Wednesday, December 17, 2008

Polis Mengeluarkan Kenyataan Mengelirukan; Hentikan Gangguan Halangan Sekarang!

JERIT's reply to Deputy IGP and Selangor CPO (BM)

[kenyataan akhbar JERIT 17hb Disember 2008]


1. Timbalan KPN Tan Sri Ismail Omar: siapa perancang di sebalik Kempen Jerit? Soalan utama yang diutamakan oleh akhbar- akhbar pada 14hb Disember 2008

• Jerit atau jaringan rakyat tertindas telah wujud sejak tahun 2002. Ianya adalah gabungan 4 Persatuan iaitu Kesatuan pekerja pekerja kilang (GPKK), Kesatuan Pekerja pekerja Peladang ( JSML), Gabungan pelajar Dan anak muda (GAMP), Kesatuan Peneroka Bandar (GPBP) dan Badan Badan bukan Kerajaan.
• JERIT adalah sebuah gabungan yang aktif dan telah kerap kenyataan di petik oleh akhbar-akhbar dan media elektronik, JERIT juga mempunyai laman web (www.jerit.org) yang aktif dan telah dijemput untuk berucap dalam program-program malahan program kerajaan. Jadi adalah memeranjatkan apabila Polis baru mengetahui tentang JERIT.


2. JERIT sebuah organisasi Haram?

• JERIT adalah seperti SUARAM, Tenaganita dan kebanyakan badan-badan bukan kerajaan yang tidak didaftarkan di bawah akta pertubuhan, tetapi didaftarkan di bawah satu akta lain. Maka JERIT adalah berdaftar di bawah akta lain.Tambahan lagi JERIT adalah sebuah gabungan pelbagai persatuan seperti Persatuan Pelajar, Pekerja Kilang, Pekerja Ladang dan badan badan bukan kerajaan. Gabungan gabungan seprti JERIT, bersih atau gabungan Mansuhkan ISA tidak Perlu di daftarkan kerana ianya adalah gabungan berbagai-bagai organisasi.


3. Adakah JERIT gunakan kanak-kanak dibawah umur untuk berkempen?

Phak Penganjur telah mengambil langkah yang perlu sebagai langkah berjaga-jaga kerana adanya penyertaan pelajar-pelajar sekolah. Antara Langkah-langkahnya ialah:-

i. Taklimat kepada Ibubapa

ii. Kebenaran dari Ibubapa.

iii. Memeriksa/memastikan Tahap Kesihatan peserta.

iv. Kami telah menghalang/tidak membenarkan penyertaan kanak-kanak dibawah umur 12 tahun didalam kempen ini.

v. Selepas mendapat halangan amaran polis, kami telah menasihatkan peserta dan Ibubapa, tetapi hampir kesemua mereka telah membuat keputusan untukmeneruskan penyertaan didalam kempen ini

vi. Pihak Penganjur boleh didapati bersalahdibawah akta kanak-kanak, sekiranya kanak-kanak menyertai dengan secara paksa/tanpa rela.

vii. Semua peserta dilindungi Insurans.

viii.Banyak pertubuhan juga merasa bahawa penyertaan belia adalah baik kerana melakukan sesuatu yang berguna untulk negara semasa cuti persekolahan.

ix. Tambahan lagi, SUHAKAM dan Majlis Peguam telah menyokong kempen ini JERIT merasakan bahawa SUHAKAM dan Majlis Peguam mempunyai lebih kredibiliti dan sokongan mereka lebih bererti berbanding kenyataan Polis.


4. Adakah kempen ini digunakan untuk kepentingan Parti politik tertentu?

• Berkenaan isu ini, kami ingin menekankan bahawa kempen ini bertujuan mengetengahkan aspirasi rakyat. Di peringkat awal kempen, kami telah mengutus surat kepada parti-parti politik untuk mendapatkan sokongan. Hanya parti-parti politik dari pakatan Rakyat (PKR) dan parti Sosialis Malaysia memberikan sokongan. Banyak Badan-badan Bukan Kerajaan dan MTUC juga menyokong. Jadi apa masalahnya, sekiranya Kumpulan-kumpulan yang menyokong ini menyertai dan memberi bantuan kempen kami?
• Untuk makluman, Parti-parti politik secara keseluruhannya tidak boleh menjadi ahli gabungan kami. Walaupun begitu, individu-individu dari parti-parti politik boleh menjadi ahli JERIT.
• Ada pengasas dan ahli-ahli aktif JERIT adalah Ahli Parti Sosialis Malaysia.
• Tetapi semua keputusan JERIT dibuat secara bebas oleh Exco Kebangsaan JERIT. Tiada Parti Politik boleh mencampuri atau menghalang keputusan yang dibuat oleh JERIT.


5. Isu aktivis JERIT ditahan dibawah Akta Cetakan Dan Terbitan.

• Polis telah merekodkan keterangan dari ahli-ahli kami di kulim, segamat dam semenyih. Polis telah memberitahu kami perkara ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya samada untuk mendakwa kami atau tidak. Sementara itu, kami telah mendapat nasihat dan pendapat Majlis Peguam dan SUHAKAM dan kami telah menentang perkara ini melalui mahkamah. Kami percaya kebebasan untuk maklumat ialah satu hak asasi manusia. Tindakan Polis telah menghalang prinsip ini.


6. Adakah kempen ini HARAM dan mengambil bahagian didalamnya satu kesalahan jenayah?

• Walaupun Polis cuba menakut-nakutkan melalui media dan cara-cara lain, kempen ini telah mendapatkan sokongan menggalakkan dari masyarakat yang telah mendatangi petisyen-petisyen kami, menyebarkan risalah-risalah dan menyokong peserta kayuhan dengan menyediakan makanan, tempat tinggal dan mengalu-alukan mereka. Kempen in telah di sokong oleh 47 kumpulan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk MTUC, ALIRAN, SUHAKAM dan FOMCA. Memorandum JERIT telah diterima oleh Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, N. Sembilan dan Johor.
• Setakat ini 3 Menteri Besar/ketua Menteri telah menyokong kempen ini secara peribadi iaitu Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Kkalid, MB Perak YAB Dato Nizam dan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng.


'JERIT telah bersikap sangat bertanggungjawab sejak dari mula\hari pertama. Kami telah menghantar surat melalui Fasksimili kepada semua Ketua-ketua polis negeri. Sekurang-kurangnya Pihak Polis hendaklah berhubung dengan pihak kami. Sementara itu, ada beberapa Ketua Polis Daerah yang bersimpati dan tidak menghalang kami. Mereka juga menyatakan bahawa segala tindakan mereka adalah atas arahan ( Pihak Tertentu)

Kenyataan Dari Sekreteriat JERIT.

Untuk keterangan lanjut Sila Hubungi Saudari Yong 012- 6909506 atau Saudara Nyam 016-7782707

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)