Kepada
1) Ketua Polis Johor
Ibu Pejabat Polis Kontigen Johor
Jalan Tebrau,
80990 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2254422
Fax: 07-2240115
Tuan,
PENJELASAN:
Tiga orang tahan dibawah ISA masih belum mendapat penjelasan
Saya merujuk kepada penjelasan dari IPK melalui surat rujukan 35/26 bertarikh 11 September 2007, 2 orang dibawah tahanan Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 29 Ogos 2007 seperti yang tersiar dalam Metro Setempat bertarikh 30 Ogos 2007 telah dibebaskan pada 3 September 2007. Mereka masing-masing ialah Saudara Kamarul Fahmi Bin Yassin dan Nasib Bin Abdullah.
Untuk pengetahuan Tuan, tiga lagi orang yang ditahan dibawah Akta ISA Sek 28 masih tidak mendapat penjelasan dari IPK. Mereka masing-masing seperti yang disiarkan dalam The Star bertarikh 31 Ogos 2007 dan Utusan Malaysia bertarih 2 September 2007 (keratan akhbar disertakan bersama surat ini).
Mereka dipercayai disyaki kesalahan membuat penyebaran SMS fitnah dan laporan-laporan palsu yang boleh menimbulkan kecemasan awam.
Kami memandang amat serius keatas kes penangkapan dibawah ISA adalah zalim dan kejam. Ini kerana semua orang perlu ditahan dengan mempunyai bukti dan fakta yang cukup dan tepat sebelum seseorang itu boleh ditahan.
ISA merupakan sebuah akta yang menafikan kebebasan sseorang individu untuk melalui proses perbicaraan dan membela diri. Ia sememangnya kontradik dengan Artikel 5, Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Segajat.
Oleh yang demikian pihak SUARAM Cawangan Johor ingin memperolehi maklumat-maklumat lanjut berkaitan perkara ini untuk tindakan lanjut, antaranya ialah:
a) Maklumat peribadi dan butir-butir orang kena tahan dibawah ISA.
b) Tempat yang jelas di mana mereka kena tahan.
c) Adakah mereka telah mendapat Peguambela dan telah menghubungi keluarga masing-masing.
d) Adakah sebarang penyiasatan (inquest) dijalankan mengenai perkara ini dan perkembangan terkini penyiasatan.
Kami berharap pihak Tuan dapat memberikan maklumat-maklumat yang diingin dalam masa dua minggu untuk membolehkan kami menyiasat kes ini. Kerjasama pihak Tuan adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK HAK ASASI MANUSIA
Yang Benar,
Nyam Kee Han
Coordinator,
Suara Rakyat
s.k :
-Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Prime Minister and
Minister of Internal Security
- Tan Sri Musa Bin Dato’ Hj. Hassan, Ketua Polis Negara, Bukit Aman
- Tan Sri Abdul Ghani bin Patail, Peguam Negara, Jabatan Peguam Negara
- Tan Sri Abu Talib, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
- Majlis Peguam
- HAKAM
- SUARAM
0 comments:
Post a Comment