Tuesday, November 24, 2009

PETISYEN KEPADA PEGUAM NEGARA: MENUNTUT GUGURKAN TUDUHAN TERHADAP CHENG LEE WHEE

24 NOVEMBER 2009


Mengapa aduan Cheng Lee Whee kepada Polis boleh dijadikan satu kes jenayah?
Pertubuhan-Pertubuhan dan Parti-parti politik di Johor menuntut supaya dakwaan ke atas Cheng Lee Whee digugurkan.


Berikut merupakan Petisyen Bersama Pertubuhan-pertubuhan dan Parti-parti politik Negeri Johor ke atas dakwaan Cheng Lee Whee dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 kerana tindakan membuat laporan polis untuk mempertahankan hak-hak penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT) yang diroboh pada 16hb Oktober 2008.

Merujuk kepada peristiwa penangkapan Cheng Lee Whee di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Seksyen 28 dan seterusnya juga disiasat dan didakwa dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 akibat daripada tindakannya yang memaparkan kandungan laporan polis di Portal Polis Kontinjen Johor (http://www.polisjohor.gov.my/) dan membuat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya demi mempertahankan hak penduduk-penduduk KBPT. Laporan polis berkenaan dengan penangkapan 27 orang akibat mempertahankan hak-hak penduduk dalam kes pengusiran secara paksa yang berlaku di Kampung Baru Plentong Tengah pada 16hb Oktober 2008. Laporan polis berkenaan dibuat tentang dengan penangkapan dan pengusiran secara paksa 27 orang yang bertujuan mempertahankan hak penduduk KBPT. Pihak polis memanggil Cheng untuk mengambil keterangannya pada 17hb Oktober jam 8.30 malam di Balai Polis Seri Alam, dan seterusnya polis melakukan penangkapan terhadap Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 Seksyen 28. Cheng, dan kemudiannya ditahan di lokap balai Polis Pasir Gudang selama 19 jam. Pada keesokan hari, Cheng telah dibawa ke Majistret oleh pihak berkuasa untuk memohon Reman penahanan, namun Majistret telah menolak pemohonan tersebut, dan Cheng telah dibebaskan pada hari tersebut. Namun begitu setahun selepas peristiwa ini, Jabatan Penguam Negara (Bahagian Pendakwaan) telah mendakwa Saudari Cheng secara rasmi dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 di Majistret Jenayah Johor Bahru pada 14hb October 2009 (no file: 83-4411-09(1)). Perbicaraan Kes Cheng akan diadakan pada 16hb December 2009.

Saudari Cheng Lee Whee, merupakan siswazah lepasan UTM di dalam jurusan Sains Komputer dengan kelas pertama pada tahun 2004. Selepas memperolehi ijazah, Saudari Cheng bekerja sebagai profesional IT dan prihatin di dalam kerja-kerja masyarakat. Saudari Cheng selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Hak Asasi Suaram Johor Bahru (sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak asasi di Malaysia) telah membuat aduan dan laporan polis tersebut atas arahan daripada Suaram Johor Bahru.

Kami ingin menekankan disini bahawa, kandungan laporan Polis Cheng Lee Whee adalah sah dan benar. Kami berpendapat bahawa tindakan pihak polis yang menggunakan gerombolan pasukan yang terlampau besar untuk membantu pihak pemaju menjalankan perobohan rumah dan pengusiran paksa adalah satu tindakan yang salah. Mengikut prosedur undang-undang, sebelum perbicaraan dan keputusan tentang kes rayuan penangguhan perobohan rumah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, pemaju tidak dibenarkan untuk melaksanakan perintah mahkamah untuk merobohkan rumah. Menurut sebuah akhbar harian bahasa Cina Oriental Daily pada 17hb October 2008, OCPD Seri Alam Supt Roslan Zainuddin menyatakan bahawa pihak polis menghantar 553 anggota polis yang terdiri daripada pelbagai unit, termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi dengan kereta meriam air (water cannon), Unit Udara Polis, Unit Marin Polis, Unit Anjing Pengesan, Unit Pemusnah Bom, serta helikopter untuk berhadapan dengan penduduk kampung yang hanya seramai 200 orang penduduk yang tidak mempunyai sebarang senjata.

Dakwaan Polis bahawa “pihak pemaju telah mendapat perintah mahkamah, manakala pihak Polis hanya membantu melaksanakan perintah mahkamah” adalah tidak wajar dan tidak munasabah. Tindakan polis yang menyuraikan penduduk dan melakukan tangkapan secara keras dan ganas ke atas penduduk-penduduk yang cuba mempertahankan tempat tinggal mereka secara aman, sebenarnya adalah tindakan yang menyebelahi pihak pemaju yang melakukan pengusiran secara haram dan mencabuli hak asasi penduduk.
SUARAM telah membuat aduan dan menghantar memorandum kepada SUHAKAM pada 24hb Oktober 2008 berkenaan pengusiran paksa yang dilakukan di Kampung Baru Plentong Tengah dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis. Pesuruhjaya SUHAKAM Dato Khalid Ibrahim mengaku dan menyatakan keganasan Polis memang ketara dalam insiden ini.

Kami berpendapat bahawa pendakwaan Jabatan Penguam Negara (Bahagian Pendakwaan) ke atas saudari Cheng Lee Whee merupakan satu penindasan berlanjutan ke atas seorang pejuang hak asasi manusia. Laporan polis dan aduan yang dibuat oleh Saudari Cheng bukan merupakan tindakan individu, malah tindakan itu mewakili Suaram serta seluruh NGO-NGO dan individu-individu lain di negeri Johor mahupun di seluruh negara yang memperjuangkan hak asasi. Pendakwaan keatas Cheng juga merupakan penindasan terhadap SUARAM dan Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga penindasan keatas mana-mana persatuan dan parti yang mempertahankan kebenaran dan menghormati hak asasi manusia. Kesimpulannya, pendakwaan ke atas Cheng Lee Whee merupakan satu titik hitam ke atas usaha negara kita untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokratik.

Kami berpendapat bahawa Saudari Cheng membuat aduan di Balai Polis merupakan satu tindakan yang menjalankan hak demokrasi serta menjalankan kewajiban sebagai seorang rakyat Malaysia. Tindakan beliau tidak berniat buruk dan tidak bermotifkan kemudaratan mana-mana pihak.

Dengan itu, pihak berkuasa harus mengugurkan sebarang pendakwaan ke atas saudari Cheng Lee Whee.

ORGANISASI / PARTI YANG TANDATANGAN:
1. Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah
2. DAP Cawangan Bukit Gambir
3. DAP Cawangan Bukit Pasir
4. DAP Cawangan Maharani
5. DAP Cawangan Muar
6. DAP Cawangan Sungai Abong
7. DAP Cawangan Taman Ungku Tun Aminah
8. DAPSY Negeri Johor
9. DAPSY Bahagian Johor Selatan
10. DAPSY Bahagian Ledang
11. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
12. Friends Of Suaram (FOS) Committee (Johor)
13. Hindraft Makkal Sakthi, Johor Bahru
14. Ikatan Perpaduan Rakyat Malaysia (IKATANPADU)
15. Jaringan Rakyat Tertindas, Johor (JERIT)
16. Kelab Penyokong PAS Johor
17. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
18. Parti Keadilan Rakyat Cawangan Gelang Patah
19. Parti Keadilan Rakyat Cawangan Pulai
20. Parti Rakyat Malaysia, Johor
21. PAS Cawangan Johor Bahru
22. PAS Cawangan Pasir Gudang
23. PAS Cawangan Pontian
24. PAS Cawangan Tebrau
25. Persahabatan Semparuthi JB
26. Persatuan Dravidar Malaysia, Johor
27. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)
28. Persatuan Tamil Neri Malaysia
29. Pertubuhan Kebajikan Kampung Baru Plentong Tengah
30. PSM Cawangan Nusa Jaya
31. Pusat KOMAS
32. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
33. Suara Rakyat Malaysia
34. TERAS, Johor
35. The Chinese Association, Muar

The Sun : Suaram wants AG to drop charges against activist

Malaysiakini : Drop criminal charges against rights activist, AG urged

Merdekareview: Petisyen kepada Peguam Negara:Gugurkan tuduhan terhadap Cheng.LW

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)