Friday, September 20, 2013

Forum sempena Ulang tahun ke-12 Sahabat Rakyat Working Committee: Wong Tack, Hew Kuan Yau, Low Sik Thong dan lain-lain Dijemput Berucap 【Kemaskini pada 25 September】

Forum sempena Ulang tahun ke-12
Sahabat Rakyat Working Committee
Wong Tack, Hew Kuan Yau, Low Sik Thong
dan lain-lain Dijemput Berucap

Kenyataan akhbar Sahabat Rakyat Working Committee bertarikh 20hb September 2013
【Kemaskini pada 25 September】Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) menerima jemputan dan melantik Naib Pengerusi En. Zaid Kamaruddin sebagai wakil dalam Forum



Sahabat Rakyat Working Committee, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berasal dari Negeri Johor dibawah naungan "Suara Rakyat Malaysia" yang kini beroperasi secara bebas sejak Januari 2013 akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun ke-12 pada 20hb Oktober 2013 (Ahad), 2.30-7.00 petang, di Restoran Cathay Kulai, Johor. Majlis mengandungi dua bahagian iaitu dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang diadakan Forum, dan pukul 5.30 hingga 7.00 petang merupakan jamuan makan. Para hadirin digesa lapor diri mulai pukul 2.00 petang supaya forum akan dimulakan tepat pukul 2.30 petang dan ada masa yang secukupnya untuk sesi soal jawab.

Dalam usaha untuk mengkaji secara mendalam:

(a) Bagaimana pertubuhan-pertubuhan masyarakat memainkan peranan sentiasa mendampingi rakyat;
(b) Pada peringkat ini, bagaimanakah pertubuhan-pertubuhan masyarakat melayan dan menguasai perjuangan berparlimen (termasuk perjuangan di dalam dan di luar Parlimen);
(c) Tugas semasa pergerakan demokrasi dan hak asasi manusia negara kita,

kami telah mencadangkan tema "Pertubuhan Masyarakat • Perjuangan Berparlimen • Demokrasi dan Hak Asasi Manusia" sebagai tema forum dan jamuan makan ini.

Rakan-rakan dan parti-parti demokratik seluruh Negara, kami berharap malalui forum ini, kita semua dapat mengkaji persoalan bagaimanakah pertubuhan-pertubuhan masyarakat dapat menggerakkan perjuangan demokratik dan hak asasi manusia negera kita ke arah yang betul dengan efektif; dan, program untuk melemahkan asas pemerintahan hegemoni UMNO dan sekaligus mengebumikan pemerintah hegemoni UMNO dan sistem perkauman.

Oleh itu, kami telah mengundang Wong Tack (pengerusi Himpunan Hijau), Dr. Hew Kuan Yau (intelektual dan aktivis politik), Low Sik Thong (pemimpin pertubuhan Tiong Hua), wakil daripada pertubuhan agama dan wakil daripada Gabungan Bertindak Malaysia sebagai panelis untuk berkongsi pandangan masing-masing dengan parti politik dan pertubuhan masyarakat serta rakyat jelata seluruh negara berdasarkan tema "Pertubuhan masyarakat•Perjuangan berparlimen•Demokrasi dan hak asasi manusia".

Kami menjemput penceramah-penceramah atas sebab seperti berikut:

1. Pengerusi Himpunan Hijau, sdr. Wong Tack merupakan antara pemimpin yang cemerlang dan penting kebelakangan ini dalam perjuangan menjaga alam sekitar dan mempertahankan hak asasi serta demokrasi yang dilancarkan oleh pertubuhan-pertubuhan masyarakat.

Beliau berjaya mengambil peluang untuk berganding bahu dengan BERSIH 2.0 yang dipimpini Ambiga, sama-sama menganjurkan dan memimpin perhimpunan “Duduk Bantah 428”, yang merupakan perhimpunan terbesar dalam sejarah perjuangan rakyat Malaysia (dianggar sebanyak 200 ribu rakyat telah menyertai perhimpunan tersebut). Aksi ini menjadi satu babak penting dan membentuk model terserlah yang melihatkan usaha sama pertubuhan-pertubuhan masyarakat negara kita memberi tamparan kuat kepada kepimpinan hegemoni UMNO.

Selain itu, sebagai wakil daripada pertubuhan masyarakat (NGO), Wong Tack bertindak tegas untuk bertanding di kawasan parlimen Bentong atas tiket DAP dan bertekad untuk membawa isu anti-Lynas dan suara rakyat membantah ancaman alam sekitar ke dalam parlimen. Walaupun beliau kalah dalam pilihan raya itu, beliau telah membentuk imej bebas dan berotonomi yang amat jelas dalam perihal pertubuhan masyarakat aktif berpolitik.

2. Dr. Hew Kuan Yau telah lama mengkaji teori dan amalan sosialisme demokratik dan mempunyai pandangan tersendiri terhadap gerakan haluan kiri dan gerakan politik negara kita. Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan penting dalam DAP seperti setiausaha agong pemuda sosialis DAP (DAPSY), pengarah biro pendidikan politik nasional dan ketua editor akhbar rasmi parti ‘The Rocket’ (edisi Mandarin) sebelum melanjutkan pengajian PhDnya di luar Negara.

Beliau bertungkus lumus berceramah di seluruh negara sepanjang PRU ke-13, untuk menjalankan pendidikan politik massa. Ceramah beliau amat disukai ramai kerana isinya mendalam tetapi mudah difahami, bahasanya hidup dan ceria, ungkapannya berjenaka dan menarik.

Selepas PRU ke-13, beliau pernah menyatakan bahawa pemimpin-pemimpin parti-parti politik maju haruslah menggenggam peluang bersejarah, menggemblengkan massa secara proaktif, untuk menentang pemerintahan hegemoni UMNO dengan mengambil garis juang penyatuan perjuangan dalam parlimen dan perjuangan massa di luar parlimen.

3. Sdr. Low Sik Thong merupakan pemimpin kanan pertubuhan Tiong Hua di negara kita. Beliau merupakan bekas pengerusi Persatuan Alumni Universiti Nanyang Malaysia, Ketua hal ehwal umum UCSCAM, timbalan presiden Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor, pengarah Dong Jiao Zong Higher Learning Centre Bhd (“DJZHLC”). Selain itu, beliau juga pernah memimpin gerakan “Joint Declaration by the Chinese Guilds and Associations of Malaysia” dan jawatankuasa hak sivil.

Beliau kini sedang menyandang jawatan timbalan pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dan Ketua hal ehwal umum Merdeka University Berhad.

Beliau merupakan pelopor dan pengamal gagasan "memperkukuhkan parti-parti politik pembangkang untuk merealisasikan sistem dua barisan" yang selama ini berpegang teguh kepada kedudukan bebas dan berotonomi pertubuhan Tiong Hua.

Walaupun merupakan seorang peguam kanan, beliau berani menyingkirkan kongkongan fahaman legalisme dalam menyelidik persoalan hak asasi dan demokrasi negara kita. Kami berharap beliau dapat mengemukakan pandangan tersendiri yang bernas terhadap tema utama berdasarkan pengamalannya di pertubuhan Tiong Hua yang akan dirujuk oleh pelbagai pertubuhan masyarakat, parti politik dan individu demokratik.

4. Kami turut menjemput seorang pemimpin agama yang bergiat aktif di bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Imej mendalam beliau di kalangan khalayak orang ramai adalah, dengan berasaskan pendirian agama menuntut kesaksamaan dan kebenaran, beliau berani mengkritik amalan korupsi dan penyalahgunaan kuasa kerajaan BN. Beliau bukan sahaja mengambil berat tentang masalah penindasan penganut bukan Islam, malah turut prihatin atas pelbagai masalah sosial.

Kami berharap beliau dapat memberi pandangan bernas dari sudut pertubuhan agama dan kepercayaan. Kami juga berharap bahawa forum ini dan pandangan beliau akan merangsang pertubuhan agama lain dan pemimpin mereka untuk berkongsi pendapat mereka terhadap tajuk perbincangan forum ini. Kami turut berharap dapat menjalinkan hubungan dengan pemimpin-pemimpin dan pertubuhan-pertubuhan pelbagai agama.

Sahabat Rakyat Working Committee amat bersyukur dan menghargai keputusan Sdr. Low Sik Thong, Dr. Hew Kuan Yau dan sdr Wong Tack untuk menerima jemputan sebagai panelis. Pemimpin pertubuhan agama yang kami jemput pula tidak dapat hadir kerana telah dijadualkan untuk menghadiri aktiviti di gereja. Namun begitu, kami masih berusaha untuk menjemput beliau menulis sebuah makalah khas untuk forum ini.

Selain itu, ekoran daripada saranan seorang cendekiawan yang mendapat penghormatan meluas di kalangan pertubuhan masyarakat bahawa forum kali ini harus merangkumi pandangan daripada wakil bangsa Melayu atau bangsa India, kami telah menjemput Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) untuk melantik seorang wakil GBM samaada berbangsa Melayu atau berbangsa India untuk hadir dan turut berucap dalam forum ini. 【Kemaskini pada 25 September】Kami amat berbesar hati kerana GBM telah menerima jemputan kami. Forum ini pasti akan lebih gemilang dengan kehadiran naib pengerusi GBM En Zaid Kamaruddin selaku wakil GBM.

Kami berharap semua pemimpin dan aktivis pertubuhan masyarakat dalam Negeri Johor yang aktif dalam pergerakan hak asasi dan demokrasi dapat menghargai peluang keemasan ini untuk turut hadir bersama, bersemuka dan berbincang.

Demi meningkatkan keberkesanan dan meluaskan pengaruh forum kali ini, dan mengalakkan para panelis mengemukakan pandangan mereka secara menyeluruh, Sahabat Rakyat telah meminta para panelis untuk menghantar kertas pembentangan kepada kami sebelum forum, untuk dicetak dan diedarkan kepada para hadirin forum ini.

Selain itu, kami juga akan menghantar makalah-makalah ini kepada media massa, pertubuhan-pertubuhan masyarakat dan parti-parti politik dalam negara, disamping dimuat-naik ke laman blog kami (suaramjb1.blogspot.com) pada hari forum ini dianjurkan.

Program ulang tahun ini menyediakan 300 kupon untuk semua yang berminat untuk menyertai program ini. Harga satu kupon adalah RM40, manakala meja VIP (10 seat) ialah RM800. Sesiapa yang berminat, sila hubungi 016-7782707 atau emel ke suaramjb1@gmail.com atau tinggalkan mesej di facebook kami (https://www.facebook.com/sahabat.rakyat.malaysia).

Anda juga boleh membaca kenyataan ini dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Pautan lain:
Forum "Pertubuhan masyarakat • Perjuangan berparlimen • Demokrasi dan hak asasi manusia"


0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)