Sunday, May 6, 2012

Majlis Sambutan Hari Pekerja Sedunia Negeri Johor 2012 - Resolusi Tuntutan Pekerja

Majlis Sambutan Hari Pekerja Sedunia Negeri Johor 2012

Resolusi Tuntutan Pekerja


Santha Perumal dan Fang Pei Fen membaca Resolusi Tuntutan Pekerja.
A) Hak Asasi Pekerja

1) Hak Kesatuan Sekerja – Memperkasakan kesatuan sekerja dengan membenarkan penubuhan kesatuan sekerja dan menggalakkan pekerja menyertai kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.

2) Hentikan Pindaan Undang-undang Buruh - Pihak Kerajaan perlu menjamin hak dan perlindungan kepada pekerja dan undang-undang yang sedia ada harus dimantapkan untuk tujuan ini dan bukan merampas dan mencabul hak pekerja.

3) Pampasan diberikan kepada pekerja estet getah yang terpaksa meninggalkan estet masing-masing disebabkan penukaran fokus kepada ladang sawit.

4) Janji yang dibuat kepada pekerja kaum India semasa dibawa masuk ditunaikan.

5) Hak Pekerja Wanita – Hentikan segala bentuk diskriminasi dan keganasan terutamanya gangguan seksual di tempat kerja terhadap pekerja wanita. Gubal Akta Gangguan Seksual yang komprehensif untuk melindungi pekerja wanita.

B) Keadaan Hidup Pekerja

6) Oleh kerana kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan gaji minimum, kerajaan mestilah memikul tanggung tanggungjawab terhadap sebarang implikasi negatif yang muncul. Khususnya, kerajaan mestilah mengambil langkah proaktif yang boleh memujuk syarikat asing supaya mengekalkan operasinya di negara kita, membendung pengangguran, kenaikan harga barang, dan inflasi.

7) Kerajaan menyediakan perumahan khas bagi golongan pekerja berpendapatan rendah dalam persekitaran yang terkawal.

8) Kawal Harga Barang -  Kawal kenaikan harga keperluan dan perkhidmatan asas. Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat tidak harus dilaksanakan.

9) Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas  - Keperluan asas seperti air, elektrik, kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan tidak harus diswastakan demi keuntungan. Ianya satu perkhidmatan yang harus disediakan oleh Kerajaan.

C) Kemasukan Pekerja Asing

10) Majlis ini sedar bahawa pekerja asing diperlu dalam bidang dan industri yang tertentu untuk menjamin keperluan pembangunan ekonomi. Bagimanapun, Majlis ini membantah tindakan kerajaan dan perusahaan membawa pekerja asing ke bidang dengan bilangan yang ramai terutama di sektor di mana pekerja tempatan bergantung untuk mencari nafkah (seperti bidang pengeluaran dan pengangkutan), untuk merendahkan gaji dan mengurangkan kebajikan tenaga kerja tempatan.  Majlis ini membantah tindakan kerajaan membawa masuk pekerja asing dari negara tertentu dan mengeluarkan permit kerja jangka masa panjang (diperbaharui tanpa had), malahan mengeluarkan dokumen kerakyatan –– terutamanya merujuk kepada program 6P.

11) Undang-undang yang lebih adil digubal untuk menyelesaikan isu pekerja asing vis-a-vis pekerja tempatan.

12) Kerajaan mestilah menghentikan tindakan mengeksploitasikan pekerja asing bagi tujuan politik.

D) Pengurusan Sumber Manusia

13) Kerajaan menyediakan dana khas untuk latihan kemahiran, peningkatan sikap dan mutu kerja pekerja tempatan supaya daya saing mereka dapat ditingkatkan.

14) Kerajaan mengambil langkah-langkah khas untuk menempatkan bakat baru – iaitu belia yang baru menamatkan pengajian – yang merupakan aset negara yang amat berharga.

15) Kerajaan mengkaji semula tindakannya membatalkan SBPA kerana ia manjejaskan program transformasi kerajaan yang sedang dijalankan.

16) Kerajaan mempertimbangkan permohonan kakitangan awam yang ingin membatalkan opsyen perlanjutan umur 60 tahun.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)