Sunday, April 27, 2008

Sokongan Sepenuhnya kepada Penduduk Kampung Gajah!

( Kenyataan Sahabat SUARAM Johor pada 25 April 2008)


Sahabat SUARAM Johor berdukacita atas perkara Pejabat Hutan Daerah Kluang dan Pejabat Tanah Daerah Kluang menggunakan kekerasan yang tidak berperimanusiaan untuk memusnahkan hasil tanaman penduduk Kampung Gajah pada 24 April.


Pihak tersebut atas alasan bahawa tempoh pemindahan telah tamat, mengarahkan lebih daripada 70 kakitangan ke kebun Kampung Gajah, dan memusnahkan hampir 22 ekar hasil tanaman, mengakibatkan pekebun mananggung kerugian lebih kurang satu juta ringgit Malaysia. Difahamkan bahawa Kampung Gajah merupakan ladang yang dipohon penduduk tersebut di bawah projek buku hijau pada tahun 1968. Luasnya tanah tersebut ialah 45 ekar, seramai 26 penduduk tersebut dibenarkan untuk berkebun di sana, masing-masing diberikan 2 ekar tanah tersebut.


Menurut pemahaman Sabahat Suaram Johor dari pekebun-pekebun, projek tersebut telah tamat tempoh pada tahun 1992. Dengan bantuan ketua kampung, sering kali permohonan telah dibuat kepada Pejabat Tanah, Pejabat Perhutanan serta Menteri Besar Johor supaya dapat meneruskan pengurusan penanaman di ladang tersebut. Dukacitanya, pihak berkuasa tidak memberi jawapan samada membenarkan atau menolak pemohonan penduduk tersebut. Sejak tahun 1992, tanpa penjelasan yang munasabah, pegawai perhutanan enggan menerima bayaran sewaan daripada mereka.


Penduduk mendapati bahawa terdapat satu papan notis yang berjudul “Cadangan Projek Pembinaan Barisan National (BN) terhadap penempatan mangsa-mangsa Banjir” didirikan di tepi jalan besar Kampung Gajah, papan notis turut mengumumkan bahawa pembinaan rumah teres, kedai, masjid serta bangunan lain akan dibangunkan di Batu 10 Jalan Mersing. Menghairankan penduduk, kenapa lokasi Batu 9 Jalan Mersing yang dimusnahkan?


Pada 19 Mac 2008, satu notis dari Pejabat Tanah Kluang telah dikeluarkan dimana hasil tanaman di ladang tersebut akan dimusnahkan dalam tempoh 14 hari. Kami berpendapat bahawa tindakan pihak tersebut adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan. Pejabat Tanah Kluang sepatutnya memberi masa serta pampasan yang secukupnya kepada penduduk memikirkan kehidupan masa depan mereka.


Selama ini pekebun telah memberi sumbangan yang utama kepada pembangunan negara. Dengan itu, mereka patut mendapat kepastian dari masyarakat. Kerajaan pilihan rakyat sepatutnya melindungi dan menjaga hak-hak asasi kehidupan mereka.


Dengan itu, Sahabat Suaram Negeri Johor menyeru kepada kerajaan tempatan daerah Kluang supaya dengan segeranya menarik balik arahan tindakan pemusnahan tersebut. Sebagai Kerajaan Tempatan serta wakil rakyat yang bertanggungjawab haruslah berangkat ke tempat tersebut dan bertemumuka dengan penduduk supaya mencarikan jalan penyelesaian.


Kami juga berharap supaya pihak kerajaan menghormati seksyen 13(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyatakan, “ Tiada sesiapa yang boleh mengambil atau merampas harta benda seseorang dengan tidak memberi sebarang pampasan.”



0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)