Tuesday, September 23, 2008

Complaint Letter to KDN, SUHAKAM and Penjara Simpang Renggam

[大马人民之声] (新山支会)
SUARA RAKYAT MALAYSIA (JOHOR BAHRU BRANCH)
Address: 8A, JLN RONGGENG 11, TMN SKUDAI BARU, 81300 SKUDAI, JOHOR
Telephone: (607)5581098 Fax: (607)5581098 HP: 016-7782707
Email: suaramjb1@gmail..com Web: www.suaram.net
________________________________________________________
19 September 2008

Our ref: SJB/HRSC/NKH08/20

Kepada,

1) YB Dato’ Seri Syed Hamid Albar
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia,
Blok D2, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62546 Putrajaya..

Tel : 03 8886 3000
Fax : 03 8889 1613 / 8889 1610


2) Tan Sri Abu Talib Othman,
Pengerusi,
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia,(SUHAKAM)
Tingkat 29, Menara Tun Razak,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

3) Ketua Pengarah,
Kem Pertahanan Penjara Simpang Renggam,
86200, Simpang Renggam,
Johor.

Tuan,

PER: BANTAHAN PENAHANAN TANPA BICARA IAITU AKTA ORDINAN DARURAT TERHADAP ORANG YANG DISYAKI PENJENAYAH


Kami merujuk kepada kes diatas dimana seorang lelaki berumur 36 tahun ditahan semula selepas dilepaskan dibawah ikatan jaminan polis dan penahanan semula itu adalah dibawah Akta Ordinan Darurat seksyen 3(1) seperti mana yang tersiar dalam akhbar The Star pada 15 September 2008.

Mengikut laporan akhbar, OKT disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan keatas Datuk S. Krishnasamy Timbalan ketua MIC negeri Johor. Pemangku Ketua Polis Johor ACP Che Yusoff Che Ngah menyatakan penahanan itu bertujuan untuk menjaga keselamatan dan peraturan awam dan pihak polis mempunyai bukti yang kuat untuk menahan OKT dibawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Aman).

SUARAM berpendapat menahan seseorang dibawah Ordinan Darurat wujud pencabulan hak asasi manusia yang serius kerana ianya bercanggah dengan Deklarasi Hak Asasi manusia dan Perlembagaan Negara. Kami meminta tahanan OKT dibebaskan serta merta atau didakwa di Mahkamah. Jika pihak polis mempunyai bukti yang kukuh sepatutnya mendakwanya di mahkamah.

Oleh demikian pihak SUARAM ingin memperolehi maklumat-maklumat lanjut berkaitan perkara ini untuk tindakan lanjut, antaranya ialah:

a) Maklumat peribadi dan butir-butir orang kena tahan dibawah Ordinan Darurat
b) Tempat yang jelas dimana OKT ditahan
c) Adakah OKT telah mendapat peguambela dan telah menghubungi keluarga masing-masing
d) Adakah sebarang penyiasatan (inquest) dijalankan mengenai perkara ini dan perkembangan terkini penyiasatan

Kami dengan tegas ingin menyatakan bahawa penahanan dibawah Ordinan ini adalah mencabul Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948; Fasal 9,10,11 dan 13 Konvenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966 Fasal 9 dan 12, Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia Fasal 12 dan Perlembagaan Malaysia Fasal 5.


Kami berharap pihak Tuan dapat memberikan maklumat-maklumat yang diingin dalam masa DUA MINGGU untuk membolehkan kami menyiasata kes ini.


Yang Benar,




NYAM KEE HAN
Koordinator
Suaram Caw. Johor
016-7782707

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)