Monday, June 23, 2008

Menuntut Mengembalikan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik /争取恢复小学母语母文教授数理
















(photo by Chee Horng)
MENUNTUT MENGEMBALIKAN BAHASA IBUNDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK SAINS DAN MATEMATIK

[Kenyataan Akhbar JKBI, Tarikh: 22 Jun 2008]

Kami JKBI sebagai gagasan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan parti politik yang aktif di negeri Johor berpendirian tegas bahawa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah mesti dikembalikan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya.

Menurut laporan Bernama pada 16hb Jun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Timbalan Menteri-nya menyebut bahawa mereka belum lagi membuat keputusan sama ada ingin meneruskan ataupun tidak penggunaan Bahasa Inggeris bagi pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik di sekolah rendah. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini (2008) akan dijadikan penanda aras bagi KPM untuk menentukan masa depan bagi dasar ini.

JKBI melihat tindakan ini sebagai tanda bahawa KPM tidak menghormati pandangan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama membantah pelaksanaan dasar ini dengan tegas. KPM seharusnya membuat keputusan yang paling rasional iaitu dengan mengumumkan penamatan dasar ini dengan serta-merta, dan menjamin penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi proses pengajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah.

Perubahan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik merupakan keputusan yang bakal memberi implikasi mendalam kepada generasi yang akan datang. Namun, kerajaan tidak mengambil kira pendapat masyarakat secara menyeruluh sebelum melaksanakan polisi ini pada tahun 2003 dan ianya dilaksanakan dengan tergesa-gesa serta tiada kajian mendalam yang dilakukan sebelumnya. Bermula saat itu juga, telah banyak pertubuhan pendidikan, NGOs dan parti politik yang menyuarakan bantahan mereka secara lantang.

Proses pembelajaran ilmu seperti Sains dan Matematik melalui Bahasa Ibunda merupakan kaedah yang paling berkesan dan telah terbukti berjaya di banyak negara maju di dunia ini seperti di Jepun, Jerman dan juga Perancis. Manakala, tahap kefahaman pelajar akan merosot apabila mereka terpaksa belajar di dalam bahasa pengantar yang berlainan dengan bahasa harian (mother tongue) mereka dan ini boleh meninggalkan kesan tekanan terhadap jiwa dan mental para pelajar.

Justeru, kami JKBI menuntut agar Kementerian Pelajaran Malaysia:

I. Menghentikan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan serta-merta;

II. Mengembalikan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik;

III. Menghormati hak asasi rakyat untuk mendapat pendidikan di dalam Bahasa Ibunda masing-masing.

2) Siapakah JKBI dan apa yang telah dilakukan?

JKBI merupakan gagasan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan parti politik yang aktif di negeri Johor. Anggota-anggota sedia ada di dalam JKBI adalah tersenarai seperti berikut:

l Suara Rakyat Malaysia, Cawangan Johor Bahru

l Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ)

l Persahabatan Semparuthi (Johor)

l Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Johor

l Yayasan Amal Malaysia (Johor)

JKBI telah ditubuhkan pada bulan Julai 2007 untuk berganding bahu di dalam memperjuangkan hak pendidikan ibunda rakyat. Kami telah berjaya melaksanakan kajian soal selidik terhadap para pelajar dan juga guru dari sekolah rendah berlainan aliran di sekitar negeri Johor berkenaan keberkesanan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Perapian terakhir laporan kajian tersebut sedang dilakukan.

Seramai 1862 orang pelajar dan juga 117 orang guru dipilih sebagai sampel dalam proses soal selidik kami setakat ini. Berdasarkan keputusan awalan yang kami perolehi, kajian soal selidik tersebut menunjukkan bahawa lebih daripada 70% pelajar daripada semua aliran sekolah rendah berharap agar mereka boleh menduduki peperiksaan UPSR dengan menggunakan Bahasa Ibunda bagi subjek Sains dan Matematik. Di samping itu, kurang daripada 20% guru yang menjawab soal selidik itu berpendirian bahawa penggunaan Bahasa Inggeris adalah lebih berkesan berbanding dengan bahasa ibunda. Kajian kami secara ringkasnya menunjukkan bahawa keberkesanan polisi tersebut masih banyak dipertikaikan oleh khalayak guru dan juga pelajar.

3) Penyerahan Memorandum kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 21 Julai 2008

Kami menyeru agar mana-mana pertubuhan, NGO ataupun parti politik yang berkongsi rasa dan bersetuju dengan pandangan kami, untuk menyertai gagasan ini dan memberikan sokongan anda kepada tindakan susulan kami. Cara yang paling asas adalah dengan meluluskan resolusi untuk menuntut kembali penggunaan bahasa ibunda bagi pengajaran dan pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Mesyuarat Agung pertubuhan masing-masing.

Kami seterusnya akan menyerahkan memorandum berserta laporan soal selidik kami kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 21hb Julai 2008 nanti. Tuntutan kami adalah sama seperti yang tercatat di dalam kenyataan akhbar pada hari ini.

Maka, kami JKBI dengan sukacitanya menjemput mana-mana NGO, pertubuhan ataupun parti politik yang berpendirian sama dengan kami untuk menandatangani memorandum dan menyertai program penyerahannya pada tarikh yang disebutkan tadi. Kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan sokongan, sila hubungi setiausaha JKBI seperti berikut: Sdr. Nazman (013-7674339) dan Choo Shinn Chei (012-7097721)

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

Jawatankuasa Bertindak Mengembalikan Bahasa Ibunda Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik (JKBI)

Kumpulan

Wakil

Tandatangan

Suara Rakyat Malaysia, Cawangan Johor Bahru



Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Johor



Persahabatan Semparuthi (Johor)



Yayasan Amal Malaysia (Johor)

Yusmadey bin Md Yusuf


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Nor Fadhli Bin Osman



***************************************************************************


争取恢复小学母语母文教授数理

【恢复母语教数理行动委员会文告 2008622日】

我们,恢复母语教数理行动委员会,是一个由数个活跃于柔佛州的非政府组织以及政党组成的联盟,坚持各源流小学的数学与科学科目,必须恢复以母语母文作为教学媒介语。

根据今年616日的马新社报道,教育部副部长表示教育部还没有决定是否继续推行或者终止小学数理英化政策,教育部将根据2008年小六评估测验的成绩来作出这项决定。

我们认为,教育部的做法不尊重民间长期以来坚决反对小学数理英化政策的意愿。教育部应该即刻宣布废除小学数理英化政策,并保证将使用母语母文作为各源流小学数理科目的教学媒介语。

更改数理科教学媒介语将会对我们的下一代产生非常深远的影响。政府在2003年推行小学数理英化政策之前,没有广泛地征求民意,也没有进行深入的相关研究。自此之后,许多教育团体、非政府组织与政党对此不断地提出反对的意见。

以母语母文吸取数学和科学等知识,是最有效的学习方法。许多先进国如日本、德国、法国的经验都证明了这一点。逼迫学生使用母语母文以外的语文作为学习媒介语,不仅导致学生无法掌握好知识,甚至为学生造成精神压力。

所以我们,恢复母语教数理行动委员会要求教育部:

) 立刻废除"小学数理英化政策"

) 各源流小学恢复以母语母文教授数理科。

三)尊重人民接受母语母文教育的基本权利。

2)恢复母语教数理行动委员会及我们的工作

恢复母语教数理行动委员会是由柔佛州内活跃的非政府组织和政党组成。我们的成员包括:

l 大马人民之声(新山支会)SUARAM (Cawangan JB)

l 柔佛州回教党青年团Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

l 大红花之友(柔佛)Persahabatan Semparuthi (Johor)

l 柔佛州马来核心组织Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Johor

l 回教党志工队(柔佛)Yayasan Amal Malaysia (Johor)

恢复母语教数理行动委员会成立于20077月,共同争取各民族人民的母语母文教育权利。我们已经完成对柔佛州内各源流小学师生进行的问卷调查,以了解英文教数理政策的效果。这份研究报告的撰写工作目前处于接近完成的阶段。

我们向117位教师和1862名学生进行了抽样调查。根据初步数据显示,70%以上的小学生希望以母语母文作答小六评估测验数理科的试卷。同时,不足20%的教师认为英文比母语母文教学更有效。简单地说,这项问卷调查的结果显示广大的教师和学生依然在质疑小学英文教数理政策的成效。

3)于21/07/08向教育部呈交反对英文教数理备忘录

我们吁请看法和我们相近,并认同我们的立场的各党团,加入此行动委员会,并支持我们往后的行动。我们同时呼吁各党团在会员大会上提出讨论并通过恢复以母语母文教数理的议案。

我们准备在来临的721日,向教育部呈交反对英文教数理政策的备忘录及有关的问卷调查报告。备忘录的诉求如上文所载。

恢复母语教数理行动委员会诚意邀请与我们持有共同立场的各党团签署此备忘录,并踊跃参与我们呈交备忘录的行动。有意支持这项行动的人士,请联络委员会秘书——朱信杰(012-7097721)或Nazman(013-7674339).

谢谢。

恢复母语教数理行动委员会

团体

代表

签章

大马人民之声(新山支会)

SUARAM (JB)



柔佛州马来核心组织

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Johor



大红花之友(柔佛)

Persahabatan Semparuthi (Johor)



回教党志工队(柔佛)

Yayasan Amal Malaysia (Johor)



柔佛州回教党青年团

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor



0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)