Monday, March 21, 2011

Pendirian dan Pendapat Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor Tentang Penganjuran “Hari Pekerja Antarabangsa 1- Mei”


Pendirian dan Pendapat Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor
Tentang Penganjuran “Hari Pekerja Antarabangsa 1- Mei”

Pada 27hb Februari 2011 yang lepas, kami, Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor telah menganjurkan jamuan makan malam Tahun Baru Cina 2011 bersama dengan Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru), Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (Jawatankuasa Perhubungan Skudai) dan Kumpulan Koir 518 Foon Yew Johor Bahru, dan telah mengumumkan kenyataan bersama yang bertajuk “Seruan Perpaduan”. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan pengakuan yang meluas.

Hari Pekerja Antarabangsa 1-Mei tahun ini akan menjelang tidak lama lagi. Oleh demikian, usaha menyatupadukan lebih banyak pasukan, usaha menjemput lebih banyak kumpulan untuk turut menganjur program sambutan Hari Pekerja Antarabangsa 1-Mei menjadi lebih bermakna. Ini turut menjadi hasrat bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (iaitu kumpulan masyarakat civil) dan golongan demokrat.


FOS Johor sebagai sebuah organisasi akar umbi di Johor yang memperjuangkan hak asasi dan demokrasi rakyat, berharap agar usaha menjemput lebih ramai pertubuhan bukan kerajaan untuk turut menganjur bersama program golongan pekerja yang membawa makna sejarah dan makna praktikal ini, dapat menyatupadukan lebih ramai pertubuhan atau individu yang berprihatin terhadap masa depan politik negara kita dan berhasrat untuk memajukan proses demokrasi negara kita. Bersama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki kehidupan rakyat serta mereformasikan negara kita.

Dalam dua minggu yang lalu, Setiausaha Bertindak FOS Johor Fang Pei Fen di bawah arahan Sekretariat FOS telah menghubungi dan bertukar pendapat dengan sesetengah kumpulan yang berminat untuk turut menganjur bersama dan telah mendapat banyak idea yang membina. Dengan itu, Sekretariat FOS Johor telah memutuskan untuk mengemukakan sedikit banyak pendapat kami tentang penganjuran bersama program sambutan Hari Pekerja Antarabangsa 1-Mei, kepada pertubuhan-pertubuhan yang berniat untuk sama-sama menganjurkan program sambutan Hari Pekerja Antarabangsa 1-Mei melalui surat atau emel. Kami juga sudi mengadakan perbincangan yang lebih mendalam tentang pendapat kami dengan kumpulan yang berminat menganjur bersama.

Berikut merupakan emel yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Setiausaha Bertindak Fang Pei Fen.


Kepada :
Pertubuhan Persahabatan Phoenix (JK Perhubungan Johor Bahru)
Pertubuhan Persahabatan Phoenix (JK Perhubungan Skudai)
Pertubuhan Persahabatan Phoenix (JK Perhubungan Kulai)
Pertubuhan Persahabatan Phoenix (JK Perhubungan Senai)
Pertubuhan Persahabatan Phoenix (JK Perhubungan Pekan Nanas)
Pertubuhan Persahabatan Phoenix (JK Perhubungan Muar)
Persatuan Kawan Karib Johor
Persatuan Persahabatan 21 Century Johor
Persatuan Bekas Penuntut Taiwan, Johor Bahru
Persahabatan Semparuthi
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
Serta Pertubuhan-Pertubuhan Lain Yang Berminat Dalam Penganjuran Bersama 
 20hb Mac 2011

Tuan/ Puan,

Pendirian dan Pendapat tentang Penganjuran Bersama Program Sambutan Hari Pekerja Antarabangsa 1- Mei

Dengan ikhlasnya Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor mengemukakan pendapat berikut dengan hasrat supaya Program Sambutan Hari Pekerja Antarabangsa 1- Mei yang dicadangkan dapat dianjurkan dengan lebih bermakna dan berjaya.

 1. Menjemput Jawatankuasa-jawatankuasa Perhubungan Phoenix yang sedia ada di Johor untuk menganjur bersama, serta menjemput bekas ahli Parti Buruh serta penyokong-penyokongnya di seluruh Johor untuk turut menghadiri Program Hari Pekerja.

2. Menjemput pertubuhan pelbagai kaum untuk menganjur bersama, demi menonjolkan Hari Pekerja sebagai hari yang dikenangi oleh seluruh pekerja pelbagai kaum, dan elakkan program ini dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan satu etnik sahaja.

 3. Program anjuran bersama ini harus menunjukkan makna sejarah Hari Pekerja Antarabangsa 1- Mei, dan menggambarkan tuntutan sebenar kelas pekerja negara kita.

4. Setiap pertubuhan anjuran bersama adalah bebas dan berkedudukan sama-rata. Setiap pertubuhan sama-sama menyertai dan membuat keputusan tanpa mengira saiz pertubuhan. Jawatankuasa kerja (JK) program anjuran bersama ditubuhkan di bawah prinsip “perbincangan secara demokratik, keputusan secara bersama”.

5. Disebabkan masa terhad, dicadangkan mesyuarat bersama pertama diadakan pada 26hb Mac 2011 (Sabtu) 2pm di Pejabat Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor (atau tempat lain yang sesuai) untuk menubuhkan JK Program supaya kerja persiapan dapat dimulakan secepat mungkin. 

6. Selain daripada kumpulan yang dijemput melalui surat jemputan, kami berharap terdapat kumpulan lain yang berminat akan mengambil inisiatif untuk menghubungi kita untuk turut menganjur bersama.
  
Kami bersedia untuk berbincang pendapat kami di atas dengan kumpulan-kumpulan yang berminat untuk menganjur bersama. Sila hubungi Fang Pei Fen (016-7782707) untuk sebarang pertanyaan atau pendapat.  

Sekian, terima kasih. 


Yang benar,
Sekretariat Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor


Fang Pei Fen
(016-7782707)

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)