Sunday, May 9, 2010

Kenyataan Akhbar Kali Ke-3 9hb Mei 2010 “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia”


Forum Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia ditetapkan
pada 15hb Mei di Johor Bahru


Datuk Seri Nizar, Dato Zaid Ibrahim, Yeo Yang Poh Berkongsi Pengalaman Diri

(Kenyataan Akhbar Kali Ke-3 9hb Mei 2010)

Forum “Kes MB Berkembar Perak: Kemelut Sistem Berperlembagaan Malaysia” anjuran bersama dua badan NGO, iaitu Persahabatan Semparuthi dan Friends of Suaram (FOS) Negeri Johor ditetapkan pada 15hb Mei 2010 (Sabtu). Forum akan bermula pada 8:30pm dan berakhir sebelum 11:30pm. Forum ini akan diadakan di Aras 4 Tropikal Inn (Alamat: 15, Jalan Gereja, 80100 JB), Johor Bahru. Forum ini terbuka kepada semua rakyat yang ambil berat tentang keadaan politik Negara kita. Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Panel jemputan Forum termasuk bekas Menteri Besar negeri Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Dato’ Zaid Ibrahim dan bekas pengerusi Majlis Peguam Negara Encik Yeo Yang Poh. Panel-panel akan membentang dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu (mengikut keperluan semasa dan ditentukan oleh Panelist) dan mengemukakan kertas perbincangan.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin merupakan key person dan watak penting dalam kes MB Berkembar Perak. Beliau akan berkongsi pengalamannya dan memberi ucapan menarik, dengan cara istimewa. Tajuk pembentangan beliau ialah “Krisis Perlembagaan Negeri Perak”.

Dato’ Zaid Ibrahim meletak jawatannya sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal kehakiman demi membantah penyalahgunaan ISA oleh kerajaan keatas orang ramai yang berlainan pandangan dengan kerajaan. Beliau merupakan seorang pemimpin politik kaum Melayu yang dikenali dan diberi perhatian ramai kerana berani menentang hegemoni perkauman UMNO. Tajuk artikel beliau ialah “Mengejar Keadilan” (Quest for Justice).

Yeo Yang Poh merupakan seorang peguam yang berpengalaman. Beliau telah memimpin Majlis Peguam Negara untuk tempoh yang agak panjang. Beliau menerima penghormatan dari kalangan masyarakat kerana komitted dalam usaha menyebarkan fahaman demokrasi dan hak asasi manusia. Tajuk ucapan beliau ialah “Krisis atau Ramalan” (Crisis or Prognosis).

Ketiga-tiga orang panel bersedia menjawab soalan daripada hadirin/hadirat yang berkaitan dengan tajuk forum ini selepas pembentangan mereka.

Selain itu, di bawah permintaan Jawatankuasa, Peguam Yang Pei Keng telah mengemaskinikan isi-isi penting artikel seorang Hakim bersara yang terkenal,.kepada sebuah artikel yang bertajuk “Pergumulan antara Sultan Perak dan Menteri Besar” (The tussle between the Sultan of Perak and Menteri Besar). Jawatankuasa akan mengumpulkan artikel ini bersama dengan kertas-kertas para panelis ke dalam buku kecil dan mengedar kepada semua para hadirin, dan ia boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang berminat membuat kajian terhadap tajuk forum ini.

Oleh sebab penghawa angin tempat forum agak kuat, Jawatankuasa mengingatkan para hadirin supaya membawa baju sejuk.

Sila hubungi Cik Fang Pei Fen (016-7782707) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)