Friday, November 2, 2007

Kenyataan Akhbar Bersama:Kembali kepada Bahasa Ibunda!


Salam Sejahtera!

Pada 28th Oktober 2007 yang lepas, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa UPSR pada tahun 2008 akan diteruskan dalam bentuk dwibahasa iaitu Bahasa Ingeris dan Bahasa Cina untuk peperiksaan subjek Matematik dan Sains. Beliau bercakap dalam satu Persembahan Kebudayaan 50 Tahun Malaysiaku Gemilang yang dianjurkan oleh MCA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Setelah lima tahun rakyat menunggu dengan penuh kerisauan, akhirnya Pak Lah mengumumkan bahawa buat masa ini belum masanya lagi untuk Bahasa Inggeris digunakan sebagai satu-satunya bahasa pengantar. Sehari selepas itu, Menteri Pelajaran iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memutuskan bahawa peperiksaan subjek Matematik dan Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diteruskan dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi sekolah kebangsaan sementara kajian menyeluruh mengenainya dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.


Apakah soal pelajaran yang melibatkan kepentingan rakyat di seluruh negara bagaikan alat permainan bagi seseorang ahli politik? Sasaran awal polisi ini adalah untuk dilaksanakan selama lima tahun, akan tetapi selepas berakhir tempoh itu, ianya dikatakan pula sebagai masih tidak sesuai? Jadi, adakah anak-anak kita terpaksa menyiksa diri mereka selama lima tahun yang akan datang?

Kami percaya bahawa selama lima tahun ini, pelbagai bantahan telah diadakan oleh segenap ibubapa, persatuan-persatuan, parti pembangkang dan badan NGOs. Inilah kuasa dan suara kuat kita sehingga memaksakan pihak kerajaan terpaksa meneruskan dwibahasa di sekolah kebangsaan.

Walau bagaimanapun, itu bukanlah satu-satunya cara penyelesaian yang ada. Jika dikatakan polisi ini tidak sesuai, pihak kerajaan sepatutnya membatalkan sahaja polisi ini dengan segera. Kembalikan bahasa ibunda kepada semua sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Ini satu-satunya jalan untuk menyelamatkan anak-anak kita dan juga cara penyelesaikan kepada masalah pelajaran.

Dengan itu, kami dari badan-badan NGO dan parti politik telah mengariskan tiga permintaan penting agar pihak berkuasa dan orang awam dapat memberikan perhatian. Kami menggesa agar:

1) Pihak berkuasa membatalkan sahaja polisi ini,

2) Mengembalikan bahasa Ibunda sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil, dan

3) Kami menyeru kepada semua warganegara yang prihatin terhadap masalah pelajaran supaya terus berjuang dan saling berganding bahu untuk menolak polisi yang bakal merugikan masa depan anak-anak kita.

Semoga tindakan dan perancangan yang kita laksanakan pada hari ini bakal mencorakkan masa depan yang gemilang untuk anak bangsa kita. Bersama kita doakan.

Badan-badan NGO, parti dan pertubuhan seperti berikut:

1) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) cawangan Johor Bahru :

Nyam Kee Han, h/p: 016-7782707

2) Persahabatan Semparuthi Johor Bahru :

Mohan, h/p no: 017-7540597

3) Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) :

Nazman, h/p: 013-7207883

4) Parti Keadilan Johor, Bahagian Senai :

Liew Shin Kheong, h/p: 019-7553486

5) Yayasan Amal (Johor) :

Ismail Ali, h/p: 019-75533161


0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)