-bandar dan desa-desa dalam negeri masing-masing, dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya.
Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (Friends of SUARAM, FOS) Negeri Johor, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) akarumbi yang bergiat aktif dalam memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia di Negeri Johor, sudah pasti menyahut seruan BERSIH 2.0 ini dan mengambil inisiatif untuk merealisasikan satu mesyuarat bersama di antara NGO-NGO dengan individu-individu dan parti-parti politik yang mendokong demokrasi dan hak asasi manusia pada 16hb November 2011 di pusat perhubungan FOS yang bertempat di Taman Skudai Baru. Satu “Jawatankuasa Perhubungan BERSIH 2.0 Negeri Johor” telah ditubuhkan dalam mesuarat ini selepas dipertimbangkan secara menyeluruh. Satu rancangan kerja primitif untuk menggerakkan kempen “Tunaikan 8 tuntutan, Barulah PRU-13” di segenap sudut negeri Johor juga telah ditetapkan dalam mesyuarat ini.
“Jawatankuasa Perhubungan Negeri” yang tidak berpartisan telah ditubuhkan
“Jawatankuasa Perhubungan BERSIH 2.0 Negeri Johor” ditubuhkan mengikut prinsip “Tidak Berpartisan” (Non-Partisan) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0. Matlamat BERSIH 2.0 adalah untuk memperjuangkan “pilihanraya yang bersih dan adil”.
Organisasi dan aktivitinya perlu menekan kepada prinsip “tidak berpartisan”, mungkin berdasarkan sebab-sebab berikut:
1. Pilihanraya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri adalah urusan penting negara yang berkait rapat dengan kepentingan RAKYAT seluruh negara. Sifat Kerajaan Persekutaun dan Kerajaan Negeri ditetapkan oleh sifat wakil dan parti yang dipilih oleh RAKYAT dalam pilihanraya. Kehidupan RAKYAT jelata pula ditentukan dan kawal oleh kerajaan Persekutuan dan Negeri yang dibentuk oleh wakil dan parti yang dipilih ini. Dengan sistem pilihanraya dan “peraturan dan regulasi” yang diwarisi daripada pihak penjajah British, Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) telah memerintah negara kita lebih daripada 50 tahun. Padahal, kekutan perpaduan, hasrat bersama dan tindakan tegas RAKYAT semua bangsa dan semua lapisan yang sepatutnya merupakan daya gerak sebanar dan faktor penentu kepada pilihanraya dan masa depan negara.
2. Semua parti politik di bawah sistem parlimen negara kita merupakan pertubuhan politik yang mewakili kepentingan golongan bangsa, kelas dan kumpulan yang tertentu, yang, ditubuhkan, wujud dan berkembang demi merampas kuasa atau mengukuhkan kuasa pemerintahan. Oleh demikian, setiap parti politik sudah pasti mempunyai semangat partisan dan agenda masing-masing. Konflik yang wujud antara kem Barisan Nasional (BN) yang ingin meneruskan dan mengukuhkan pemerintahannya dengan kem parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat (PR) dan parti pembangkang lain yang ingin merampas kuasa pemerintahan adalah konflik yang bersifat hidup mati; Dalam kem BN, konflik antara parti komponen BN yang ingin meneruskan dan mengukuhkan pemerintahan tidak dapat dielakkan; Dalam kem pembangkang pula, konflik antara 3 parti komponen PR dan antara PR dengan parti-parti pembangkang lain yang ingin merampas kuasa pemerintahan persekutuan dan negeri turut tidak dapat dielakkan. Oleh itu, Untuk memperjuangkan “pilihanraya yang bersih dan adil”, sebarang corak partisan dan agenda persendirian parti-parti politik seharusnya ditolak, manakala kepentingan dan hasrat bersama seluruh RAKYAT harus ditekan. Hanya dengan demikian, sokongan dan kerjasama yang paling meluas dapat diwujudkan.
3. Bersih 2.0 merupakan gabungan yang terdiri daripada NGO-NGO dalam negara kita demi memperjuangkan “pilihanraya yang bersih dan adil”, dan bukan untuk merampas atau memegang kuasa pemerintahan negara. Badan bukan kerajaan (NGO) adalah relatif dengan konsep kerajaan atau badan kerajaan. Sifat dan kedudukan NGO tidak akan berubah tidak kira parti politik mana yang berkuasa, di bawah pemerintahan BN, NGO tetap NGO, di bawah pemerintahan PR atau parti politik lain, pun tetap NGO. NGO akan sentiasa bertindak demi kepentingan rakyat. Pengalaman aksi 709 telah membuktikan bahawa pendirian dan pandangan “bersama rakyat” dan “berkhidmat untuk rakyat” yang jelas dan tegas NGO, bukan sahaja mudah memberi keyakinan dan diterima oleh rakyat semua bangsa semua lapisan, ia juga tidak bermasalah untuk membentuk persefahaman dan toleransi dengan pelbagai parti politik dan pelbagai agama. Hanya dengan bertegas dengan kedudukan bebas dan proaktif NGO, Bersih 2.0 mampu memenangi sokongan dan kepercayaan yang meluas.
Senarai “Jawatankuasa Perhubungan Bersih 2.0 Negeri Johor”
Berikut merupakan senarai nama “Jawatankuasa Perhubungan Bersih 2.0 Negeri Johor” dan nombor telefon setiap ahli jawatankuasa:
· Fang Pei Fen — koordinator Johor BERSIH 2.0 (Tel: 016-7782707)
· Dr.Hj.Ali bin Abd Rahman — IKRAM Johor (Tel: 012-7711740)
· V.P. Mohan — Persahabatan Semparuthi Johor (Tel: 017-7540597)
· Nyam Kee Han —Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor (Tel: 017-7696713)
· Mohd Nasir bin Prayitno — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Johor (Tel: 012-7501750)
· Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru) (Wakil dari pertubuhan akan ditentukan dan dimaklumkan kemudia)
Dari kiri: V.P.Mohan (wakil Persahabatan Semparuthi Johor), Fang Pei Fen (Koordinator BERSIH 2.0 Johor), Nyam Kee Han (wakil Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor), Dr.Hj. Ali bin Abd Rahman (wakil IKRAM Johor) dan Mohd Nasir bin Prayitno (wakil Persatuan Ulama Malaysia Johor)
Jawatankuasa Perhubungan ini bertanggungjawab untuk menggerakkan kempen propaganda “Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13” di negeri Johor. Jawatankusa ini berharap NGO dan demokrat yang patriotik yang prihatin terhadap masa depan negara dalam negeri Johor dan parti politik atau ahli parti politik yang bersetuju dengan tuntutan dan agenda mereformasikan sistem pilihanraya yang digerakkan oleh BERSIH, dapat menggemblengkan tenaga, tanpa mengira bangsa, kelas, parti, agama dan latar belakang budaya, demi memperjuangkan “8 tuntutan semasa” dan matlamat jangka masa panjang untuk merealisasikan reformasi sistem pilihanraya.
Majlis Pelancaran dan Bengkel diadakan pada 3 Disember di Johor Bahru
Demi mempromosikan mesej kempen propaganda terbaru anjuran BERSIH 2.0 ini kepada semua pertubuhan, parti politik dan rakyat pelbagai kaum di Johor secara terus dan berkesan, mesyuarat bersama kali ini memutuskan untuk menganjur Majlis Pelancaran dan Bengkel “Tunaikan 8 tuntutan, Barulah PRU-13” di pusat bandaraya Johor Bahru seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 3 Disember 2011 (Hari Sabtu)
Masa: Bengkel di Bilik Mesyuarat pada 2:00 – 6:00 petang (penyertaan berdaftar sahaja, percuma)
Majlis Pelancaran di Dewan Mesyuarat pada 8:30 – 11:00 malam (kehadiran orang awam dialu-alukan, percuma)
Tempat: Hotel 11@Century (94, Jalan Pelanduk, off Jalan Harimau,Taman Century, Johor Bahru)
Dalam bengkel ini, sesiapa yang ingin melibatkan diri dalam kerja propaganda tersebut di Johor akan diberi kursus dan latihan bagi meningkatkan kemahiran oleh wakil BERSIH 2.0 yang bertanggungjawab dalam kerja propaganda reformasi pilihanraya. BERSIH 2.0 menyerukan NGO-NGO di negeri Johor, terutamanya pertubuhan yang menyertai Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor, menghantar anggota untuk menyertai bengkel ini untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran mereka, supaya dapat memainkan peranan dan pengaruh yang lebih besar. Sesiapa yang berminat, sila hubungi Fang Pei Fen untuk pertanyaan dan mendaftarkan diri (Nombor tel. bimbit: 016-7782707).
Pihak BERSIH 2.0 akan mengaturkan kehadiran Pengerusinya peguam Ambiga Sreenevasan dan dua wakil penting iaitu ahli akademik Dr. Wong Chin Huat dan sosial aktivis Hishamudin Rais untuk menyampaikan ucapan menarik berkaitan kerja propaganda dan menjawab persoalan yang dikemukakan pada malam itu. Ini merupakan harapan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor mahupun NGO-NGO seluruh negeri dan semua individu-individu yang menyokong demokrasi.Majlis juga mengalu-alukan pandangan ringkas dan mengharapkan bertukaran buah fikiran dengan ikhlas berkaitan “8 tuntutan” reformasi pilihanraya dan lain-lain isu mengenai PRU-13 akan datang daripada wakil pertubuhan, parti politik atau mana-mana individu.
Selepas Bengkel dan Majlis Pelancaran tersebut, anggota-anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor masing-masing akan menghubungi NGO-NGO dan parti politik yang bersetuju dengan pandangan dan agenda BERSIH 2.0 di dalam negeri untuk bertukar pendapat dan bekerjasama menghasilkan rancangan-rancangan kerja propaganda yang praktikal dan berkesan dalam masa yang terdekat ini untuk dilaksanakan di kawasan-kawasan tertentu yang sesuai atau kepada golongan masyarakat tertentu yang sesuai. BERSIH 2.0 dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor berharap kempen propaganda “Tunaikan 8 tuntutan, Barulah PRU-13” dapat dilancarkan secara menyeluruh di segenap sudut Negeri Johor.
Kenyataan media kedua ini dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor selepas kenyataan pertama yang bertajuk “ BERSIH 2.0 Melancarkan Kempen Propaganda Terbaru: Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13” pada 4 Dis 2011.
0 comments:
Post a Comment