Friday, May 4, 2012

Ceramah, Lagu dan Persembahan Sempena Sambutan Hari Pekerja Anjuran 8 NGO Negeri Johor

Ceramah, Lagu dan Persembahan Sempena
Sambutan Hari Pekerja Anjuran 8 NGO Negeri Johor

Kenyataan Akhbar kali kedua 3hb Mei 2012

Sambutan Hari Pekerja Sedunia dengan tema “Pekerja Berganding, Masa Depan Terjamin!” anjuran 8 badan bukan kerajaan (NGO) di Negeri Johor termasuk Pusat Pembangunan Budaya Lim Lian Geok (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru), Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Cina Johor, Persahabatan Semparuthi, IKRAM Johor, HINDRAF Makkal Sakti Johor, Persatuan Ulama Malaysia (Johor), Persatuan Bekas Penuntut Taiwan Johor Bahru dan Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram Negeri Johor dijadualkan bermula tepat pada 6hb Mei 2012 (Ahad), pukul 2 petang, di Auditorium Tingkat 5, bangunan JOTIC. Aktiviti yang disediakan adalah ceramah isu pekerja dan persembahan seni budaya.

Ceramah isu pekerja akan disampaikan oleh pucuk pimpinan IKRAM Negeri Johor, Haji Mohd. Hafidzuddin Raja bin Abdullah, dan Encik Mohd. Salleh Ahmad, seorang aktivis kesatuan sekerja. Haji Mohd. Hafidzuddin Raja bin Abdullah akan berceramah tentang “Pekerja Asing – Peluang atau Ancaman?” manakala tajuk ucapan Encik Mohd. Salleh Ahmad ialah “Pekerja dan Kesatuan Sekerja”.

Haji Mohd. Hafidzuddin Raja pada asalnya ialah pekerja kolar biru, sekarang menjawat jawatan pengurus di sebuah syarikat swasta. Berdasarkan pengalaman hampir 30 tahun bersama golongan pekerja dalam bidang pengeluaran, beliau kaya dengan  perasaan mendalam dan sentuhan tersendiri mengenai isu pekerja.

Selain ceramah isu pekerja, pihak anjuran bersama juga telah menyediakan pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik, antaranya ialah:
  • Persembahan tarian, deklamasi sajak dan nyanyian lagu oleh bangsa India;
  • Persembahan pantomin dan Boria oleh bangsa Melayu; dan
  • Persembahan nyanyian solo dan berkumpulan oleh bangsa Cina.

Sambutan hari Pekerja Sedunia kali ini akan mengutarakan isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh kaum pekerja (terutamanya pekerja golongan bawahan yang bergaji rendah). Manakala gabungan ceramah dan persembahan seni budaya bertujuan menarik lebih ramai orang awam kepada keadaan terkini dan masa depan golongan pekerja di samping mengenal makna Hari Pekerja Sedunia. Di samping itu, pihak penganjur akan membentangkan tuntutan pekerja Satu Mei Negeri Johor 2012 dalam majlis ini.

Pemimpin dan pekerja bangsa Melayu dan India telah memikul tanggungjawab besar dan jawatan penting dalam menganjurkan majlis sambutan kali ini termasuk mesej dari presidium, ceramah isu pekerja dan persembahan kebudayaan. Majlis kali ini akan menekankan idea


“masa depan golongan pekerja hanya akan terjamin dengan perpaduan kukuh” dan “masa depan semua bangsa hanya akan terjamin dengan perpaduan kukuh”. Jawatsan kuasa pengajur harap usaha ini akan mendapat sokongan dan sambutan baik pelbagai lapisan masyarakat.     

Masuk percuma. Kehadiran pekerja semua bangsa amat dialu-alukan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

·         Fang Pei Fen —Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor (Tel: 017-7696713)
·         Dr. Hj. Ali bin Abd Rahman — IKRAM Johor (Tel: 012-7711740)
·         Y. Mohan – Hindraf Johor (Tel: 019-7102895)
·         Ng Chee Wee - Persekutuan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Cina Johor (Tel: 012-7773683)
·         Silvarajah a/l Erusam — Persahabatan Semparuthi Johor (Tel: 016-7334469)
·         Mohd Nasir bin Prayitno — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Johor (Tel: 012-7501750)
·         Yen Boon Chen - Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG (Jawatankuasa Perhubungan Johor Bahru) (Tel: 019-7550960)
·         Diong Chi Zuoh - Persatuan Bekas Penuntut Taiwan Johor Bahru (Tel: 012-7229535)

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)