Monday, July 23, 2012

Kerajaan Harus Membenarkan Waytha Moorthy Kembali dengan Selamat

Kerajaan Harus Membenarkan Waytha Moorthy Kembali dengan Selamat

Kenyataan FOS Johor 23 Julai 2012


Perhimpunan anjuran Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang disertai 30 ribu orang di Kuala Lumpur pada 25 November 2007 telah menyuarakan kemarahan masyarakat etnik India terhadap peminggiran sejak kemerdekaan dan menunjukkan ketegasan mereka untuk memperjuangkan kedudukan dan maruah bangsa. Tindakan Hindraf tersebut telah menarik perhatian dalam dan luar negara dan menggegarkan kerajaan UMNO-BN. Menimbangkan bahawa beliau mungkin akan ditahan, Waytha Moorthy selaku pemimpin utama Hindraf, meninggalkan negara ini pada hari berikutnya, supaya dapat terus memimpin perjuangan untuk kepentingan dan maruah bangsa.

Pada 13 Disember 2007, 5 pemimpin HINDRAF telah ditahan di bawah ISA seperti yang dijangka. Mereka dibebaskan secara berasingan pada bulan April dan Mei 2009. Pada 21 April 2008, apabila belayar ke UK, Waytha Moorthy diberitahu oleh Jabatan Imigresen UK bahawa “pasport dia telah dibatalkan oleh kerajaan Barisan Nasional”. Beliau terpaksa hidup dalam buangan semenjak itu.

Balasan rasmi Jabatan Imigresen UK bertarikh 23 September 2008 kepada peguam Waytha Moorthy menyatakan bahawa kerajaan BN Malaysia memaklumkan kepada pihak berkuasa British dalam surat bertarikh 14 Mac 2008 bahawa “pasport Waytha Moorthy telah dibatalkan kerana beliau menghadapi tuduhan jenayah”. Pada 2 Julai 2008, kerajaan BN sekali lagi menulis kepada pihak British untuk mendesak pihak British memulangkan pasport Waytha Moorthy kepada kerajaan Malaysia.

Setelah pasportnya dibatalkan, Waytha Moorthy memohon suaka politik dan mendapat dokumen perjalanan daripada kerajaan British yang diberikan mengikut “Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Status Pelarian”. Beliau kini bebas bergerak di seluruh dunia, kecuali Malaysia, untuk meneruskan perjuangan memelihara maruah dan hak-hak masyarakat bangsa India miskin di Malaysia.

Beliau memfailkan saman undang-undang ke atas kerajaan British di mahkamah London 2 Julai lalu. Alasan saman itu ialah: Sejak Kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, kerajaan British meninggalkan masyarakat India dan membiarkannya diperintah oleh rejim UMNO yang bersifat perkauman. Dalam keadaan ini, kerajaan British mesti bertanggungjawab terhadap nasib masyarakat India di Malaysia.

Waytha Moorthy yang mewakili masyarakat India miskin di Malaysia telah menyebarluaskan “Institusional perkauman di Malaysia telah membawa penderitaan berpanjangan kepada masyarakat tertindas” kepada rakyat dan kerajaan seluruh dunia. Kini, sudah tiba masanya untuk beliau kembali ke negara tercintanya untuk meneruskan perjuangan revolusi neo-demokratik bersama-sama dengan rakyat tertindas.

Hindraf telah mengumum bahawa pemimpin berwawasan dan berani ini akan pulang ke Malaysia pada 1 Ogos (Rabu). Sebagai sebuah organisasi akar umbi yang memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi, Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor menyokong penuh pendirian benar dan tindakan tegas Hindraf. Kami berpendapat teguh bahawa –

1. Perjuangan untuk memelihara maruah dan hak-hak masyarakat India di bawah kepimpinan Waytha Moorthy dan rakan-rakannya, adalah sebuah gerakan sosial yang menentang diskriminasi kaum dan penindasan kaum. Ia bukan aktiviti perkauman yang mencabuli hak asasi manusia atau hak-hak kaum-kaum lain, ia sudah tentu bukan aktiviti ganas yang mengancam keselamatan negara. Kerajaan BN tidak dapat mengemukakan fakta dan sebab yang meyakinkan untuk mengambil tindakan dan menahan Waytha Moorthy setakat ini. Fakta berikut merupakan penjelasan yang terbaik:

Menurut laporan media1, kedua-dua Menteri Keselamatan Dalam Negeri dahulu dan semasa Syed Hamid Albar dan Hishamuddin Hussein masih menafikan bahawa kerajaan BN telah membatalkan pasport Waytha Moorthy, walaupun kerajaan BN telah memaklumkannya kepada kerajaan British. Sehingga kini, kerajaan masih enggan mengakui perkara ini secara terbuka.

Menurut laporan Malay Mail bertarikh 6 Oktober 20092, Ketua Polis Negara (pada masa tersebut) Musa Hassan berkata, polis tidak akan mengeluarkan waran tangkap terhadap Waytha Morthy sekiranya beliau pulang ke Malaysia kerana pihak polis tidak mempunyai alasan untuk menangkap beliau.

2. Waytha Moorthy dan Hindraf telah melancarkan pelbagai perjuangan dalam bentuk dan isi yang berlainan. Walaupun mereka mengistiharkan bahawa perjuangan mereka adalah “Revolusi Neo-Demokratik”, ia bukan sahaja tidak melanggar mana-mana undang-undang negara, malah selaras dengan “Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat” dan Perjanjian-perjanjian Antarabangsa yang dipersetujui oleh Malaysia.

Perkara 13 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat: (1) Setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk bergerak dan bermastautin dalam mana-mana sempadan negara; (2) Setiap orang berhak untuk meninggalkan mana-mana negara termasuk negaranya sendiri dan kembali semula ke negaranya. Perkara 14: (1) Setiap orang mempunyai hak untuk memohon dan mendapat perlindungan politik daripada negara lain untuk mengelakkan dari penganiayaan. Perkara 19: Setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan memberi pendapat; Hak ini termasuklah kebebasan berpegang kepada pendirian tanpa gangguan, kebebasan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui mana-mana medium dan tanpa mengira sempadan.

Walaupun tindakan kerajaan BN membatalkan (ataupun merampas) pasport Waytha Moorthy tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh, Waytha Moorthy terus berulang-alik di banyak negara untuk meneruskan kerja-kerja yang belum selesai, dengan menggunakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan British dibawah “Konvensyen Mengenai Status Pelarian”. Tindakan beliau adalah berpatutan, munasabah dan berdasarkan undang-undang serta mematuhi Konvensyen Antarabangsa yang diikthiraf oleh banyak negara seluruh dunia.

Oleh sebab itu, kerajaan BN patut kembalikan pasport Waytha Moorthy dan membenarkan beliau pulang ke negaranya dengan selamat pada 1 Ogos.

Kami mengalu-alukan kepulangan pemimpin berwawasan dan berani ini, untuk terus menjalankan perjuangan memelihara maruah dan hak-hak masyarakat India yang terpinggir serta hak dan kesejahteraan masyarakat yang lain, sehingga revolusi neo-demokratik yang diperjuangkan oleh pelbagai kaum membawa hasil.


0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)