Teks Ucapan Pengerusi Majlis
BERSATULAH PEKERJA,
MENUNTUT MASA DEPAN YANG CERAH!
Salam sejahtera saudara-saudari pekerja semua!
Saya mewakili Persahabatan Semparuthi, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Negeri Johor, Pusat Pembangunan Kebudayaan Ling Lian Geok (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru) dan Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Negeri Johor mengalu-alukan kehadiran semua hadirin ke majlis sambutan Hari Pekerja Sedunia Mei 1 yang bertema “Pekerja Berbilang Kaum Seluruh Negara, Bersatu Dari Perpecahan”. Sudah pasti hadirin semua telah perasan himpunan kita pada hari ini telah dihadiri oleh ramai saudara-saudari pekerja kaum India dan kaum Tiong Hua. Ini adalah suatu keadaan yang amat menggalakan pekerja dan demokrat berbilang kaum di seluruh negara. Oleh kerana itu, perhimpunan hari ini mambawa makna yang cukup istimewa.
Badan yang initiate telah menghantar surat kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain di Negeri Johor, termasuk 3 pertubuhan yang dibentuk dan dipimpin oleh bekas pejuang dan ahli parti politik yang suatu ketika dahulu pernah berjuang habis-habisan demi gerakan demokratik nasional, untuk menjemput mereka terut terlibat dalam penganjuran bersama kali ini. Semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh saudara-saudari pekerja kaum India dan Tiong Hua hari ini menyebabkan kita semua terasa amat kecewa dan kesal sebab hasrat murni tersebut tidak tercapai.
Sejak kemerdekaan Malaya dan kemudiannya pembentukan Malaysia, pekerja berbilang kaum negara kita telah memberikan sumbangan yang tidak terhapus kepada pembangunan ekonomi negara dan peekembangan social, serta mencipta kekayaan yang tak terkira untuk negara kita. Tetapi, dibawah pemerintahan regim berkuasa (Parti Perikatan dan Parti Bariasan Nasional), keadaan kehidupan melarat rakyat jelata berbilang kaum, terutamanya lapisan pekerja yang paling tertindas tidak banyak diperbaiki. Terutamanya selepas kejadian 13 Mei, melalui “Dasar Ekonomi Baru”, kerajaan telah mengalihkan kekayaan negara ke tangan segelintir kecil orang yang ditetapkan oleh kumpulan berkuasa. Ini bukan sahaja menyebabkan jurang kekayaan semakin besar dan kehidupan orang miskin semakin susah, malah telah menyebabkan penindasan kaum yang semakin hebat dan berleluasa, keaadaan kaum yang ditindas menjadi semakin sengsara.
Melalui usaha dan tuntutan berterusan pejuang-pejuang gerakan buruh dan gerakan sosial (pada masa itu majoritinya terdiri daripda kaum Tiong Hua) dari tahun 50-an hingga 70-an, kerajaan Barisan Nasional akhirnya terpaksa mengiktiraf hari maha besar Mei Satu sebagai Hari Pekerja negara kita pada tahun 1972 dan hanya diwartakan sebagai ‘cuti umum wajib’ pada tahun 1979. Tetapi pemerintah cuba sedaya-upaya untuk mengelirukan golongan pekerja supaya mereka salah menganggap bahawa Hari Pekerja Sedunia sekadar hari cuti untuk beristirehat atau bersuka ria sahaja. Meraka tidak mahu saudara-saudari pekerja semua mengenali dan memahami semangat perpaduan dan semangat perjuangan kelas pekerja untuk hak dan kepentingan pekerja yang dilambangkan oleh Hari Mei Satu ini.
Dengan pengaruh faktor-faktor sejarah dan perubahan kedudukan ekonomi, kaum India di negara kita sudah menjadi golongan masyarakat yang paling tertindas dan paling teraniaya diantara 3 kaum utama di negara kita. Sebahagian daripada golongan pekerja berkaum India telah bangkit untuk melancarkan perjuangan hak dan kebajikan besar-besaran seperti perjuangan oleh HINDRAF selepas dididik oleh kehidupan yang kejam. Sebahagian intelektual progresif yang membangkit dan dididik dalam perjuangan pekerja ladang telah menggantikan pemimpin kaum Tiong Hua untuk menjadi perancang, pemimpin dan organiser utama sambutan Hari Mei Satu besar-besaran setiap tahun dan meraikan Hari Pekerja setiap tahun sejak tahun 1994. Mereka dengan amat berani membawa dan memimpin massa untuk menjalankan perhimpunan dan perarakan, dan mengemukakan tuntutan kelas pekerja yang jelas merupakan bukti yang jelas sekali bahawa kaum India di negara kita semakin sedar dan membangkit.
Kehidupan sengsara yang melanda pekerja negara kita adalah berpunca daripda dasar represi dan penindasan kejam oleh kumpulan pemerintah, berkurangnya kekuatan pekerja yang berorganisasi (dalam kesatuan sekerja) dan keadaan gerakan buruh yang lemah. Pekerja dari semua sektor semua kaum seluruh negara harus meningkatkan pemahaman, menghilangkan perbezaan, menentang perpecahan, menguatkan sekutuan, menghilangkan ilusi, dan tegas berjuang untuk mengubah nasib sendiri.
Pekerja dari semua kaum harus membentuk kesatuan kerja sendiri untuk berjuang dengan majikan yang kejam dan degil, berjuang dengan kesatuan sekerja kuning yang bertujuan memecah-belahkan persekutuan pekerja dan melumpuhkan fikiran pekerja, berjuang dengan dasar memecahkan perpaduan kaum dan dasar asimilasi kaum oleh pemerintah, berjuang dengan dasar represi keras dan amnesti supaya dapat melahirkan barisan pekerja yang dilengkapkan dengan semangat tradisi perpaduan dan perjaungan Mei Satu agar menyumbang kepada perkembangan gerakan buruh tanah air. Inilah pertimbangan utama tema himpunan hari ini yang berbunyi “Pekerja Berbilang Kaum Seluruh Negara, Bersatu Dari Perpecahan” ini digunakan.
Penganjur telah menyediakan satu ceramah bertajuk ” Delima dan Kebangkitan Kaum India Malaysia” khas untuk program hari ini. Penganjur telah menjemput peguam berpengalaman En Yang Pei Keng dan aktivis sosial muda masyarakat India En Yuvarajan untuk berkongsi pandangan mereka, masing-masing dengan Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, berdasarkan tajuk ceramah. Penganjur berharap melalui program ini, orang ramai dapat memahami delima dan jalan keluar golongan pekerja negara kita, terutamanya pekerja kaum India, seterusnya membincang tentang masa depan dan matlamat gerakan pekerja negara kita.
Penganjur juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penyair muda Melayu Amni Jagat, yang telah menulis sebuah sajak khusus untuk program hari ini. Beliau akan mendeklamasikan sajak ini kepada kami nanti. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan anak muda kaum India, yang akan membawa satu sketsa bertajuk “Perjuangan Pekerja Ladang. Menuntut hak kehidupan”. Kita berasa gembira kerana anak-anak muda pelbagai kaum telah mula prihatin tentang kehidupan bekerja negara kita, dan telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti golongan pekerja, ini membawa makna yang cukup penting bagi kita semua.
Kami berharap program kali ini boleh menjadi perangsang untuk menggalakkan pelbagai pertubuhan dan individu progresif supaya lebih prihatin dan mengambil tahu tentang kesengsaraan hidup dan masa depan pekerja berbilang kaum, menyokong perjaungan memperbaiki kehidupan dan menuntut hak golongan pekerja, bahkan melibatkan diri dalam perjuangan menuntut demokrasi rakyat pelbagai kaum di negara kita.
0 comments:
Post a Comment