Friday, June 13, 2008

Siasatan Pertama: Kematian dalam lokap balai polis Segamat- Goh Yam Peaw

Siasatan terbuka telah diadakan pada 10 Jun 2008 bermula pada pukul 12:00pm hingga 2:00pm dimana 5 orang saksi dari pihak pegawai polis balai polis segamat hadir pada hari itu. Saksi-saksi termasuk penjaga lokap, pegawai yang bertugas, dan jurugambar mayat.

Antara yang hadir pada siasatan terbuka iaitu penolong pendakwa raya Nor Adurawati Binti Moktar, Peguam Firdaus wakil keluarga si-mati, Peguam Visvanathan hadir sebagai “watching brief” (wakil Johor Bar Council – Human Rights Committee), dan majistret Tuan Faizal @ Amrin Bin Noor Hadi

Penyiasatan pada hari ini adalah berkenaan kematian si-mati. Antaranya termasuk kejatuhan simati semasa dalam lokap dan perjalananan simati semasa dibawa keluar dari Lokap Segamat ke Hospital Segamat.

Dibawa merupakan catatan-catatan dari Nyam kee han (koordinator suaram caw. JB ) ketika menghadir mendengar penyiasatan kes ini.

Saksi pertama:

Lans Koperal Ibrahim

- 45 tahun, yang bertugas pada 20 Jan jam pukul 12am – 4am sebagai penjaga lokap

- Dia menyatakan bahawa terdapat dua lagi anggota yang bertugas sebagai penjaga lokap ketika itu iaitu koperal Alias dan konstable Fadli. Konstable Fadli bertugas pada masa kejadian, tetapi beliau tidak dapat hadir untuk pengecaman di mahkamah kerana tidak sihat dan berada dalam wad.

- Dia telah melapor kepada koperal Alias bahawa simati sakit dan perlu keluar untuk mendapatkan perubatan.

- Saksi menyatakan simati adalah sihat.

- Dalam sel itu terdapat sejumlah 9 OKT termasuk si-mati

- Simati telah terjatuh setelah balik dari tandas pada kali pertama simati ke tandas. Simati tidak terjatuh 2 kali.

Firdaus bertanya soalan kepada Ibrahim

- Berapakah saiz sel? Ibrahim jawap lebih kurang 5 x 5 feet

- Berapakah jauh dari sel ke tandas? Ibrahim jawap 2 atau 3 langkah

- Berapa lama masa yang diambil dari sel-tandas-sel? Ibrahim jawap lebih kurang 5 minit

- Pasa masa simati ke tandas, simati berkaki ayam atau berselipar? Ibrahim jawap simati Cuma berkaki ayam.

- Adakah simati berdarah selepas terjatuh? Ibrahim jawap tak ada darah

- Adakah anda ada tanya dimana simati sakit? Ibrahim jawap tiada, tapi simati masih hendak ke tandas untuk membuang air besar

Saksi kedua:

Koperal Nordin

- 47 tahun, sebagai pegawai jurugambar

- Nordin dan Chief Insp. Osman Bin Mantahar mengikut ke Hospital Segamat lebih kurang jam 3:30 ptg

- Postmoderm dijalankan keatas si-mati. Nordin diarah oleh Chief Insp. Osman untuk mengambil gambar si-mati.

- Nordin hanya bertugas untuk mengambil gambar si-mati dalam kes ini

Firdaus bertanya soalan kepada Nordin

- Bagi gambar muka surat 1, 2, 3 dan 4, adakah gambar itu adalah gambar yang diambil sebelum postmoderm? Nordin menjawap gambar dari muka surat 1 hingga 18 adalah gambar yang diambil sebelum postmoderm.

- Pukul berapakah gambar itu diambil? Nordin menjawap lebih kurang jam pukul 3 ptg

Saksi ketiga:

Koperal Alias

- 48 tahun, penjaga lokap IPD Segamat

- Alias menyatakan bahawa Ibrahim ada memberitahunya bahawa simati sakit dan perlu mendapat kebenaran untuk keluar.

- Alias selepas itu melaporkan kepada ketua pentadbir untuk membuat tindakan selanjutnya.

- Alias menyatakan bahawa simati keluar dari sel selama dua kali sepertimana yang diberitahu oleh Ibrahim dan keputusan adalah dibuat oleh Ibrahim

- Pada kali kedua simati ke tandas, simati berada dalam keadaan lemah.

- Selepas jatuh dan dipapah, baru nampak ada kecederaan di dahi/calar di dahi.

- Selepas itu, simati dibawa ke pejabat untuk menunggu kelulusan ke hospital

- Simati semasa itu berada di sel 50 dimana terdapat 9 OKT dalam sel itu

- Alias berada di pintu utama masuk ke lokap, dia tidak nampak semua keadaan itu, tetapi mengikut apa yang dilaporkan oleh Ibrahim semata-mata.

- Alias menyatakan keadaan yang lemah bermaksud dalam keadaan lemah / tidak lancer berjalan.

- Ada 2 orang yang membantu memapah simati, iaitu seorang OKT berbangsa melayu dan seorang anggota polis.

Firdaus bertanya soalan kepada Alias

- Berapa lamakah HA sampai selepas itu? Alias menjawab dalam 20 minit

- Macam mana simati terjatuh semasa dalam sel? Alias menjawap terjatuh atas OKT yang lain.

- Siapakah OKT yang memapah si-mati? Alias menjawab tidak pasti, tetapi menyatakan OKT yang memapah si-mati adalah melayu

- Firdaus ada bertanya berkenaan pergaduhan; Alias menjawab tiada pergaduhan yang berlaku didalam sel tersebut.

Saksi keempat

Konstable Mohd Shahiful Nizam Bin Ismail

- 22 tahun, mengikut simati ke hospital dalam ambulans

- Shahiful menyatakan bahawa simati sakit dalam lokap dan juga terjatuh dalam lokap dan terkena kepada bahagian kepala kiri dahinya. Namun dia tidak menanya kepada simati sama ada sakit atau tidak.

- Shahiful juga menyatakan bahawa simati masih sedar ketika dalam ambulans sehingga seorang pembantu perubatan yang memberitahu bahawa simati telah meninggal pada jam lebih kurang 3:56am

- Shahiful juga menjawap kepada Firdaus bahawa simati hanya cedera di bahagian kepala kiri dahinya, tiada lebam-lebam di badan yang lain ketika itu

- Shahiful jawab tidak pasti bila Firdaus bertanya adakah pasti perjalanan balai polis – hospital mengambil masa 30 minit padahal waktu itu awal pagi 3:25 pagi

- Walaubagaimanapun, semasa soal jawab, Shahiful kelihatan tidak serious mungkin disebabkan gementar dan banyak soalan yang dituju kepada peguam-peguam mahupun pendakwa raya tidak dapat dijawap dengan tegas oleh Shahiful.

- Tuan Majistret tegur Shahiful supaya lebih serious semasa menjawap soalan, jika tidak faham akan soalan-soalan yang dikemukan itu, hendaklah bertanya supaya penjelasan keatas soalan boleh dilakukan.

- “Jikalau anda tidak faham soalan, tolang beritahu. Ini kerana itu adalah merupakan satu kematian manusia, segala jawapan yang dijawap akan dicatat untuk penyiasatan selanjut. Diharap anda memberi kerjasama yang sepenuhnya.” Kata Tuan Majistret Faizal.

Saksi kelima

Lans Koperal Jabar bin Abu Bakar

- 40 tahun , bekerja di IPD segamat

- kerja dari pukul 12pm hingga 8am pada hari itu

- Jabar menyatakan bahawa adalah benar simati ada menyatakan dia sakit. Selepas itu, satu ambulans dipanggil atas arahan Chief Insp. Osman dan kereta ambulans sampai agak-agaknya jam 3:25am

- Konstable Mohd Shahiful memberitahu bahawa simati telah meninggal semasa perjalanan ke hospital.

- Dia ada membuat laporan polis berkenaan kematian simati

Secara gambaran yang boleh dibuat dari keterangan pihak polis ialah simati Cuma jatuh sekali. Pada ketika itu hanya koperal Ibrahim yang melihat semua keadaan simati. Selepas keluar dari tandas kali kedua, simati dikatakan berkeadaan tidak stabil atau kurang keupayaan untuk berjalan. Simati telah dibawa ke hospital atas kelulusan, dan semasa dalam perjalanan ke hospital, simati berhenti pernafasan dalam ambulans.

Sisatan kedua akan diadakan pada 8 July 2008. Antara saksi-saksi yang akan hadir ialah Doktor yang menjalankan postmoderm.


0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)