Monday, February 23, 2009

SUARAM JB Menyeru Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) Menerima Tiga Tuntutan Utama

【Kenyataan Akhbar SUARAM caw JB pada 21hb Februari 2009】

Sejak tahun 2003, kerajaan Barisan Nasional yang didominasi oleh hegemoni UMNO telah melaksanakan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke atas murid-murid darjah satu di sekolah rendah secara menyeluruh. Pelaksanaan dasar ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam setiap kaum secara umumnya. Pertubuhan-pertubuhan pelbagai bangsa dan parti-parti politik yang mewakili kepentingan bangsa masing-masing turut mengutarakan bantahan yang keras terhadap pelaksanaan dasar ini. Kerajaan BN berjanji akan menilai dasar ini selepas 6 tahun melaksanakannya, dimana Bahasa Inggeris akan digunakan secara menyeluruh dalam kertas soalan ujian UPSR pada tahun 2008 dan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dijadikan sebagai penentu untuk memutuskan sama ada meneruskan atau membatalkan dasar ini. Kementerian Pelajaran Malaysia turut mengadakan rundingan meja bulat PPSMI sebanyak 6 kali bertujuan mengumpul pandangan rakyat. Akan tetapi, tiada kesan menunjukkan kerajaan BN berhasrat memansuhkan dasar ini.

Para sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan Bangsa Melayu telah bergabung menubuhkan satu Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada 31 Januari 2009 dan mengemukakan tuntutan memansuhkan PPSMI. Ini menunjuk bahawa bukan sahaja kaum Cina dan kaum India membantah secara keras keatas dasar PPSMI, bahkan kaum Melayu sendiri telah bangkit membantah dasar yang tidak munasabah ini kerana telah mengenali bahawa PPSMI merupakan satu dasar yang tidak rasional dan akan merbahayakan pembangunan negara dan pendidikan Bahasa Ibunda setiap kaum. Ini menunjuk rasional dan regitimasi pendirian memperjuangkan Bahasa Ibunda bangsa masing-masing sebagai bahasa pengantara di sekolah rendah dan menengah dan perjuangan untuk mengekalkan dan membangunkan pendidikan bahasa Ibunda bangsa masing-masing yang dijalankan selama ini oleh rakyat pelbagai bangsa negara kita tidak perlu dipertikaikan.

Penubuhan “Gabungan Mansuhkan PPSMI” dan aktiviti yang dijalankan oleh GMP jelas menunjukkan bahawa rasa tidak puas hati kaum Melayu terhadap PPSMI telah berkembang sehingga membentuk satu kuasa yang berorganisasi. GMP perlu mengutarakan matlamat muktamadnya dengan jelas dan tegas dimana bahasa pengantara pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di semua jenis sekolah mesti dikembalikan kepada bahasa ibunda bangsa itu sendiri, dan bukannya sekadar menggantikan penggunaan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama semata-mata. Hanya dengan pendirian GMP yang sebegitu jelas, barulah keraguan dan rasa khuatir bangsa-bangsa selain bangsa Melayu dapat dihapuskan, dan seterusnya barulah gerakan ini dapat menggemblengkan tenaga Rakyat pelbagai bangsa dalam mencapai matlamat bersama, iaitu memansuhkan dasar PPSMI.


Intepretasi sempit GAPENA terhadap perkara-perkara perlembagaan membimbangkan masyarakat

Pada 15hb Feb 2009, Ketua Satu Gabung Penulis Nasional (GAPENA) Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Hussein telah membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields untuk membantah pelaksanaan dasar PPSMI yang dikatakan tidak sah di sisi undang-undang. Dasar ini dikatakan bertentangan dengan Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 di samping bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah-sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan daripada sub seksyen ini.

Manakala Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang bahawa tiada siapa boleh dilarang atau dihalang menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain. Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahawa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi maksud rasmi (Penelitian ke atas perlembagaan menunjukan perkara 152(6) adalah tidak sama dengan yang disebut di atas).

Beliau juga mengatakan bahawa cawangan GAPENA di seluruh negara akan membuat laporan polis yang sama di kawasan masing-masing.

Pada hari berikutnya (16hb Feb 2009), Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menyokong tindakan dan persepsi GAPENA. Pengerusi GMP Dato' Dr. Hassan Ahmad (bekas Pengarah DBP) menyeru rakyat Malaysia hadir ke perhimpunan 100 ribu orang yang dianjurkan oleh GMP pada 7hb. Mac ini untuk menuntut kerajaan memansuhkan perlaksanaan PPSMI.

Kami berasa ragu-ragu dan khuatir sama ada pendirian dan matlamat perjuangan memansuhkan PPSMI GAPENA adalah untuk menuntut supaya bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) menggantikan bahasa Inggeris sebagai satu-satunya bahasa pengantara dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, dan bukannya bahasa Ibunda masing-masing dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah aliran tersebut. Dalam kata lain, seperti di Sekolah Kebangaan, SJK (C) dan SJK (T) bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) wajib dijadikan sebagai bahasa penghantara dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik selepas PPSMI dimansuhkan.


Menuntut Mengembalikan Bahasa Ibunda pelbagai bangsa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik secara menyeluruh

Suaram (cawangan Johor Bahru) dan Friends of Suaram (FOS) Johor berasa khuatir dan risau terhadap tindakan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) memetik Sekyen 17(1) Akta Pendidikan 1996 serta menggunakan pendekatan sempit untuk intepretasikan perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan semasa membuat laporan polis, dan telah mendapat sokongan kuat daripada GMP. Kami dengan sepenuh hati berharap tuntutan GMP untuk memansuhkan Dasar PPSMI dibuat atas dasar menghormati budaya dan bahasa pelbagai bangsa. Kami juga berharap GMP bersetuju dengan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda pelbagai bangsa sebagai bahasa pengantara pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah aliran masing-masing.


Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum berhak untuk menerima layanan yang adil dan samarata. Kaum minoriti termasuk kaum Cina, India, Kadazan Dusun, Iban dan lain-lain, mempunyai hak untuk mengajar dan belajar dengan bahasa ibunda kaum masing-masing.


Berhubung dengan Dasar PPSMI, kami secara tegasnya menuntut agar mengembalikan penggunaan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantara dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah pelbagai aliran, di mana SJK(C) menggunakan Bahasa Mandarin dan SJK(T) menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantara. Bahkan kaum minority lain seperti Kadazan Dusun dan Iban juga harus diberi peluang untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantara dalam pendidikan apabila keadaan mengizinkan.


Membantah Tegas Dasar Se-budaya,
Layanan Samarata bagi Bahasa Ibunda Kaum Minoriti

Mana-mana dasar dan sistem pendidikan yang bermotif untuk mengasimilasikan bangsa lain (pelbagai kaum minoriti negara kita) secara paksaan (bukan asimilasi yang berlaku secara semulajadi), adalah tidak sepadan dengan kenyataan bahawa Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk berbilang kaum dan budaya. Kami berharap agar rakyat pelbagai bangsa boleh bekerjasama dengan ikhlas untuk memperjuangkan hak pendidikan bahasa ibunda pelbagai bangsa. Kami dengan tegasnya membantah dasar kebudayaan negara yang “Mengecualikan bahasa bangsa lain, mengagung-agungkan budaya Melayu”, serta membantah sistem pendidikan yang berasaskan unsur se-budaya.


Dalam zaman globalisasi kini, kita harus menilai semula sistem pendidikan negara kita secara menyeluruh dengan sikap terbuka, prularisasi, bebas dan progresif. Kita harus memberi penekanan pada fungsi utama pendidikan yang mengutamakan pencungkilan potensi seseorang insan, penyediaan modal insan, serta memupuk kreativiti, inisiatif dan kebolehan pembelajaran kendiri pelajar. Kami membantah pendidikan dijadikan sebagai alat yang dipergunakan oleh hegemoni pemerintah untuk memerintah kaum lain. Akta Pendidikan 1996 tidak memperuntukan taraf samarata kepada perkembangan pendidikan bahasa ibunda kaum Cina, India dan lain-lain kaum minoriti.


Menghormati hak pendidikan bahasa ibunda semua kaum,
Bersama wujudkan keadaan ‘wujud bersama, makmur bersama’antara kaum

Dengan itu, kami menyeru “Gabungan Mansuhkan PPSMI” menerima 3 tuntutan utama yang dikemukakan dalam memorandum yang ditandatangani oleh 53 badan-badan NGO dan parti-parti politik termasuk pertubuhan kebudayaan, badan alumni, pertubuhan anak muda, parti politik (antaranya termasuk 6 Badan-badan NGO dan parti-parti politik yang berasaskan kaum India iaitu Malaysian Tamil Education Research & Development Foundation, Persahabatan Semparuthi (Johor), Parti Sosialis Malaysia(PSM), Persatuan Artis Tamil Malaysia Negeri JOHOR, Persatuan Tamil Neri Malaysia, Persatuan Teksi dan Kereta Sewa India Johor), serta 14 Badan-badan NGO dan parti-parti politik yang berasaskan kaum Melayu iaitu Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Teras Pengupayaan Melayu Johor, Yayasan Amal Malaysia Negeri Johor, Persatuan Ulama Malaysia Negeri Johor, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Zon Selatan, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor, Ikatan Mahasiswa Islam Johor, Jabatan Amal Malaysia (Johor), Kelab Usahawan Muslim Johor, Parti Keadilan Rakyat Johor, Parti Rakyat Malaysia, Persatuan Silat Kalimah Johor Bahru, Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas, Sekretariat Silat Kalimah Antarabangsa (SKA)) dan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 4hb Ogos 2008 untuk menghapuskan perasaan khuatir dan kerisauan kaum-kaum bukan Melayu.

I. Memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dengan serta-merta;

II. Mengembalikan penggunaan bahasa ibunda bangsa masing-masing sebagai bahasa pengantara dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik;

III. Menghormati hak asasi rakyat pelbagai bangsa untuk mendapat pendidikan di dalam Bahasa Ibunda masing-masing.

Kami menegaskan bahawa, kami setuju dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi (Bahasa Kebangsaan) dan sebagai bahasa komunikasi sesama kaum, tetapi tidak setuju kerajaan BN atau mana-mana pertubuhan dan parti politik atau individu menjadikan memajukan dan memperkasakan bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai sebab atau alasan bagi menyekat pembangunan bahasa, budaya dan pendidikan orang bukan melayu. Kita sepatutnya menghormati dan menggalakkan pembangunan yang sepenuhnya bahasa dan budaya kaum minoriti. Jadikan budaya berbilang bangsa sebagai aset budaya yang bereharga di negara Malaysia, supaya satu masyarakat harmoni berbilang kaum dapat dibentuk berasaskan perinsip ‘wujud bersama, makmur bersama’.


Suaram Cawangan Johor Bahru
Jawatankuasa Sahabat Suaram Johor
21hb Februari 2009


Kenyataan Akhbar dalam bahasa lain:
Chinese - 大马人民之声(新山支会) 吁请“废除英语教数理联盟”(GMP)接纳三大诉求
English - We urge GMP to adopt our three demands

Artikel berkaitan:
Pelajar Sekolah Rendah: Kami mahukan Bahasa Ibunda Dalam UPSR!
Menuntut Mengembalikan Bahasa Ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek Sains dan Matematik /争取恢复小学母语母文教授数理
小学生:我要用母语考试!
呼吁所有党团通过提案, 反对数理英化政策
JOINT STATEMENT:恢复母语教学!

Surat Balas daripada GMP



0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)