Sunday, October 17, 2010

Kuburkan Fasis, Tegakkan Keadilan Untuk Semua

Kuburkan Fasis
Tegakkan Keadilan Untuk Semua

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Parti Islam Se-Malaysia

(Nota: Artikel ini dibentang dalam Forum “Menentang Pemerintahan Kuku Besi, Kuburkan Rejim UMNO” anjuran Jawatankuasa Kerja Sahabat SUARAM (FOS) Johor pada 17 Oktober 2010.)





Pendahuluan

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran (Surah al-Qashash, ayat 4-5) bermaksud : Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. Dan kami hendak memberi kurniaan kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi).


Fasis ditakrfikan sebagai penganut faham nasional yang didasarkan kepada pemerintahan yang bertindak atas keekuasaan daripada hak-hak demokratik. Manakala fasisme pula merujuk kepada sistem (pandangan) politik puak pelampau yang berhaluan kanan.

Di dalam al-Quran, ada menceritakan bagaimana pemerintahan puak pelampau dengan kebanggaan keturunan yang telah mengorbankan ribuan nyawa penentangnya. Kisah Firaun yang menyembelih anak-anak lelaki Bani Israil kerana tidak sedarah dengan bangsanya iaitu Qibti merupakan kisah yang diulang-ulang di dalam al-Quran. Demikian juga kisah Namrud iaitu raja di zaman Nabi Ibrahim AS yang terkenal dengan dasar pemerintahan yang zalim dan kezaliman telah dilakukan oleh ashabul ukhdud ke atas orang-orang yang mentaati ajaran Tuhan (mereka yang beriman).

Ini menunjukkan bahawa fasis atau fasisme tidak hanya bermula pada zaman sejarah moden tetapi telah bermula semenjak tamadun awal manusia lagi. Justeru Islam datang kemudiannya adalah untuk mengkuburkan amalan dan fahaman fasis/fasisme dengan formula yang tersendiri.


Islam menolak fasisme

Islam adalah agama dari langit, diturunkan Allah melalui wahyu. Penyampai wahyunya adalah malaikat Jibrail dan disampaikan kepada Nabiu Muhammad SAW. Dua kandungan besar dalam ajaran Islam, iaitu pertama dunia ini diciptakan oleh Allah SWT dan bukan milik manusia dan manusia hanyalah bertaraf seorang penumpang di bumi. Sehebat manapun seorang penumpang atau tetamu, dia tidak boleh melakukan apa sahaja yang disukainya. Ibarat seorang pemimpin yang bertamu di rumah orang lain, tentu sekali hanya boleh naik jika dijemput naik. Duduk pula di ruang tamu dan tidak boleh meredah masuk kecuali dengan keizinan. Begitulah penumpang di bumi Allah SWT. Mana mungkin seorang penumpang yang datang bertamu di bumi ini boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki olehnya? Nabi Muhammad SAW telah bersabda (dalam Sahih Bukhari) yang bermaksud “Jadilah kamu di dunia seolah-olah kamu bertamu atau bersinggah (di dalam perjalanan).

Kedua, Islam mengajar penganutnya bahawa selepas hidup ini akan ada kematian dan dibangkitkan pula untuk hidup di akhirat. Hidup ini tidak akan tamat sahaja setakat di dunia, tetapi ia akan bersambung dengan hidup di alam akhirat. Hidup di akhirat ialah hidup yang berkekalan. Oleh sebab itu, akan berlaku proses pengadilan selepas dibangkitkan nanti. Ketika itu setiap orang akan melalui penghakiman atas apa yang dia buat semasa hidup di dunia. Atas nilai ajaran Islam yang sebeginilah seorang Islam sama ada bertaraf pemimpin atau rakyat biasa adalah tidak boleh melakukan amalan fasis dengan menzalimi orang lain. Dengan perkataan lain, Islam melarang seseorang pemimpin itu melakukan kezaliman terhadap rakyatnya. Jauh sama sekali bagi pemimpin itu untuk menjadi seorang pemimpin fasisme. Maka tidak perlu khuatir apabila seorang pemimpin Islam memerintah, dia tidak mungkin menzalimi rakyatnya. Namun, dukacitanya ada pemimpin yang berlagak Islam, tetapi gaya memerintahnya adalah fasis, maka pemimpin itu mungkin pelampau yang hanya berwajah Islam. Pemimpin sedemikian merupakan menifestasi kekosongan hati dan jiwa yang tidak takut kepada Allah SWT, Tuhan yang menciptakan sekalian manusia!

Islam mampu mencegah fasis

Kekuatan ajaran Islam adalah berupaya memupuk keyakinan terhadap wujudnya hari pembalasan di akhirat kelak. Islam boleh menjadikan seorang itu patuh kepada ajaran agama dan gerun untuk melakukan dosa walaupun di dalam situasi tidak ada seorang pun melihatnya. Walaupun di situ tidak ada anggota penguatkuasa atau kamera litar tertutup (CCTV). Ajaran Islam memberitahu setiap penganutnya, bahawa setiap masa akan ada pencatat ghaib (tidak nampak) yakni Malaikat sentiasa berada di bahu kanan dan kiri yang tugasnya sentiasa menulis apa sahaja yang kita lakukan. Catatan itu akan dibentangkan di hari penghakiman, maka berat timbangan atas perbuatan buruk balasannya siksaan neraka, sebaliknya berat timbangan atas perbuatan baik balasannya syurga. Ajaran ini sepatutnya menghalang setiap pemimpin bertindak fasis ke atas rakyat, malah akan gerun untuk melakukan menindas, merampas dan tidak beramanah dengan amanah rakyat dan negara.

Justeru, Allah SWT memberi ingatan kepada manusia betapa Dia sedia melaksanakan Pemantau ke atas setiap tindak-tanduk manusia. Dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan (Surah al-Hadid, ayat 4) yang bermaksud : Dan dia bersama kamu di mama saja kamu berada, dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan.

Fasisme di Malaysia

Asas kuasa dan amalan pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah sekularisme yang berorientasikan semangat kebangsaan perkauman sempit. Ia tidak bersandarkan kepada mana-mana ajaran agama, meskipun dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan ada menyebut tentang Islam agama persekutuan dan agama-agama lain bebas diamalkan.

Ia bermakna, roh beragama tidak diamalkan dalam kerajaan BN, maka logiknya berlaku kezaliman, penindasan, rampasan hak dan ketidakadilan kepada rakyat tertentu. Justeru pemimpin BN tidak nampak asas dosa dan pahala mengikut acuan Allah SWT. Oleh kerana itu mereka menggunakan undang-undang tahanan tanpa bicara (Akta Keselamatan Dalam Negeri––ISA), menyekat kebebasan bersuara dengan pelbagai akta dan tidak memberikan permit (akhbar, radio, TV) untuk pembangkang, di samping berlaku persepsi serong beberapa agensi kerajaan (SPR, Polis, Mahkamah, Kehakiman). Maka kita melihat pihak Umno begitu gahirah menggunakan kuasa yang ada demi mmengekalkan kuasa sehingga berlaku amalan pemerintah fasis. Munasabahnya kerana fasis itulah, agama mereka tidak ikut, perlembagaan mereka tak patuh dan hak rakyat mereka rampas. Berlakuklah seperti mana di Perak (rampasan kuasa) menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah.

Pengalaman Kelantan

Umno turut melakukan kezaliman terhadap rakyat Kelantan yang boleh dianggap fasis. Sejak 1990, sebaik sahaja PAS mentadbir Negeri Kelantan, hak-hak dan lunas federalisme mereka langgar. Mereka lambatkan pemberian Wang Geran Tahunan yang termaktub dalam perlembagaan. Sehingga kini sebanyak 118 projek pembangunan untuk Negeri Kelantan telah disekat dan dibekukan. Pernah suatu ketika pemimpin Umno mengaku di dalam Dewan Negeri, bahawa merekalah yang menyekat dan menangguhkan projek-projek yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia.

Atas karenah fasis itu, sehingga kini Kerajaan Negeri telah dinafikan lebih daripada RM 200 juta kerana pemimpin Umno tidak membayar Wang Royalti Minyak. Maka kita bertekad menuntut hak Wang Royalti Minyak dan pada bulan lepas Kerajaan Negeri telah membuat tuntutan melalui Mahkamah agar Petronas dapat membayar wang itu kepada Kerajaan Negeri. Kami yakin dengan pertolongan Allah SWT, bahawa apa yang kami lakukan demi melaksanakan amanah Allah untuk menentang fasis dan ke arah mewujud keadilan untuk semua.

Fasisme akan berkubur, yakinlah

Perlulah diyakini bahawa fasisme dalam apa jua bentuk sebenarnya sedang menuju kepada kehancuran. Kesedaran rakyat dan tahap celik maklumat yang dimiliki semakin menyusahkan Umno dan BN––pemerintah yang fasis. Umno mesti dihalang untuk terus memperkudakan nilai-nilai keadilan yang sepatut dinikmati oleh rakyat. Hari ini, fasisme yang pernah wujud di dalam sejarah dan sering dirujuk kepada pemerintahan Mussolini di Itali telah lama berkubur, tetapi benihnya mengakar dan berkembang ke seluruh dunia dalam pelbagai bentuk. Penafian hak-hak untuk berpolitik secara demokrasi yang telus juga termasuk di dalam kategori fasis. Demikian juga laungan-laungan perkauman yang melampau serta seruan-seruan rasis juga boleh membawa kepada amalan berteraskan fasisme.

Apa yang utama kini, masyarakat perlu dipertingkatkan kesedaran untuk menentang amalan fasis yang dibawa oleh Umno dan BN. Kebenaran pasti akan terserlah. Umpama gelap pekat pada waktu malam, ia akan berakhir apabila terbitnya matahari. Natijahnya, fasisme ialah tiang kezaliman yang sedang reput dimamah anai-anai, ia akan tumbang bila tiba masa dan ketikanya.

Sekarang, masanya untuk Pakatan Rakyat memperkasakan gerakan memberi kesedaran kepada rakyat dan semua lapisan pengundi––di bandar, luar bandar dan pendalaman. Di sana-sini sudah ada tugas masing-masing pemimpin, dan pemimpin seharusnya membuktikan integriti dengan menunjukkan kepimpinan berakhlak berteraskan agama. Jangan sesekali mengenepi ajaran agama. Sebagaimana agama Islam meletakkan tanggungjawab ke atas setiap pemimpin, maka akan disoal di akhirat kelak atas kepimpinannya ke atas rakyat yang dipimpinnya.


Sekian.

0 comments:

Pengumuman / 启事 / Notification

Pertukaran alamat blog dan e-mel

Selamat sejahtera, Sahabat Rakyat Working Committee akan menggunakan alamat e-mail dan alamat laman web (Blog) yang baru seperti berikut bermula 1 Januari 2014:

Emel: sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Sekian, terima kasih dan Selamat Tahun Baru!

*********************************************

更换部落格网址与电邮地址

本工委会由2014年1月1日起,开始全面使用以下新电邮地址及部落格:

电邮地址:
sahabatrakyat.my@gmail.com
部落格:http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

谢谢关注。祝大家新年进步!

*********************************************

Change of blog and email addresses

Please be informed that Sahabat Rakyat Working Committee will be using the new email and blog addresses below commencing 1 Jan 2014:

Email:
sahabatrakyat.my@gmail.com
Blog: http://sahabatrakyatmy.blogspot.com

Wishing you a progressive new year!

通告

    欢迎热心人士下载印发、
资助印制大选告人民书
把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去!

作为活跃于柔佛州的为民主人权和民族尊严而奋斗的两个组织——柔佛州人民之友工委会与柔州兴权会(HINDRAF JOHORE)针对第13届大选,在去年底联合发表了一篇主题为“打破巫统霸权,建立民主联合阵线;团结全州人民,实现三大迫切诉求”的《告柔佛州人民书》;我们毫不犹疑,也毫不含糊主张“把国阵抛弃到历史的垃圾堆中去”。

我们在去年底的几个大规模群众集会期间,将《告柔佛州人民书》的四种语文(巫、华、印、英)传单派发给群众。我们也想要到各地去分发这份传单又力所不逮,特在此提供四种语文的PDF版本,以便各方热心人士下载、印制成传单,分发给需要阅读它而又不懂上网的亲戚朋友和各界人士,帮助我们把传单传得更广。
……

点击此处以阅读全文

 

Malaysia Time (GMT+8)