Friday, January 21, 2011

Tuntutan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang

Tuntutan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang

20hb Januari 2011



Pada 20hb Jan 2011, 2pm, Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Johor bersama dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah China Johor, Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia (Jawatankuasa Johor Bahru), Persatuan Kwang Sai Segamat, Jawatankuasa Mempertahankan SJK(c) Damansara Asal, Kluang, Gerakan Demokratik Belia Dan Pelajar Malaysia (DEMA), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) Johor telah mengumumkan Tuntutan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di Dewan Mesyuarat Persatuan Tionghua Segamat. Berikut merupakan kenyataan tersebut:

Tuntutan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang

Pilihan raya kecil DUN Tenang yang bakal menjalankan penamaan pada 22hb Januari dan pengundian pada 30hb Januari menjelang dalam suasana seluruh rakyat Malaysia hangat menanti-nantikan pilihan raya umum ke-13. Sempena pilihan raya kecil ini, kami, pertubuhan-pertubuhan seperti dibawah, menyeru rakyat pelbagai kaum, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, parti-parti politik (samada parti komponen Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat atau parti-parti politik yang lain), wakil rakyat seluruh Negara serta bakal ADUN Tenang harus mendesak kerajaan untuk melaksanakan tiga tuntutan seperti di bawah:

(1) Mengwujudkan Semula Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Segamat—mengwujudkan semula SMSC Seg Hwa, ataupun menubuhkan SMSC China-Segamat

Sekolah Menengah Cina Seg Hwa terpaksa menukar aliran menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ekoran daripada perlaksanaan Akta Pendidikan 1961 oleh kerajaan. Setelah sekian lama menanggung akibat pedih keputusan tersebut, cadangan untuk mengujudkan semula SMSC Seg Hwa mula kedengaran dalam masyarakat Cina sekitar daerah Segamat. Pada 28hb. Mac.1986, 73 pertubuhan-pertubuhan Tiong Hua di Segamat memutusan secara rasmi untuk mengujudkan semula SMSC Seg Hwa. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia , pada 19hb November 1986, iaitu 8 bulan selepas permohonan dibuat, secara rasminya telah menolak permohonan ini tanpa ragu-ragu. Walaupun hasrat untuk mengwujudkan sebuah SMSC di Daerah Segamat yang rasional dan munasabah, pertubuhan-pertubuhan Tiong Hua seluruh Johor terpaksa mengemukakan hasrat ini melalui pendekatan yang lain, iaitu memohon untuk tubuahkan SMSC China-Segamat.

Kami berpendapat, perpaduan nasional dan pembangunan negara hanya akan tercapai dengan syarat kerajaan mengakui hak rakyat menerima pendidikan bahasa ibunda masing-masing dan memastikan multiculturalisme dalam pendidikan dan budaya Negara. Atas sebab itu, kami menuntut kerajaan supaya: Mengwujudkan semula Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) di Daearah Segama dengan-- samaada meluluskan permohonan mengwujudkan semula SMSC Seg Hwa, ataupun menubuhkan SMSC China-Segamat.

(2) Melayan Rakyat Berbilang Kaum dengan sama-rata

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk. Sumbangan rakyat berbilang kaum dalam mencapai kemerdekaan, memperkembangkan ekonomi negara serta membangunkan negara tidak boleh dinafikan. Akan tetapi, masih terdapat elit politiko yang gairah melaksanakan dasar rasisme yang menyinggung peasaan dan menindas hak-hak asas kaum minoriti..

Kami dengan ini menuntut:

(1) Mansuhkan akta-akta zalim seperti "Akta Pendidikan 1996"(yang bertujuan menghapuskan sistem pendidikan aliran Cina dan Tamil) dan "Akta Keselamatan Dalam Negeri";
(2) Menjamin peruntukan kewangan yang sistematik kepada sekolah Cina dan Tamil serta sekolah kaum minoriti yang lain seperti Iban, Kadazan-Dusun sebagai langkah untuk mengatasi halangan dan dilemma yang mengancam kewujudan dan perkembangan pendidikan bahasa ibunda kaum monoriti.
(3) Mansuhkan sistem kuota yang berasaskan perkauman dalam semua sektor.
(4) Mengiktiraf Sijil Unify Examination Certificate (UEC-Peperiksaan bersama semua pelajar di SMSC) dan membenarkan perkembangan pendidikan Cina, Tamil serta bahasa ibunda kaum lain.
(5) Kerajaan Negeri Johor peruntukan tanah untuk 9 buah Sekolah Menengah Swasta Cina (SMSC) dalam negeri Johor supaya mereka dapat beroperasi dan berkembang dengan stabil.

(3) Menarik Balik Segala Dakwaan Palsu Terhadap Lim Lian Geok

Kerakyatan Cikgu Lim Lian Geok telah dicabut dan pendaftaran gurunya telah ditarik balik pada tahun 1961 kononnya atas dakwaan memutarbelitkan dasar pendidikan kerajaan dengan sengaja oleh kerajaan Parti Perikatan (pendahulu kerajaan Barisan Nasional). Padahal beliau cuma membantah pertukaran aliran sekolah menengah Cina yang disaran oleh kerajaan masa itu.

Cikgu Lim Lian Geok jelas berpegang kepada pandangan “Kesamarataan bangsa” dan “Hidup Berbilang, Makmur Bersama”. Atas dasar inilah berliau bertungkus lumus dalam mendorong orang Cina menuntut kerakyatan di Malaya dan taat kepada Malaya. Atas dasar ini juga beliau berjuang habis-habisan untuk memelihara pendidikan bahasa ibunda.

Perjuangan Lim Lian Geok adalah kearah pembinaan satu sistem pendidikan bahasa Mandarin yang sempurna dan diiktiraf. Tuntutan yang munasabah dan rasional ini tidak menghalang atau mengancam perkembangan dan keutuhan pendidikan bahasa ibunda bangsa lain.

Lim Lian Geok merupakan seorang patriot yang tidak membawa ancaman kepada kepentingan negara atau mana-mana bangsa di Negara kita. Malangnya beliau telah dizalimi oleh kerajaan Parti Perikatan dengan mencabut kerakyatan dan pendaftaran gurunya. Ini merupakan satu perkara yang amat pedih dan tidak puas hati bagi masyarakat kaum Cina.

Maka, kami menuntut kerajaan menarik balik segala dakwaan palsu terhadap Lim Lian Geok, iaitu:
(1) Menarik balik keputusan kerajaan Parti Perikatan yang mencabut kerakyatan Lim Lian Geok.

(2) Menarik balik keputusan kerajaan Parti Perikatan yang mencabut pendaftaran guru Lim Lian Geok.

Below are some related news on this program:
1) Build our school or lose Tenang, PM told
(Link : http://suaramjb1.blogspot.com/2011/01/build-our-school-or-lose-tenang-pm-told.html)

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)