Saturday, November 3, 2012

Hindraf dan Anwar akhirnya bertemu (Berserta dengan nota editor daripadaFOS)

Hindraf dan Anwar akhirnya bertemu

Pengarang / Sumber : Koh Jun Lin / Laporan Malaysiakini edisi Bahasa Melayu


[Nota Editor] Berikut merupakan satu laporan berita mengenai pertemuan di antara pemimpin HINDRAF, P. Waythamoorthy dan N. Ganesan dengan Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim dan Tian Chua yang membawa hasil lumayan. Laporan ini menandakan selepas berjaya menyuarakan dakwaan terhadap kerajaan penjajah British yang menjajahkan kaum India ke Malaya dan membiarkan kaum India terus dipinggir selepas kemerdekaan Malaya kepada masyarakat antarabangsa, buat kali pertama, Waythamoorthy yang hidup dalam buangan selama 5 tahun sejak tahun 2007, dapat meluahkan aspirasi kaum India kepada pemimpin PKR – parti pembangkang terbesar di negara kita secara terus.

Laporan ini memcerminkan pemimpin PKR, dalam perbincangan, bersimpati dengan kesengsaraan tegar yang dihadapi oleh kaum India, dan menyatakan bahawa sebahagian penyelesaian yang dituntutkan oleh HINDRAF telah sedia ada dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR). Sudah pasti PR akan berusaha merealisasikan penyelesaian-penyelesaian tersebut. Antara janji yang dibuat oleh PKR kepada HINDRAF adalah, sekiranya PR memerintah di kerajaan pusat, PKR akan mengemukakan satu jadual masa untuk menyelesaikan masalah rakyat kaum India yang tidak mempunyai kerakyatan secara menyeluruh. Laporan ini juga mencerminkan kebijaksanaan politik yang ditunjukkan oleh Naib presiden PKR, Tian Chua dalam perjumpaan tersebut semasa mengendalikan persoalan mengenai tuntutan kaum India, dan dalam usaha menraih sokongan kaum India dan kaum-kaum minoriti lain terhadap PKR atau PR dalam pilihanraya umum.

Pada 19 Oktober, Jawatankuasa Kerja FOS Johor dan HINDRAF Johor telah sama-sama mengeluarkan satu seruan kepada rakyat Johor menjelang PRU ke-13 yang menyeru supaya “Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak!”. Tuntutan tersebut yang boleh disifatkan sebagai aspirasi bersama rakyat semua kaum negeri Johor mahupun seluruh negara sudah diserahkan kepada pemimpin-pemimpin 3 parti komponen PR. Seluruh rakyat semua kaum Johor sedang menanti balasan positif daripada ketiga-tiga parti PR.

Hasil perbincangan dan perkembangan lanjutan dari pertemuan antara pemimpin utama HINDRAF peringkat pusat dengan pemimpin PKR pusat pasti akan memberi pengaruh positif terhadap gerakan “membuangkan BN ke tong sampah sejarah” yang sedang berlangsung di negeri Johor.

Laporan penuh seperti dibawah:

Buat pertama kali sejak penubuhannya, Hindraf telah secara rasmi bertemu dengan pemimpin utama PKR, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India.

Buat pertama kali sejak penubuhannya, Hindraf telah secara rasmi bertemu dengan pemimpin utama PKR, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India.

Delegasi Hindraf diketuai oleh pengerusi pergerakan itu, P. Waythamoorthy (gambar kanan), yang dilihat mempunyai hubungan yang lebih selesa dengan Pakatan Rakyat, berbanding dengan abangnya, Uthayakumar.

Uthayakumar merupakan pemimpin de facto gerakan itu semasa ketiadaan Waythamoorthy yang tinggal dalam buangan sejak sejak Disember 2007 dan kembali ke tanahair pada 1 Ogos.

Parti-parti dalam PR, selain daripada PAS, berulang kali mengelakkan sebarang perbincangan peringkat tertinggi dengan HINDRAF yang dibawah pimpinan Uthayakumar.

Uthayakumar juga telah menubuhkan Parti Hak Asasi Manusia, yang mahu bertanding di kerusi yang kini diwakili Pakatan.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Waythamoorthy berkata pertemuan itu berlangsung hampir dua jam dan turut melibatkan antara lain, Naib Presiden Tian Chua dan bekas naib presiden R Sivarasa.

Waytha: Pertemuan yang berhasil

Waythamoorthy berkata walaupun belum ada sebarang persetujuan dicapai "lagi", tetapi menegaskan bahawa perbincangan tersebut "berhasil lumayan".

"Terdapat keinginan jelas bahawa PKR ingin bekerja dengan Hindraf," tambah penasihat kebangsaan Hindraf, N. Ganesan (gambar kiri), yang turut menghadiri pertemuan tersebut.

Dia berkata, isu-isu yang dibincangkan termasuk isu pekerja estet diusir dan kehilangan tempat tinggal, isu rakyat kaum India yang tidak mempunayi kerakyatan, isu pendidikan dan sebagainya.

N. Ganesan berpendapat bahawa tahap persetujuan dua pihak terlibat agak tinggi walaupun terdapat beberapa hadangan kecil yang perlu diatasi.

Apabila ditanya, Waythamoorthy memaklumkan bahawa HINDRAF juga sudah menghantar surat jemputan kepada Perdana Menteri, Najib Abdul Razak untuk membincangkan masalah masyarakat kaum India. Namun, tiada sebarang balasan diberi oleh pihak PM sehingga kini.

N. Ganesan bertambah, HINDRAF akan berjumpa dengan pemimpin-peminpin PKR buat kali kedua dalam minggu hadapan. Selain itu, mereka juga akan melawat parti komponen PR yang lain.

Kaedah bukan perkauman (Non-racial approach)

Di samping itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyatakan bahawa PKR bersimpati ke atas keadaan masyarakat kaum India tetapi menegaskan bahawa PKR berpegang kepada dasar non-racial selama ini dan akan membantu semua orang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Beliau bertambah, banyak penyelesaian yang dicadangkan oleh HINDRAF telah dirangkumi dalam manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat. Oleh itu, tidak syak lagi PR akan berusaha merealisasikan penyelesaian-penyelesaian tersebut
.
Menurut Ganesan, HINDRAF akan mengumumkan cadangan penyelesaian mereka terhadap masalah masyarakat kaum India pada 25 November sempena ulang ke-5 demonstrasi HINDRAF besar-besaran (30,000 pendemonstrasi) pada tahun 2007.

Tian Chua turut menyatakan perhatian PR ke atas isu kaum India tidak dilakukan semata-mata untuk meraih sokongan HINDRAF.

“Kami bukan saling menukar kepentingan politik”. “Pada pendapat saya, perhatian yang diberi oleh Waythamoorthy terhadap dilema masyarakat kaum India adalah ikhlas. Beliau berharap PR dapat berusaha menyelesaikan masalah-masalah tersebut.”

“Kami berjanji dengan beliau bahawa kami adalah ikhlas. Tidak kira sama ada HINDRAF menyokong PR atau tidak, tetap menjadi tanggungjawab kami untuk menyelesaikan masalah-masalah masyarakat kaum India” katanya lagi.

Tian Chua (Gambar kanan) berkata, antara janji yang dibuat oleh PKR kepada HINDRAF adalah sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat, PKR akan mengemukakan satu jadual masa untuk menyelesaikan masalah rakyat kaum India yang tidak mempunyai kerakyatan dengan sepenuhnya.


Artikel berkaitan: 
1)瓦塔慕迪领队拜访公正党,形容与安华商谈成果丰硕 (http://suaramjb1.blogspot.com/2012/11/blog-post.html) 

2) PKR, Hindraf to map out plans for Indians (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/11/02/pkr-hindraf-to-map-out-plans-for-indians/)

3) Hindraf and Anwar finally meet (http://suaramjb1.blogspot.com/2012/11/hindraf-and-anwar-finally-meet_3.html)

4)Memecahkan Hegemoni UMNO, Menubuhkan Barisan Persatuan Demokratik; Menyatukan Rakyat Seluruh Negeri, Merealisasikan Tiga Tuntutan yang Mendesak! Seruan NGO-NGO negeri Johor kepada Rakyat Sempena PRU ke-13(http://suaramjb1.blogspot.com/2012/10/memecahkan-hegemoni-umno-menubuhkan.html)

5)Hindraf-PKR entente: A stitch in time (http://www.malaysiakini.com/news/213337)

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)