Wednesday, September 7, 2011

Ulang tahun ke-10 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor Menganjurkan Forum dan Jamuan pada 11hb September


Kenyataan Akhbar Kedua Pada 7hb September 2011

 Ulang tahun ke-10 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor
Menganjurkan Forum dan Jamuan pada 11hb September

Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (Friends of Suaram) Negeri Johor akan menganjurkan Forum “NGO Sentiasa Berdampingan Dengan Rakyat Jelata” sempena ulang tahun ke-10 pada 11hb September 2011, jam 2 petang hingga 6.30 petang, bertempat di Sport Club Taman Universiti, Skudai. Program ulang tahun terdiri daripada dua bahagian dimana satu forum akan bermula tepat jam 2ptg hingga 5ptg, manakala jamuan makan akan bermula pada 5ptg dan tamat pada 6.30ptg.

Ambiga, Kua Kia Soong, Mohamad Sabu Sebagai Panelis

Tiga Panelis yang diundang untuk memberi ucapan dan membentangkan kertas dalam forum ini merupakan orang terkenal dengan perwakilan tertentu. Panelis forum dengan tajuk pembentangan mereka seperti berikut:
           
1. Ambiga Sreenevasan, Pengerusi Bersih 2.0: “Civil Society as Agents of Change”
 
2. Dr. Kua Kia Soong, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) : “NGOs in the Service of the Malaysian Peoples”

3. Mohamad Sabu, Timbalan Pengerusi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : “Peranan NGO Dalam Membentuk Negara”

Panelis akan berucap dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Jika ucapan dalam bahasa Inggeris, penterjemahan ringkas dengan Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu akan disediakan. Sesi soal jawab dijadualkan selepas ucapan panelis.

Jawatankuasa Kerja Ulang tahun ke-10 FOS Johor

Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Johor medapat sokongan dan pernyertaan daripada kawan-kawan Persahabatan Semparuthi dan lain-lain dalam kerja-kerja menganjurkan aktiviti ulang tahun ini. Mereka menolong dalam menterjemahkan artikel dan kertas pembentangan kepada Bahasa Tamil. Ini telah menggalakkan perkongsian pendapat dan fikiran antara kaun-kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu, menjadikan forum lebih bermakna dan tersendiri. Berikut merupakan senarai nama Jawatankuasa Penganjur:

Pengerusi:
 Cheng Lee Whee
Setiausaha:
 Fang Pei Fen
Bendahari:
 Ng Tee Neng
Ajk Forum dan Program:
Ang Pei Shan, Ngo Jian Yee,  Ong Peei Yee, Silvarajah A/L Erusam, Santha Letchmy A/P  Perumal, Kavian
AJK Tiket:  
Sia Chow Hock,  Mohan A/L Periyasamy
AJK Terbitan Edisi Khas
 Nyam Kee Han, Yong Siew Lee, Choo Shinn Chei
Pengacara Majlis
Cheng Lee Whee, Sangeetha A/P Krishnan

Terbitan Majalah Edisi Khas Ulang Tahun ke-10

Selain menganjurkan forum serta jamuan, Jawatankuasa Kerja FOS Johor juga akan menerbitkan <Majalah Edisi Khas Ulang Tahun ke-10 Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM Johor> (dalam Bahasa Mandarin). Majalah 60 mukasurat ini mengandungi Ucapan Biro Pengerusi Jawatankuasa Kerja FOS Johor,  Laporan yang disediakan oleh Sekretariat FOS Johor dan  7 dokumen bersejarah yang mempunyai makna simbolik bagi Jawatankuasa Kerja FOS Johor dan perkembangannya.

Antaranya  artikel <10 tahun Perjuangan Jawatankuasa Kerja FOS Johor> merupakan laporan yang menyimpulkan aktiviti-aktiviti penting dan pengalaman perjuangan 10 tahun JK FOS Johor. Laporan ini fokus dalam menggambarkan peningkatan kesedaran politik JK FOS Johor dalam kerja demokratik dan hak assasi manusia melalui kerja-kerja dalam 10 tahun  ini. Laporan tersebut telah dihantar kepada parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan sosial  dan media massa di seluruh negara sebelum Hari Merdeka, dan dipaparkan di blog JK FOS Johor suaramjb1.blogspot.com,untuk dilayari oleh pengguna internet.

Antara kandungan majalah juga termasuk "Perbincangan Ringkas 3 Persoalan Dalam Perlembagaan" yang dikemaskini oleh Peguam Yang Pei Keng baru-baru ini.
    
Semua yang berminat perlu membeli kupon untuk menyertai Forum dan Jamuan ulang tahun ke-10 Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Negeri Johor. Harga satu kupon adalah RM35,  V.I.P seat RM1000 / meja (sejumlah 5 meja). 500 kupon (500 peserta) telah disediakan dan habis dijualkan.  Segala persoalan untuk menghadiri forum dan majlis tersebut, sila hubungi Fang Pei Fen (016-7782707)  atau emel ke suaramjb1@gmail.com .

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)