Tuesday, September 23, 2008

Bantahan Penahanan Tanpa Bicara dalam Menggunakan Akta Ordinan Darurat ke atas Syaki Jenayah

[kenyataan akhbar SUARAM caw. Johor 23 September 2008]

Suaram Caw. Johor membantah sekeras-kerasnya tindakan polis yang menggunakan Ordinance Darurat untuk menahan semula seorang syaki jenayah sebaik sahaja dia telah dibebaskan oleh polis. Tindakan polis ini merupakan suatu penyalahgunaan kuasa polis untuk menahan seseorang dan menafikan kebebasan dan haknya untuk dihadap ke mahmakah.

Lelaki tersebut ialah anak kepada seorang pemimpin MIC negeri, dia telah ditahan pada Khamis atas sebab disyaki terlibat dengan kes pembunuhan Datuk S.Krishnasamy, Pengerusi Sementara MIC Johor. Menurut Penolong Ketua CID Che Yusoff Che Ngah, syaki tersebut ditahan semula untuk menjaga keselamatan masyarakat. Oleh itu, penangkapan semula tersebut dilakukan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat.

Ordinan Darurat merupakan undang-undang zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Ia digubalkan oleh penjajah British pada zaman Darurat kononnya untuk keselamatan dan peraturan awam. Sejak bila syaki-syaki kes jenayah turut disifatkan sebagai ancaman kepada keselamatan dan peraturan awam? Ini jelas merupakan suatu menyalahgunaan kuasa.

Walaupun negara kita mempunyai Kod Prosedure Jenayah yang lengkap, penahanan semula syaki-syaki jenayah dengan Ordinan Darurat serta undang-undang zalim lain semakin kerap dilakukan. Ini menonjolkan penjalanan tugas polis yang kurang professional dan tidak menghormati hak asasi rakyat.

Kami berpendapat bahawa pihak polis perlu secara telus mengemukakan sebab menahan semula , tempat tahanan, adakah keluarga syaki telah dihubungi dan keluarga syaki telah berjumpa dengan syaki dan lain-lain lagi. Kami menyeru bahawa pihak polis dapat menjalankan penyiasatan secara professional terhadap syaki dengan menjalankan tugas mereka mengikut Kod Prosedure Jenayah. Kami menyeru polis supaya tidak memakai undang-undang zalim yang membenarkan tahanan tanpa bicara sebagai shortcut dalam menjalankan penyiasatan.

Pada masa yang sama, Suaram JB juga menyeru supaya semua undang-undang zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara dimansuhkan serta-merta. Penggunaan undang-undang itu merupakan suatu pencaburi hak asasi rakyat.

Kami turut menyeru masyarakat memberi prihatin keatas segala cara penangkapan yang mencaburi hak asasi rakyat.

Kami telah menubuh “Pusat Perkhimatan hak-hak asasi rakyat” pada 1hb Ogos 2007 yang dibuka setiap hari Khamis jam 2:00pm hingga 6:00pm di Pejabat SUARAM caw. Johor. Selain dari menerima kes-kes caburi hak asasi manusia, kami turut menyedarkan risalah-risalah di pasar malam berdekatan, tujuan untuk meningkatkan kesedaran kalangan masyarakat terhadap hak-hak asasi manusia. Sehinga sekarang, kami telah menerima dan menangani banyak kes seperti keganasan polis, kematian dalam lokap, isu-isu pekerja ditindas, isu tanah paksaan keluar dan lain-lain lagi.

Dengan itu, kami menyeru supaya keluarga mangsa atau mana-mana pihak dipercayai hak-hak asasinya dicaburi dengan bila-bila masa menghubungi kami. Kami akan cuba sedaya upaya dalam memberi bantuan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Nyam Kee Han selaku penyelaras “Pusat Perkhidmatan hak-hak asasi rakyat” di talian 016-7782707.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)