Friday, November 4, 2011

BERSIH 2.0 Melancarkan Kempen Propaganda Terbaru: “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”

Kenyataan Akhbar Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor
4hb November 2011


BERSIH 2.0 Melancarkan Kempen Propaganda Terbaru:
“Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”

Tujuan utama ‘Perhimpunan dan Perarakan Demokrasi 709’ tahun ini yang dilancar dan dipimpin oleh BERSIH 2.0 adalah untuk menyampaikan hasrat umum rakyat Malaysia secara tegas dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, melalui penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. Namun,  kerajaan BN telah mengabaikan hasrat dan tuntutan rakyat yang munasabah dan sah dari segi undang-undang. Kerajaan BN menggerakkan sejumlah besar pasukan polis untuk melakukan penahanan secara menyeluruh dan mengepung pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan represi yang ganas tersebut akhirnya mencetuskan satu perarakan tunjuk perasaan yang memberangsangkan dimana seramai 50 ribu rakyat semua bangsa semua lapisan turun ke  jalanraya dengan satu tujuan yang sama.

Najib Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen JPKPuntuk Menipu Rakyat

Rancangan penyerahan memorandum "8 tuntutan refomasi sistem pilihanraya" kepada DYMM Yang Dipertuan Agong tidak dapat dilaksanakan kerana represi ganas kerajaan BN yang diketuai oleh Najib. Walau bagaimanapun, pada petang 15 Julai (hari Jumaat), perwakilan BERSIH 2.0 telah hadir ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada DYMM Yang Dipertuan Agong melalui setiausaha sulitnya.  Kini lebih daripada tiga bulan sudah berlalu, tiada balasan langsung yang munasabah daripada YDA dan kerajaan BN. Pelbagai tanda menunjukkan golongan pemerintah BN yang diketuai oleh Najib sedang cuba memperdayakan rakyat, seperti mana yang selalu dilakukan, dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen JPKPyang kononnya berfungsi mereformasikan sistem pilihanraya  demi terus menipu rakyat untuk mengekalkan pemerintahan mereka.

Faktor Dalaman dan Luaran Menyebabkan Golongan Pemerintah Najib yang Gelisah Mahu Pilihanraya diperawalkan

Golongan pemerintah yang diketuai oleh Najib mengambil alih rejim yang dikuasai sejak lebih daripada 50 tahun dahulu yang didominasi oleh UMNO daripada tangan Abdullah Badawi


selepas “ribut reformasi 308” dilancarkan oleh rakyat Malaysia dengan berani pada tahun 2008. Selepas itu, Najib melancarkan beberapa rancangan umpamanya “Transformasi Politik”, “Transformasi Ekonomi”, “Transformasi Sosial” dan sebagainya yang kelihatan hebat sekali di bawah slogan “Satu Malaysia” yang secara khususnya direkacipta oleh kumpulan pemikirnya(think-tank). Namun, dalam sekelip mata, segala rancangan tersebut tinggal janji-janji kosong kepada rakyat yang mustahil direalisasikan oleh Najib dan golongan pemerintahnya kerana dua faktor yang  berikut:

Yang pertama kerana faktor luaran. Dunia kapitalis, terutamanya negara-negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat, pada masa kini, sedang mengalami krisis ekonomi yang ulung kali terjadi. Krisis ekonomi yang mungkin menghancurkan sistem kewangan mereka ini nampaknya terlampau susah untuk dipulihkan. Gelombang krisis kewangan dan ekonomi dunia Barat tersebut pasti akan melanda sistem kewangan dan ekonomi banyak negara di dunia ini termasuk negara kita. Sejak gerakan “Occupy Wall Street” tercetus pada 17 September, rakyat di Negara-negara Eropah Barat turut mengikuti jejak rakyat Amerika Syarikat dengan melancarkan perjuangan “99% lawan 1%”, “Orang Miskin lawan Orang Kaya” yang hampir sama dari segi isi dan bentuk. Pemerintah di Negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat saban hari makin resah. Golongan pemerintah Najib juga pasti dapat memperhatikan ketidakpuasan rakyat negara kita yang semakin meningkat dan perjuangan yang semakin hebat.

Kedua adalah faktor dalaman. Ini merujuk kepada pengaruh politik BN yang seperti kain jadi basahan dan konflik dalaman UMNO yang semakin sengit. Najib mengambil alih kuasa pemerintahan pada ketika BN kehilangan lebih daripada 1/3 kerusi parlimen dan kehilangan pemerintahan di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Rakyat semua bangsa (terutamanya Kaum India) telah menolak Parti Malaysian Indian Congress (MIC) dan ‘pemimpin-pemimpinnya’kerana selama ini sudi menjadi budak suruhan UMNO bagi memerintah dan memperbudak rakyat! Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Malaysian Chinese Association (MCA) dan ‘pemimpin-pemimpinnya’juga ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya Kaum Tiong Hua)! Dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak baru-baru ini turut menyaksikan Sarawak United People's Party (SUPP) dan ‘pemimpin-pemimpinnya’ mengalami nasib buruk ditolak oleh rakyat semua bangsa (terutamanya kaum Tiong Hua) di Negeri Sarawak!

Oleh kerana wilayah pemerintahan telah mengecut dengan mendadak, kuasa dan kedudukan yang dikuasai juga berkurangan dengan mendadak, konflik dan perbalahan antara beberapa puak utama di dalam UMNO sudah pasti menjadi semakin hebat. Silap-silap, Najib mungkin terpaksa berundur tidak lama lagi.  

Walaupun tempoh rasmi pasukan pemerintahan yang diketuai oleh Najib ini masih tinggal lebih daripada setahun, dalam kesukaran luaran dan dalaman yang dihadapi sekarang, Najib ingin mengadakan pilihanraya umum seawal mungkin. Ini adalah harapan  Najib.

8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya BERSIH 2.0 adalah munasabah, rasional dan sah

Kini, Parlimen telah memutuskan untuk menubuhkan “Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen” yang didakwa akan melakukan “reformasi sistem pilihanraya”, Najib pula tidak sabar hendak mengadakan pilihanraya umum ke-13 (kecuali DUN Sarawak). Memandangkan kerajaan BN sengaja mengabaikan “8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya”,  Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0, setelah mengkaji dengan teliti, telah membuat keputusan untuk melancarkan satu lagi kempen propaganda di seluruh negara. BERSIH 2.0 berharap untuk menubuhkan Jawatankuasa yang mewakili BERSIH di setiap negeri, yang bertanggungjawab menggerakan pelbagai bentuk aktiviti propaganda, supaya rakyat semua bangsa semua lapisan dalam negeri boleh memahami dengan jelas perkara-perkara penting  berikut:      

1.      “8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya” yang telah dikemukakan kepada DYMM Yang Dipertuan Agong dan kerajaan BN ialah: (1) Bersihkan Senarai Undi; (2) Mereformasikan Undi Pos; (3) Gunakan Dakwat Kekal; (4) Akses Media Yang Bebas dan Adil; (5) Tempoh Kempen minima 21 hari; (6) Kukuhkan Institusi Awam; (7) Hentikan Rasuah; dan (8) Hentikan Politik Kotor.

2. “8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya” di atas dikemukakan oleh BERSIH 2.0. Ia merupakan satu gabungan yang terdiri daripada 88 buah (62 buah sebelum “709” ,selepas itu telah meningkat kepada 88 setakat ini ) “pertubuhan bukan kerajaan” (Non-Governmental Organisations)  yang sah dari segi undang-undang. Ia mewakili kepentingan dan hasrat rakyat semua bangsa dan semua lapisan, dan bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

3. “8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya” yang dikemukakan selaras dengan prinsip asas "Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat" dan "Perlembagaan Persekutuan". Ia dikemukakan melalui jalan berperlembagaan yang terbuka dan aman. Ia bukan “aktiviti haram” yang dilancar dan dipimpin oleh “pertubuhan haram”. Sebaliknya, ia merupakan tindakan yang munasabah, rasional  dan sah dari segi undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

Jangan ditipu lagi, “Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13”

BERSIH 2.0 berharap NGO-NGO di setiap negeri mengambil inisiatif untuk berhubung dan berkerjasama secara sukarela supaya satu jawatankuasa peringkat negeri yang mewakili BERSIH dan mengamalkan prinsip non-partisan dapat dibentuk dengan segera. Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mempromosikan “8 tuntutan reformasi sistem pilihanraya” di Bandar-bandar dan desa-desa dalam negeri masing-masing, dan menggerakkan kerja-kerja menuntut reformasi sistem pilihanraya.  

Apa yang paling penting ialah mesti menggemblengkan rakyat jelata secara meluas untuk mengingatkan Najib dan kerajaan BN bahawa: Pilihanraya umum ke-13 tidak harus diadakan sebelum “8 Tuntutan reformasi sistem pilihanraya” tercapai. Dalam kata lain, “Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13”adalah pendirian tegas semasa BERSIH 2.0 dan 88 NGO terhadap pilihanraya.      

Rakyat negara kita telah ditipu oleh Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) lebih daripada 50 tahun, kita tidak mahu diperbodohkan lagi! Rakyat negara kita tegas menuntut satu ‘pilihanraya yang bersih dan adil’, supaya rakyat bebas memilih wakil yang benar-benar memelihara kepentingan rakyat dan membentuk kerajaan yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat.   

Pendek kata, “Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13” juga merupakan pendirian tegas semasa rakyat semua bangsa semua lapisan negara kita terhadap pilihanraya.

Ayuh, mari kita menggemblengkan tenaga! Bertindak segera! Ini satu perjuangan yang pantang patah di tengah, demi merealisasikan sasaran semasa ‘pilihanraya yang bersih dan adil’, iaitu “Tunaikan 8 tuntutan, barulah PRU-13”, habis kapak  bergantilah dengan beliung.   

 
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor (Friend Of Suaram Johor) pada 4hb November 2011. FOS Johor merupakan organisasi akarumbi Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) di Negeri Johor. SUARAM merupakan salah satu pertubuhan yang membentuk gabungan BERSIH 2.0.

___________________________________________________________

*Kenyataan berikut dikeluarkan oleh BERSIH 2.0 pada 30hb September 2011. Sila klik sini untuk muat turun.



Kenyataan Media BERSIH 2.0: 30 hb September 2011

BERSIH 2.0: 
“Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”

BERSIH 2.0 melancarkan kempen terbaru kami iaitu “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13”. Kejayaan Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai merupakan petanda dari rakyat Malaysia bahawa reformasi sistem pilihanraya amat penting.

Oleh itu, kempen “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13” diadakan sebagai peringatan kepada kerajaan, terutamanya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), bahawa 8 tuntutan demi pilihanraya bersih dan adil harus dilaksanakan dengan serta-merta sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13).

BERSIH 2.0 akan mengadakan acara yang sama di negeri-negeri lain untuk menyampaikan pesanan “Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13” kepada semua rakyat Malaysia.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) untuk reformasi pilihanraya bakal ditubuhkan di sesi Parlimen yang akan datang. Oleh itu, BERSIH 2.0 ingin menegaskan sekali lagi tempoh masa yang telah kami tetapkan untuk pelaksanaan 8 tuntutan.

Setelah JPKP ditubuhkan, JPKP seharusnya mengeluarkan laporan pertama pada sesi Parlimen yang berikutnya iaitu pada Mac 2012. Laporan pertama harus berdasarkan isu-isu reformasi pilihanraya jangka pendek seperti yang dibangkitkan dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0. Setelah laporan dikeluarkan, SPR harus melaksanakan cadangan-cadangan laporan JPKP tersebut tanpa berlengah-lengah.

Laporan kedua JPKP patut merangkumi isu-isu reformasi pilihanraya jangka panjang dan laporan tersebut seharusnya dikeluarkan sebelum akhir tahun 2012. Cadangan-cadangan laporan tersebut harus dilaksanakan oleh SPR dan agensi-agensi dan kementerian-kementerian kerajaan yang berkaitan.

Adalah penting semua rakyat Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menuntut reformasi pilihanraya dengan menyampaikan tuntutan-tuntutan pilihanraya bersih dan adil kepada pejabat-pejabat SPR negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli-ahli Parlimen. Kami menyeru kepada rakyat Malaysia untuk memberi tekanan kepada mereka untuk memastikan pilihanraya tidak diadakan sehingga 8 tuntutan tersebut dilaksanakan.

Salam BERSIH 2.0!

Jawatankuasa Pepandu
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash,  Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

8 tuntutan segera BERSIH 2.0

1.        Bersihkan senarai undi
2.        Mereformasikan undi pos
3.        Gunakan dakwat kekal
4.        Tempoh kempen minima 21 hari
5.        Akses media yang bebas dan adil
6.        Kukuhkan institusi awam
7.        Hentikan rasuah
8.        Hentikan politik kotor



0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)