Friday, July 20, 2007

Tubuhkan IPCMC Segera Untuk Menangani Masalah Keselamatan Sosial Yang Semakin Teruk

Kenyataan SUARAM JB pada 10 Julai 2007

Suaram JB amat mengalu-alukan penubuhan “Parliamentary Caucus on Human Right and Good Governance” dan telah mengadakan “Pendengaran Awam Memerangi Peningkatan Kadar Jenayah” pada 8hb Julai 2007, pukul 2 petang di Hotel Tropikal Inn Johor Bahru. Tujuan adalah untuk mendengar suara rakyat terhadap kerisauan masalah jenayah yang semakin meningkat di negeri Johor.

Suaram telah mengambil kesempatan ini dengan menghantarkan dua laporan kepada YB Dato’ Seri Mohamed Nazri dan Parti Pembangkang DAP Lim Kit Siang. Laporan itu mengandungi tiga perkara iaitu Penyataan Suaram JB (dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Cina), Statistik Jenayah yang berlaku pada bulan Jannuari hingga April 2007, dan Lampiran keratan akhbar (suratkahbar Cina dan Utusan Melayu) .

Suaram berharap YB Dato’Seri Mohamed Nazri dan Lim Kit Siang akan berbincang di Parliment dan mencari jalan penyelesaian dengan secepat mungkin untuk memulihkan satu kehidupan yang aman dan selamat kepada rakyat Johor.

Suaram berasa kecewa terhadap kegagalan pihak polis dan kerajaan menanganani masalah keselamatan yang semakin serious dan membaik-pulihkan keamanan Negara kita khasnya di Bandaraya Johor Bahru.

Ekoran keamanan Johor Bahru yang semakin teruk kebelakangan ini, pihak polis telah mengarah seramai 400 polis ke Johor Bahru untuk membuat rondaan, mengemukakan tarian 24 jam untuk membuat laporan polis serta nombor telefon peribadi Ketua Polis Johor Dato’ Hussin dan OCPD ACP Safie bin Ismail. Ini menunjukkan pihak polis sedang cuba untuk menangani masalah keselamatan sosial yang semakin teruk.

Menurut stastistik Pejabat Perdana Menteri, rondaan yang ketat telah menyebabkan tempat-tempat yang sering mengalami keselamatan sosial telah menurun peratusnya kepada 5% atau 10%. Namun kes-kes seperti membunuh, merogol dan meragut masih meningkat.

Keselamatan sosial bukan lagi masalah yang baru dari pandangan penduduk. Kecekapan yang kurang untuk menyelesaikan masalah ini telah menyebabkan penduduk tidak lagi mempercayai keupayaan polis dalam menjaga keamanan penduduk. Penduduk mula menggunakan cara sendiri untuk menangani masalah keselamatan mereka sendiri.

Contohnya kes seorang perempuan yang hampir dirogol di Taman Perling memberitahu teman lelaki beliau, dan menyebabkan teman lelakinya bergaduh dengan lelaki suspek itu. Akhirnya teman lelakinya telah dijatuh hukuman oleh mahkamah majistret dan dijamin keluar oleh keluarganya sebanyak RM3000.

Kebelakangan ini, kehidupan harian penduduk Johor, khasnya Johor Bahru diancam oleh jenayah-jenayah seperti samun, rompak dan ragut. Ada yang hilang orang kesayangan kerana kes-kes yang kejam ini. Kerajaan cuba menafikan JB adalah sebuah bandar yang penuh dengan jenayah, tapi hakikat ini tidak dapat dinafikan.

Persekitaran hidup yang selamat dan bebas daripada ancaman adalah hak asasi manusia bagi setiap orang. Kadar jenayah yang semakin tinggi dan kenaikan kes-kes serious yang membabitkan pembunuhan kejam, telah memberi tamparan yang kuat kepada usaha pertubuhan masyarakat sivil meningkatkan keadaan hak asasi negara kita. Hak keselamatan nyawa dan harta, hak untuk bebas beriadah dan hak bebas dari ancaman jenayah tidak terjaga kerana kegagalan pihak kerajaan menyelesaikan masalah peningkatan jenayah.

Justeru itu, SUARAM sebagai pertubuhan hak asasi manusia melihat adalah tanggungjawab pihak polis dan kerajaan untuk memastikan keadaan keselamatan sosial dan keamanan masyarakat dapat ditingkatkan dalam masa tersingkat ini.

Penangguhan dalam penubuhan IPCMC yang dijanjikan oleh PM Abdullah Ahmad Badawi adalah ancaman kepada hasrat kerajaan untuk meningkatkan imej dan mutu perkhimatan pihak polis. Hanya dengan adanya suatu badan yang dapat mengawasi perlaksanaan tugas pihak polis seperti IPCMC yang terbuka kepada masyarakat, dapat menjaminkan terlaksananya tanggungjawab asas pihak polis.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)