Sunday, February 27, 2011

Berdirinya Seruan Perpaduan

BERDIRINYA SERUAN PERPADUAN
Oleh Amni Jagat


(编按:诗人Amni Jagat,原名Syahril Azrul bin Har。1984年出生于槟城北海,在新山长大,毕业于新山乌达国民型中学(Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda)。诗人Amni Jagat,是一个富有正义感的马来文化工作者,出版了不少叙述有关我国人民斗争的小说和诗歌。他也擅长诗歌朗诵和歌唱,并活跃于回教党青年团和民联。Amni Jagat的新著作即将于今年三月份面市,名为《Antologi Sajak-Sajak Perjuangan——SIAPA LEBIH FIRAUN》译为:《斗争诗歌选集——谁更法老》。本文是作者于2011年2月27日出席新山宽柔中学礼堂由柔4团体合办新春联欢晚会上所发表的诗歌。)

Langit kelam menaungi angkasa
Awanan hitam menutupi sinaran
Cahaya matahari tidak lagi terpancar
Maka api perbalahan mula dinyalakan

Kita adalah manusia
Kita punya nafas yang sama
Kita punya nyawa yang serupa
Dari tanah hingga menjadi tubuh
Dari darah hingga menjadi akal
Semuanya tetap serupa
Apa yang membezakan kita?
Di bumi Malaysia ini,
Kita sentiasa dinaungi
Dengan kelam bencana perbalahan
Tanpa kita sedari
Kepalsuan demi kepalsuan
Terus berluasa dan berkuasa
Sehingga membuatkan kita
Terdesak dan terhimpit
Untuk meneruskan kehidupan kita
Yang kaya terus menindas yang miskin
Yang berkuasa terus menghukum yang lemah
Yang memimpin terus memijak rakyat
Tanpa kita sedari
Kita sedang dipermainkan
Oleh empunya kuasa terhadap kita

Penghinaan yang membezakan perkauman
Penghinaan terhadap agama masing-masing
Penghinaan terhadap mandat dan martabat
Sering diperkatakan dan dilakukan
Sedangkan tanpa kita sedari
Perbalahan demi perbalahan di antara kita
Akan memudahkan mereka
Pemimpin-pemimpin yang berkuasa
Terus menipu dan menindas kita
Mereka pasti akan gembira
Jika kita terus bersengketa dan berpisah
Sedangkan kita terlupa
Bagaimana sendu tangis anak-anak kita
Yang terus berperang untuk hidup
Sengketa ini akan membuatkan kita terus terlupa
Akan suara-suara saudara kita
Yang pernah dibunuh oleh pemimpin laknat
Demi sebuah pengkhiantan
Kita juga pasti akan lupa
Jika kita terus berpisah
Bagaimana hutang negara harus dibayar
Oleh kita rakyat di negara ini

Oh! Kita harus bersatu
Oh! Kita harus berpadu
Mari kita berdiri sambil mengenggam tangan perjuangan
Pengkhianatan yang memisahkan kita
Harus ditentang oleh kita semua
Kepala-kepala korupsi
Mesti dilawan tanpa mengira kulit dan warna
Binatang-binatang penindasan dan kezaliman
Perlu ditumbangkan dengan seruan perpaduan
Ya! Kita harus bersatu
Demi keadilan
Ya! Kita harus berpadu
Demi kebenaran

Lihatlah di hadapan kita
Para pemimpin yang kononnya
Ingin menyatukan perpaduan
Sedangkan di belakang kita
Mereka kejam dengan penipuan
Untuk memporak peranda perpaduan di antara kita
Oh! Mereka itu mahu menjadi wira
Bagi bangsa mereka masing-masing
Sedangkan mereka tidak lain
Hanyalah bangkai busuk sebuah perbalahan
Mereka dididik untuk melakukan perbalahan
Mereka diasuh untuk mengadakan tembok pemisah
Mereka disuruh untuk melagakan
Hanya bertujuan demi kepentingan
Kuasa yang dimiliki mereka
Oh! Kita rakyat mesti bersatu
Oh! Kita rakyat mesti berpadu
Serulah kebenaran dalam diri kita
Perjuangkanlah keadilan dalam hidup kita
Kita harus menghukum mereka
Kita harus meruntuhkan kota kepalsuan mereka

Langit bumi ini
Masih lagi kelam dengan pembohongan
Supaya kita terus lalai
Sambil diulit mimpi-mimpi perbalahan
Berdirilah wahai rakyat
Berdirilah dan berseru
Penyatuan dan perpaduan
Demi sebuah kebenaran
Dan demi sebuah saksama
Berdirilah dengan satu suara tunjang
Perpaduan demi kebenaran

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)