Laporan Terhadap DSP Manan Kerana Merampas Risalah-risalah
Pada 23 Januari 2008, lebih kurang pukul 9.40pagi, saya yang bernama Nyam Kee Han (830514-11-5685) bersama 2 orang kawan yang bernama Ngo Jian Yee dan Kuah Peik Khee berada di Jalan Mempelam yang bersebelahan dengan Kuil Muniswaran. Kami berada di bawah kemah no B16 yang dibina oleh pihak Kuil semperna perayaan hari Thaipusam.
Tiba-tiba seorang pegawai polis yang berunifom membawa sekumpulan polis yang kebanyakannya tidak berunifom datang mendekati kami. Polis meminta kami menyerahkan kad pengenalan, maka kami bertiga pun menyerahkanlah kepada meraka. Pada masa ini, seorang polis yang tidak memakai unifom merampas helaian kertas di dalam tangan saya. Polis juga mengarahkan seorang kawan saya See Siew Min yang baru sampai ke situ, yang tidak tahu apa yang sedang berlaku di situ menyerahkan kad penenalan dia.
Selepas itu kami berempat dibawa ke van polis yang terletak di depan pintu pagar Hypermarket Giant dan diarahkan oleh ASP Wong untuk masuk ke dalam van polis tersebut. Selepas itu, seorang pegawai polis yang memakai kemeja ‘T’ berwarna merah datang memeriksa beg-beg kami. Selepas 20minit kami menunggu di atas van, DSP Manan pun datang dan menyoal kami. Kami memberitahu DSP Manan keadaan sebenar yang berlaku tadi. Kami memberitahu yang kami sedang berada di bawah khemah dan melipat risalah-risalah kami. Kami tidak membuat apa-apa perkara selain melipat risalah tersebut. Kami juga memberitahu DSP Manan bahawa kami berjanji akan beredar dari tempat itu segera.
Sejurus selepas itu, Assistant Komisioner Ruslan pula datang bercakap dengan kami. Kami memberitahu dia bahawa kami telah memberitahu perkara sebenar kepada DSP Manan. Selepas berbincang seketika dalam telefon bimbit, DSP Manan datang semula kepada kami dan menyatakan akan melepaskan kami. Tetapi dia hendak merampas segala risalah kami yang disimpan dalam 1 kotak berwarna hijau. Terdapat 4 jenis risalah berbahasa
Saya berkata, jika hendak menyiasat, polis boleh mengambil 20 helai setiap risalah itu kerana semuanya sama sahaja. DSP Manan pula bertegas untuk merampas keseluruhan risalah itu. Saya terus meminta dia mengeluarkan ‘search list’ kepada saya jika hendak menyiasat risalah-risalah itu. DSP Manan pula berkata dia sedang menolong kami, kalau nak ikut prosedur, dia akan menahan kami ke balai polis boleh memberi ‘search list’.
Saya membuat laporan terhadap DSP Manan kerana bertindak tidak professional dan mengabaikan prosedur semasa bertugas serta merampas benda saya. Dia telah mengakui bahawa dia tidak bertindak mengikut prosedur dihadapan saya, 3 orang kawan saya dan ASP Wong, ASP Wee dan Seorang pegawai tidak berunifom yang mendakwa dia ialah CID bernama Saifu. Dia juga mengugut akan tangkap kami jika kami terus meminta ‘search list’.
Saya meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai polis yang tidak mengikut prosedur semasa menjalankan tugas. Saya juga minta pihak polis memulangkan barang saya dengan segera. Saya menyeru pihak polis mengagihkan tenaga kerja polis untuk membanteras kes-kes jenayah yang berleluasa di Negeri Johor dan tidak untuk menindas kebebasan bersuara rakyat yang cintai keamanan.
0 comments:
Post a Comment