Thursday, March 31, 2011

BALASAN TERHADAP EMEL TUAN BERTARIKH 30 MAR 2011 (Demonstrasi aman-Selamatkan Harta dan Hak Rakyat Johor)


Kepada,

Wakil Pihak Penganjur
Demonstrasi Aman Selamatkan Harta & Hak Rakyat Johor                                 

31hb Mac 2011

BALASAN TERHADAP EMEL TUAN BERTARIKH 30 MAR 2011
Berikut merupakan pendirian dan balasan kami terhadap emel Tuan yang bertajuk "Demonstrasi aman-Selamatkan Harta dan Hak Rakyat Johor" yang dimelkan kepada pihak kami dan pihak-pihak lain pada 30 Mar 2011.

1) Kami berasa kecewa dan tidak puas hati dengan tindakan pihak tuan mengumumkan secara rasmi mesyuarat anjuran pihak tuan akan dijalankan di Pejabat SUARAM JB yang beralamat 8A Jln Ronggeng 11, Taman Skudai Baru, Skudai dan meletakkan numbor telefon SUARAM JB sebagai numbor hubungan tanpa mendapatkan persetujuan daripada pihak kami terlebih dahulu. Kami berpendapat ini adalah suatu tindakan yang kurang wajar dan amat tidak bertanggungjawab.

2 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor selama ini tegas dalam membantah penyelewengan, rasuah, penindasan dan kezaliman, pada masa yang sama kami turut membantah degan tegas polisi berbau perkauman, seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang mengagung-agungkan hanya satu kaum iaitu Kaum Melayu dan mengecilkan semua kaum-kaum lain. Pada hakikatnya, polisi-polisi perkauman hanya akan menguntungkan sebilangan kecil elit-elit polotiko pelbagai kaum  dan merugikan sebahagian besar Rakyat pelbagai kaum yang tertindas dan dieksploit.

3 Kami turut sedar bahawa terdapat ramai Rakyat berkaum Melayu yang miskin, tetapi pada masa yang sama, juga terdapat ramai Rakyat berkaum Cina, India, Iban, Kadazan Dusun dan kaum-kaum minoriti lain di negara kita yang hidup dalam kemiskinan. Oleh itu, kami bersetuju bahawa kerajaan perlu melaksanakan dasar Afirmatif berdasarkan keperluan, tetapi dasar ini harus dilaksanakan berdasarkan keupayaan ekonomi seseorang dan bukan mengikut kaum.

4 Seluruh rakyat Malaysia harus mempunyai hak dan kewajipan yang sama tanpa mengira kaum, agama dan jantina.

5 Pihak penganjur harus menolak Ketuanan Melayu dan Agenda Melayu, sebaliknya bersetuju dan mempertahankan hak samarata seluruh rakyat(dalam kata lain ketuanan Rakyat dan agenda Rakyat) tanpa mengira kaum dan agama.

6 Sekiranya pihak penganjur menerima pendirian kami di atas, maka kami sudi meminjam pejabat kami untuk bermesyuarat dan akan menyertai program tersebut. Jika tidak, kami meminta maaf kerana tidak dapat membantu pihak tuan dalam hal ini.

7) Pihak kami tetap bersedia untuk berkerjasama dan bergabung dengan mana-mana pihak yang menperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat ditindas dan dieksploit pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai lapisan seluruh negara demi membentuk masa depan negara yang demokartik, saksama, membela hak dan samarata.

Sekian. Terima Kasih.

Yang benar,



Sekateriat JK Sahabat SUARAM Johor
melalui Setiausaha Bertindak
Fang Pei fen

31 Mar 2011

Berikut merupakan kandungan penuh emel bertajuk "Demonstrasi aman-Selamatkan Harta dan Hak Rakyat Johor"  yang diterima melalui suaramjb1@gmail.com pada 30 Mar 2011 pukul 11.39am daripada pihak penganjur.

DEMONSTRASI AMAN
SELAMATKAN HARTA & HAK RAKYAT JOHOR

PADA : 1HB. APRIL 2011 (JUMAAT)
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT
TEMPAT : MASJID AN NUR KOTA RAYA JOHOR BAHRU

DATANGLAH & SOKONGLAH BERAMAI RAMAI KITA BERDEMO

KAMI RAKYAT JOHOR MEMBANTAH DENGAN SEKERAS KERASNYA CADANGAN JOHOR CORPORATION (J-CORP) UNTUK MENJUAL KESEMUA PEGANGAN SAHAM KULIM (M) BERHAD KEPADA ORANG ASING DAN AMAT BERHARAP IANYA DI JUAL KEPADA ORANG MELAYU

Johor Corporation (J-CORP) dulu dikenali dengan nama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ). Ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1968 yang bertujuan membangun ekonomi Negeri Johor dan membangunkan ekonomi bangsa melayu. Johor Corporation di asaskan untuk memajukan usahawan dan orang melayu Negeri Johor khasnya selaras dengan Perlembagaan Negara dan Dasar Ekonomi Baru.

Dalam tahun 1976, Johor Corporation telah membeli (menguasai) Kulim (M) Bhd salah sebuah syarikat perbadanan yang terbesar di Negara kita (mempunyai 100,000 ekar tanah di Negeri Johor dan Semenanjung Tanah Melayu amnya serta di luar Negara). Kulim (M) Bhd berkembang dan telah membeli QSR Brands Bhd, KFC Holdings Bhd, Pizza Hut Restaurants Sdn. Bhd dan Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd, satu rangkaian franchise dalam bidang restoran dan penternakan.

Johor Corportaion menanggung hutang yang besar berjumlah lebih daripada RM 6 billion yang sebahagiannya disebabkan pelaburannya yang rugi. Hutang ini bukannya hutang Kulim (M) Bhd. Dikhabarkan pihak Johor Corporation bercadang untuk menjual semua sahamnya dalam Kulim (M) Bhd kepada bukan bumiputera.

Rancangan ini bukan sahaja bertentangan dengan Prinsip Penubuhan Johor Corporation (J-CORP) dan Prinsip Ekonomi Baru malah ianya juga amat jelas bertentangan dengan agenda melayu dan juga bertentangan sama sekali dengan Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

RESOLUSI NGO 66 RAKYAT JOHOR

1) Kami dari 66 NGO Johor amat membantah sekeras kerasnya cadangan Johor Corporation (J-Corp) menjual kesemua sahamnya di Kulim (M) Bhd kepada orang asing
2) Kami mahu Kulim (M) Bhd dijual kepada orang melayu

Maka itu kami menyeru kepada semua rakyat Johor bersama-sama pada 01/04/2011 SELEPAS SOLAT JUMAAT di Perkarangan Masjid An Nur Kota Raya Johor Bahru menyuarakan bantahan dan demo aman kepada Kerajaan Negeri Johor supaya menjual Kulim (M) Bhd kepada orang melayu bukannya orang asing

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)