Friday, June 6, 2008

Peningkatan Harga Petrol Menyusahkan Kehidupan Rakyat; Kerajaan Sepatutnya Menjalankan Satu Polisi yang Menfaedahkan Rakyat

kenyataan akhbar Suaram Caw JB pada 6 June 2008

Suaram Caw. Johor berpendapat bahawa pihak kerajaan mengumumkan harga petrol di Negara ini merupakan satu pengumuman yang tidak memperdulikan faedah rakyat secara keseluruhan dan adalah satu pengumuman yang tergesak-gesak. Bila sedunia meranda kekurangan padi dan bernas, Perdana Menteri Abdulah Badawi pengumumkan kenaikan harga petrol dari RM1.92 seliter kepada RM2.70 seliter, sekaligus mencipta sejarah yang paling tinggi iaitu RM0.78 atau 40%; harga diesel pula meningkat dari RM1.58 seliter kepada RM2.58 seliter, erti kata lain telah meningkat sebanyak RM1.00 atau 63%. Pengumuman kenaikan harga petrol ini sekali lagi memberi tamparan yang kuat dan menambah kesusahan kehidupan rakyat berbilangan kelas.

Kerajaan turut mengumumkan pembayaran rebet mengikut jenis pemuatan cc, tuan kereta boleh memperolehi subsidi semasa memperbaharui cukai jalan (road Tax). Contohnya, bagi kereta dibawah 2000cc boleh memperolehi subsidi sebanyak RM625, manakala bagi penunggang motosikal dibawah 250cc dapat memperolehi subsidi sebanyak RM150. Persoalannya disini adakah subsidi ini dapat mengurangkan beban rakyat? Kami berpendapat bahawa itu adalah tidak mungkin! Ini kerana kenaikan harga petrol turut mengakibatkan kenaikan elektrik, infrastuktur-infrastrukur pembinaan, pengangkutan-pengakutan jalan dan lain-lain lagi. Kenaikan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kenaikan harga barangan, sektor perkhidmatan, kehidupan rakyat dijangka akan menghadapi rintangan yang kuat. Subsidi yang digunakan oleh kerajaan semata-mata untuk mengurangkan kebencian rakyat dan adalah bersifat menipu.

Perlu diingat bahawa Negara kita merupakan pengeluar petroleum. Dengan itu harga petrol sepatutnya lebih rendah jika dibandingkan dengan Negara lain (terutamanya Negara bukan pengeluar petroleum). Namum kerajaan kita sering mengunakan perbandingan harga petrol dengan Negara-negara bukan pengeluar petroleum seperti Thailand, Philipina, India, Singapore dan lain-lain lagi untuk menipu rakyat. Kami berpendapat bahawa perbandingan sebergitu adalah tidak munasabah. Jika inginkan perbandingan, sepatutnya mengambil Negara pengeluar petroleum iaitu Mesir, Arab, Nigeria atau Bovilia. Bagi Negara-negara itu, harga petrol adalah hanya RM0.20 hingga RM1.20 seliter sahaja. Bagi Negara Venizula pula, harga petrol adalah RM0.16 seliter sahaja. Kerajaan Venizula turut menggunakan keuntungan petrol itu kepada pendidikan dan perubatan dan adalah secara percuma. Selain itu, kerajaan Venizula turut menggunakan keuntungan itu dalam memberi bantuan kepada rakyat miskin.

Selain itu, kerajaan kita tidak memikirkan atau sengaja tidak memberitahu bahawa Negara yang harga petrolnya tinggi itu sebenarnya pendapatan rakyat adalah jauh lebih tinggi daripada rakyat di Negara kita, contohnya Negara Singapore dan England. Dengan itu, Negara-negara yang maju itu tidak sesuai dijadikan Negara perbandingan. Oleh sebab Negara kita merupakan Negara pengeluar petroleum, jikalau harga petrol meningkat di seluruh dunia, Negara kita sepatutnya memperolehi keuntungan yang lebih tinggi, dengan itu harga petrol di Negara kita sepatutnya lebih rendah.

Abdullah badawi menyatakan bahawa peningkatan harga petrol di dalam Negara ini akan menyebabkan kenaikan kepada harga barangan dalam linkungan 4% hingga 5%, dan ini akan menyebabkan peningkatan kepada ekonomi Negara. Setiap tahun perangkaan belanjawan Negara sentiasa mencatat peningkatan pada 6% hingga 7%. Bolehkan kita menyatakan bahawa peningkatan keatas harga petrol itu bermakna kehidupan rakyat masih berada dalam keadaan yang stabil? Sebenarnya, perbezaan golongan rakyat miskin dan kaya adalah sangat ketara. Struktur Masyarakat yang miskin di Negara kita akan menjadi lebih miskin manakala masyarakat yang kaya lebih kaya. Bagi sistem pentabdiran yang bersifat perkauman dan autoratik, tidak kira menghadapi peningkatan harga barangan ataupun peningkatan ekonomi, yang akan ditindas adalah orang yang diperintah, terutamanya golongan miskin. Hanya segelintir kecil dari pihak pemerintah dan kroni-kroni antara mereka sahaja yang menikmati kekayaan.

Suaram Caw. Johor berpendapat bahawa peningkatan secara besar-besaran ini adalah sangat serious, ini kerana semua golongan kelas semestinya akan menghadapi kebebanan. Kami menyeru pihak kerajaan perlu mencadangkan satu polisi yang menfaedahkan rakyat dan mengurangkan kebebanan kehidupan rakyat. Contonnya memberi tanah secara percuma kepada petani, mengutamakan pembangunan sektor pertanian, untuk menyelasaikan kekurangan bernas; hentikan tandatangan FTA (Free Trade Agreement) dengan Amerika, supaya tidak merosakkan sistem pasaran dalam Negara; membatalkan polisi penswataan air, elektrik, lebuh raya untuk melindungi asas kehidupan rakyat; memperbaiki pengangkutan awam untuk menyenangkan rakyat dalam penggunaannya; membatalkan pengutipan tol untuk melindungi golongan miskin dalam Bandar; dan mengumumkan pendapatan dan pebelanjawan PETRONAS, menjawap segala persoalan rakyat terhadap PETRONAS. Ini kerana semua kelas rakyat berhak untuk menikmati segala pendapatan dan keuntungan dari PETRONAS dan dimana perginya jumlah keuntungan gergasa itu?


0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)