Wednesday, January 20, 2010

Membuat Aduan Polis bukan satu kes jenayah, Pihak Berkuasa harus mengugurkan dakwaan terhadap Cheng Lee Whee!

Kenyataan Friends Of Suaram Committee Negeri Johor (FOS Johor) pada 19hb Januari 2010 adalah seperti di bawah:

Kes Ahli Secretariat Suaram JB, Cheng Lee Whee yang didakwa dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 akibat tindakan membuat laporan polis untuk mempertahankan hak-hak penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT), telah ditangguhkan ke 25hb Januari tahun ini (Isnin) sementara Peguam Negara mempertimbangkan tuntutan untuk mengugurkan dakwaan ke atas Cheng Lee Whee.

Penangguhan tersebut adalah hasil tindakan penghantaran petisyen oleh 35 pertubuhan dan parti kepada Peguam Negara di Putrajaya pada 24hb November 2009 (Selasa) untuk menuntut supaya pendakwaan terhadap Cheng digugurkan. Sebanyak 35 pertubuhan dan lebih kurang 500 individu telah mengabsah (endorse) petisyen tersebut.

Selain itu, Pemimpin Pakatan Rakyat, YB Lim Kit Siang telah mengadakan satu sidang akhbar di parlimen pada 10hb Disember 2009. Beliau turut mengutuk tindakan Pendakwa Raya yang mendakwa Cheng tersebut. Ahli Parlimen Kawasan Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj juga telah membangkitkan isu ini dalam parlimen pada 14hb Disember 2009.

Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Mohamad Hanafiah Zakaria (b/p Penguam Negara Malaysia) dalam surat kepada Suaram KL yang bertarikh 11hb Januari 2010 menyatakan bahawa Penguam Negara setuju untuk mengugurkan dakwaan terhadap Cheng Lee Whee. Namun demikian, Cheng dan penguam beliau Encik Hassan Karim masih belum menerima surat rasmi daripada pihak mahkamah yang mengesahkan pengguguran dakwaan ke atas Cheng Lee Whee.

Mengikut Encik Hassan Karim, Cheng Lee Whee tetap perlu hadir ke mahkamah pada 25hb bulan ini untuk menghadapi dakwaan, kecuali beliau sendiri atau Orang kena tuduh iaitu Cheng telah menerima surat rasmi yang mengesahkan pengguguran dakwaan tersebut. Dengan itu, FOS Johor menegaskan pendirian 35 pertubuhan dan parti Johor selama ini di sini iaitu “Pihak Berkuasa harus mengugurkan pendakwaan terhadap Cheng Lee Whee”.


Kami ingin menegaskan disini bahawa, kandungan laporan Polis Cheng Lee Whee adalah sah dan benar. Kami menegaskan bahawa tindakan pihak polis yang menggunakan gerombolan pasukan yang terlampau besar untuk membantu pihak pemaju menjalankan perobohan rumah dan pengusiran paksa adalah satu tindakan yang salah. Mengikut prosedur undang-undang, sebelum perbicaraan dan keputusan tentang kes rayuan penangguhan perobohan rumah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, pemaju tidak dibenarkan untuk melaksanakan perintah mahkamah untuk merobohkan rumah.

Kami menegaskan bahawa pendakwaan Jabatan Penguam Negara ke atas Cheng merupakan satu penindasan berlanjutan ke atas seorang pejuang hak asasi manusia. Pendakwaan ke atas Cheng juga merupakan penindasan terhadap SUARAM, Badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga penindasan ke atas mana-mana pertubuhan dan parti yang mempertahankan kebenaran dan menghormati hak asasi manusia. Kesimpulannya, pendakwaan ke atas Cheng merupakan satu titik hitam ke atas usaha negara kita untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokratik.


Kami menegaskan bahawa tindakan Cheng membuat aduan di Balai Polis merupakan satu tindakan yang mempraktiskan hak demokrasi serta melaksanakan kewajiban sebagai seorang rakyat Malaysia . Tindakan beliau tidak berniat buruk dan tidak bermotifkan kemudaratan mana-mana pihak.

Dengan itu, sekali lagi kami menegaskan bahawa membuat aduan polis bukan satu kes jenayah, pihak berkuasa harus mengugurkan pendakwaan ke atas saudari Cheng Lee Whee.


Friends Of Suaram Committee Negeri Johor(FOS Johor)

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)