Wednesday, February 29, 2012

Menghapuskan Institusionalisasi Perkauman Memperjuangkan Hak Samarata Semua Kaum

Menghapuskan Institusionalisasi Perkauman
Memperjuangkan Hak Samarata Semua Kaum

Teks ucapan setiausaha eksekutif Jawatankuasa Sahabat SUARAM
 (Friends of SUARAM, FOS) Negeri Johor, Fang Pei Fen telah dijemput 
untuk berucap dalam Bahasa Melayu semasa Jamuan  anjuran Parti 
Sosialis Malaysia (cawangan Nusajaya) pada 27hb Februari 2012.



[Nota editor] Rencana ini merupakan teks ucapan Setiausaha eksekutif Jawatankuasa Sahabat SUARAM (Friends of SUARAM, FOS) Negeri Johor, Fang Pei Fen, di majlis makan malam “Rakyat Johor Bersatu! Tolak Parti Komponen BN!” yang berlangsung di Sports club Taman Universiti Skudai, Johor pada 25hb Febuari 2012 anjuran Parti Sosialis Malaysia (cawangan Nusajaya). Ucapan ini menarik perhatian dan mendapat sambutan hangat oleh Lebih kurang 400 peserta berbangsa India yang hadir dalam majlis ini. 


Lebih daripada 50 tahun negara kita sudah merdeka, laungan menuntut hak samarata semua kaum tidak pernah berhenti. Tuntutan sedemikian yang dibawa oleh rakyat berbangsa India lantang kedengaran beberapa tahun kebelakangan ini. Baru-baru ini, Hindu Rights Action Force (HINDRAF) menuntut Kerajaan memansuhkan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan melalui satu e-petisyen global, kerana beranggapan bahawa Artikel ini merupakan punca rasisme berleluasa di negara ini.

Pada penghujung tahun 2011, Pengerusi Human Rights Foundation Malaysia, Waytha Moorthy, yang juga merupakan pengerusi HINDRAF, telah membentangkan satu laporan bertajuk “Kebebasan Keagamaam dan Institusionalisasi Perkauman Di Malaysia” kepada  US House Committee on Foreign Affairs, US State Department, Tom Lantos Human Rights Commission. Human Rights Foundation Malaysia, mengikut Waytha Moorthy, merupakan sebuah pertubuhan yang giat melindungi dan meningkatkan status dan hak asasi golongan terpinggir di Malaysia. Dalam laporan tersebut di atas, beliau mengemukakan pelbagai fakta dan bukti yang menunjukkan hampir kesemua hak asas rakyat berbangsa India di Malaysia telah dicabul dan sehingga kini masih dihantui dilemma ‘dijajah’ walaupun negara telah merdeka. Waytha Moorthy menjelaskan bahawa tujuan beliau mewakili Rakyat Malaysia berbangsa India menyerahkan laporan ini kepada organisasi antarabangsa dengan harapan dapat meraih sokongan daripada institusi antarabangsa (samaada pertubuhan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan) terhadap komuniti terpinggir di Malaysia.

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, pada dasarnya, telah membahagikan rakyat kepada 2 kelas. Ini merupakan asas kepada segala sistem perkauman di Malaysia.

Sebahagian besar rakyat negara kita beranggapan bahawa perkauman negara kita adalah akibat daripada sistem birokasi yang cacat dan tidak berkeupayaan, semua ini hanya merupakan unjuran daripada dasar affirmative action. Namum, anggapan ini jauh daripada tepat. Realitinya adalah, dengan perlaksanaan pelbagai dasar, pihak yang berkuasa cuba memperkukuhkan kedudukan pemerintahannya atas nama mempertahankan “Ketuanan Melayu”. Selain daripada itu, operasi sistem perkauman di negara kita mendapat perlindungan dari undang-undang zalim seperti “Akta Keselamatan dalam Negeri” (ISA), Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dan sebagainya; Pihak pemerintah mempunyai kawalan sepenuhnya keatas segala jentera negara. Barang siapa yang cuba merentasi batasan, dia akan mengahadapi risiko ditahan atau didakwa. Ini merumitkan lagi rakyat jelata dalam memahami fenomena perkauman di negara kita; ia telah memberi satu gambaran yang kabur, dan membentuk anggapan bahawa perkauman di Malaysia mempunyai “citarasa tempatan” yang unik.

Frasa “Ketuanan Melayu” hanya diwujudkan dalam satu ucapan Abdullah Ahmad, ahli Parlimen UMNO pada tahun 1986, di Singapura. Barang siapa yang berani mempersoalkan hal ehwal, hak, kedudukan, hak istimewa dan sebagainya di bawah artikel 153 adalah dilihat telah mencabar “Ketuanan Melayu”, malah boleh dituduh menghina institusi Diraja dan agama Islam. “Pencabar” perlu berhadapan dengan ancaman Akta Keselamatan dalam Negeri” (ISA), dan “Akta Hasutan”. Lebih-lebih lagi Ketua Pemuda UMNO, pada tahun 2004, 2005 dan 2006, 3 tahun beturut-turut telah mengeluarkan keris dalam Persidangan Tahunan UMNO, untuk menunjukkan keunggulan “Ketuanan Melayu”.

Sejak BN hilang majoriti 2/3 kerusi di Parlimen dalam pilihanraya 308, UMNO telah ‘sub-kontrakkan’ agenda perkauman mereka kepada kononnya “pertubuhan bukan kerajaan” di bawah kawalan mereka, terutamanya PERKASA. PERKASA bekerjasama rapat dengan kumpulan lebih radikal dan suka melawan PEKIDA dan kumpulan mafia separa militant ‘3 Line’. Mereka menyebar benih permusuhan antara kaum, dan pada masa yang sama, menjana perasaan takut di kalangan masyarakat bukan Melayu.  Perkasa mendapat sokongan terbuka kepimpinan tertinggi UMNO (termasuk bekas  Perdana Menteri, bekas pegawai Tentera dan bekas Ketua Polis) untuk menghebohkan “Ketuanan Melayu”.

Kaum minoriti di Malaysia menghadapi dilema di bawah institusionalisasi perkauman. Antaranya termasuk : 

1.      Layanan tidak adil oleh kerajaan – kebanyakan tabung pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial, pelagai lesen, permit dll hanya diberi kepada satu kaum.
2.      Layanan oleh polis Malaysia – kebanyakan mangsa merupakan rakyat berbangsa India, antara kes yang paling signifikan ialah kes kematian kugan dalam tahanan polis.
3.      Layanan oleh Jabatan Eksekutif negara – lebih daripada 77% kakitangan awam merupakan rakyat berbangsa Melayu.
4.      Layanan di bawah sistem kehakiman negara – anggaran lebih daripada 90% pegawai kehakiman adalah rakyat berbangsa Melayu-Muslim.
5.      Layanan media – Liputan terhadap isu-isu kaum minoriti adalah selektif, tidak adil malah ada yang disekat langsung. Liputan sedemikian jelas cenderung kepada sifat perkauman atau membuat ramalan yang bermuslihat. Cenderung kepada sifat perkauman bermaksud menganggap elit Melayu sebagai Tuan, dan orang bukan-Melayu selalu menjadi pihak yang menerima sedekah.
6.      Layanan oleh sistem pendidikan – Ratusan juta bajet dan peruntukan pendidikan telah disalurkan untuk membangunkan pendidikan rakyat berbangsa Melayu, tetapi pembangunan pendidikan kaum minoriti seperti rakyat berbangsa India, Cina, dan lain-lain minoriti telah dikorbankan.


Isi yang disebut diatas ini adalah dipetik daripada laporan “Kebebasan Keagamaam dan Institusionalisasi Perkauman Di Malaysia”. Jawatankuasa Sahabat SUARAM (FOS) Negeri Johor bersetuju dengan kenyataan tersebut, dan berpendapat bahawa untuk menghapuskan perkauman yang sudah diinstitusikan bukan satu perkara yang boleh dicapai dalam masa yang singkat.

Saya hendak menjelaskan kepada hadirin sekalian, terutamanya sahabat saya yang berbangsa India: Jika kita sokong kepada pendirian yang dibawa oleh En. Waytha Moorthy yang mewakili HINDRAF, pertama sekali kita harus bersetuju untuk mengemukakan tuntutan segera seperti berikut:

1)      Kerajaan harus membenarkan Waytha Moorthy untuk balik ke negara kita, dan menjamin bahawa beliau boleh bergerak secara bebas tanpa ditahan dan dipenjarakan selepas beliau balik ke sini; dan

2)      Kerajaan mesti mengakui HINDRAF adalah sebuah pertubuhan yang sah, dan mesti menjamin hak HINDRAF sebagai satu pertubuhan yang sah seperti pertubuhan-pertubuhan sah yang lain.

Jika dua tuntutan diatas ini tidak dapat dicapai, maka pemansuhan institusionalisasi perkauman hanya akan tinggal sebagai cakap-cakap kosong yang tidak membawa maksud sebenar.

Oleh itu, saya menyeru semua rakan berbangsa India negeri Johor yang hadir pada malam ini bersatu-padu! Buangkan semua harapan kosong terhadap parti-parti komponen Barisan Nasional! Maju ke depan dengan berani, mengikut jejak pemimpin bijaksana Bangsa!

Akhir sekali, saya ingin berkongsi satu pandangan arwah Lim Lian Geok, jiwa kepada rakyat bangsa Cina negara kita, yang dikemukakan pada Julai Tahun 1959 dalam mesyuarat Jiao Zhong :

“Kesamarataan hak antara bangsa hanya akan tercapai selepas mengalami liku-liku dan pelbagai kesusahan. Kita mesti melihat yang paling jauh dan yang paling tinggi dan membuat pertimbangan menyeluruh. Mari kita berusaha sedikit demi sedikit dengan menjadikan perpaduan itu kekuatan kita, menggunakan cara yang sah, berpegang kepada keadilan dan kesaksamaan dan mendepankan kepentingan negara.   ”


Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menjemput sahabat-sahabat saya sama-sama naik ke pentas untuk melafazkan sebuah sajak English yang dituliskan oleh anonymous yang bertajuk “Not the Chinese”

https://mail.google.com/mail/images/cleardot.gif
Not the Chinese... 
Malaysian Chinese?

We are Malaysians of Cina origin. 
Not Chinese from China.
Not Chinese from Taiwan.

Yes, we do work hard. Very hard.
We work many hours and skip lunch. 
We have no time off for tea, prayers, etc.

We go back late, take lower pay but when we get our bonuses we deserve it.

We can't say that for others though. 
I have seen other colleagues, who take tea time, share fashion ideas, sell Cosway and Avon plus a host of other things during office hours.

More medical leave than most of us.

Fridays we work throughout lunch to get work done due to lack of time put in by theothers.

So what's this? 
Chinese are rich?
Some are, but not all.

Now you see who owns the best houses and drive the better cars.
They are NOT CHINESE.

Who buys more gold and jewelry?
NOT THE CHINESE.

Who takes more international holidays?
NOT THE CHINESE.

Who has scholarships easily?
NOT THE CHINESE.

Who fails exams and takes them again and again?
NOT THE CHINESE.

Who doesn't pay the PTPTN Loans?
NOT THE CHINESE?

Who are CEOS of banks and big companies?
NOT THE CHINESE.

Who gets overseas scholarships, at less A's?
NOT THE CHINESE.

I have a long list...
But the answer is
NOT THE CHINESE.

Are we envious of others?
NOT THE CHINESE.

We work harder. 
Or we go out of the country that does not value us. 
And we get better recognition elsewhere due to meritocracy.

Who is sinking the country?
NOT THE CHINESE.
Now, you know the answer?

1 comments:

Chinese not rich? liar!!
who got bussiness everywhere?

who owns the best houses and drive the better cars.
They are all CHINESE, not malay or indian..

Who buys more gold and jewelry?
NOT THE MALAY and INDIAN..this is true..they use fake and not 100% gold!!

Who takes more international holidays?
show me the fact, then u will see..

Who has scholarships easily?
do know how to spell MARA?

Who fails exams and takes them again and again?
NOT THE CHINESE..this is true..
not chinese fails exam..its Malay and Indian SJK (T)..
what bout SJK (C)? u count?
this is all the same..

Who doesn't pay the PTPTN Loans?
it's all MALAY, do u have an eyes to see?

Who are CEOS of banks and big companies?
oh really? how bout 2 Maybank Director, All 8 Public Bank Board of director? if u say no Indian i can accept..

Who gets overseas scholarships, at less A's?
less A's? u sure? any proof?

You did have a long list...
(what list do you prefer?)
But the answer is
ALL THE CHINESE.

Are we envious of others?
Its u...not all chinese..
i knew some chinese n indian who so great in having relationship with other..helping other out..


Who is sinking the country?
its u again..by posting that lying poem..

-the thing is, u try to start a fire again..try to take a look again in real fact..we give u a lot of thing..and still Malay and indian are behind chinese..its true that malay some rich and poor..but the poor-est is still MALAY and INDIAN..hv u seen on tv? news?

u say u got long list, tell me who's the richest in MALAYSIA? top 10? 25? 40? where's Malay? Indian? Majority by who? NOT CHINESE?

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)