Waytha Moorthy dan Pemimpin Lain Pasti Disingkir oleh Rakyat
kerana Mengkhianati Masyarakat India demi Kepentingan Perseorangan
瓦达慕迪等人谋取权位官职 出卖族群利益必遭人民唾弃

Penterjemahan Kenyataan Media yang Dikeluarkan oleh
Sahabat Rakyat Johore Working Committee dalam Bahasa Mandarin
pada 24 April 2013

Pada 18hb April 2013, pucuk pimpinan HINDRAF yang diketuai oleh Waytha Moorthy dan N. Ganesan telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman yang digelar “Pelan Tindakan Lima Tahun Hindraf – BN untuk Masyarakat India” (“Memorandum”) dengan klik pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Najib. Mengenai perkembangan ini, Sahabat Rakyat Johor Working Committee ingin mengemukakan sebuah kenyataan seperti berikut:
1. Memorandum itu merupakan satu jualbeli politik “I help you, you help me” antara klik pemerintahan BN dan pucuk pemimpin HINDRAF — Berdasarkan kerjasama yang disebut dalam Memorandum, Najib berjanji akan meneruskan usaha melibatkan masyarakat India dalam pembangunan negara selepas PRU 13. Waytha Moorthy menggesa masyarakat India mengberi sokongan kepada BN dalam pilihanraya ini agar membolehkan BN mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. Hubungan kerjasama kedua-dua pihak itu hanya berasaskan perjanjian Najib dengan Waytha Moorthy dalam empat bidang sahaja, iaitu meningkatkan taraf kehidupan pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu kewarganegaraan, dan peluang pendidikan dan perniagaan.
Pada hakikatnya, nasib masyarakat India serupa dengan kaum minoriti yang lain dalam negara ini. Setelah diperintah oleh penjajah British selama melebihi 50 tahun, mereka telah mengalami pemerintahan kerajaan Perikatan dan seterusnya kerajaan BN selama lebih daripada 50 tahun. Pada tahun 2007, HINDRAF telah memimpin masyarakat India dalam melaungkan kemarahan mereka terhadap kerajaan penjajah British dan klik pemerintahan negara ini, supaya dilema masyarakat India terpinggir dapat diatasi. Sejak demonstrasi itu, selama lima tahun, termasuk PRU 12, telah berlalu. Dalam tempoh 5 tahun itu, klik pemerintahan BN tidak pernah mengambil sebarang langkah reformasi yang serius dan berkesan terhadap sistem politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sosial. Selama ini, mereka yang berfahaman perkauman selama ini meminggirkan masyarakat India dan kaum minoriti yang lain.
Kebelakangan ini, hentaman gelombang reformasi rakyat pelbagai kaum yang menuntut reformasi telah menggugat kedudukan klik pemerintahan BN. Namun, dua hari sebelum hari penamaan calon PRU 13, Waytha Moorthy dan N. Ganesan telah menandatangani Memorandum dengan Najib. Mereka menyeru agar rakyat masyarakat India menyokong BN untuk meneruskan pemerintahannya. Mereka berniat “menjualkan” pengundi-pengundi kaum India kepada Najib dan klik pemerintahan BN demi memperolehi jawatan dan kuasa serta kepentingan individu. Ternyatalah niat tersebut bercanggah dengan aspirasi dan tindakan rakyat jelata untuk menggulingkan UMNO-BN.
2. Akar Umbi dan Kader HINDRAF tidak harus membenarkan pemimpin mereka mengetepikan dan menggugurkan “Tuntutan Teras” demi kepentingan perseorangan — Semasa terpaksa meninggalkin negeri, Waytha Moorthy atas nama pemimpin The Human Rights Foundation Malaysia (yang sebenarmya mewakili HINDRAF) pernah mengumumkan sebuah laporan yang bertajuk “Kebebasan Keagamaan dan Institusionalisasi Perkauman Di Malaysia” (Institutional Racism and Religious freedom in Malaysia). HINDRAF juga pernah melancarkan e-petisyen sedunia, yang menuntut kerajaan Malaysia agar memansuhkan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, dan memansuhkan segala dasar dan perkara perundangan yang berbau perkauman, di samping itu melayan semua rakyat secara sama rata. Selepas Waytha Moorthy kembali ke tanah air pada 1 Ogos 2012, dia menitikberatkan pendirian konkrit itu secara terbuka di merata tempat. Boleh disimpulkan bahawa HINDRAF berjuang demi mempertahankan hak, kepentingan dan maruah masyarakat India yang miskin dan terpinggir.
Sebenarnya, tindakan HINDRAF telah menunjukkan bahawa masyarakat India telah menjadikan tuntutan kesamarataan hak rakyat pelbagai kaum seluruh negara sebagai agenda perbincangan nasional. Jika tindakan tersebut yang adil, munasabah, dan sah dari segi undang-undang berterusan, maka itulah masa berakhirnya pemerintahan Najib dan hegemoni UMNO. Oleh yang demikian, akar umbi dan kader HINDRAF tidak harus membenarkan Waytha Moorthy, N. Ganesan atau sesiapa pun mengetepikan dan menggugurkan “Tuntutan Teras” demi mendapatkan jawatan dan kepentingan individu. Mereka tidak harus membenarkan masyarakat India ditipu untuk meyokong klik pemerintahan UMNO BN. Sebaliknya, akar umbi dan kader HINDRAF harus berpendirian bersama-sama rakyat pelbagai kaum, parti-parti dan pertubuhan demokratik, agar klik pemerintahan UMNO BN dapat ditongsampahkan.
3. Waytha Moorthy dan N. Ganesan telah berdosa kerana mengkhianati masyarakat India dan menjadi rakan sejenayah kepada klik pemerintahan dalam memecahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum — Dalam majlis tandatangan Memorandum itu, Waytha Moorthy dan N. Ganesan menyeru kepada pengundi masyarakat India supaya menyokong BN dalam PRU 13 unyuk membolehkan BN mencapai kerusi majoriti dua pertiga di parlimen. Dengan itu, Waytha Moorthy dan N. Ganesan mengkhianati masyarakat India sebagai golongan tertindas. Pada masa genting ini, mereka “menerima pengampunan dan berlutut” kepada klik pemerintahan BN. Niat mereka adalah mengubahkan ciri HINDRAF. Mereka menjadikan HINDRAF sebagai alat kepada klik pemerintahan BN untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat.
Mereka memancing undi berterang-terang untuk BN. Dengan itu, Waytha Moorthy dan N. Ganesan tidak berbezanya dengan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN seperti MIC dan PPP yang menipu masyarakat India agar mempercayai janji BN lagi. Tindakan mereka sebenarnya mendorong masyarakat India terus menerima pemerintahan hegemoni perkauman BN. Demi kepentingan perseorangan, mereka telah menghancurkan peluang penting untuk masyarakat India bersatupadu dengan kaum-kaum yang lain dalam usaha menumbangkan klik pemerintahan UMNO BN. Mereka bukan sahaja berdosa kerana mengkhianati masyarakat India, malah berperanan sebagai rakan sejenayah kepada klik pemerintahan BN dalam memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum.
4. Waytha Moorthy dan N. Ganesan atau Pemimpin lain-lain pasti akan dikeji kerana membelot daripada pendirian HINDRAF dan sebaliknya berpendirian menentang rakyat pelbagai kaum seluruh negara —Sebelum ini, para pemimpin HINDRAF, terutamanya Waytha Moorthy dan N. Ganesan, telah berpendapat bahawa pemerintahan kerajaan Perikatan, dan kdmudiannya kerajaan BN, yang didominasi UMNO berasaskan institusionalisasi perkauman selama 56 tahun ini, merupakan punca akar kepada dilema masyarakat Cina, India dan kaum minoriti lain-lain yang ditindas, didiskriminasi dan dipinggir. Namun, mereka telah mengambil pendirian menentang rakyat pelbagai kaum sekarang.
Menurut sejarah, sesiapa sahaja yang membelot kepentingan kaum dan masyarakat sudah barang tentu akan disingkir oleh rakyat. Oleh itu, Waytha Moorthy, N. Ganesan atau para pemimpin lain-lain yang akan sehaluan dengan mereka tidak akan dikecualikan, tetap akan disingkir oleh akar umbi HINDRAF, rakyat jelata masyarakat India dan pelbagai kaum. Hanya dengan menyingkirkan khayalan terhadap program transformasi yang diwar-warkan oleh klik hegemoni UMNO, dan menyingkirkan khayalan bahawa pemimpin atasan parti-parti komponen BN akan membela hak dan kepentingan kaum masing-masing, serta mencapai perpaduan kalangan rakyat semua kaum tanpa mengira kelas, aliran parti politik dan agama, baharulah aspirasi untuk pengubahan demokratik negara kita dapat dilaksanakan.
1. Memorandum itu merupakan satu jualbeli politik “I help you, you help me” antara klik pemerintahan BN dan pucuk pemimpin HINDRAF — Berdasarkan kerjasama yang disebut dalam Memorandum, Najib berjanji akan meneruskan usaha melibatkan masyarakat India dalam pembangunan negara selepas PRU 13. Waytha Moorthy menggesa masyarakat India mengberi sokongan kepada BN dalam pilihanraya ini agar membolehkan BN mendapat majoriti dua pertiga dalam parlimen. Hubungan kerjasama kedua-dua pihak itu hanya berasaskan perjanjian Najib dengan Waytha Moorthy dalam empat bidang sahaja, iaitu meningkatkan taraf kehidupan pekerja ladang yang tersesar, menyelesaikan isu kewarganegaraan, dan peluang pendidikan dan perniagaan.
Pada hakikatnya, nasib masyarakat India serupa dengan kaum minoriti yang lain dalam negara ini. Setelah diperintah oleh penjajah British selama melebihi 50 tahun, mereka telah mengalami pemerintahan kerajaan Perikatan dan seterusnya kerajaan BN selama lebih daripada 50 tahun. Pada tahun 2007, HINDRAF telah memimpin masyarakat India dalam melaungkan kemarahan mereka terhadap kerajaan penjajah British dan klik pemerintahan negara ini, supaya dilema masyarakat India terpinggir dapat diatasi. Sejak demonstrasi itu, selama lima tahun, termasuk PRU 12, telah berlalu. Dalam tempoh 5 tahun itu, klik pemerintahan BN tidak pernah mengambil sebarang langkah reformasi yang serius dan berkesan terhadap sistem politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sosial. Selama ini, mereka yang berfahaman perkauman selama ini meminggirkan masyarakat India dan kaum minoriti yang lain.
Kebelakangan ini, hentaman gelombang reformasi rakyat pelbagai kaum yang menuntut reformasi telah menggugat kedudukan klik pemerintahan BN. Namun, dua hari sebelum hari penamaan calon PRU 13, Waytha Moorthy dan N. Ganesan telah menandatangani Memorandum dengan Najib. Mereka menyeru agar rakyat masyarakat India menyokong BN untuk meneruskan pemerintahannya. Mereka berniat “menjualkan” pengundi-pengundi kaum India kepada Najib dan klik pemerintahan BN demi memperolehi jawatan dan kuasa serta kepentingan individu. Ternyatalah niat tersebut bercanggah dengan aspirasi dan tindakan rakyat jelata untuk menggulingkan UMNO-BN.
2. Akar Umbi dan Kader HINDRAF tidak harus membenarkan pemimpin mereka mengetepikan dan menggugurkan “Tuntutan Teras” demi kepentingan perseorangan — Semasa terpaksa meninggalkin negeri, Waytha Moorthy atas nama pemimpin The Human Rights Foundation Malaysia (yang sebenarmya mewakili HINDRAF) pernah mengumumkan sebuah laporan yang bertajuk “Kebebasan Keagamaan dan Institusionalisasi Perkauman Di Malaysia” (Institutional Racism and Religious freedom in Malaysia). HINDRAF juga pernah melancarkan e-petisyen sedunia, yang menuntut kerajaan Malaysia agar memansuhkan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, dan memansuhkan segala dasar dan perkara perundangan yang berbau perkauman, di samping itu melayan semua rakyat secara sama rata. Selepas Waytha Moorthy kembali ke tanah air pada 1 Ogos 2012, dia menitikberatkan pendirian konkrit itu secara terbuka di merata tempat. Boleh disimpulkan bahawa HINDRAF berjuang demi mempertahankan hak, kepentingan dan maruah masyarakat India yang miskin dan terpinggir.
Sebenarnya, tindakan HINDRAF telah menunjukkan bahawa masyarakat India telah menjadikan tuntutan kesamarataan hak rakyat pelbagai kaum seluruh negara sebagai agenda perbincangan nasional. Jika tindakan tersebut yang adil, munasabah, dan sah dari segi undang-undang berterusan, maka itulah masa berakhirnya pemerintahan Najib dan hegemoni UMNO. Oleh yang demikian, akar umbi dan kader HINDRAF tidak harus membenarkan Waytha Moorthy, N. Ganesan atau sesiapa pun mengetepikan dan menggugurkan “Tuntutan Teras” demi mendapatkan jawatan dan kepentingan individu. Mereka tidak harus membenarkan masyarakat India ditipu untuk meyokong klik pemerintahan UMNO BN. Sebaliknya, akar umbi dan kader HINDRAF harus berpendirian bersama-sama rakyat pelbagai kaum, parti-parti dan pertubuhan demokratik, agar klik pemerintahan UMNO BN dapat ditongsampahkan.
3. Waytha Moorthy dan N. Ganesan telah berdosa kerana mengkhianati masyarakat India dan menjadi rakan sejenayah kepada klik pemerintahan dalam memecahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum — Dalam majlis tandatangan Memorandum itu, Waytha Moorthy dan N. Ganesan menyeru kepada pengundi masyarakat India supaya menyokong BN dalam PRU 13 unyuk membolehkan BN mencapai kerusi majoriti dua pertiga di parlimen. Dengan itu, Waytha Moorthy dan N. Ganesan mengkhianati masyarakat India sebagai golongan tertindas. Pada masa genting ini, mereka “menerima pengampunan dan berlutut” kepada klik pemerintahan BN. Niat mereka adalah mengubahkan ciri HINDRAF. Mereka menjadikan HINDRAF sebagai alat kepada klik pemerintahan BN untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat.
Mereka memancing undi berterang-terang untuk BN. Dengan itu, Waytha Moorthy dan N. Ganesan tidak berbezanya dengan pemimpin-pemimpin parti-parti komponen BN seperti MIC dan PPP yang menipu masyarakat India agar mempercayai janji BN lagi. Tindakan mereka sebenarnya mendorong masyarakat India terus menerima pemerintahan hegemoni perkauman BN. Demi kepentingan perseorangan, mereka telah menghancurkan peluang penting untuk masyarakat India bersatupadu dengan kaum-kaum yang lain dalam usaha menumbangkan klik pemerintahan UMNO BN. Mereka bukan sahaja berdosa kerana mengkhianati masyarakat India, malah berperanan sebagai rakan sejenayah kepada klik pemerintahan BN dalam memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum.
Menurut sejarah, sesiapa sahaja yang membelot kepentingan kaum dan masyarakat sudah barang tentu akan disingkir oleh rakyat. Oleh itu, Waytha Moorthy, N. Ganesan atau para pemimpin lain-lain yang akan sehaluan dengan mereka tidak akan dikecualikan, tetap akan disingkir oleh akar umbi HINDRAF, rakyat jelata masyarakat India dan pelbagai kaum. Hanya dengan menyingkirkan khayalan terhadap program transformasi yang diwar-warkan oleh klik hegemoni UMNO, dan menyingkirkan khayalan bahawa pemimpin atasan parti-parti komponen BN akan membela hak dan kepentingan kaum masing-masing, serta mencapai perpaduan kalangan rakyat semua kaum tanpa mengira kelas, aliran parti politik dan agama, baharulah aspirasi untuk pengubahan demokratik negara kita dapat dilaksanakan.
0 comments:
Post a Comment